cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Mutiara📚Ilmu

Ilmu adalah hal yang sangat penting dalam kehidupan ini.. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
1 287
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-67 أيام
-1230 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Bismillah Alhamdulillah Bagaimana mahu membaiki kerosakan zaman yang berlaku? Mulakan dengan menyebarkan selawat, tak kira apa bentuk selawat. Tujuannya agar Nur Muhammad yang berada dalam diri insan akan aktif. Insya Allah Nur tersebut akan membawa insan kepada cahaya Tauhid dan kemurnian jiwa yang membawa perubahan akhlak serta kemurnian kehidupan. Namun sebaiknya perlu ada bimbingan agar benih yang ditanam tumbuh dengan baik. Syukur kini sebaran selawat telah berkembang pesat seluruh Negara malah Nusantara. Ia dibawa oleh Jamaah para Habaib dan para Syeikh Sufi pelbagai aliran serta para pencinta Rasulullah ﷺ. Apabila Nur Muhammad telah terbangun pada umat, insya Allah akan berlaku satu kebangkitan yang membawa kesejahteraan pada Umat, Negara dan Bangsa. Yang Batil akan lenyap dan yang Haq akan muncul. Wallahualam. @UzlahHati
إظهار الكل...
Mengenali tubuh badan Rasulullah ﷺ itulah syariat, mengenali qalbu Rasulullah ﷺ itulah thoreqoh, mengenali roh baginda ﷺ itulah hakikat. Tanpa 3 tingkatan itu ketahuilah kamu belum bergabung (bertemu) dengan Rasulullah ﷺ (fana' dalam diri Rasulullah ﷺ). Masih ada lagi jarak antara kamu dengan Baginda ﷺ. #Selawat Fatih Selawat PEMBUKA Medan HAKIKAT ALMUHAMADIYYAH #Beruntung sangat bagi YG melazimi dan mencintainya.. #Kurniaan ilahi YG terbesar utk UMMAT akhir zaman
إظهار الكل...
👍 1
Jiwa Pendakwah dengan maksiat Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi (1911-1998 M) iaitu Tokoh Tasfir Mesir ada menceritakan; Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrim, aku bertanya kepada dia: "Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?" Pemuda: "Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka." Syeikh Sya'rawi: "Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada ALLAH, apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?" Pemuda: "Sudah tentu masuk neraka." Syeikh: "Ke mana syaitan ingin membawa mereka?" Pemuda: "Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan." Syeikh: "Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka." Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadits Rasulullah SAW ketika mana lalu jenazah Yahudi di hadapan Baginda SAW. Baginda SAW bangun dan menangis, sahabat bertanya: "Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah SAW?" Baginda SAW berkata: "Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!" Syeikh: "Nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasulullah SAW yang inginkan hidayah buat semua manusia dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu di bahagian lain dan Baginda SAW di lembah yang lain!" Semoga ALLAH merahmati Syeikh Sya'rawi.
إظهار الكل...
😢 2👍 1
❤️ HATI❤️❤️❤️ Wahai hati, berhati- hati Jalan mu penuh onak dan duri Hati, berhati- hati Tidak jaga hati, diri mati Raba di kedalaman hati Dalam kelambu kecil penuh sepi Jangan sampai hati tidak berhati Hati2 dengan hati Hati mati kerana nafsu Hati mati kerana akli Yang tidak mampu dikawal lagi Walaupn zikirnya puluhan ribu dalam sehari. Kalam Tuan Guru Hj Abd Rahman Jaafar
إظهار الكل...
𝗪𝗔 𝗔𝗡𝗡𝗔 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗡 𝗝𝗔𝗛𝗜𝗟𝗨𝗡 𝗪𝗔 𝗔𝗡𝗧𝗔 𝗔𝗟𝗜𝗠𝗨𝗡 = aku hanya hamba yg jahil...Allah lh Yg Maha Mengetahui. Org ini dinamakan arif.... Allah Taala x dinamakan arif tp alim. Cuba cari dlm Asmaul Husna ada ke nama Allah arif. Apa hikmahnya = arif kena usaha..alim itu qodim lg azali.
إظهار الكل...