cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

✿⊱•Nota Kehidupan•⊰✿

❁ ﷽ ❁ - Quote - Tazkirah - Photos

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
956
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-47 أيام
-1030 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Jika ada yang memburukmu dengan cerita yang tidak benar tetapi tidak terlalu memberi kesan kepada kehidupan dan perjuanganmu. Senyum dan biarkan sahaja jika hal tersebut membawa kebahgiaan pada dirinya. Niatkan sahaja untuk berkongsi kebahgiaan kerana apa yang dilakukan pasti dirinya sedang cemburu dengan kebahagiaan yang engkau miliki. ┏🌷🕌🌷━━━━━━━━━━━┓ @KembaliDamai ┗━━━━━━━━━━━🌷🕌🌷┛
إظهار الكل...
Jika kita sedar kehidupan dunia sekadar sesaat, kita tidak akan ada masa lagi untuk mengumpat, menfitnah dan membuat keburukan. Kerana masa yang ada sangatlah terhad dan pendek. Tentu saja kita gunakan masa dengan menambah amalan untuk bekalan akhirat. Dunia sentiasa dipandang dengan mata iman dan bukan dengan mata nafsu. Jika dipandang dengan mata nafsu, memang segala yang dimiliki rasa tidak cukup. Harta sudah memenuhi rumah, tetapi masih belum berpuas hati. Berbeza jika memandang dengan mata iman, rasa cukup dengan apa yang ada, malah disedekahkan pula rezeki yang ada. Kita hanyalah ibarat seorang musafir yang sedang berehat di bawah pohon untuk menghilangkan lelah dari perjalanan yang jauh. Itulah dunia yang sebenar. Selepas hilang keletihan, pemusafiran diteruskan semula. Berjalan menuju destinasi seterusnya, iaitu alam barzakh. Salam Jumaat yang mulia 💫 ┏🌷🕌🌷━━━━━━━━━━━┓ @KembaliDamai ┗━━━━━━━━━━━🌷🕌🌷┛
إظهار الكل...
RUMUS MUDAH MENCARI HALAMAN JUZ 🔑 Juz yang dicari dikurangkan 1 🔑 Darabkan 2 🔑 Tambahkan angka 2 di belakangnya. Contoh : Nak cari Juz 5 Caranya : 5 – 1 = 4. Angka 4 kemudian didarabkan dengan 2 = 8. Letakkan angka 2 dibelakang 8 = 82. 🖍 Jadi juz 5 berada pada halaman 82. ┏🌼💚🌼━━━━━━━━━━━┓ @KembaliDamai ┗━━━━━━━━━━━🌼💚🌼┛
إظهار الكل...
Cinta sentiasa menumbuhkan banyak perkara yang indah bersamanya. Cinta akan tumbuh dengan perasaan sayang dan rasa rindu. Cinta juga menyuburkan rasa mahu berkorban, rasa mahu melindungi dan menjaga sebaiknya. ┏🌼💚🌼━━━━━━━━━━━┓ @KembaliDamai ┗━━━━━━━━━━━🌼💚🌼┛
إظهار الكل...
Mendoakan kegembiraan untuk orang lain yang kita tidak punya, akan memberikan kegembiraan yang lebih manis. Kerana doa yang baik pasti dibalas dengan hasil yang baik juga. ┏🌼💚🌼━━━━━━━━━━━┓ @KembaliDamai ┗━━━━━━━━━━━🌼💚🌼┛
إظهار الكل...
Cemburu yang baik adalah bila digunakan untuk tekad jadi lebih berjaya. Sebagai hamba-Nya usaha adalah mesti. Walaupun apa yang diberi tidak setimpal dengan usaha tapi itulah yang terbaik. Namun jangan terhenti di situ. ┏🌼💚🌼━━━━━━━━━━━┓ @KembaliDamai ┗━━━━━━━━━━━🌼💚🌼┛
إظهار الكل...
Sebagai hamba-Nya usaha adalah mesti. Walaupun apa yang diberi tidak setimpal dengan usaha tapi itulah yang terbaik. Namun jangan terhenti di situ. ┏🌼💚🌼━━━━━━━━━━━┓ @KembaliDamai ┗━━━━━━━━━━━🌼💚🌼┛
إظهار الكل...
Cemburu tanda jiwa goyah. Tiada keyakinan diri dan merasakan kekurangan bila melihat ada orang yang lebih baik daripada dirinya. ┏🌼💚🌼━━━━━━━━━━━┓ @KembaliDamai ┗━━━━━━━━━━━🌼💚🌼┛
إظهار الكل...
Mengakui kelemahan tidak menjadikan kita lemah tapi menjadikan kita lebih kuat untuk mara kehadapan. Kekuatan seiring doa dan usaha yang Allah SWT anugerahkan. ┏🌼💚🌼━━━━━━━━━━━┓ @KembaliDamai ┗━━━━━━━━━━━🌼💚🌼┛
إظهار الكل...
Bila merasa diri tidak berkembang akui diri ada kelemahan. Saat menerima kelemahan maka saat itulah akan muncul jalan untuk memperbaikinya. ┏🌼💚🌼━━━━━━━━━━━┓ @KembaliDamai ┗━━━━━━━━━━━🌼💚🌼┛
إظهار الكل...
اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.