Mukmin Perintis
الذهاب إلى القناة على Telegram
Pertubuhan Mukmin Perintis Non-Governmental Organisation (NGO) No Pendaftaran: PPM-017-10-25112024 Sertai Perintis 4 Siswa: https://tinyurl.com/PERINTIS4SISWA
إظهار المزيد1 539
المشتركون
+124 ساعات
+77 أيام
+2930 أيام
جاري تحميل البيانات...
القنوات المماثلة
لا توجد بيانات
هل تواجه مشاكل؟ يرجى تحديث الصفحة أو الاتصال بمدير الدعم الخاص بنا.
سحابة العلامات
لا توجد بيانات
هل تواجه مشاكل؟ يرجى تحديث الصفحة أو الاتصال بمدير الدعم الخاص بنا.
الإشارات الواردة والصادرة
---
---
---
---
---
---
جذب المشتركين
يوليو '26
يوليو '26
+11
في 1 قنوات
يونيو '26
+35
في 2 قنوات
Get PRO
مايو '26
+106
في 2 قنوات
Get PRO
أبريل '26
+38
في 2 قنوات
Get PRO
مارس '26
+26
في 1 قنوات
Get PRO
فبراير '26
+103
في 3 قنوات
Get PRO
يناير '26
+18
في 1 قنوات
Get PRO
ديسمبر '25
+68
في 2 قنوات
Get PRO
نوفمبر '25
+73
في 2 قنوات
Get PRO
أكتوبر '25
+42
في 2 قنوات
Get PRO
سبتمبر '25
+55
في 3 قنوات
Get PRO
أغسطس '25
+71
في 1 قنوات
Get PRO
يوليو '25
+183
في 3 قنوات
Get PRO
يونيو '25
+185
في 2 قنوات
Get PRO
مايو '25
+44
في 1 قنوات
Get PRO
أبريل '25
+14
في 1 قنوات
Get PRO
مارس '25
+16
في 1 قنوات
Get PRO
فبراير '25
+505
في 1 قنوات
Get PRO
يناير '250
في 2 قنوات
Get PRO
ديسمبر '24
+66
في 1 قنوات
| التاريخ | نمو المشتركين | الإشارات | القنوات | |
| 08 يوليو | +2 | |||
| 07 يوليو | +1 | |||
| 06 يوليو | +6 | |||
| 05 يوليو | 0 | |||
| 04 يوليو | 0 | |||
| 03 يوليو | 0 | |||
| 02 يوليو | 0 | |||
| 01 يوليو | +2 |
منشورات القناة
Kalam Qudama
Buat ikhwah & akhawat, bagaimana mungkin kehidupan ini melalaikan kita daripada dakwah sekiranya ada fenomena ini dalam hari-hari kita; sibuk dan tidak bakhi dengan dakwah.
Kata-kata yang benar dari tokoh yang benar, yang lebih dahulu menapaki jalan ini.
Semoga menjadi pelembut jiwa-jiwa yang keras dan kontang.
Mukmin Perintis
| 2 | Selamat Menduduki Peperiksaan Semester
Setelah berjuang di medan ilmu, kini masanya untuk diuji.
Semoga para siswa sentiasa sematkan bahawa anugerah ilmu, kefahaman dan kepandaian datang dari Allah swt.
Segigih mana pun usaha kita, hasilnya datang dari Allah swt. Semata-mata dariNya.
Kenangilah kisah Qarun yang mengangkat dirinya:
قَالَ إِنَّمَآ أُوتِيتُهُۥ عَلَىٰ عِلۡمٍ عِندِيٓۚ
Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku"
Perharikan apa teguran al-Quran kepada sikap ini;
أَوَلَمۡ يَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَهۡلَكَ مِن قَبۡلِهِۦ مِنَ ٱلۡقُرُونِ مَنۡ هُوَ أَشَدُّ مِنۡهُ قُوَّةٗ وَأَكۡثَرُ جَمۡعٗاۚ
(Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ?
Mukmin Perintis | 173 |
| 3 | Pasukan Akhawat Mukmin Perintis di Bangi meluangkan masa dalam program sukaneka dengan tema Fit For Allah (FIFA).
Keseluruhan hampir 100 akhwat ini merupakan aktivis tarbiah yang aktif menyediakan pelbagai wasilah tarbiah untuk anak remaja, pemuda dan pelajar siswa di IPT sekitar Bangi.
Aktivis islah yang sebenar tidak sekadar mengkritik kebejatan masalah yang dihadapi ummah, tetapi menyediakan solusi yang menyeluruh.
Semoga pertemuan santai ini memperkukuh saff untuk seterusnya memberi khidmat kepada umat.
Mukmin Perintis | 224 |
| 4 | Sebahagian suasana program Qiyamullail, Ukhuwah & Masjid (QUM) pada hari ini.
Pemuda yang kuat imannya dan utuh persaudaraan mereka yang dimulai di rumah Allah adalah permulaan kepada kebangkitan dan kejayaan islam.
Hatta ar-Rasul telah memulai sejarah kegemilangan islam dengan madarasah bangun malam, mempersaudarakan sesama orang beriman atas ikatan iman dan menjadikan masjid sebagai medan bertapaknya titik mula pelbagai perubahan.
Semoga masjid - masjid di seluruh Negara sentiasa meriah dengan suasana indah seperti ini.
Mukmin Perintis | 539 |
| 5 | Dah lama tak qiyamullail ramai-ramai di masjid?
Susah nak bangun malam jika bersendirian?
Rasa jauh dengan-Nya😢
Rindunyyaaaaa nak berukhuwah dalam masjid dalam suasana tarbiah dan kerohanian yang tinggi?
JOM QUM! (Qiyam, Ukhuwah & Masjid)
Tarikh: 4 - 5 Julai 2026 (Sabtu hingga Ahad)
Masa: 10.00 PM - 7.30 AM
Tempat: Masjid UKM, Bangi
Perlu bawa apa?🧐
✅Kelengkapan iktikaf dan solat
✅Jiwa yang sedia untuk bermunajat pada-Nya
✅ Sarapan disediakan (Ahad pagi)
Daftar: https://forms.gle/2JtQ1qpxB6abiAm69
#QUM #MASJIDUKM #QiyamJamaie #Ukhuwwah #Masjid | 230 |
| 6 | [Siri Qalam Qudama']
Antara Kemampuan & Kemahuan
Memang kemampuan kita tidak sama. Kebolehan kita berbeza-beza. Keupayaan menanggung beban yang berlainan.
Namun, batas kemampuan luaran ini boleh ditingkatkan dengan latihan, pengalaman dan amal yang berterusan.
Namun di sana ada satu aspek yang lagi penting.
"Perlu diingatkan bahawa kemampuan itu padanya ada satu sudut kejiwaan yang mendorong kepada kemampuan, dia akan bekerja untuk melaksanakan (kemampuan) itu dengan izin Allah Taala. Apabila tidak ada sudut ini (irodi nafsi), maka seseorang itu akan jadi lemah" (Qawaid Dakwah)
Kemahuan adalah daya tolak utama kepada kemampuan.
Jika tiada atau lemah kemahuan diri ini, maka lemahlah individu berkenaan.
Bahkan tanpa kemahuan, kemampuan yang ada pun akan disia-siakan. | 573 |
| 7 | Lupa Kematian, Permulaan Penyimpangan.
إن الذي يعيش مترقباً النهاية يعيش معداً لها
"Sesungguhnya orang yang hidup dalam keadaan sentiasa menanti-nantikan pengakhiran, dia hidup dalam keadaan bersedia untuknya."
— Ar-Raqaiq / Syeikh Abdul Mun'im Salih al-'Ali Rahimahullah
Hujung minggu lepas para aktivis dakwah Mukmin Perintis berkesempatan menyelami bab-bab pertengahan dari kitab Ar-Raqaiq karya Syeikh Abdul Mun'im Salih al-'Ali Rahimahullah, khususnya bab-bab yang menjadikan zikrul mawt sebagai tema utama perbahasan beliau.
Satu diagnosis yang jelas timbul sepanjang sesi tersebut.
Kita semua menghidap penyakit yang sama — angan-angan yang terlalu panjang. Apabila kita lupa bahawa kita akan mati, kita mula mengejar perkara yang salah. Mula membina untuk dunia seolah-olah kita tinggal selamanya. Mula menangguhkan amal seolah-olah esok masih pasti ada.
Ubatnya satu. Ingat mati.
Dan ini bukan sekadar cadangan amalan sunat. Dalam tradisi tarbiah gerakan Islam, zikrul mawt adalah keperluan asas. Kerana apabila seseorang benar-benar faham bahawa dia akan berdiri di hadapan Allah dengan hanya amalnya sahaja — bukan hartanya, bukan namanya, bukan jawatannya — dia akan bergerak dengan cara yang berbeza. Lebih pantas. Lebih berani. Lebih ikhlas.
Lupa kematian adalah permulaan penyimpangan. Dan mengingatinya semula adalah jalan untuk kembali.
Sesi ditutup dengan sesuatu yang meninggalkan kesan mendalam kepada semua yang hadir — ziarah ke kubur Syeikh sendiri. Mendoakan beliau di pusaranya. Dan menghidupkan semula pesan-pesan zikrul mawt di sisi penulis yang sepanjang hayatnya menulis tentangnya.
Wallah, ada sesuatu yang sukar diungkapkan apabila berdiri di sisi pusara seorang da'i yang meninggalkan warisan ilmu sebegitu. Anak-anak harakah Islam pasti lebih mesra mengenali beliau melalui sapaan Syeikh Muntalaq — sempena kitabnya yang paling masyhur di kalangan ahli dakwah. Namun di sebalik Muntalaq yang menggerakkan jiwa-jiwa pejuang itu, ada seorang da'i yang sama dalam kejelasan dan kedalaman memahami tabiat dakwah ini, hingga mampu menjadikan pesan-pesan kerohanian yang ditinggalkan sebagai sumber bakar perjalanan dakwah buat generasi seterusnya.
Moga Allah merahmati Syeikh Abdul Mun'im Salih al-'Ali dan menjadikan kita dalam kalangan yang menghidupkan warisannya.
وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Mukmin Perintis
https://t.me/pmperintis | 333 |
| 8 | لا يوجد نص... | 259 |
| 9 | "Hidup ini sangat singkat untuk dibazirkan dengan marah, sedih, putus asa dan kecewa. Hidup kita ada tanggungjawab."
Kata-kata ini pernah dikongsikan oleh Dr. Muhammad Talhah Ajmain @ Jima'ain, alumni UTM yang menamatkan pengajian Doktor Falsafah (Pendidikan Islam) pada tahun 2021.
Kecemerlangan beliau terus terserlah apabila diiktiraf di peringkat kebangsaan sebagai Ikon Belia Karismatik dalam Majlis Anugerah Perdana Belia Negara (APBN).
Kisah Dr. Talhah membuktikan bahawa kejayaan bukan sekadar diukur melalui pencapaian akademik, tetapi juga melalui keupayaan memberi inspirasi, memimpin masyarakat dan menyebarkan nilai-nilai positif kepada generasi seterusnya.
Kredit FB UTM Alumni
Kini Ust Dr aktif dengan usaha tarbiah di Utara tanah air. Semoga lebih ramai anak muda mengambil inspirasi dari ketokohan beliau.
Mukmin Perintis | 337 |
| 10 | SELAMAT BERWASILAH AKTIVIS DAKWAH PMP
Buat seluruh aktivis dakwah dan pejuang risalah
yang menggerakkan program di lapangan,
salam perjuangan dan selamat berprogram.
Setiap gerak kerja kita
bukan sekadar memenuhi takwim,
tetapi sebahagian daripada mata rantai perjuangan.
Biarlah penat tidak dipandang manusia,
asalkan dicatat di sisi Allah.
Allah ﷻ berfirman:
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Sesungguhnya hidup dan ibadahku hanyalah untuk Allah.”
(Al-An‘am: 162)
Hadirilah setiap program
bukan sekadar cukupkan kehadiran,
tetapi untuk pulang membawa kesedaran
dan menggerakkan amal.
Tarbiah bukan program biasa.
Ia wasilah membina jiwa dan menguatkan saf.
Pesanan Imam Hasan al-Banna:
Ikhlas ialah meniatkan seluruh amal hanya untuk keredaan Allah.
Tiga Pesanan Ringkas:
1. Hadir dengan niat kerana Allah.
2. Hadir dengan kesungguhan.
3. Hadir membina ukhuwah.
Selamat berwasilah.
Siiru ‘ala barakatillah
Mukmin Perintis
https://t.me/pmperintis | 375 |
| 11 | Asyura, Kemenangan Milik Kita.
فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ
"Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu!"
Itulah respon Nabi SAW dikala melihat orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram dan bertanya tentangnya. Hari di mana Allah selamatkan Musa dan Bani Israel dari Firaun.
Jujurnya, bila baca respon Nabi SAW ni, ada satu rasa yang susah nak describe. Kalau tengok dari kaca mata negatif, nampak macam kaki claim. Tapi inilah sebenarnya aqidah yang Rasulullah SAW ajarkan kepada kita.
Islam bukan agama baharu yang asing. Ia kemuncak kepada kebenaran sejarah para nabi terdahulu. Dan kita bukan penonton sejarah mereka , kita pewaris kepada legasi itu.
Bila kita sedar perjuangan ini bukan bermula dari kita tapi kesinambungan dari ribuan tahun warisan risalah, ia buat kita jadi lebih teguh. Lebih bersungguh. Sebab kita tahu kita bukan berjuang sorang-sorang , kita berjuang dalam barisan panjang yang bermula dari para kekasih Allah.
Dan ini pula yang patut kita sedar dikala culas dan malas.
Betapa bersusah payahnya para pendahulu mewariskan agama ini turun ke tangan kita. Betapa mahalnya harga yang mereka bayar supaya kita boleh sebut kalimah syahadah dengan tenang hari ini. Kalau kita tahu semua itu, sepatutnya kita malu untuk bermalas-malasan membawa risalah ini kepada generasi seterusnya.
Dan dikala lemah dan diuji, ingat kembali Musa di tepi laut.
Firaun di belakang. Lautan di depan. Pengikutnya mula putus asa. Tapi Musa cakap dengan tenang.
"Sekali-kali tidak. Tuhanku bersamaku."
Pertolongan Allah tidak datang sebelum kita sampai ke tepi laut itu. Ia datang tepat di saat logik manusia dah habis. Di saat kita dah takde lagi tempat untuk berpaling selain kepada-Nya.
Dan laut pun terbelah.
Kemenangan itu milik Allah. Dan Dia tidak pernah ingkar janji-Nya kepada orang yang berjalan di jalan-Nya dengan sungguh-sungguh.
Selamat menyambut Asyura. Hidupkan ruh kemenangan ini dalam dada.
Abu Haajar
Mukmin Perintis
https://t.me/pmperintis | 395 |
| 12 | لا يوجد نص... | 298 |
| 13 | Wakil Mukmin Perintis baru-baru berpeluang menyantuni pelajar baharu yang memasuki alam universiti di Negeri Sembilan.
Dengan topik Kenapa Aku Masuk Universiti (KAMU), berikut juga adalah pesanan kami kepada para siswa/siswi:
✅ pastikan mempunyai tujuan belajar yang jelas
✅ menjaga hubungan dengan Allah
✅ bina jaringan kenalan yang soleh
✅ menghormati tenaga pendidik
✅ sentiasa berhubung dengan ahli keluarga
✅ ingat bahawa ijazah adalah alat, yang utama adalah risalah.
Alam di Universiti adalah waktu keemasan yang tidak patut disia-siakan.
Semoga para pelajar terus dipelihara oleh-Nya 🤲
Mukmin Perintis | 975 |
| 14 | انا لله وانا اليه راجعون
Seluruh keluarga Mukmin Perintis mengucapkan salam takziah ke atas pemergian tokoh awal dakwah & harakah di Malaysia, al-Ustaz yang kami kasihi, almarhum Ust Soid Mohd Amin yang dijemput kembali ke rahmatullah kelmarin.
Semoga almarhum diampunkan segala kesalahan dan ditempatkan di kedudukan yang istimewa di sisiNya.
Salam takziah buat keluarga dan waris yang ditinggalkan.
Mukmin Perintis
https://t.me/pmperintis | 421 |
| 15 | Allah SWT yang menguasai hati hamba-hambaNya. Siapa sangka program khusus Pencarian Daie Muda (PDM) mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar di IPT.
Team Mukmin Perintis menawarkan platform grooming Daie Muda, khusus untuk siswa siswi yang minat di bidang dakwah.
Jelajah pencarian mutiara ummah ini akan diteruskan di pelbagai lokasi, kelak.
Sesungguhnya menjadi daie, menyeru manusia kepada Allah adalah sebaik-baik pekerjaan dan sunnah tinggalan para Rasul.
Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada usaha ini, sila hubungi team di ruangan chat.
Mukmin Perintis | 471 |
| 16 | Pesan-pesan terbaik dari tokoh-tokoh dakwah berkenaan intima' yakni berkomitmen dengan amal islami
Muktamar KITA
Mukmin Perintis | 1 196 |
| 17 | Muktamar KITA - Kampung Iman Teguhkan Amal
Hampir 400 aktivis tarbiah barisan hadapan saff akhwat mewakili semua Negeri berkampung dalam Muktamar KITA tahun ini.
Muktamar kali ini mengajak para aktivis yang hampir kesemunya telah lebih 10 tahun bergiat aktif di lapangan dakwah & tarbiah untuk merenung semula makna bersama (intima') dengan dakwah, antara tuntutan dan realiti.
Pembentangan utama muktamar telah disampaikan oleh al-fadhil Ust Dr Kamaru Salam Yusof.
Pembentangan ini telah dihayati dan dibincangkan dengan teliti dan beberapa resolusi bakal dijayakan bersama.
Intima dengan dakwah adalah satu anugerah dan kemuliaan, maka ia tidak wajar diganti dengan ikatan selainnya.
Semoga masa-masa emas di Kampung Iman akan Meneguhkan Amal para akhawat tatkala pulang di lapangan masing-masing.
Mukmin Perintis | 493 |
| 18 | Wakil Mukmin Perintis membuat kunjungan mahabbah ke premis NGO HALUAN Malaysia sambil memenuhi undangan mendengar kupasan berkenaan tokoh pendiri HALUAN, Almarhum Ust Dahlan.
Kerja amal islami yang terlalu luas dan banyak ini tidak mampu disempurnakan oleh satu kumpulan aktivis sahaja.
Kerana itu kumpulan-kumpulan islam perlu saling mengukuhkan dan melengkapkan, jauh sekali melemahkan.
Amal yang unik dan penekakan berbeza oleh para aktivis perlu dilihat sebagai usaha islah ke arah kesyumulan islam.
Semoga hubungan erat dan ukhuwwah yang terjalin menjadi pencetus untuk para aktivis terus giat memberikan sumbangan kepada ummah dan bakal memudahkan kerjasama dalam perkara-perkara yang disepakati.
Mukmin Perintis | 490 |
| 19 | HIJRAH YANG DINANTIA-NANTIKAN
Al-Barra menceritakan, orang pertama dari para sahabat Rasulullah SAW yang datang ke Madinah ialah Mus'ab bin 'Umair dan Ibnu Ummi Maktum.
Dua orang itulah yang pertama kali mengajarkan Al-Qur'an kepada kami. Kemudian menyusul 'Ammar bin Yasir, Sa'ad bin Abi Waqqash dan ‘Umar Ibnul-Khattab bersama kafilah yang terdiri dari dua puluh orang.
Setelah mereka, barulah Rasulullah SAW menyusul.
Saya belum pernah melihat banyak orang bergembira seperti pada saat mereka menyambut kedatangan beliau, sehingga kaum wanita, anak-anak dan para hamba sahaya perempuan bersorak- sorak meneriakkan:
"Itulah dia, Rasulullah SAW telah datang."
HR Bukhari
Hijrah yang dimulakan dengan tarbiah Quraniyyah dan berhujung dengan berdirinya Daulah Madinah ini sungguh kita rindukan.
Mari kita hidupkan semangat dan suasana itu.
Salam Maal Hijrah 1448H | 579 |
| 20 | Selamat mendaftar dan menyambung pelajaran buat adik-adik pelajar lepasan SPM yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Semoga hijrah ke tempat baharu, meninggalkan kampung halaman dan keluarga tercinta membuahkan hasil yang diimpikan.
Pastinya, telah tetap pahala di sisi Allah.
Hayati pesanan berikut:
✅ Pilih circle of friends yang betul
✅ Berhubung dengan keluarga
✅ Hormati para guru
✅ Jelaskan tujuan hidup & belajar
✅ Jangan tinggalkan al-Quran
Sertai Mukmin Perintis
Platform Untuk Pemuda
Follow | Share
https://t.me/pmperintis | 644 |
