cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Koleksi Resepi Che Nom

CARA CARI RESEPI : Sila tekan tiga titik di bahagian kanan dan tekan SEARCH. Tulis nama resepi yang dicari.

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
1 825
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
+37 أيام
+1630 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

▶️DAGING GORENG KUNYIT, RAHSIA DAGING LEMBUT 15 MINIT https://youtu.be/FKwT4UghZT0?si=Yu2vxdrLMGSTKSiG Resepi Oleh:che' nom Bahan daging kunyit: 350g daging lembu 1/2 sk baking soda (perapan) Air sehingga tenggelam (perapan) Sedikit garam 1/4 cwn minyak masak 1-2 sk serbuk kunyit 3 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1 sb sos tiram Sayur kacang panjang 1/2 biji bawang besar 8-10 tangkai cili padi Bahan sambal belacan: 10 tangkai cili padi 2-3 biji cili merah besar 3 biji limau kasturi Belacan, sebesar ibu jari 1/2 cawan air asan jawa 1 sk garam 1/2 sb gula Serbuk perasa (jika suka) https://youtu.be/FKwT4UghZT0?si=Yu2vxdrLMGSTKSiG
إظهار الكل...
Daging Goreng Kunyit, rahsia daging lembut 15 minit!

Kali ni Che Nom nak share resepi daging sempena daging korban lagi lah ni, iaitu Daging Goreng Kunyit yang ukup lembut dan juicy daging nya. Masakan ni mudah, sesuai untuk orang bujang. Klau nak makan kat luar mahal ni. Macam mana nak dapat daging yang lembut dan juicy? Ada satu tips yang Che Nom share, cara restoran cina yang sesuai sangat untuk masakan stir fry. Dagingnya tak perlu masak lama. Hidangan ni dipadan kan juga dengan sambal belacan resepi favourite Che Nom. Makan dengan nasi panas, dgn kicap…fuh dah cukup! //Bahasa Melayu ----------------------------- Bahan daging kunyit: 350g daging lembu 1/2 sk baking soda (perapan) Air sehingga tenggelam (perapan) Sedikit garam 1/4 cwn minyak masak 1-2 sk serbuk kunyit 3 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1 sb sos tiram Sayur kacang panjang 1/2 biji bawang besar 8-10 tangkai cili padi Bahan sambal belacan: 10 tangkai cili padi 2-3 biji cili merah besar 3 biji limau kasturi Belacan, sebesar ibu jari 1/2 cawan air asan jawa 1 sk garam 1/2 sb gula Serbuk perasa (jika suka) //English ----------------------------- Turmeric beef stir fry ingredients: 350g beef 1/2 tsp baking soda (marinate) Water untuk beef level (marinate) A little bit of salt 1/4 cup cooking oil 1-2 tsp turmeric powder 3 cloves garlic 1/2 inch ginger 1 tbsp oyster sauce Green beans 1/2 yellow onion 8-10 stalks bird's eye chili Sambal belacan ingredients: 10 stalks bird's eye chili 2-3 stalks red chilies 3 calamansi limes Shrimp paste, one thumb size chunk 1/2 cup tamarind juice 1 tsp salt 1/2 tbsp sugar Seasoning powder (if desired) Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Kuali :

https://chenom.my/kuali-yang-selalu-che-nom-guna-di-youtube/

Jenama Pisau:

https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/

Model Blender:

https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/

#resepichenom

▶️GULAI DAGING KAWAH ALA KENDURI KAHWIN https://youtu.be/t_Ljff0MDDA?si=0K6J40dTWGvYTAhH Resepi Oleh:che' nom Bahan-bahan: 1 kilo daging 1 cwn minyak masak Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 4 cengkih, 5 buah pelaga, 1 bunga lawang) 2-3 tangkai daun kari 1 helai daun pandan 1 biji bawang besar 4 sb serbuk kari daging 2 sb cili kisar 2-3 cwn santan cair ATAU air biasa 1 keping asam gelugor 2 sb kerisik 3-4 biji kentang 1/2 sb gula melaka Garam secukup rasa 2 cwn santan (dari 1/2 biji kelapa) ATAU 1 kotak kecil santan segera Bahan-bahan kisar halus: 6-7 biji bawang merah kecil 3 ulas bawang putih 1 ketul kunyit hidup 1 inci halia 1 inci lengkuas https://youtu.be/t_Ljff0MDDA?si=0K6J40dTWGvYTAhH
إظهار الكل...
Gulai Daging Kawah Ala Kenduri Kahwin

Sempena musim daging korban ni, jom tengok Che Nom share resepi Gulai Daging Kawah ala kenduri. Kalau sebelah utara gulai ni kuah kari merah, jangan confuse dengan gulai kuah kuning ye. Sebab ada banyak daging, dan kebetulan ada daging bahagian yang bukan prime cut iaitu bahagian yang keras dan agak liat jadi sesuai lah kalau kita buat masakan berkuah. Kita reneh perlahan-lahan sampai daging meresap dengan kauh, dan masak lembut. Gulai daging ni bg Che Nom kurang sesuai kalau pakai daging batang pinang. Yang banyak urat tu lebih sedap dan tak kering bila kita masak lama, juga ‘full of flavour’. Resepi ni menghasilkan gula kawah yang sedap, wangi, pekat dan cukup berlemak dgn santan segar & kerisik juga home made. Cara nak buat kerisik pun ada di video. //Bahasa Melayu ----------------------------- Bahan-bahan: 1 kilo daging 1 cwn minyak masak Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 4 cengkih, 5 buah pelaga, 1 bunga lawang) 2-3 tangkai daun kari 1 helai daun pandan 1 biji bawang besar 4 sb serbuk kari daging 2 sb cili kisar 2-3 cwn santan cair ATAU air biasa 1 keping asam gelugor 2 sb kerisik 3-4 biji kentang 1/2 sb gula melaka Garam secukup rasa 2 cwn santan (dari 1/2 biji kelapa) ATAU 1 kotak kecil santan segera Bahan-bahan kisar halus: 6-7 biji bawang merah kecil 3 ulas bawang putih 1 ketul kunyit hidup 1 inci halia 1 inci lengkuas  //English ----------------------------- Ingredients: 1 kilo meat 1 cup cooking oil 4 types of spices (1 cinnamon stick, 4 cloves, 5 cardamom pods, 1 star anise) 2-3 stalks curry leaves 1 pandan leaf 1 red onion 4 tbsp meat curry powder 2 tbsp ground chili 2-3 cups light coconut milk OR water 1 piece tamarind slice 2 tbsp toasted coconut paste 3-4 potatoes 1/2 tbsp palm sugar Salt to taste 2 cups coconut milk (from 1/2 coconut) OR 1 small box of instant coconut milk Finely ground ingredients: 6-7 shallots 3 cloves garlic 1 piece turmeric 1 inch ginger 1 inch galangal Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Kuali :

https://chenom.my/kuali-yang-selalu-che-nom-guna-di-youtube/

Jenama Pisau:

https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/

Model Blender:

https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/

#resepichenom

▶️CREAMY PASTA YANG PEDAS BERSAMA FILLET AYAM RANGUP 5 BINTANG https://youtu.be/XnOIMkEdRSI?si=NbEcIwH1ecoPVN-v Resepi Oleh: che' nom Bahan-bahan: 2 sb mentega 3 ulas bawang putih 2 tangkai cili padi 1/4 biji bawang holland. 3-4 biji cendawan butang 1 sb serbuk kari 5-6 biji tomato ceri 1 cwn whipping cream 2 keping keju cheddar Garam secukup rasa 1/2 sb jus lemon Daun parsley Bahan perapan ayam: 1 ketul dada ayam 1/2 sb serbuk kari 1/2 sb serbuk cili 1/2 sk serbuk lada hitam 1 ulas bawang putih 1/2 sk garam 1 sk serbuk seasoning 1/3 cwn whipping cream 1 sb jus lemon 1/2 cwn tepung gandum 1/4 cwn tepung jagung 1 sk serbuk seasoning 1/2 sk serbuk lada hitam 1/2 sk garam https://youtu.be/XnOIMkEdRSI?si=NbEcIwH1ecoPVN-v
إظهار الكل...
Creamy Pasta yang pedas bersama Fillet Ayam Rangup 5 bintang!

Kali ni Che Nom nak share resepi berasaskan pasta iaitu Spicy Creamy Fried Chicken Pasta, tu dia geleng kepala orang Italy tengok menu ni. Rasa kuah salutannya cukup dengan pakej berlemak dari Anchor whipping cream, rasa pedas dari rempah dan cili api, ha gerenti tak muak. Untuk lebih special, kita hidangkan dengan fillet ayam goreng yang diperap juga dengan whipping cream, dan rempah-rempah lain, ha tak payah nak beli banyak-banyak jenis bahan. Hasil ayam goreng memang juicy, rangup di luar dan lembut di dalam, siapa yang suka western food, Che Nom recommend sangat cuba resepi ni masak untuk family. //Bahasa Melayu ----------------------------- Bahan-bahan: 2 sb mentega 3 ulas bawang putih 2 tangkai cili padi 1/4 biji bawang holland 3-4 biji cendawan butang 1 sb serbuk kari 5-6 biji tomato ceri 1 cwn whipping cream 2 keping keju cheddar Garam secukup rasa 1/2 sb jus lemon Daun parsley Bahan perapan ayam: 1 ketul dada ayam 1/2 sb serbuk kari 1/2 sb serbuk cili 1/2 sk serbuk lada hitam 1 ulas bawang putih 1/2 sk garam 1 sk serbuk seasoning 1/3 cwn whipping cream 1 sb jus lemon 1/2 cwn tepung gandum 1/4 cwn tepung jagung 1 sk serbuk seasoning 1/2 sk serbuk lada hitam 1/2 sk garam //English ----------------------------- Ingredients: 2 tbsp butter 3 cloves garlic 2 stalks bird's eye chili 1/2 yellow onion 3-4 button mushrooms 1 tbsp curry powder 5-6 cherry tomatoes 1 cup whipping cream 2 slices cheddar cheese Salt to taste 1/2 tbsp lemon juice Parsley leaves Chicken marinade ingredients: 1 piece chicken breast 1/2 tbsp curry powder 1/2 tbsp chili powder 1/2 tsp black pepper powder 1 clove garlic 1/2 tsp salt 1 tsp seasoning powder 1/3 cup whipping cream 1 tbsp lemon juice 1/2 cup plain flour 1/4 cup cornstarch 1 tsp seasoning powder 1/2 tsp black pepper powder 1/2 tsp salt Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Kuali :

https://chenom.my/kuali-yang-selalu-che-nom-guna-di-youtube/

Jenama Pisau:

https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/

Model Blender:

https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/

#resepichenom

▶️SAMBAL PARU GORENG RANGUP, PEDAS KRUP KRAP! https://youtu.be/57agLY2VZx4?si=nNwfdrJzLLxkdAzv Resepi Oleh:che' nom Bahan-bahan paru goreng: 600g paru lembu 2 inci halia 1/2 sb garam Air (untuk rebus) 1 sk serbuk ketumbar 1 sk serbuk kunyit Sedikit garam 2 keping asam gelugor Bahan-bahan bawang goreng: 10 biji bawang merah ros 1 sk garam 2 sb tepung beras Bahan-bahan sambal kering: 20-25 biji cili kering 1 sb gula 1/2 sb serbuk seasoning Sedikit garam https://youtu.be/57agLY2VZx4?si=nNwfdrJzLLxkdAzv
إظهار الكل...
Sambal Paru Goreng Rangup, pedas krup krap!

Jom tengok Che Nom masak menu simple yang boleh dibuat sebagai stok makanan di kala kecemasan, takde kecamasan pon berbaloi masak. Ini lah Sambal Paru Rangup pedas menyengat, sambal kering yang sesuai simpan dalam balang kedap udara untuk tahan lebih lama. Mula-mula Che Nom tunjuk cara untuk proses paru dari step merebus sampai lah cara goreng paru rangup. Kemudian tunjuk pulak cara buat bawang goreng rangup dan cara buat sambal kering untuk digaul sekali. Bahan-bahan nya simple aja, tapi cukup mantap makan nasi tak cukup sepinggan. Makan dengan bubur pon layan. Paru ni tak mahal macam daging lembu, menjadi sedap kalau kena masakannya. //Bahasa Melayu ----------------------------- Bahan-bahan paru goreng: 600g paru lembu 2 inci halia 1/2 sb garam Air (untuk rebus) 1 sk serbuk ketumbar 1 sk serbuk kunyit Sedikit garam 2 keping asam gelugor Bahan-bahan bawang goreng: 10 biji bawang merah ros 1 sk garam 2 sb tepung beras Bahan-bahan sambal kering: 20-25 biji cili kering 1 sb gula 1/2 sb serbuk seasoning Sedikit garam //English ----------------------------- Fried lung ingredients: 600g beef lung 2 inches ginger 1/2 tbsp salt Water (for boiling) 1 tsp coriander powder 1 tsp turmeric powder A little bit of salt 2 pieces tamarind slice Fried onion ingredients: 10 shallots 1 tsp salt 2 tbsp rice flour Dry sambal ingredients: 20-25 dried chilies 1 tbsp sugar 1/2 tbsp seasoning powder A little bit of salt Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Kuali :

https://chenom.my/kuali-yang-selalu-che-nom-guna-di-youtube/

Jenama Pisau:

https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/

Model Blender:

https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/

#resepichenom

▶️RENDANG AYAM CILI API HIJAU, LAIN MACAM SODAP https://youtu.be/GRT36XEij8E?si=NmNCq66XDlweqaqR Resepi Oleh:che' nom Bahan-bahan rendang: 1 ekor ayam 8-10 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 2 inci halia 1 inci lengkuas 1 ketul kunyit hidup 3 batang serai (hiris nipis). 2 batang serai (ketuk) 1 helai daun kunyit 20-30 tangkai cili padi hijau 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa) ATAU 1 kotak kecil santan 1 asam keping Garam secukup rasa 1 sb kerisik Sedikit gula melaka Bahan-bahan sangai: 1 sb biji ketumbar 1/2 sb jintan putih 1/2 sb jintan manis https://youtu.be/GRT36XEij8E?si=NmNCq66XDlweqaqR
إظهار الكل...
Rendang Ayam Cili Api Hijau, lain macam sodap

Sempena Hari Raya Aidiladha, atau raya Haji kali ni Che Nom nak sediakan resepi rendang yang cukup sedap ,iaitu Rendang Ayam Cili Api versi tumis. Siapa yang suka makan pedas boleh cuba rendang ni. Rasa pedas tu datang dari cili api fresh yang kita guna, lain ye ia punya sedap tu kalau guna cili fresh.   Ayam yg Che Nom guna ni lambat lagi nak pencen, jadi masak pon tak lama sangat. Mudah aja nak masak, janji bahan-bahan yang kita guna tu semuanya fresh dan rempah kena sangai. Bila bergabung dengan lemak santan dan rempah sangai homemamde, cukup terbaik. Kalau makan dengan lemang ke, nasik impit ke memang kena sangat. Nak makan dengan nasi lemak pon sodap. //Bahasa Melayu ----------------------------- Bahan-bahan rendang: 1 ekor ayam 8-10 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 2 inci halia 1 inci lengkuas 1 ketul kunyit hidup 3 batang serai (hiris nipis) 2 batang serai (ketuk) 1 helai daun kunyit 20-30 tangkai cili padi hijau 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa) ATAU 1 kotak kecil santan 1 asam keping Garam secukup rasa 1 sb kerisik Sedikit gula melaka Bahan-bahan sangai: 1 sb biji ketumbar 1/2 sb jintan putih 1/2 sb jintan manis //English ----------------------------- Rendang ingredients: 1 whole chicken 8-10 shallots 4 cloves garlic 2 inches ginger 1 inch galangal 1 piece turmeric 3 sticks lemongrass (thinly sliced) 2 sticks lemongrass (tap) 1 turmeric leaf 20-30 stalks green bird's eye chilli 2 cups thick coconut milk (from 1 coconut) OR 1 small box coconut milk 1 dried tamarind slice Salt to taste 1 tbsp toasted coconut paste A little bit palm sugar Toasted spices ingredients: 1 tbsp coriander seeds 1/2 sb cumin seeds 1/2 sb fennel seeds Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Kuali :

https://chenom.my/kuali-yang-selalu-che-nom-guna-di-youtube/

Jenama Pisau:

https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/

Model Blender:

https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/

#resepichenom

▶️SET AYAM PANGGANG ALA NANDOS https://youtu.be/uiKUD9ucKEs?si=J6E5orpEaAVMsbWY Resepi Oleh:che' nom Bahan-bahan ayam panggang: 1 ekor ayam, anggaran berat 1.7-1.8kg 2 sb serbuk smoked paprika 1/2 sb serbuk thyme atau rosemary kering 1/2 sb serbuk cayenne 1/2 sb serbuk parsley kering (pilihan) 1 sk serbuk lada hitam 4 sb minyak zaitun extra virgin 2 sk garam 1 sb serbuk pati ayam 2 sb jus lemon Bahan-bahan sayur panggang: Minyak zaitun extra virgin Brokoli Lobak merah Lada benggala Bawang holland Bawang putih Cendawan butang Sedikit serbuk lada hitam Sedikit garam Bahan-bahan gravy: 1 sb mentega 1 sb tepung gandum Kuah ayam panggang 1/2 cwn air (tambah sikit-sikit) https://youtu.be/uiKUD9ucKEs?si=J6E5orpEaAVMsbWY
إظهار الكل...
Set Ayam Panggang Ala Nandos

Kali ni jom tengok Che Nom sediakan roasted chicken, bersama dengan sayur grill, dan juga kuah ayam atau gravy nya sekali. Ha cukup lengkap set tu, memang berbaloi buat sendiri sebab kita akan dapat hasil ayam panggang yang lembut dan moist di dalam, cukup segala rasa dengan herba perapan yang simple. Bahagian pertama Che Nom akan tunjuk proses marinade ayam dengan gabungan beberapa jenis rempah dan juga cara bakar ayam yang cepat masak dan mudah. Bahagian kedua, penyediaan sayur gril dengan gabungan beberapa jenis sayur yang sesuai. Simple saja caranya tapi nak dapat yang sedap kita kena tau teknik nya dan juga bahan-bahan penting untuk sayur grill. Dan yang ke3, dengan lebihan dripping ayam panggang, kita masak gravy untuk dipadan kan bersama dua menu yang hebat tadi. Baru cukup lengkap. Buat makan ramai-ramai 1 family memang terbaik. //Bahasa Melayu ----------------------------- Bahan-bahan ayam panggang 1 ekor ayam, anggaran berat 1.7-1.8kg 2 sb serbuk smoked paprika 1/2 sb serbuk thyme atau rosemary kering 1/2 sb serbuk cayenne 1/2 sb serbuk parsley kering (pilihan) 1 sk serbuk lada hitam 4 sb minyak zaitun extra virgin 2 sk garam 1 sb serbuk pati ayam 2 sb jus lemon Bahan-bahan sayur panggang: Minyak zaitun extra virgin Brokoli Lobak merah Lada benggala Bawang holland Bawang putih Cendawan butang Sedikit serbuk lada hitam Sedikit garam Bahan-bahan gravy: 1 sb mentega 1 sb tepung gandum Kuah ayam panggang 1/2 cwn air (tambah sikit-sikit) //English ----------------------------- Roasted chicken ingredients: 1 whole chicken, approximately 1.7–1.8 kg  2 tbsp smoked paprika powder 1/2 tbsp thyme powder or dried rosemary 1/2 tbsp cayenne powder 1/2 tbsp dried parsley powder (optional) 1 tsp black pepper powder 4 tbsp extra virgin olive oil 2 tsp salt 1 tbsp chicken stock powder 2 tbsp lemon juice Grilled vegetable ingredients: Extra virgin olive oil Broccoli Carrot Capsicum Yellow onion Garlic Button mushroom A little bit of black pepper powder A little bit of salt Gravy ingredients: 1 tbsp butter 1 tbsp plain flour Drippings from roasted chicken  1/2 cup water (add gradually) Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Kuali :

https://chenom.my/kuali-yang-selalu-che-nom-guna-di-youtube/

Jenama Pisau:

https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/

Model Blender:

https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/

#resepichenom

▶️KEK GULA HANGUS, BAKAR GUNA DAPUR GAS AJA https://youtu.be/dRgybJFX9rg?si=sTyWoB0dZQLD6LFe Resepi Oleh: che' nom Bahan-bahan: 1 cwn/200g gula 1 cwn/237ml air panas 1/4 ketul atau 63g mentega 1 cwn/125g tepung gandum 2 sk soda bikarbonat 3 biji telur 1/2 cwn/118ml susu pekat manis 1 sk esen vanila 1/4 sk garam Loyang bulat 24cm https://youtu.be/dRgybJFX9rg?si=sTyWoB0dZQLD6LFe
إظهار الكل...
Kek Gula Hangus, bakar guna dapur gas aja.

Che Nom sangat excited nak share resepi pada kali ni, sebab pertama kalinya Che Nom beli loyang yang boleh bakar kek guna dapur. Rindu nak makan kek old school punya pasal, loyang pon kita guna model old school la, made in Thailand… Sawasdikap! Kek gula hangus atau kek sarang semut ni memang kek kegemaran sepanjang zaman, nak buat pon bahan-bahan nya tak mahal. Cuma cara atau teknik tu kena betul untuk dapatkan hasil kek yang lembut, manis wangi berkaramel, berongga dan sedikit garing di luar. Che Nom lebih suka kalau gebu tu sikit, syiok makan dengan teh O. Che Nom share juga cara bakar kek atas dapur, jadi tak perlu guna oven pun dapat buat kek marvellous. Berebut makan tak sempat tunggu tunggu sejuk! //Bahasa Melayu ----------------------------- Bahan-bahan: 1 cwn /200g gula 1 cwn /237ml air panas 1/4 ketul atau 63g mentega 1 cwn /125g tepung gandum 2 sk soda bikarbonat 3 biji telur 1/2 cwn /118ml susu pekat manis 1 sk esen vanila 1/4 sk garam Loyang bulat 24cm //English ----------------------------- Ingredients: 1 cup /200g sugar 1 cup hot water 1/4 stick or 63g butter 1 cup /125g plain flour 2 tsp baking soda 3 eggs 1/2 cup /118ml sweetened condensed milk 1 tsp vanilla essence 1/4 tsp salt 24cm round cake pan Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Kuali :

https://chenom.my/kuali-yang-selalu-che-nom-guna-di-youtube/

Jenama Pisau:

https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/

Model Blender:

https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/

#resepichenom

▶️SAMBAL KICAP PADU CICAH PISANG GORENG! LAYAN.. https://youtu.be/voGMJC2a1Xo?si=PY8P2ENDgDNEZsTv Resepi Oleh:che' nom Bahan sambal kicap: 7 ulas bawang putih 1 biji bawang merah besar 15-20 tangkai cili padi 1 ketul gula melaka (mini) 1/2-1 cwn kicap Bahan pisang goreng: 2 biji pisang tanduk 1 cwn tepung beras 1/2 cwn tepung gandum 1 sk gula 1 sk serbuk penaik 1 sk garam 2 sb air kapur makan (optional) 2-3 titik pewarna kuning 1 cwn air (tambah sikit-sikit dan pastikan tak terlalu cair) https://youtu.be/voGMJC2a1Xo?si=PY8P2ENDgDNEZsTv
إظهار الكل...
Sambal Kicap Padu cicah Pisang Goreng! Layan..

Kali ni jom tengok Che Nom sediakan menu street food yang sangat terkenal, dan sangat lah menjadi kegemaran ramai iaitu Sambal Kicap dan Pisang Tanduk Goreng. Sambal kicap kalau makan dengan pisang goreng ni of course lah asal dari Johor kan? Tapi sekarang ni orang negeri lain pun pandai makan. Che Nom sejak pindah duduk Selangor, baru lah pandai makan terutama kalau cicah dengan pisang tanduk. Gabungan keduan ya tu memang kena dan sedap sangat. Mula-mula Che Nom akan tunjuk cara untuk sediakan sambal kicap yang walaupun nampak mudah, tapi kalau tersilap bajet bahan tak jadi dik.. Dan kemudian Che Nom tunjuk cara goreng pisang tanduk yang rangup berkriuk-kriuk hasilnya. //Bahasa Melayu ----------------------------- Bahan sambal kicap: 7 ulas bawang putih 1 biji bawang merah besar 15-20 tangkai cili padi 1 ketul gula melaka (mini) 1/2 - 1 cwn kicap Bahan pisang goreng: 2 biji pisang tanduk 1 cwn tepung beras 1/2 cwn tepung gandum 1 sk gula 1 sk serbuk penaik 1 sk garam 2 sb air kapur makan (optional) 2-3 titik pewarna kuning 1 cwn air (tambah sikit-sikit dan pastikan tak terlalu cair) //English ----------------------------- Chili soy sauce ingredients: 7 cloves garlic 1 red onion 15-20 stalks bird's eye chili 1 piece palm sugar (mini) 1/2 - 1 cup soy sauce Fried banana ingredients: 2 plantains 1 cup rice flour 1/2 cup plain flour 1 tsp sugar 1 tsp baking powder 1 tsp salt 2 tbsp limestone water (optional) 2-3 drops yellow food colouring 1 cup water (add gradually and please make sure the batter is not too thin) Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Kuali :

https://chenom.my/kuali-yang-selalu-che-nom-guna-di-youtube/

Jenama Pisau:

https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/

Model Blender:

https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/

#resepichenom

▶️UDANG KAM HEONG, UII SEDAP MENJILAT JARI https://youtu.be/ikITrhZWY5A?si=IWspZIyfO_3mbY_K Resepi Oleh:che' nom Bahan-bahan: 8-10 ekor udang (saiz besar) 1 sk garam 1 sk serbuk kunyit 2-3 sb tepung jagung 2 biji bawang merah kecil 5 ulas bawang putih 1/2 sb udang kering 6-8 tangkai cili padi 2 tangkai daun kari 1 +1/2 sb rempah kari ikan/daging 2-3 sb kicap manis 2 sb sos tomato 3 sb sos cili 2 sb sos tiram https://youtu.be/ikITrhZWY5A?si=IWspZIyfO_3mbY_K
إظهار الكل...
Udang Kam Heong, uii sedap menjilat jari.

Kali ni Che nom nak share resepi special yang kena sangat kalau kita masak dengan udang terutama kalau ada dang fresh tu kan, iaitu udang masak Kam Heong. Sesuai juga sebagai menu dapur bujang sebab tak banyak pon bahan, nak masak pon cepat, cuma kena ikut lah tips yang Che Nom share dalam video ni supaya udang kita tak terlebih masak, sedang elok hasilnya nya. Siapa yang cipta masakan kam heong ni memang hebat, nak buat nya cukup simple, tapi hasilnya tu masyaAllah, cukup sedap, bila makan menjilat jari sebab ada rasa pedas, rasa berempah, rasa masam manis, dengan wangi daun kari, fuh rugi kalau anda tak pernah makan masakan ni. //Bahasa Melayu ----------------------------- Bahan-bahan: 8-10 ekor udang (saiz besar) 1 sk garam 1 sk serbuk kunyit 2-3 sb tepung jagung 2 biji bawang merah kecil 5 ulas bawang putih 1/2 sb udang kering 6-8 tangkai cili padi 2 tangkai daun kari 1 +1/2 sb rempah kari ikan/daging 2-3 sb kicap manis 2 sb sos tomato 3 sb sos cili 2 sb sos tiram //English ----------------------------- Ingredients: 8-10 prawns (large size) 1 tsp salt 1 tsp turmeric powder 2-3 tbsp cornstarch 2 shallots 5 cloves garlic 1/2 tbsp dried shrimp 6-8 stalks bird's eye chili 2 stalks curry leaves 1 +1/2 tbsp fish/meat curry spices 2-3 tbsp sweet soy sauce 2 tbsp tomato sauce 3 tbsp chili sauce 2 tbsp oyster sauce Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Kuali :

https://chenom.my/kuali-yang-selalu-che-nom-guna-di-youtube/

Jenama Pisau:

https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/

Model Blender:

https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/

#resepichenom

▶️APAM PISANG KUKUS, GEBU SANGAT TAMBAH 1 BAHAN PENTING https://youtu.be/SdnAogo2Kr4?si=XSRXYD2P3Jqy4m9 Resepi Oleh: che' nom Hasil 23 biji saiz apam guna acuan dalam video Bahan-bahan: 4-5 biji pisang ATAU 1 cawan pisang lenyek 1 biji telur 1/2 cwn/100g gula perang 1 sk esen vanila 1 cwn/125g tepung gandum 1 sk soda bikarbonat 1 sk serbuk penaik 1 sk jus limau/lemon 1/4 sk garam 1/2 cwn /113g minyak jagung https://youtu.be/SdnAogo2Kr4?si=XSRXYD2P3Jqy4m9-
إظهار الكل...
Apam Pisang Kukus, gebu sangat tambah 1 bahan penting!

Resepi kali ni memang terpaling mantap.. kenapa yang mantap sangat tu? Sebab hasilnya sangat lah best, lembut, gebu dan manis berlemak secukup rasa. Ini lah dia apam pisang kukus yang sesuai buat berniaga. Nak buat minum petang atau sarapan memang terbaik. Bahan-bahan cukup mudah dan yang penting kena ada pisang masak ranum baru sedap. Biasanya kalau buat apam atau kek pisang, jenis pisang sesuai kena yang manis contoh mcm pisang berangan atau pisang emas, pisang tanduk tak sesuai lah. Ada tips penting untuk dapatkan apam berurat pisang dan juga hasil apam yang optimum gebunya tu, tonton sampai habis ok. Hasil : 23 biji saiz apam guna acuan dalam video //Bahasa Melayu ----------------------------- Bahan-bahan: 4-5 biji pisang ATAU 1 cawan pisang lenyek 1 biji telur 1/2 cwn /100g gula perang 1 sk esen vanila 1 cwn /125g tepung gandum 1 sk soda bikarbonat 1 sk serbuk penaik 1 sk jus limau/lemon 1/4 sk garam 1/2 cwn /113g minyak jagung English ---------------------------- Ingredients: 4-5 bananas OR 1 cup mashed banana 1 egg 1/2 cup /100g brown sugar 1 tsp vanilla essence 1 cup /125g plain flour 1 tsp baking soda 1 tsp baking powder 1 tsp lime/lemon juice 1/4 tsp salt 1/2 cup /113g corn oil Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Kuali :

https://chenom.my/kuali-yang-selalu-che-nom-guna-di-youtube/

Jenama Pisau:

https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/

Model Blender:

https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/

#resepichenom

اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.