Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
الذهاب إلى القناة على Telegram
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
إظهار المزيد6 638
المشتركون
-324 ساعات
-127 أيام
+130 أيام
أرشيف المشاركات
SSM SERTAI OPERASI BERSEPADU ANJURAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA BERSAMA KPDN SELANGOR DAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
Klang, 30 Julai 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Selangor telah menyertai Operasi Bersepadu anjuran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melibatkan seramai 250 orang pegawai dan anggota bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 12 Julai 2026.
Sebanyak 105 premis perniagaan telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat pemilik perniagaan yang dipercayai telah menyalahgunakan pendaftaran perniagaan yang didaftarkan dengan membenarkan warga asing menjalankan perniagaan menggunakan pendaftaran perniagaan yang didaftarkan.
Hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat premis perniagaan yang boleh di ambil tindakan dibawah seksyen 12(1)(d) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 memperuntukan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali dan seksyen 5C Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 iaitu tindakan pembatalan pendaftaran perniagaan yang menjalankan perniagaan menyalahi undang-undang atau prinsip moral.
SSM telah mengeluarkan kompaun di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 serta notis seksyen 27 Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001.
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM NEGERI SEMBILAN ANJUR PROGRAM PEMERKASAAN PEMATUHAN KORPORAT BERSAMA SETIAUSAHA SYARIKAT
Seremban, 30 Julai 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Pemerkasaan Pematuhan Korporat Bersama Setiausaha Syarikat di Arena Premier, di sini pada 13 Julai 2026.
Program ini disertai oleh seramai 73 setiausaha syarikat di Negeri Sembilan termasuk wakil-wakil mereka.
Sesi taklimat memberi penekanan kepada aspek kesetiausahaan korporat, Environmental, Social and Governance serta pemunyaan benefisial dalam memperkukuh pematuhan prinsip kelestarian alam sekitar, kesejahteraan sosial serta tadbir urus yang telus dan berintegriti.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohamed Sufyan Mohd Mokhtar, Pengarah Bahagian Pembangunan & Perkhidmatan Perundangan dan Encik Asrul Effendi Dahalan, Pengurus Unit Pemantauan Setiausaha, Bahagian Pematuhan Korporat.
Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh pematuhan terhadap keperluan statutori, meningkatkan ketepatan maklumat korporat dalam daftar SSM serta memupuk amalan tadbir urus korporat yang berintegriti dan berdaya saing dalam ekosistem perniagaan negara.
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM NEGERI SEMBILAN ANJUR PROGRAM PEMERKASAAN PEMATUHAN KORPORAT BERSAMA SETIAUSAHA SYARIKAT
Seremban, 30 Julai 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Pemerkasaan Pematuhan Korporat Bersama Setiausaha Syarikat di Arena Premier, di sini pada 13 Julai 2026.
Program ini disertai oleh seramai 73 setiausaha syarikat di Negeri Sembilan termasuk wakil-wakil mereka.
Sesi taklimat memberi penekanan kepada aspek kesetiausahaan korporat, Environmental, Social and Governance serta pemunyaan benefisial dalam memperkukuh pematuhan prinsip kelestarian alam sekitar, kesejahteraan sosial serta tadbir urus yang telus dan berintegriti. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohamed Sufyan Mohd Mokhtar, Pengarah Bahagian Pembangunan & Perkhidmatan Perundangan dan Encik Asrul Effendi Dahalan, Pengurus Unit Pemantauan Setiausaha, Bahagian Pematuhan Korporat.
Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh pematuhan terhadap keperluan statutori, meningkatkan ketepatan maklumat korporat dalam daftar SSM serta memupuk amalan tadbir urus korporat yang berintegriti dan berdaya saing dalam ekosistem perniagaan negara.
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
PLENARY 15 – SSM TALKS
Celebrating the 15th SSM National Conference (SSMNC 2026), a premier regulatory education & networking platform for corporate professionals.
Stay relevant. Stay connected. Stay ahead.
Join SSM’s signature regulatory & corporate conference, now in HYBRID mode.
Conference Fee:
✔️ Virtual: RM700
✔️ In-Person @ KLCC : RM1,500
✔️ In-Person + Company Secretary Masterclass @ KLCC: RM1,800
*Registration is on a first-come, first-served basis.
Secure your spot now by registering via SSM4U Online Platform, https://ssm4u.com.my/ecomtrac/.
For further enquiries:
Email: comtrac@ssm.com.my / WhatsApp: 03-2299 5335
*Terms and condition apply.
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
PLENARY 14 – SSM ENFORCEMENT WATCH 2026: WHAT'S NEW?

PLENARY 9 - A CLEAN MALAYSIA STARTS WITH INTEGRITY

SSM SERTAI PROGRAM USAHAWAN NEXTGEN MARA 2026
Muar, 29 Julai 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Muar telah menyertai program Usahawan Nextgen MARA 2026 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 10 Julai 2026.
Tujuan program diadakan adalah untuk memberi bimbingan, kesedaran dan sokongan kepada para usahawan MARA bagi mengembangkan dan meningkatkan lagi potensi perniagaan secara mampan.
Sepanjang program berlangsung, SSM Cawangan Muar telah menawarkan beberapa perkhidmatan iaitu khidmat nasihat berkaitan pendaftaran perniagaan, pendaftaran ID SSM4U, semakan status perniagaan dan memperkenalkan produk dan perkhimdatan SSM.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia. Program ini telah dihadiri seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada usahawan dan pelajar.
Pegawai bertugas dari SSM Muar ialah Puan Hafizah Seniwal, Eksekutif Unit Operasi SSM Muar dan dibantu oleh Encik Shed Azhar Rosman Pembantu Tadbir Unit Operasi SSM Muar.
Turut serta bersama daripada agensi kerajaan dan swasta adalah daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM).
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
PRACTICE DIRECTIVE 11/2026: SERAH SIMPAN MAKLUMAT PEMEGANG SAHAM DAN SYER SYARIKAT
Syarikat tempatan dan syarikat asing yang berdaftar dengan SSM dikehendaki menyerah simpan maklumat pemegang saham dan saham syarikat kepada Pendaftar.
Serah simpan Borang PD11/2026 boleh dikemukakan di Ibu Pejabat SSM atau mana-mana pejabat negeri SSM tanpa fi, mulai 14 Julai 2026 hingga 14 Januari 2027.
Layari dokumen penuh di:
https://www.ssm.com.my/Pages/Legal_Framework/Document/PD%2011_2026_140726.pdf
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
PLENARY 13 - FROM OVERSIGHT TO FORESIGHT: BOARD LEADERSHIP IN A TIME OF DISRUPTION
Celebrating the 15th SSM National Conference (SSMNC 2026), a premier regulatory education & networking platform for corporate professionals.
Stay relevant. Stay connected. Stay ahead.
Join SSM’s signature regulatory & corporate conference, now in HYBRID mode.
Conference Fee:
✔️ Virtual: RM700
✔️ In-Person @ KLCC : RM1,500
✔️ In-Person + Company Secretary Masterclass @ KLCC: RM1,800
*Registration is on a first-come, first-served basis.
Secure your spot now by registering via SSM4U Online Platform, https://ssm4u.com.my/ecomtrac/.
For further enquiries:
Email: comtrac@ssm.com.my / WhatsApp: 03-2299 5335
*Terms and condition apply.
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
PLENARY 12 - STRENGTHENING AMLA COMPLIANCE: CRITICAL RESPONSIBILITIES AND RISK MANAGEMENT FOR COMPANY SECRETARIES
Celebrating the 15th SSM National Conference (SSMNC 2026), a premier regulatory education & networking platform for corporate professionals.
Stay relevant. Stay connected. Stay ahead.
Join SSM’s signature regulatory & corporate conference, now in HYBRID mode.
Conference Fee:
✔️ Virtual: RM700
✔️ In-Person @ KLCC : RM1,500
✔️ In-Person + Company Secretary Masterclass @ KLCC: RM1,800
*Registration is on a first-come, first-served basis.
Secure your spot now by registering via SSM4U Online Platform, https://ssm4u.com.my/ecomtrac/.
For further enquiries:
Email: comtrac@ssm.com.my / WhatsApp: 03-2299 5335
*Terms and condition apply.
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
PLENARY 11 - FROM FARM TO TABLE: SCALING FOR THE LONG RUN

KENYATAAN SEBUT HARGA: PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN INSURANS HARTA BENDA, SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) BAGI TAHUN 2027
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin mempelawa mana-mana pembida/penyebut harga untuk membida tawaran Sebut Harga No. 6/2026. Sebut harga ini dipelawa melalui sistem e-Perolehan SSM.
Semua pembekal/ kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini perlu menggunakan sistem e-Perolehan SSM dan DIKEHENDAKI mendaftar terlebih dahulu secara dalam talian bagi mendapatkan ID pengguna dan kata laluan melalui laman sesawang SSM4U.
Sebut harga ini dibuka mulai 28 Julai 2026 (Selasa) hingga 5 Ogos 2026 (Rabu) secara dalam talian melalui sistem e-Perolehan SSM.
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
KENYATAAN SEBUT HARGA: PERKHIDMATAN PANEL PEMBEKALAN PELBAGAI ALAT TULIS (BARANGAN STOR) DI SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin mempelawa mana-mana pembida/penyebut harga untuk menyertai tawaran Sebut Harga No. 5/2026. Sebut harga ini dipelawa melalui sistem e-Perolehan SSM.
Semua pembekal/ kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini perlu menggunakan sistem e-Perolehan SSM dan DIKEHENDAKI mendaftar terlebih dahulu secara dalam talian bagi mendapatkan ID pengguna dan kata laluan melalui laman sesawang SSM4U.
Sebut harga ini dibuka mulai 28 Julai 2026 (Selasa) hingga 5 Ogos 2026 (Rabu) secara dalam talian melalui sistem e-Perolehan SSM.
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM ANJUR PROGRAM SSM BIZSTART SIRI 5/2026 DENGAN KERJASAMA MCMC DAN USAHAWAN NADI
Kuala Lumpur, 28 Julai 2026 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menganjurkan Program SSM BizStart Siri 5/2026 pada 23 Julai 2026.
Penganjuran program ini bertujuan memberikan pendedahan dan perkongsian maklumat kepada para usahawan NADI mengenai kepentingan pematuhan pendaftaran perniagaan, perkhidmatan pembekalan maklumat korporat SSM serta penggunaan Biz AI, iaitu perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menyokong proses pendaftaran dan pengurusan entiti perniagaan dengan lebih cekap.
Program yang berlangsung secara dalam talian ini telah disertai oleh lebih 1,000 usahawan NADI dari seluruh Malaysia.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Pemasaran & Pembangunan Perniagaan SSM iaitu Encik Ruhalmusdi Hanafi bagi topik Pendaftaran Perniagaan, Cik Ang Xin Yi bagi topik Pembekalan Maklumat Korporat serta Puan Nadirah Rohimi dari SSM Customer Care bagi topik Biz AI.
Melalui sesi perkongsian tersebut, para peserta memperoleh pengetahuan serta panduan praktikal yang dapat membantu mereka mengurus perniagaan secara lebih sistematik, mematuhi keperluan perundangan dan meningkatkan daya saing dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar.
Penganjuran Program SSM BizStart Siri 5/2026 ini merupakan kesinambungan daripada empat siri terdahulu yang telah dilaksanakan bersama pelbagai pihak berkepentingan, dengan penglibatan lebih 1,000 peserta daripada komuniti usahawan.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan SSM dalam memperkasa komuniti perniagaan melalui penyampaian maklumat, pendidikan keusahawanan dan pemanfaatan perkhidmatan digital SSM.
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM MELAKA SAMPAIKAN TAKLIMAT SPPP KEPADA PELAJAR GIATMARA SIMPANG AMPAT
Simpang Ampat, 28 Julai 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Melaka telah menyampaikan taklimat berkaitan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma kepada pelajar GIATMARA di sini sempena Minggu Mesra Pelatih pada 9 Julai 2026.
Program ini bertujuan menyampaikan maklumat terkini berkaitan SSM termasuk kepentingan pendaftaran perniagaan di SSM, hebahan inisiatif SSM 2026 serta produk dan perkhidmatan SSM.
Taklimat berkaitan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 telah disampaikan oleh Encik Muhammad Ilham Ibrahim dari Seksyen Operasi SSM Melaka. Kaunter pendaftaran perniagaan turut dibuka bagi memudahkan peserta mendaftarkan perniagaan.
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM SERTAI PROGRAM ADVOKASI BERHUBUNG PELAKSANAAN PROGRAM PASAR PATUH (3P) ANJURAN KPDN NEGERI MELAKA
Melaka, 28 Julai 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Melaka telah menyertai Program Advokasi Berhubung Kewajipan Peniaga Terhadap Pelaksanaan Program Patuh anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Melaka pada 9 Julai 2026.
Program advokasi ini dijalankan bertujuan bagi memastikan pematuhan terhadap akta-akta yang dikawal selia oleh agensi-agensi yang terlibat di premis sekitar kawasan Pasar Basah Bukit Beruang dan Taman Buaya dan Rekreasi Melaka.
Program ini diketuai oleh Dr Mohd Hazimin Jamaludin, Pengarah KPDN Negeri Melaka. Sebanyak 28 premis telah dilawati di kedua-dua lokasi dan penglibatan seramai 30 orang pegawai termasuk SSM Melaka. Antara agensi lain yang terlibat adalah Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM