ar
Feedback
INFO PENDIDIKAN DAERAH SPT

INFO PENDIDIKAN DAERAH SPT

الذهاب إلى القناة على Telegram

SEBARAN INFORMASI PENDIDIKAN DI SPT

إظهار المزيد
682
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
لا توجد بيانات30 أيام
أرشيف المشاركات
*Pencarian #CikguJuaraDigital 2024* Kami mencari : 1. Guru Prasekolah dan Tadika awam 2. Guru Sekolah Rendah dan Menengah awa
*Pencarian #CikguJuaraDigital 2024* Kami mencari : 1. Guru Prasekolah dan Tadika awam 2. Guru Sekolah Rendah dan Menengah awam 3. Guru Pentadbir sekolah rendah dan menengah awam ✅Warganegara Malaysia ✅Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun sebagai guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, MARA ataupun KEMAS ✅Mempunyai minat yang mendalam untuk transformasi bidang pendidikan melalui teknologi ✅Menggunakan Teknologi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah ✅Menggunakan Teknologi Digital dalam Pentadbiran di sekolah (pentadbir) ✅Aktif di dalam pertandingan berteraskan teknologi dan inovasi ✅Aktif di sosial media seperti Tiktok, Facebook, Instagram, Twitter, Website dan lain-lain ✅Boleh mengikuti aktiviti-aktiviti anjuran Program #CikguJuaraDigital dan #mydigitalmaker ✅Boleh melaksanakan program dan perkongsian teknologi digital bersama guru dan pelajar Jika anda bersetuju dengan kesemua pernyataan di atas, andalah #CikguJuaraDigital yang kami cari! Isikan borang penyertaan di bit.ly/CJD2024

Promo Pesta Buku Pulau Pinang Oleh: anak2 SK Permatang Tok Kandu https://vt.tiktok.com/ZSFRutuTS/

5_6176833514827156649_240130_171445.pdf5.17 KB

photo content

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera💓🇲🇾 Doa untuk calon SPM❤️ & STPM❤️ بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞  إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاك نَسْتَعِينُ۞  اهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞  صِرَاطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ . اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ   وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء  وَالْمُرْسَلِيْن وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين Bismillahirrahmanirrahim Ya Allah, ya Tuhan kami, Kami memohon keampunan-Mu, kami memohon kerahmatan-Mu, kami memohon taufik dan hidayah-Mu ya Allah Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah, anak-anak didik kami akan menduduki peperiksaan ya Allah. Kami memohon kepada-Mu ya Allah, bantulah anak-anak didik kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi nanti ya Allah. Ya Allah, peliharalah kesihatan anak-anak didik kami di hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Kurniakan ilham dan petunjuk untuk anak-anak didik kami memahami soalan, dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan jitu, tepat, cepat dan sempurna. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan. Kurniakanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Ya Allah, kurniakanlah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak didik kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat manfaatkan ilmu yg diajar guru2, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada Mu Ya Allah. Ya Allah, perkenankanlah doa-doa kami ini. Amin ya Rabbal Alamin.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan, *JEMPUTAN MENGIKUTI PROGRAM LITERASI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI: WANITA MENDEPANI KEGANASAN RUMAHTANGGA* Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK), Kementerian Pendidikan Malaysia ingin *menjemput warga KPM di Bahagian/ JPN/ PPD/ IPGM/ Kolej Matrikulasi* dan lain-lain agensi di bawah KPM untuk mengikuti Program Literasi Kesejahteraan Psikologi: Wanita Mendepani Keganasan Rumahtangga  akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut: 📆 Tarikh : 22 Januari         2024  ( Isnin )           ⏰Masa: 8:30 pagi –         4.30 petang   ▶️Link YouTube EDUWEBTV *Sesi Pagi* (8.30 pagi - 1.00 tengah hari)      https://www.youtube.com/live/83j6ZfujVzY?si=Fq0JnuDaLyBJlVlU Dan *Sesi Petang* (2.00 - 4.00 petang) https://www.youtube.com/live/r_Wt8L7w6p8?si=-B2JBlgvhRDxHVYn Sehubungan itu kami menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ tuan/ puan yang berkelapangan untuk mengikuti program tersebut. Sekian, terima kasih.

📍APLIKASI-APLIKASI BAGI MEMUDAHKAN PENGAJARAN DALAM TALIAN SEMASA PDPR http://www.cikgunas.com/2022/12/aplikasi-aplikasi-bagi-memudahkan-kerja.html ‼️ cikgunas.com Unit Sumber & Teknologi Pendidikan PPD Seberang Prai Tengah

Jom PdPR ‼️ Berikutan gangguan bekalan air di Pulau Pinang, semua sekolah di Pulau Pinang dibenarkan untuk melaksanakan sesi
Jom PdPR ‼️ Berikutan gangguan bekalan air di Pulau Pinang, semua sekolah di Pulau Pinang dibenarkan untuk melaksanakan sesi PdPR bermula 10-12 Januari 2024. Banyak fitur-fitur yang menarik dalam Pelantar Pembelajaran DELIMa 2.0 KPM. Gunakan kesempatan yang ada untuk teroka Portal DELIMa dengan lebih mendalam. Sokongan daripada semua pihak termasuk guru dan murid-murid di Pulau Pinang agar dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh KPM. Pulau Pinang Peneraju Transformasi Pendidikan Negara ======================== Klik pautan dibawah untuk mengetahui info lanjut program/aktiviti melibatkan Sektor Sumber Teknologi Pendidikan JPN Pulau Pinang Layari:: Sites SSTP JPNPP : https://sites.google.com/jpnpp.edu.my/sstpjpnpulaupinang/laman-utama

photo content
+1

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera. YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, Saksikan siaran langsung bual bicara bertajuk *Persed
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera. YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, Saksikan siaran langsung bual bicara bertajuk *Persediaan Peperiksaan Awam Tahun 2023 Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia* bersama-sama *Encik Basri bin Hassan, Timbalan Pengarah Peperiksaan Kanan, Kluster Produksi yang menjalankan tugas Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan* dan *Encik Rodzi bin Ismail, Timbalan Pengarah Peperiksaan, Sektor Operasi, Lembaga Peperiksaan* dalam rancangan *Ruang Bicara* di saluran *BERNAMA* pada *19 Disember 2023 (Selasa), jam 9:00 malam*. #7TerasKPM #MalaysiaMADANI #KaramahInsaniah Sekian, terima kasih. *UKK KPM*