𝓤𝔂𝓪𝔂𝓷𝓪 𝓠𝓾𝓸𝓽𝓮𝓼 📝
الذهاب إلى القناة على Telegram
𝘈𝘯𝘥𝘢𝘪 𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘯𝘧𝘢𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘥𝘪𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘪𝘯𝘪, 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩. 𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬, 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯. 𝘔𝘢𝘢𝘧𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢, 𝘥𝘰𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢. 🥀 IG : @uyaynaquotes
إظهار المزيد2 477
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-87 أيام
-3330 أيام
أرشيف المشاركات
2 477
🌼 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 - 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐉𝐔𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐌𝐀𝐊𝐌𝐔𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌼
Sabtu | 4 Julai 2026 | Bermula jam 06.00 Petang
📍 Dataran Temerloh, Pahang
➡️ https://maps.app.goo.gl/FWPngf9RhNkJCVqx5
Bersama Tetamu Istimewa:
1. Ustaz Neezam Al Banjari
2. Ustaz Don Daniyal
3. Babul Mustofa
4. Al Husna
Muslimin Muslimat Dijemput Hadir 🌷
2 477
Bagi yang berpuasa ‘Asyura hari ini;
Selamat berbuka puasa 🌷
Semoga Allah ﷻ menerima puasa & amal ibadah kita, Aamiin Allahumma Aamiin 💗
2 477
+4
AMALAN-AMALAN HARI ‘ASYURA (10 MUHARRAM)
Boleh mula amalkan selepas maghrib malam ini hingga sebelum maghrib malam esok, InsyaAllah. Semoga bermanfaat 💗
🌷@uyaynaquotes
2 477
Semoga di tahun baru yang akan tiba, dalam satu tahun penuh kita semua di berikan kebahagiaan, keberkahan, keselamatan, dan kelancaran rezeki. Dan Allah ﷻ menjadikan tahun baru kita adalah tahun yang indah, sepertimana pelangi selepas turunnya hujan. اللهم آمين 🤲🏻
🌷@uyaynaquotes
2 477
✨ Awal Muharram ✨
InsyaAllah hari ini adalah hari terakhir tahun 1447 Hijrah, dan maghrib nanti kita akan memasuki 1 Muharram 1448 Hijrah
Dalam menyambut perayaan Tahun Baru Hijrah, umat Islam dianjurkan untuk membaca doa akhir tahun sebelum memasuki Tahun Baru Islam (sebelum maghrib).
Dan membaca doa awal tahun setelah solat maghrib pula.
🌷@uyaynaquotes
2 477
+4
Menghidupkan Hari Arafah (9 zulhijjah) 🕋📿
(Boleh mula amalkan selepas maghrib malam ini, insyaAllah)
“Hari Arafah adalah hari ketaatan, hari mujahadah dan waktu mustajabah doa, jangan sibukkan diri dengan kesibukan yang lain.
Semoga kita menjadi orang yang dibebaskan dari api neraka. Aamiin Allahumma Aamiin 🤲🏻”
— Ustazah Fatimah Abu Bakar Assegaf
🌷@uyaynaquotes
2 477
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidak ada hari yang amal soleh lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini (10 awal Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Apakah lebih baik daripada jihad fi sabilillah?”
Baginda bersabda, “Ya. Lebih baik daripada jihad fi sabilillah, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan harta dan jiwa raganya kemudian dia tidak pernah kembali lagi (mati syahid).” (HR. Al Bukhari)
🌷@uyaynaquotes
2 477
Repost from Faris Rosli
Bermula Maghrib nanti, bulan Zulhijjah akan kembali menerpa, membawa bersama musim keberkatan dan peluang merebut ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Maka sambutlah kehadirannya sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ melalui sabda Baginda:
Daripada Ibnu Umar r.a., beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah SWT dan lebih dicintai-Nya untuk dilakukan amalan padanya daripada hari-hari sepuluh ini (sepuluh hari awal Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya ucapan tahlil, takbir dan tahmid.”
(Riwayat At-Tabarani dalam Al-Mu‘jam Al-Kabir)
Oleh sebab itu, para ulama mewasiatkan agar kita memperbanyakkan zikir-zikir ini, menghidupkan lisan dengan kalimah-kalimah yang mengagungkan Allah, khususnya pada sepuluh hari terawal Zulhijjah yang dipenuhi kelebihan dan keberkatan. Janganlah kita biarkan hari-hari yang mulia ini berlalu begitu sahaja tanpa dipenuhi dengan zikir, ibadah dan amal soleh.
*Zikir ini dibaca 10x pada waktu pagi dan 10x pada waktu malam.
2 477
“Bukan cinta namanya jika kita masih memaksakan kehendak.
Cinta yang baik itu adalah cinta yang tulus, yang tidak meminta balas atau mencari podium.
Yang penting, memastikan yang dicinta nyaman, walau hanya melihat dari kejauhan.”
— Ummu Salim Jindan
🌷@uyaynaquotes
2 477
Sepotong kalam hikmah berbunyi,
“Barangsiapa yang mencintai sesuatu secara berlebihan, maka sesuatu itu akan membutakan penglihatannya dan membuat hatinya menjadi sakit.”
🌷@uyaynaquotes
2 477
+5
“10 malam terakhir Ramadhan;
Gunakan sebaik-baiknya untuk kita beribadah kepada Allah, menjadikan segala yang boleh kita lakukan sebagai ‘pintu’ untuk kita ketuk, kita raih & kita buka untuk sampai kepada Allah ﷻ.
Lebih-lebih lagi, jangan tinggal solat isyak & subuh berjemaah. Ini adalah ‘bare minimum’ — paling simple; untuk seseorang itu mendapatkan lailatul qadar.” — Ustaz Darwisy Muhyiddin
—————————————————————
Jangan sia-siakan Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
InshaAllah jika kita sudah berdoa dan berusaha, Allah ﷻ pasti tidak akan sia-siakan usaha kita 🤍
🌷@uyaynaquotes
2 477
Masih ada waktu untuk memaksimalkan apa-apa yang belum sempurna sebelum ini.
Solat 5 waktu yang dikerjakan bermalas-malasan, terawih dan witir yang berlubang-lubang, zikir dan doa yang masih kurang, atau Alquran yang dibaca sekadar ada.
Semoga kita termasuk dalam orang-orang yang berlumba-lumba merebut 10 akhir Ramadhan, mendapat maghfirahNya dan meraih Lailatul qadar 😢🤲🏻
🌷@uyaynaquotes
2 477
"Sesungguhnya Allah ﷻ menjadikan Bulan Ramadhan itu seperti perlumbaan bagi hamba-hambaNya.
Mereka berlumba di dalamnya dengan melaksanakan amal ketaatan untuk meraih redha Allah ﷻ.
Ada suatu kaum yang berlumba dan menang, ada pula yang tertinggal sehingga mereka kalah.
Alangkah anehnya masih saja ada yang bermain-main dan tertawa-tawa, padahal mereka berada di hari yang mana orang-orang yang berbuat ihsan mendapatkan kemenangan dan orang-orang yang berbuat kebatilan mengalami kekalahan."
— Imam Hasan Al Basri
🌷@uyaynaquotes
2 477
+9
Buat wanita, jangan sedih bila tak dapat puasa sebab kita masih boleh kumpul pahala dengan banyak perkara-perkara lain.
Reminder; pada bulan ini, segala amal baik yang kita buat akan berganda-ganda pahalanya 🥰
Jangan lupa niat lillahitaala! Semoga bermanfaat 💗
🌷@uyaynaquotes
2 477
Amalan Sebelum Berbuka (Ketika Menunggu Azan Maghrib)
اللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الشَّاكِرِيْنَ وَالْحَامِدِيْنَ صَلَا ةً تَكُوْنُ لَكَ رِضَاءً وَلِحَقِّهِ أَدَاءً بِعَدَدِ ثَوَابِ حُرُوْفِ الْقُرْآنِ فِيْ شَهْرِ رَمَضَانَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Dibaca sebanyak 40x ✨
— Amalan dari Syeikh Aleey At-Thohiri
🌷 @uyaynaquotes
2 477
Zikir & Doa yang boleh kita amalkan sepanjang bulan mulia ini 🥰
Boleh baca bila bila masa, sebanyak yang mungkin. Semoga bermanfaat 🤍
🌷@uyaynaquotes
2 477
Malam Pertama Bulan Ramadhan ✨
Malam pertama Bulan Ramadhan, jangan lupa baca Surah Al Fath, malam untuk meraih pandangan Allah ﷻ.
Apabila datang malam pertama di bulan suci Ramadhan, Allah akan memandang hamba-hambaNya dengan pandangan penuh cinta.
Siapa yang dipandang Allah dengan pandangan penuh cinta di malam pertama Ramadhan, Allah tidak akan pernah tega menyiksa dia selama-lamanya.
— Ustazah Halimah Alaydrus
🌷@uyaynaquotes
