1 108
المشتركون
-124 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
-930 أيام
أرشيف المشاركات
1 108
Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di mana jua anda berada.
Semoga kita terus mencontohi akhlak serta mengamalkan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Bersama-samalah juga kita mendoakan agar Johor sentiasa berada di bawah keberkatan Allah SWT.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
1 108
+4
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas ke-61 di Padang Kawad Markas 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Kem Iskandar, Mersing pada hari ini, 20 Ogos 2026. Allah Peliharakan Sultan.
1 108
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda pada 14 Ogos 2026 bersamaan 1 Rabiulawal 1448H.
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
1 108
+2
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Behdad Eghbali, pemilik bersama Chelsea FC pada hari ini, 9 Ogos 2026. Allah Peliharakan Sultan.
1 108
+4
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Dr. Omar Suleiman, pendakwah dan penulis dari Amerika Syarikat berketurunan Palestin yang juga merupakan Pengasas dan Presiden Yaqeen Institute for Islamic Research pada hari ini, 31 Julai 2026. Allah Peliharakan Sultan.
1 108
+4
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Istiadat Ziarah Makam Diraja Johor sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar pada 21 Julai 2026.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor. Allah Peliharakan Sultan.
1 108
Memperingati ulang tahun kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan orang beriman. Al-Fatihah.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
1 108
+4
Sambutan Hari Keputeraan Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail di Istana Bukit Pelangi, Johor pada hari ini, 18 Julai 2026.
Hadir sama adalah Chavo Guerrero Jr. dan Rikishi, bekas bintang gusti profesional terkenal World Wrestling Entertainment (WWE). Allah Peliharakan Sultan.
1 108
+2
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Taat Setia Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada hari ini 18 Julai 2026 di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Allah Peliharakan Sultan.
1 108
Berhubung isu melibatkan Network School di Forest City baru-baru ini, sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Johor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menjalankan siasatan terperinci.
Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan, tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen atau permit operasi syarikat berkenaan di Johor.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
1 108
Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail
1 108
Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
1 108
Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi telah berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada hari ini, 12 Julai 2026. Allah Peliharakan Sultan.
1 108
+2
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selamat tiba di Johor pada 3 Julai 2026. Allah Peliharakan Sultan.
1 108
Selamat Ulangtahun Keputeraan kepada YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah Binti Tunku Ismail.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
1 108
+2
PEMANGKU SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Pemangku Sultan Johor berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (22 Jun). Allah Peliharakan Sultan.
1 108
+4
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Program Bersama Orang Muda Johor dan Majlis Kurniaan Bakul Makanan Yayasan Sultan Ibrahim yang berlangsung di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar, Johor pada hari ini, 20 Jun 2026. Allah Peliharakan Sultan.
