cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Kisah-kisah dalam Al-Quran

Ilmu itu milik Allah. Banyak pengajaran boleh diperolehi di dalam Al Quran. Tadabburlah setiap ayat di dalam Al Quran, InsyaAllah kita pasti selamat di dunia dan akhirat. Boleh share, copy and paste semua kisah dalam telegram ini.

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
16 622
المشتركون
+424 ساعات
+117 أيام
+230 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Kuiz Al Kahfi 48 - Terdapat perkataan “Rahmat” sebanyak ____ kali di dalam surah ini. Anonymous voting
  • A) 1
  • B) 2
  • C) 3
  • D) 4
  • E) 5
  • F) 6
0 votes
📌 Hadis Palsu & Lemah Popular 🔹 Sabar itu separuh daripada iman الصبر من الإيمان Apabila bercakap mengenai sabar, hadis ini seringkali digunakan bagi menunjukkan bertapa pentingnya sabar dalam kehidupan seorang muslim. Sabar sangat mudah diucapkan tetapi sangat susah untuk dipraktikkan. Sememangnya Al Quran banyak memperkatakan mengenai sabar dan ganjaran serta kelebihannya. Antaranya seperti firman Allah di bawah ini: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ [Surah Al-Baqarah: 153] Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar Namun benarkah hadis diatas yang sangat popular itu asalnya dari Rasulullah?  Status Hadis ▪️Menurut Ibn Rajab al Hanbali, ini adalah kata-kata sahabat dan bukan hadis Nabi SAW. Di antara yang menyebutnya sebagai hadis Nabi SAW ialah al Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin. ▪️Menurut al Iraqi yang mengkaji hadis-hadis Ihya Ulumuddin, hadis tersebut adalah dhaif. ▪️Begitu juga dengan al Albani yang menyatakannya sebagai sangat dhaif. ▪️Menurut al Baihaqi dan al Zubaidi, kata-kata ini mauquf (kata-kata sahabat).  Ulasan Hadis   Memandangkan bahawa kata-kata ini adalah kata-kata sahabat dan melihat kepada maksudnya yang tidak menyalahi mana-mana asas dalam Islam, maka  boleh diucapkan dan disebarkan kepada masyarakat. Apa yang perlu ialah menyatakannya sebagai kata-kata sahabat atau kata-kata hikmah dengan tidak menyatakannya sebagai hadis Nabi SAW.  Kita juga mesti mengutamakan ayat-ayat Al Quran yang menceritakan perihal kesabaran dan kepentingannya seperti ayat-ayat di dalam surah Luqman yang menceritakan nasihat Luqman kepada anaknya yang antara lainnya mengandungi nasihat supaya bersabar di atas segala ujian yang menimpa diri. Begitu juga dengan hadis-hadis sahih yang menceritakan soal kesabaran dan pahala orang-orang yang sabar. Itu mesti didahulukan daripada kata-kata hikmah atau kata-kata sahabat agar masyarakat sentiasa memahami kewajipan mendahulukan Al Quran dan hadis sahih dalam kehidupan.   ✅ Kesimpulan Sesuatu hadis yang popular dan selalu diucapkan, tidak semestinya ia adalah benar dan berasal dari Rasulullah. Sentiasalah belajar dan menimba ilmu sebanyak mungkin. Rujukan terbaik dalam kita beribadah adalah Al Quran dan juga hadis-hadis sahih. https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
إظهار الكل...
24👍 6
Photo unavailableShow in Telegram
Kuiz 138 - Antara perkataan berikut, yang manakah TIDAK disebut di dalam Al Quran?Anonymous voting
  • A) Kertas
  • B) Kitab
  • C) Hairan
  • D) Karut
  • E) Marut
  • F) Sihir
  • G) Aib
0 votes
16
Kuiz 137 - “Maka tidak ditangisi ke atas mereka oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi”. Ayat tersebut dikisahkan berkenaan siapa?Anonymous voting
  • A) Ashabul Aikah
  • B) Firaun dan pembesar/tenteranya
  • C) Penentang Nabi Soleh a.s.
  • D) Yahudi yang merancang pembunuhan Nabi Isa a.s.
0 votes
👍 22
Kuiz 136 Apakah yang diperkatakan oleh orang kafir sehingga langit nyaris-nyaris pecah dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah serta gunung ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap?Anonymous voting
  • A. Manusia tidak akan dibangkitkan pada hari Kiamat
  • B. Ada tuhan-tuhan lain yang bersama Allah dalam penciptaan alam ini.
  • C. Mengatakan Allah mempunyai anak.
  • D. Mengatakan Al Quran itu hanya rekaan Rasulullah.
  • E. Orang kafir tidak akan diseksa di dalam neraka.
0 votes
👍 31
Amalan Sunnah ☀️ Mengerjakan Solat Sunat Dhuha Amalan mengerjakan solat sunat Dhuha merupakan amalan sunnah yang dituntut di dalam Islam. Jumhur ulamak berpendapat bahawa solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata yang bermaksud:
“Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.”  [Riwayat al-Bukhari & Muslim]
Kelebihan Mengerjakan Solat Dhuha 1⃣ Ianya Amalan Berbentuk Sedekah   Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda yang bermaksud:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. [HR Muslim]  
2⃣ Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman yang bermaksud:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - [HR Abu Dawud]  
3⃣ Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. [HR al-Tirmidzi]
  4⃣ Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin).  Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda yang bermaksud:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari [HR Muslim]
Tatacara Perlaksanaan Solat Dhuha ▪️Waktu Mengerjakan Solat Dhuha Sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit) Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. ▪️Bilangan Rakaat Solat Dhuha Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu.
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha? Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. [HR Muslim]
▪️ Cara Melaksanakan Solat Dhuha Sama seperti melaksanakan solat sunat yang lain kecuali niat mestilah untuk melaksanakan solat sunat Dhuha. https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
إظهار الكل...
👍 23 16
Photo unavailableShow in Telegram
👍 19
Kuiz 135 - Allah memberi perumpamaan amalan baik yang dilakukan oleh orang kafir di dalam Al Quran seperti berikut KECUALIAnonymous voting
  • Tanaman hijau yang menjadi kering dan hancur bersepai
  • Riak sinaran panas di tanah rata atau fatamorgana
  • Debu yang berterbangan
  • Abu yang ditiup angin ribut
0 votes
18
Kuiz Al Kahfi 47 - Kenapakah orang yang berdosa mencela diri sendiri dan mengatakan “Aduhai, celakanya kami!” pada akhirat nanti?Anonymous voting
  • A) Tidak mendapat syafaat/pertolongan
  • B) Di azab oleh malaikat penjaga neraka
  • C) Kitab amalan yang merekodkan kesemua jenis perkara
  • D) Panas mentari yang terik tanpa ada teduhan
0 votes
26👍 1