KMUKM 2024/2025
الذهاب إلى القناة على Telegram
Channel ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
إظهار المزيد5 936
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-57 أيام
-5230 أيام
أرشيف المشاركات
5 936
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SYARIKAT LIGHTGREEN
KMUKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada LIGHTGREEN atas tajaan baju rasmi KMUKM dan kad bisnes KMUKM. Sokongan ini amat bermakna dalam memperkukuh identiti serta profesionalisme kepimpinan mahasiswa.
Komitmen LIGHTGREEN dalam menyokong gerak kerja mahasiswa amat kami hargai. Semoga kerjasama ini terus berpanjangan dan memberi manfaat kepada semua.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
PERKONGSIAN SATU HARI, SATU AYAT BERSEMPENA SEMARAK QASEH RAMADAN KMUKM
8 RAMADAN 1446 H | 9 MAC 2025 M
Surah Al-Imran, Ayat 103
Maksudnya:
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai."
Sekian,
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
KEMPEN ZAKAT FITRAH X MAHASISWA UKM X ZUSS COFFEE
Tunaikan zakat fitrah dan raih keberkatan Ramadan! Kadar zakat fitrah di Selangor bagi tahun ini bermula RM7.00, mengikut jenis beras yang dimakan. Bagi yang berkemampuan, digalakkan untuk membayar lebih sebagai tanda kesyukuran.
Bayar zakat fitrah sekarang melalui pautan berikut:
🔗 [https://catalog.billplz.com/BayarzakatUKM/payment-form/ukm2025](https://catalog.billplz.com/BayarzakatUKM/payment-form/ukm2025)
Jangan lepaskan peluang untuk menunaikan kewajipan ini dan tebus baucar Zuss Coffee RM5.00!
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA ANTARABANGSA 2025
Wanita adalah tunjang kekuatan, keberanian, dan inspirasi dalam membentuk dunia yang lebih baik. KMUKM mengiktiraf sumbangan serta perjuangan mereka dalam setiap bidang kehidupan.
Terus melangkah dengan yakin, berani, dan penuh semangat. Kecekalan wanita, kekuatan dunia.
“REJUVENASI DEMI KESATUAN”
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+1
PERKONGSIAN SATU HARI, SATU AYAT BERSEMPENA SEMARAK QASEH RAMADAN KMUKM
7 RAMADAN 1446 H | 8 MAC 2025 M
Surah Al-Ankabut, Ayat 58-59
Maksudnya:
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh . Iaitu mereka yang sabar, dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya."
Sekian,
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+1
PERKONGSIAN SATU HARI, SATU AYAT BERSEMPENA SEMARAK QASEH RAMADAN KMUKM
6 RAMADAN 1446 H | 7 MAC 2025 M
Surah Al-Maidah, Ayat 100
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, agar kamu beruntung”
Sekian,
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
Agihan 100 Pek Makanan Sempena Ramadan 🌙✨
Pejabat Bendahari KMUKM bersama Kelab Sukarelawan Siswa dengan sukacitanya mengadakan inisiatif agihan 100 pek makanan hasil sumbangan dari Surau Al Ansar, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor.
📅 Tarikh: 8 Mac 2025
⏰ Masa: 3:00 petang
📍 Lokasi: Pusanika, UKM
Marilah bersama-sama menyebarkan kebaikan dan berkongsi rezeki di bulan penuh keberkatan ini! Semoga usaha kecil ini membawa manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Jom hadir dan sama-sama menyemarakkan semangat Ramadan! 💛✨
KELAB SUKARELAWAN SISWA |
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YBHG. PROF. MADYA DR. MOHD SUZEREN MD JAMIL
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kami mendoakan agar YBhg. Prof. Madya Dr. sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan terus diberkati dalam memimpin serta menjaga kebajikan mahasiswa UKM.
Terima kasih atas segala jasa dan dedikasi dalam membawa UKM ke tahap yang lebih gemilang.
Sekian, terima kasih.
“REJUVENASI DEMI KESATUAN”
KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+1
PERKONGSIAN SATU HARI, SATU AYAT BERSEMPENA SEMARAK QASEH RAMADAN KMUKM
5 RAMADAN 1446 H | 6 MAC 2025 M
Surah Al-Ankabut, Ayat 64
Maksudnya:
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya jika mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
Sekian,
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+1
PEKELILING AKADEMIK BIL. 8/2025: SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Kesemua pelajar Program Prasiswazah dan Pascasiswazah boleh membuat semakan serta mencetak Keputusan Peperiksaan Akhir Semester 1, Sesi Akademik 2024/2025 bermula:
Tarikh: 13 Mac 2025
Masa: 10:00 pagi
SMPweb: [http://smplucee.ukm.my/smpweb](http://smplucee.ukm.my/smpweb)
Semoga kejayaan mengiringi usaha anda semua.
“REJUVENASI DEMI KESATUAN”
PENGERUSI JAWATANKUASA AKADEMIK DAN TERAS FAKULTI
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+1
PERKONGSIAN SATU HARI, SATU AYAT BERSEMPENA SEMARAK QASEH RAMADAN KMUKM
4 RAMADAN 1446 H | 5 MAC 2025 M
Surah Az-Zumar, Ayat 53
Maksudnya:
Katakanlah, “ Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."
Sekian,
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
PERKONGSIAN SATU HARI, SATU AYAT BERSEMPENA SEMARAK QASEH RAMADAN KMUKM
2 RAMADAN 1446 H | 3 MAC 2025 M
Surah Al-Baqarah, Ayat 153
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang bersabar."
Sekian,
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
PERKONGSIAN SATU HARI, SATU AYAT BERSEMPENA SEMARAK QASEH RAMADAN KMUKM
2 RAMADAN 1446 H | 3 MAC 2025 M
Surah Al-Imran, Ayat 133
Maksudnya:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa."
Sekian,
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+2
KENYATAAN PEJABAT SPEAKER | PALESTIN MASIH DITINDAS, DI MANA NILAI EMPATI?
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) mengecam operasi ketenteraan rejim Zionis ke atas Tebing Barat yang menjejaskan lebih 40,000 penduduk di kem Jenin, Tulkarem, Nour Shams, Al-Far’a, dan kawasan sekitarnya.
Serangan ini membuktikan Israel terus menindas Palestin walaupun pelbagai resolusi gencatan senjata telah dimeterai. Walaupun tumpuan kini pada Gaza, jangan lupakan penindasan berterusan di Tebing Barat.
Kesatuan Mahasiswa menyeru agar isu ini dibangkitkan dalam Mesyuarat Menteri Luar OIC pada 7 Mac 2025. Teruskan solidariti kita untuk Palestin! 🇵🇸
“REJUVENASI DEMI KESATUAN”
PEJABAT SPEAKER
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
PERKONGSIAN SATU HARI, SATU AYAT BERSEMPENA SEMARAK QASEH RAMADAN KMUKM
1 RAMADAN 1446 H | 2 MAC 2025 M
Surah Al-Baqarah, Ayat 183
Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
Sekian,
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN KAREEM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramadan yang dinanti-nantikan. Inilah waktu untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, memperbaiki diri, serta mendekatkan hati kepada Allah SWT dengan keikhlasan dan ketakwaan.
Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan, keberkatan, dan keampunan buat kita semua. Selamat menyambut Ramadan Kareem, semoga ibadah kita diterima oleh-Nya!
Sekian,
“REJUVENASI DEMI KESATUAN”
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
[𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀/𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀]
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
PJK KePKop KMUKM kini sedang mengumpulkan data usahawan dari kalangan mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Jika anda merupakan seorang usahawan, anda amat dialu-alukan untuk mengisi Googleform ini.
🔗: https://forms.gle/DZXW7En2PwJmSrGc8
☎️Sehubungan dengan itu, untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi:
Akbar: +60 18-7668055
Faizi : +60 11-1302 0151
“𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵”
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈
𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓
5 936
+2
KENYATAAN PEJABAT SPEAKER | BAHASA MELAYU DALAM UNDANG-UNDANG: DI MANA PENDIRIAN KITA?
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) menyokong penuh usaha memperkasakan Bahasa Melayu dalam perundangan melalui Simposium Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Bidang Undang-Undang anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama rakan kerjasama.
Namun, tanpa penguatkuasaan tegas, pemerkasaan ini hanya akan kekal sebagai perbincangan. KMUKM menegaskan bahawa resolusi yang dicapai mesti diterjemahkan kepada tindakan konkrit bagi memastikan kemajuan dalam sistem perundangan negara.
Bahasa Melayu dalam perundangan bukan sekadar simbolik, tetapi satu keperluan yang mesti direalisasikan.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
PEJABAT SPEAKER
KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
🌙 CAHAYA RAMADHAN 2025 | DISKAUN 20% UNTUK MAHASISWA UKM
Ramadhan adalah bulan keberkatan, bulan untuk berkongsi rezeki dan membantu mereka yang memerlukan. Dalam semangat kebersamaan ini, Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) dan Persatuan Alam Sekitar dan Tenaga Hijau Malaysia UKM (EniGMA-UKM) dengan kerjasama BusOnlineTicket.com memperkenalkan inisiatif khas buat mahasiswa UKM.
🎟 Diskaun 20% untuk pembelian tiket bas dengan kod BOTRAM25
🤲 Setiap pembelian menyumbang RM1 kepada Iltizam Relief Society bagi membantu golongan yang memerlukan
Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban kewangan mahasiswa tetapi juga menggalakkan penggunaan pengangkutan awam sebagai langkah menyokong kelestarian alam sekitar.
Jadikan perjalanan pulang ke kampung lebih bermakna – dapatkan penjimatan dan pada masa yang sama, hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐈 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝟏 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓
Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Rejuvenasi Demi Kesatuan.
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Sesi 2024/2025 ingin mengucapkan Selamat Bercuti Semester 1 kepada seluruh mahasiswa/i UKM.
Gunakan cuti ini sebaiknya untuk berehat secukupnya, menjaga kesihatan, serta melakukan aktiviti yang bermakna dan menggembirakan. Ambil peluang ini untuk menambah ilmu, mengasah kemahiran, dan memperbaharui semangat agar lebih bersedia menghadapi semester baharu dengan keyakinan dan kecemerlangan!
Marilah kita terus memupuk semangat kesatuan dan kebersamaan dalam kalangan mahasiswa UKM. Bersama, kita melangkah lebih jauh demi masa depan yang lebih gemilang!
"𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵"
𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐖𝐀
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓
