ar
Feedback
KMUKM 2024/2025

KMUKM 2024/2025

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

إظهار المزيد
5 936
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-57 أيام
-5230 أيام
أرشيف المشاركات
𝐒𝐎𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐙𝐈𝐌 (𝐅𝐀𝐐): 𝐈𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐄𝐃𝐈𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔 Kesatuan
+3
𝐒𝐎𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐙𝐈𝐌 (𝐅𝐀𝐐): 𝐈𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐄𝐃𝐈𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) dengan kerjasama Pusat Perumahan Pelajar (PPP-UKM) telah mengeluarkan Frequently Asked Questions (FAQ) bagi menjawab persoalan berhubung isu penempatan kolej kediaman sesi 2025/2026. FAQ ini menghimpunkan penjelasan rasmi berkaitan kriteria dan mekanisme rayuan, kapasiti penempatan, status renovasi kolej, sistem merit, serta justifikasi penempatan pelajar. Inisiatif bersama ini diharapkan dapat memberi kefahaman yang lebih jelas serta meningkatkan ketelusan dalam proses penempatan kolej kediaman mahasiswa. “𝑹𝒆𝒋𝒖𝒗𝒆𝒏𝒂𝒔𝒊 𝑫𝒆𝒎𝒊 𝑲𝒆𝒔𝒂𝒕𝒖𝒂𝒏” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

☕ NGOPI SISWA@KMUKM Jom lepak santai sambil nikmati KOPI percuma bersama KMUKM! 📍 TWT Coffee @ Bangi 📅 12 Ogos 2025 (Selasa
☕ NGOPI SISWA@KMUKM Jom lepak santai sambil nikmati KOPI percuma bersama KMUKM! 📍 TWT Coffee @ Bangi 📅 12 Ogos 2025 (Selasa) 🕗 8:00 Malam Terbuka kepada semua pelajar UKM – tempat terhad, siapa cepat dia dapat! 📌 Klik lokasi: https://share.google/1y2zJZ7KZcoka4Rb5 “REJUVENASI DEMI KESATUAN” KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

[TARIKH PERMOHONAN RAYUAN KOLEJ KEDIAMAN SEMESTER 1 SESI 2025/2026] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Rejuvenasi Dem
[TARIKH PERMOHONAN RAYUAN KOLEJ KEDIAMAN SEMESTER 1 SESI 2025/2026] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Rejuvenasi Demi Kesatuan. Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi permohonan rayuan kolej kediaman. Kami harap mahasiswa/i dapat mengambil cakna tentang tarikh-tarikh berikut. Sekian, terima kasih. Rejuvenasi Demi Kesatuan PENGERUSI JAWATANKUASA TERAS KOLEJ & RESIDEN LUAR KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2045/2025

𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐓 𝐌𝐈𝐍𝐈𝐌𝐔𝐌 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐄𝐃𝐈𝐀𝐌𝐀𝐍 & 𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐌 𝟏 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓/
+1
𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐓 𝐌𝐈𝐍𝐈𝐌𝐔𝐌 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐄𝐃𝐈𝐀𝐌𝐀𝐍 & 𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐌 𝟏 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔 Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Rejuvenasi Demi Kesatuan. Sukacita dimaklumkan bahawa senarai lengkap markah merit minimum bagi ke-13 Kolej Kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk Semester 1 Sesi Akademik 2025/2026 kini telah dikongsikan secara rasmi oleh pengurusan kolej kediaman masing-masing. Maklumat ini diharapkan dapat membantu para mahasiswa dan mahasiswi membuat semakan. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai. Sekian, terima kasih. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA! Kami warga Kesatuan Mahasiswa UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nurul Umairah binti
TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA! Kami warga Kesatuan Mahasiswa UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nurul Umairah binti Nur Hamdy selaku Setiausaha Agong Kesatuan Mahasiswa UKM sesi 2024/2025 dalam mewakili UKM ke Asia World Model United Nation pada 24-28 Julai 2025 di Swiss Grand Hotel, Seoul, Korea Semoga terus cemerlang mengangkat suara mahasiswa dan membawa aspirasi universiti ke persada antarabangsa! "REJUVENASI DEMI KESATUAN" KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan M
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Townhall Kewangan yang akan berlangsung seperti berikut: 📅 Tarikh: 25 Julai 2025 🕗 Masa: 8.00 malam 📍 Tempat: Auditorium Siswa, Pusanika Townhall ini bertujuan untuk membentangkan laporan pengurusan dan agihan kewangan sepanjang kepimpinan Kesatuan Mahasiswa sesi 24/24 serta menjawab pertanyaan mahasiswa/i berkaitan hal ehwal kewangan. Kehadiran mahasiswa/i adalah dialu-alukan. Tempat adalah terhad, dan setiap badan kepimpinan pelajar adalah amat digalakkan untuk hadir ke sesi ini. Siaran langsung turut disediakan bagi yang tidak dapat hadir secara fizikal. Sekian, terima kasih. PEJABAT BENDAHARI KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐈 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝟐 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓 : 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐍𝐀𝐅𝐀𝐒 𝐒�
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐈 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝟐 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓 : 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐍𝐀𝐅𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐊𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀, 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐓𝐔𝐇 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀 Semester berganti, langkah berhenti seketika bukan untuk menyerah, tapi untuk mengumpul tenaga. Cuti ini bukan sekadar rehat, tetapi ruang untuk menyemai semula semangat, mendekat dengan diri dan memperbaharui misi. Teruslah melangkah, biarpun perlahan, asalkan tetap ke hadapan. “𝑹𝒆𝒋𝒖𝒗𝒆𝒏𝒂𝒔𝒊 𝑫𝒆𝒎𝒊 𝑲𝒆𝒔𝒂𝒕𝒖𝒂𝒏” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

photo content

TIADA SYARAT MERIT MINIMUM DITETAPKAN BAGI PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN SESI AKADEMIK 2025/2026 Berikut merupakan makluman penti
+3
TIADA SYARAT MERIT MINIMUM DITETAPKAN BAGI PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN SESI AKADEMIK 2025/2026 Berikut merupakan makluman penting: ✅ Tiada syarat merit minimum ditetapkan — SEMUA PELAJAR LAYAK MEMOHON, tanpa mengira jumlah markah merit yang diperoleh. ✅ Sistem tidak akan menyekat permohonan walaupun markah merit pemohon rendah ✅ Penempatan diberikan mengikut kedudukan (ranking) merit tertinggi, tertakluk kepada kekosongan tempat kolej kediaman yang dipohon. ✅ KMUKM tidak terlibat dalam meluluskan permohonan, keputusan bergantung sepenuhnya kepada merit & kapasiti kolej kediaman. 📌 Permohonan & pengesahan boleh dilakukan melalui sistem e-Kolej: 🔗 https://apps.pps.ukm.my/ekolej/index.php 📌 Rayuan penempatan (bagi pemohon tidak berjaya): 🔗 https://apps.pps.ukm.my/rayuankolej/papan/index.php Keputusan permohonan akan diumumkan pada 30 Julai 2025. REJUVENASI DEMI KESATUAN PENGERUSI JAWATANKUASA TERAS KOLEJ DAN RESIDENSI LUAR KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

MAKLUMAN PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN & RESIDENSI LUAR Bagi Semester 1 Sesi 2025/2026 Untuk makluman semua mahasiswa UKM, TIADA
MAKLUMAN PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN & RESIDENSI LUAR Bagi Semester 1 Sesi 2025/2026 Untuk makluman semua mahasiswa UKM, TIADA SYARAT MERIT MINIMUM DITETAPKAN bagi permohonan penempatan kolej kediaman dan residensi luar. Pemilihan akan dilakukan berdasarkan ranking mengikut kekosongan penempatan kolej kediaman masing-masing. Sebarang makluman lanjut akan dikongsikan dari semasa ke semasa. REJUVENASI DEMI KESATUAN PENGERUSI JAWATANKUASA TERAS KOLEJ DAN RESIDENSI LUAR KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Makluman Berkenaan Pengemaskinian Maklumat Pendapatan B40 dalam Sistem eMerit Sukacita d
+1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Makluman Berkenaan Pengemaskinian Maklumat Pendapatan B40 dalam Sistem eMerit Sukacita dimaklumkan bahawa Modul Pendapatan dalam aplikasi UKMSISWA telah mula beroperasi dan boleh digunakan mulai 26 Jun 2025. Sehubungan itu, semua pelajar DIWAJIBKAN untuk mengemaskini maklumat pendapatan isi rumah secara dalam talian melalui aplikasi UKMSISWA, dan tidak lagi melalui emel kepada Unit Kebajikan HEP. Bagi pelajar yang telah menghantar permohonan melalui emel dan maklumat tersebut telah diperakukan oleh pihak HEP sebelum ini, pelajar diminta untuk mengemaskini semula maklumat pendapatan dalam aplikasi UKMSISWA. Maklumat yang dikemaskini akan disemak dan diperakukan oleh Penolong Dekan HEPA fakulti masing-masing. Setelah diperakukan, markah merit B40 akan dikemaskini secara automatik dalam modul eMerit di sistem eKolej. Untuk rujukan, sila semak lampiran tatacara lengkap pengemaskinian maklumat pendapatan melalui aplikasi UKMSISWA yang disediakan bersama makluman ini.

𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍: 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 C asean kini membuk
𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍: 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 C asean kini membuka penyertaan kepada para belia ASEAN dalam ASEAN Youth Speech Contest 2025 di bawah tema: ✨ “Future of ASEAN: Thriving Together in a Changing World” Pertandingan ini memberi ruang kepada anak muda berkongsi pandangan dan solusi bagi membina ASEAN yang lebih bersatu dan berdaya saing dalam dunia yang sentiasa berubah. 📌 Syarat Kelayakan: • Warganegara negara-negara ASEAN • Berumur 16–25 tahun • Pelajar sekolah menengah atau peringkat ijazah pertama • Mampu menyampaikan ucapan dalam Bahasa Inggeris 📍 Pusingan Akhir: 10 peserta terbaik akan dijemput ke pusingan akhir di Bangkok pada 1 Ogos 2025, dengan tajaan penuh penerbangan dan penginapan bagi peserta luar Bangkok. 🕓 Tarikh Tutup Permohonan: 14 Julai 2025, jam 11:59 malam (GMT+7) 📥 Mohon sekarang: https://forms.gle/bz2xFcmvV8asuzV67 Let your voice lead the future of ASEAN. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐇 𝐕𝐎𝐋𝐔𝐍𝐓𝐄𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Bel
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐇 𝐕𝐎𝐋𝐔𝐍𝐓𝐄𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bakal menganjurkan Forum ASEAN Youth Volunteer 2025 (AYV 2025) sempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun hadapan. Forum ini dijangka menghimpunkan seramai 1,000 orang belia dari pelbagai latar belakang yang komited terhadap semangat kesukarelawanan serantau. 📅 Tarikh: 12 Julai 2025 📍 Tempat: Sasana Kijang, Kuala Lumpur Peluang keemasan untuk para belia menyuarakan idea, membina jaringan dan menyumbang kepada pembangunan komuniti ASEAN melalui kerangka kesukarelawanan. Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan berikut: 🔗 https://aseanyouthvolunteer.com/forum/ “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2024/2025 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kesatuan Mahasiswa Univer
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2024/2025 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2024/2025 kepada seluruh warga mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Pastikan anda membawa bersama: 📌Borang KMJP 📌Kad matrik dan kad pengenalan 📌Alat tulis selengkapnya "REJUVENASI DEMI KESATUAN" KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

TARIKH PENTING PENGINAPAN DALAM & LUAR SEMESTER bagi sesi Akademik 2025/2026 Berikut merupakan tarikh-tarikh penting berkaita
+1
TARIKH PENTING PENGINAPAN DALAM & LUAR SEMESTER bagi sesi Akademik 2025/2026 Berikut merupakan tarikh-tarikh penting berkaitan penginapan kolej bagi Sesi 2025/2026, meliputi permohonan, pengesahan dan rayuan. Pastikan anda mengambil tindakan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang isu berkenaan penempatan kolej. 📌 Permohonan & pengesahan boleh dilakukan melalui sistem e-Kolej: 🔗 https://apps.pps.ukm.my/ekolej/index.php 📌 Rayuan penginapan (bagi pemohon yang tidak berjaya): 🔗 https://apps.pps.ukm.my/rayuankolej/papan/index.php Sebarang tindakan lewat tidak akan dipertimbangkan. 📍Ambil maklum, dan bertindak segera. “REJUVENASI DEMI KESATUAN” PENGERUSI JAWATANKUASA TERAS KOLEJ DAN RESIDENSI LUAR KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀: 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐌𝐔𝐊𝐌 Dimaklumkan ba
+2
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀: 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐌𝐔𝐊𝐌 Dimaklumkan bahawa semua penggunaan Ruang Legar, Bilik Mesyuarat dan Bilik KMUKM oleh mahasiswa hendaklah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Penggunaan ruang ini tertakluk kepada tempoh masa yang ditetapkan, penjagaan peralatan, kebersihan serta keperluan membuat tempahan awal melalui saluran rasmi. Sebarang pelanggaran terhadap peraturan ini boleh menyebabkan sekatan akses sementara atau kekal ke atas kemudahan yang disediakan. Kerjasama dan tanggungjawab semua pihak amat dihargai dalam memastikan kemudahan KMUKM terus terpelihara dan dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga mahasiswa UKM. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

[ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌 ] Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Ses
[ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌 ] Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Sesi 2024/2025 mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada seluruh warga kampus yang meraikannya. Semoga tahun baru Hijrah ini membawa semangat baharu dalam memperbaiki diri, memperkukuh iman, serta mengeratkan perpaduan dan ukhuwah sesama kita. Marilah kita melangkah ke tahun baharu ini dengan penuh keinsafan, harapan, dan tekad untuk menjadi insan yang lebih baik. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA! Kami warga Kesatuan Mahasiswa UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Akbar Fari
+1
TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA! Kami warga Kesatuan Mahasiswa UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Akbar Faris bin Mohd Saidinar dan Muhammad Haziq Faizi bin Hasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan dan Koperasi Kesatuan Mahasiswa UKM sesi 2024/2025 dalam mewakili UKM ke 15th Social Business Day 2025 pada 27–29 Jun 2025 di North South University, Dhaka, Bangladesh Semoga terus cemerlang mengangkat suara mahasiswa dan membawa aspirasi universiti ke persada antarabangsa! 🇲🇾 “REJUVENASI DEMI KESATUAN” KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANGKAJI BUAT SELURUH MAHASISWA UKM SEMESTER 2 SESI 2024/2025 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANGKAJI BUAT SELURUH MAHASISWA UKM SEMESTER 2 SESI 2024/2025 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Selamat menjalani minggu ulangkaji buat seluruh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia bagi semester 2, sesi 2024/2025. Ini adalah peluang terbaik untuk anda memberi fokus sepenuhnya dan bersiap sedia menghadapi peperiksaan. Jangan lupa untuk menjaga keseimbangan—belajar dengan bijak, rehat secukupnya, dan kekalkan semangat positif. Percayalah, usaha kecil setiap hari akan membawa kepada kejayaan yang besar. Kami mendoakan yang terbaik buat anda semua! Sekian, “REJUVENASI DEMI KESATUAN” KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

[𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐋𝐈𝐋] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Rejuvenasi Demi Kesatua
[𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐋𝐈𝐋] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Rejuvenasi Demi Kesatuan. Kesatuan Mahasiswa UKM Sesi 2024/2025 dengan rendah hati menjemput seluruh warga UKM untuk bersama-sama menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil buat Allahyarham Muhammad Arief Ilman Bin Mohd Arizam, mahasiswa Tahun 2 Fakulti Pendidikan yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini. 📅 Tarikh: Isnin | 23 Jun 2025 🕢 Masa: 7:40 malam 📍 Tempat: Masjid UKM Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar roh Allahyarham diberikan keampunan, dilimpahi rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya, doa seorang mukmin buat saudaranya adalah tanda kasih yang paling tulus dan bermakna. "𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵" 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓