cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

SEKOLAH TASAWWUF

Channel ini secara khusus membincangkan perkara Usul yang berkaitan dengan Tarikat, Hakikat serta Makrifat. Juga pengenalan umum mengenai Tarikat atau Tasawwuf serta Kisah Hikayat para Masyaikh Tarikat yang boleh memperteguhkan jiwa seorang Salik. -BR-

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدلم يتم تحديد اللغةالفئة غير محددة
مشاركات الإعلانات
1 139
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
لا توجد بيانات30 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Adalah menjadi amalan bagi Maulana Zakariyya al-Kandhalawi untuk setiap kali selepas solat Subuh, beliau akan duduk selama lebih 5-10 minit untuk menyempurnakan amalan harian beliau. Selepas selesai menyempurnakan amalan tersebut, Maulana Zakariyya akan pulang ke rumah, ketika berjalan untuk pulang ke rumah , beliau akan membaca al-Quran sepanjang jarak jalan laluan beliau. Ketika sampai di rumah , beliau akan memanggil kesemua anak-anak beliau lalu beliau menghembus nafas beliau di kepala / telinga anak-anak beliau untuk tujuan keberkatan . -Faedah syarahan Maulana Sayyid Shahid al-Sahranfuri-
إظهار الكل...
"Sebanyak mana syari'at diikuti, sebanyak itulah keinginan terhadap hawa nafsu menjadi kurang dan lemah bahkan jika satu syari'at sahaja diikuti ianya lebih baik dari ribuan tahun mujahadah dan latihan hawa nafsu yang direka sendiri. Mujahadah dan latihan hawa nafsu yang tidak mengikuti syari'at lebih banyak membantu dan menguatkan keinginan hawa nafsu" ~Maulānā Zakarīyya al-Kāndhalawī رحمه الله ~
إظهار الكل...
بسم الله الرحمن الرحيم IJAZAH MIMPI BERTEMU RASULULLAH SILAHKAN UCAPKAN "QOBILTU" Ada seorang Sayyid yg mimpi bertemu Rasulullah صلى الله عليه وسلم، dan dalam mimpinya, Rasulullah memberikan 2 wirid ini, yg terbukti mujarrab bagi perindu-perindu Rasulullah agar bisa bermimpi bertemu beliau,dan terbukti, keesokan harinya, sang Sayyid memberi tahu muridnya, dan setelah 5 hari, salah satu muridnya langsung mimpi bertemu dengan Rasulullah! Ini dia wiridnya : 1. اللهم صل على سيدنا محمد و آله وصحبه وسلم 100x 2. السلام عليك أيها النبي و ر حمة الله وبركاته 33x 2 amalan ini diamalkan setiap hari, disertai dengan bersihnya hati ketika mengamalkannya, karena dengan bersihnya hati, in sha Allah hubungan seseorang dengan Rasulnya akan jauh semakin dekat. diamalkan, dan diistiqomahkan..
إظهار الكل...
Cara Untuk Menjadi Wali Kutub. Di zaman Maulana Ilyas (rah), beberapa ulama tidak bersetuju dengan usaha dakwah ini. Maulana Ilyas (rah) ingin memberi penerangan kepada meraka. Di satu perjumpaan madrasah, beliau telah bertanya kepada pelajar madrasah, "Inginkah kamu, saya beritahu cara untuk menjadi wali kutub?" Atas permintaan pelajar-pelajar, beliau pun memberitahu, sesiapa yang dapat melakukan 3 perkara ini, dialah sahaja yang akan menjadi wali di zaman ini:- i) Perintah Allah, walaupun di manapun, maka carilah ia. ii) Perintah Allah yang dijumpai itu hendaklah diamalkan. iii) Berusahalah untuk menghapuskan keburukan yang tersebar walaupun di mana sekali pun. https://t.me/SekolahTasawwuf
إظهار الكل...
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ Kisah Lelaki yang Lupa Membaca Selawat Kepada Rasulullah ﷺ. Hujjatul Islam Al Ghazali meriwayatkan bahawa ada seorang laki-laki yang lupa membaca shalawat kepada Rasulullah ﷺ. Lalu pada suatu malam ia bermimpi melihat Rasulullah ﷺ tidak mahu menoleh kepadanya, dia bertanya, “Ya Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku? ”Beliau menjawab, “Tidak.” Dia bertanya lagi, “Lalu sebab apakah engkau tidak memandang kepadaku? "Beliau menjawab, “Karena aku tidak mengenalmu.” Laki-laki itu bertanya, “Bagaimana engkau tidak mengenaliku, sedang aku adalah salah satu dari umatmu? Para ulama meriwayatkan bahwa sesungguhnya engkau lebih mengenali umatmu dibanding seorang ibu mengenali anaknya?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Mereka benar, tetapi engkau tidak pernah mengingat aku dengan shalawat. Padahal kenalku dengan umatku adalah menurut kadar bacaan shalawat mereka kepadaku. ”Terbangunlah laki-laki itu dan mengharuskan dirinya untuk bershalawat kepada Rasulullah ﷺ, setiap hari 100 kali. Dia selalu melakukan itu, hingga dia melihat Rasululah ﷺ lagi dalam mimpinya. Dalam mimpinya tersebut Rasulullah ﷺ bersabda, “Sekarang aku mengenalmu dan akan memberi syafa’at kepadamu.” Yakni karena orang tersebut telah menjadi orang yang cinta kepada Rasulullah ﷺ dengan memperbanyak shalawat kepada beliau. Maka barangsiapa yang ingin dikenali oleh Rasulullah ﷺ, hendaklah ia memperbanyak bacaan shalawatnya.. Maka Shollu ‘Alan-Nabiyyil Musthafa. (Kitab Mukasyafatul Qulub, bab IX, hal 55, karangan Hujjatul Islam Al Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al Ghazali رحمة الله تعالى) https://t.me/SekolahTasawwuf
إظهار الكل...
NASIHAT IMAM AL-GHAZALI Sesiapa sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara: 1.من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها. 1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia. 2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى 2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah. 3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب 3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati. 4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه 4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat. 5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح 5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda. 6.ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي واﻹقدام عليها،والتسويف في التوبة 6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat. 7.ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات 7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan. 8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع 8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia. (Kitab Tanbihul Ghofilin) Renungkanlah dengan siapa kita bersahabat.. https://t.me/SekolahTasawwuf
إظهار الكل...
awi Sharh Shama’il al-Tirmidhi (syarah dan komentar terhadap kitab al-Shama’il al-Muhammadiyya-nya Imam Tirmidzi yang berisi tentang hadis-hadis yang berkenaan dengan peri kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.) dan beberapa kitab lainnya. Karya beliau yang paling terkenal ialah Fadhail Amal. Diikuti dengan Hayatus Sahabah. Lebih lengkap mengenai riwayat hidup beliau boleh dibaca di buku autobiografi beliau yang ditulis dengan cara yang unik oleh beliau sendiri dengan judul “Aap Beeti”, yang setakat ini ada diterjemahkan ke dalam bahasa melayu dengan judul “Autobiografi Zakariyya Al-Kandahlawi”. Wallahu a'lam https://t.me/SekolahTasawwuf
إظهار الكل...
Mengenali siapakah Maulana Zakariyya al kandahlawi rahimahullah, Pengarang Kitab Fadhail Amal. Beberapa hari ini asyik terfikir berkenaan seorang ulama hadith dari India yang bernama Maulana Zakaria al Kandahlawi rahimahullah. Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau tetapi beliau tidak asing bagi para pelajar hadith dan orang awam yang menyimpan kitabnya yang terkenal yaitu Fadhail Amal. Beliau juga guru kepada ayah Al Habib Umar bin Hafiz iaitu Habib Muhammad (Bekas Mufti Tarim), Dr Sayyid Alwi al Maliki atau dikenali sebagai Abuya Maliki (Ulama Besar Makkah), Syeikh Nuruddin al Banjari (ulama nusantara) dan ramai lagi ulama hasil didikan beliau yang lain.. saya kongsi sekilas berkenaan dengan biografi beliau : Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi dilahirkan pada 10 Ramadhan 1315H, bertepatan dengan 12 Februari 1898, di sebuah desa bernama Kandlah di wilayah Uttar Pradesh, India, dari sebuah keluarga yang mempunyai sejarah panjang dalam pengabdian pada agama. Silsilah keluarga beliau bersambung sampai kepada sahabat besar Nabi, Abu Bakar As-Siddiq r.a.. Semasa kecil Zakariyya mula belajar membaca kepada Hakim Abdur Rahman, kemudian menghafal Al-Quran di bawah bimbingan ayahnya, Maulana Muhammad Yahya, seorang ulama besar yang cukup terkenal di India. Setelah itu belajar bahasa Parsi dan bahasa Arab kepada Maulana Muhammad Ilyas, pendiri gerakan Tabligh. Pada usia 12 tahun, Maulana Zakariyya dibawa oleh ayahnya ke Madrasah Mazahirul Ulum. Di bawah bimbingan ayahnya, beliau mempelajari bahasa Arab tingkat lanjut, teks-teks klasik, nahwu, saraf dan ilmu mantiq. Ketika menginjak usia 17 tahun, minat utamanya mulai fokus pada bidang kajian ilmu hadis. Beliau mempelajari 5 dari 6 kutubussittah. Bahkan beliau sempat belajar untuk kedua kalinya kitab Sahih Bukhari dan Sunan at-Tirmizi kepada Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Selama mempelajari kitab-kitab tersebut, Maulana Zakariyya selalu menjaga wudhuk. Maulana Zakariyya memulai karier mengajarnya pada tahun 1335H, ketika beliau ditunjuk untuk mengajar di mata pelajaran nahwu, saraf dan sastera. Pada tahun 1341H, kemudian diminta untuk mengajar tiga bahagian dari kitab Sahih Bukhari dan pada tahun 1344H ditambah lagi mengajar kitab Misykat al-Masabih. Pada tahun 1345H, beliau berkesempatan mengunjungi tanah suci. Di Madinah beliau tinggal selama 1 tahun dan selama itu mengajar Sunan Abi Daud di Madarasah Ulum Shar’iyyah. Di Kota Nabi ini, Maulana mulai menulis Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik, syarah kitab Al-Muwatta’nya Imam Malik, ketika itu beliau berumur 29 tahun. Ketika kembali ke India, beliau mula lagi mengajar kitab Sunan Abi Daud, Sunan al-Nasai, Al-Muwatta Imam Muhammad dan separuh bahagian dari Sahih Bukhari, separuhnya lagi diajarkan oleh mudir madrasah. Setelah mudir wafat, tugas mengajar Sahih Bukhari ini diberikan seluruhnya kepada Maulana Zakariyya. Selama hidup beliau, beliau telah mengajar separuh bahagian pertama dari Sahih Bukhari selama 25 kali, mengajar seluruh kitab tersebut selama 16 kali dan mengajar kitab Sunan Abi Daud sebanyak 30 kali. Karier beliau mengajar bertahan sampai tahun 1388H, ketika beliau menderita sakit mata yang tidak memungkinkan lagi untuk terus mengajar. Kecintaan Maulana Zakariyya pada agama, terutama pada kajian ilmu hadis, sangat tinggi. Total waktu yang dihabiskan beliau untuk belajar dan mengajar hadis adalah selama kurang lebih 60 tahun. Dalam kurun waktu tersebut beliau juga telah menulis lebih dari 80 kitab yang sangat tinggi nilainya dan diakui oleh para ulama di seluruh dunia. Beberapa kitab yang beliau tulis dalam bidang kajian hadis antara lain ; Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik (syarah dari kitab Muwatta Imam Malik, terdiri dari 6 jilid), Lami’ al-Dirari ‘ala Jami’ al-Bukhari (syarah dari kitab Sahih Bukhari), Syarah Muslim (syarah Sahih Imam Muslim), Juz’ Hajjat al-Wida’ wa ‘Umrat al-Nabi (Berisi tentang haji dan umrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., juga memuat tentang masalah hukum haji, lokasi, dan tempat-tempat yang pernah dilalui atau disinggahi oleh Rasuulllah s.a.w.), Khasa’il Nab
إظهار الكل...
BALASAN KEPADA KEMAKSIATAN Sayyidina Ali bin Abi Thalib كرم الله وجهه berkata : ﺟﺰﺍﺀ ﺍﻟﻤﻌﺼﻴﺔ ﺍﻟﻮﻫﻦ ﻓﻲ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩﺓ ﻭﺍﻟﻀﻴﻖ ﻓﻲ ﺍﻟﻤﻌﻴﺸﺔ " Balasan kemaksiatan adalah lemah dalam beribadah dan sempit dalam rezeki." https://t.me/SekolahTasawwuf
إظهار الكل...
“Dalam Masjid ada cahaya ibadat. Dalam Madrasah/Pondok ada cahaya ilmu. Dalam Khanqah ada cahaya zikrullah. Dalam dakwah ada cahaya iman. Semua ini penting dan ada peranannya untuk umat." [Maulana Umar Palampuri Rahimahullah] https://t.me/SekolahTasawwuf
إظهار الكل...
اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.