ar
Feedback
Sains Komputer Spmnetic!™ 💻🖱📊

Sains Komputer Spmnetic!™ 💻🖱📊

الذهاب إلى القناة على Telegram

This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻 For any enquiries, please directly ask in our discussion group ✨

إظهار المزيد
5 142
المشتركون
+824 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
-2330 أيام
أرشيف المشاركات
For those yg malas nak buka buku tu bleh la tgk video ni👍😊 Sains Komputer Tingkatan 4 Bab 1: Pengaturcaraan credit: tutor ryewan

Assalamualaikum hyee❤️ Meera dah upload soalan trial Perak plus dengan skema sekali! Here's the linkkk https://drive.google.com/folderview?id=1L-_F-jlnR_puyn3wsLw-hR6O10zesS8p

Soalan sebenar Sains Komputer SPM 2019😁👆

Sains Komputer SPM 2019

photo content
+2

☝️Skema Pemarkahan pelaporan projek Sains Komputer -Admin✌️

5_6181701301911421086.pdf6.81 KB

Koleksi e-book subjek Sains Komputer😁 -Admin✌️

#notaulangkajisainskomputer Bab 2: Pangkalan Data Apakah perbezaan diantara DATA dan MAKLUMAT?🤔 DATA ▶️Data merupakan himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian, orang atau entiti yang boleh terdiri daripada perkataan, angka atau gambar. ▶️Data boleh menjadi sesuatu fakta yang bermakna atau tidak bermakna sehingga fakta-fakta tersebut diproses. MAKLUMAT ▶️ Maklumat merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisan data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan. ▶️ Maklumat yang dihasilkan ini akan menjadi lebih bermakna dan mudah untuk difahami oleh seseorang.

#notasainskomputer

Trial Perlis_Soalan 2018.pdf6.65 KB

Trial Perlis_Skema 2018.pdf3.11 KB

Trial N.Sembilan_Skema 2018.pdf6.58 KB

Trial N.Sembilan_Soalan 2018.pdf4.25 KB

#notaulangkajisainskomputer💻⌨️🖱️📚 BAB 3 TINGKATAN 4 : Interaksi Manusia dan Komputer Reka Bentuk Interaksi     - Membenarkan interaksi dan komunikasi antara pengguna dengan produk atau aplikasi. Konsistensi      - Semua elemen perlu kekal pada kedudukan yang sama untuk keselesaan pengguna. Kebolehan Membuat Pemerhatian      - Pengguna kali pertama memudahkan pengguna mengenal pasti elemen yang terdapat dalam aplikasi. Boleh Dipelajari      - Mudah dipelajari dan mudah diingati walau pertama kali menggunakan aplikasi tersebut. Kebolehan untuk menjangka       - Pengguna membuat jangkaan perkara yang akan berlaku hasil dari interaksi. Maklum Balas       - Gambaran sebenar mengenai reka bentuk interaksi dan maklumat mengenai reka bentuk tersebut Skala Likert :         Bentuk soal selidik untuk melihat persetujuan pengguna terhadap produk interaksi. Skala Guttman :           Bentuk soal selidik untuk mendapatkan data yang tegas, jelas dan konsisten Proses Reka Bentuk Interaksi         - Mengenal pasti keperluan interaksi         - Membangunkan reka bentuk alternatif         - Membina prototaip interaksi         - Membuat penilaian reka bentuk interaksi produk Keperluan Interaksi Manusia dan Komputer          - Mendapat permintaan dalam pasaran          - Meningkatkan produktiviti          - Mengurangkan kos selepas jualan          - Mengurangkan kos pembangunan          - Mengembangkan aktiviti dan menambahkan pengalaman manusia          - Pengkomputeran sosial      

#notaulangkajisainskomputer 💻⌨️🖱️📚 BAB 2 TINGKATAN 4 : Pangkalan Data Pangkalan Data Hubungan :     Koleksi daya logikal yang berkaitan dan  strukturnya membolehkan kandungannya dikeluarkan, diurus dan dikemaskini. Integriti Data :      Kesempurnaan, ketepatan dan kesahihan data serta merujuk ketepatan data yang sah melalui kitaran hayat data. Ketekalan Data :      Konsistensi atau keseragaman data yang akan mempengaruhi kebolehpercayaan data. Model Hubungan :     Data disusun dalam jadual yang terdiri daripada lajur dan baris tanpa perlu isytiharkan struktur terlebih dahulu. Kelewahan data :     Pertindihan data yang berpunca daripada salinan data yang berulang tetapi di lokasi yang berlainan. Entiti :     Suatu objek unik dan boleh dikenalpasti dalam suatu persekitaran. Model Pangkalan Data Berasaskan Objek :     Menyimpan takrifan objek yang boleh diguna semula oleh perisian. Mewakili data hubungan banyak-ke-banyak. Atribut :     Data diskriptif yang menerangkan sesuatu entiti dalam pangkalan data. Set Hubungan :     Perkaitan antara dua entiti atau lebih . Kunci Primer :     Atribut dengan nilai yang unik untuk mewakili setiap baris rekod dalam sesebuah jadual. Kunci Asing :     Atribut yang mengandungi nilai kunci primer daripada jadual sasaran. Gambar Rajah Perhubungan :     Teknik grafik untuk memodelkan data yang mewakili persekitaran dalam struktur entiti. Kebergantungan Fungsi Penuh :     Atribut bergantung sepenuhnya kepada kesemua atribut kunci dalam jadual. Kebergantungan Fungsi Separa :     Atribut bergantung kepada salah satu daripada atribut kunci dalam jadual. Kebergantungan Fungsi Transitif :     Atribut bergantung kepada atribut biasa dalam jadual.

#notaulangkajisainskomputer 💻⌨️🖱️📚 BAB 1 TINGKATAN 4 : Pengaturcaraan Teknik Pemikiran Komputasional    - Teknik Leraian    - Pengecaman Corak    - Peniskalaan    - Algoritma Penyelesaian Masalah :     Proses mengkaji butiran sesuatu masalah     untuk mendapatkan satu penyelesaian. Ciri-ciri Penyelesaian Masalah Berkesan    - Kos : Harga yang dibayar    - Masa : Tempoh menyiapkan projek    - Carta Gantt : Perancangan dan perkembangan projek Algoritma :     Set arahan untuk menyelesaikan masalah.           - Pseudokod           - Carta Alir Struktur Kawalan Dalam Pengaturcaraan      - Struktur Kawalan Urutan      - Struktur Kawalan Pilihan      - Struktur Kawalan Ulangan Pseudokod :      - Struktur kawalan yang ditulis dengan menggunakan bahasa yang difahami manusia. Ralat Dalam Pengaturcaraan     - Ralat Sintaks     - Ralat Logik     - Ralat Uji Lari Pembolehubah :     Ruang simpanan sementara untuk nombor, teks dan objek.     Pemalar :     Mengisytiharkan satu nilai yang tetap. Jenis-jenis data     - Integer     - Float     - Double     - Char     - String     - Boolean Pembolehubah sejagat    - Hanya berfungsi dalam atur cara sahaja Pembolehubah setempat   - Hanya berfungsi dalam subatur cara yang    diisytiharkan sahaja. Pernyataan Aritmetik :    Penggunaan tatatanda operasi matematik.      Pernyataan Umpukan:    Boleh terdiri daripada 1 atau lebih ungkapan.    Merujuk kepada tanda sama dengan dengan (=) .  

Trial Pahang_Skema 2018 (Set2).pdf8.64 KB

Sains Komputer Spmnetic!™ 💻🖱📊 - إحصائيات وتحليلات قناة تيليجرام @compscnspmnotes