cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Dakwah Jalan Hidup, Redha Allah Maksud Hidup

Silakan save dan share segala ilmu dan video yang di post dalam telegram ini . Semoga bermanfaat .

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
711
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-17 أيام
+530 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Memang Nampak Sekarang..Hampir Rasulullah SAW sebut tanda-tanda Kiamat antaranya iaitu: 1. Anak-anak jadi keras kepala 2. Hujan turun lebat, kejadian banjir 3. Kejahatan bermaharajalela 4. Orang bercakap bohong itu dipercayai/diyakini, manakala orang jujur itu didustai. Orang jujur, soleh didustai. 5. Banyak pemakai jubah dan serban namun khianat 6. Banyak peniaga namun tiada pembeli 7. Harta-benda melimpah ruah (jalan haram contoh scammer) 8. Pemilik/orang kaya diagung-agungkan kerana kekayaan dia 9. Banyak undang-undang terwujud 10. Muncul pemimpin di kalangan kanak-kanak (pemimpin berfikiran anak-anak, berperangai kanak-kanak) 11. Golongan wanita bertambah, lelaki berkurangan kerana gejala sosial cth dadah 12. Penguasa-penguasa yang khianat/zalim 13. Timbangan dan ukuran dalam aktiviti perniagaan dikurangkan (penipuan) 14. Pemimpin sibuk dengan harta, namun golongan bawahan sibuk menyebar ilmu 15. Lelaki membunuh saudaranya (adik-beradiknya) 16. Banyak khatib atas mimbar, namun khutbah tak difahami. 17. Ulama condong kepada pemimpin, menghalalkan yang haram (halal dan haram dilanggar demi jaga kepentingan diri) 18. Satu kaum yang makan dengan lidah-lidah mereka semacam lembu, bermaksud mereka suka memuji orang yang suka kepada mereka (menjilat = makan pujian) 19. Orang Mukmin menyembunyikan keimanan, orang Munafik buat salah secara terang-terangan 20. Para alim ulama mendambakan (ingin) kematian sehingga digambarkan mati itu lebih baik daripada emas berwarna merah 21. Datang 50 orang yang sembahyang tapi tiada satu orang pun solatnya yang diterima! Kerana tidak diletakkan Allah sebagai keutamaan, ibadah dalam riak 22. Tidak ada lagi harta pusaka perlu dibahagi kerana manusia terlalu tamak dan tiada lagi kegembiraan dalam perihal harta ghanimah (hilang semangat juang) 23. Dapat jiran-jiran yang buruk, perkelahian jiran, adik-beradik, teman sepejabat 24. Dihentikan pedang daripada jihad 25. Memperoleh untung dunia melalui agama 26. Zaman yang penuh kegemilangan iaitu zaman sahabat berebut buat kebaikan. Kemudian sampai zaman terkemudian andai buat 1/10 daripada kebaikan pun 27. Bersabar dalam beribadah dalam keadaan kekacauan, akan datang satu zaman lebih buruk daripada terdahulu 28. Yang paling ditakuti Rasulullah SAW pada umat Baginda adalah, mereka (umatnya) mendapat pemimpin yang menyesatkan mereka. Pedang telah diletakkan dan berterusan perang hingga Kiamat 29. Jika kamu hidup ditengah-tengah manusia yang buruk perangai, telah rosak perjanjian dan amanah dalam hidup mereka, mereka saling berselisih.. para sahabat bertanya bagaimana nak buat? Rasulullah SAW sebut, "Tetaplah dalam rumah kamu." Maksud, jaga lidah dan jaga penulisan kamu. Duduk diam-diam dalam rumah. Hendaklah kamu mengurusi diri sendiri..dan tinggalkan urusan manusia lain, orang ramai..tinggalkan. 30. Akan muncul sesudah Rasulullah SAW, para pemimpin yang berjalan tak sesuai dengan petunjuk (sunnah) Rasulullah. 31. Lahir generasi yang hati mereka, hati-hati syaitan. Bagaimana mendapani perkara ini, Dengar dan taat apa yang diajar Rasulullah walau kamu disebat, dihumban di penjara, dirampas harta agar kamu selamat. 32. Terjadinya fitnah, perpecahan, perselisihan di kalangan orang Islam. Jika kamu hidup di saat itu... Sekiranya kamu sanggup jadi hamba Allah, jadilah hamba Allah yang terbunuh. Dan kamu mati di jalan Allah (dan kamu bukan orang yang membunuh). Maka lakukanlah (mati terbunuh). Kuliah Maghrib Wasiat Rasulullah Tentang Tanda-tanda Kiamat (Kitab rujukan: 'Ziarah ke Alam Barzakh', karangan Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti
إظهار الكل...
00:40
Video unavailableShow in Telegram
IMG_5915.MP47.82 MB
Siapa Syaikhul Hadith Maulana Abdul Hamid حفظه الله? 1. Beliau merupakan seorang yang sangat alim. 2. Beliau juga merupakan seorang yang sangat tinggi haibahnya. 3. Seorang ulama lepasan STPM dan ditawarkan untuk lanjutkan pelajaran ke IPT tetapi dihantar oleh ayahnya ke Tamil Nadu, India untuk hafaz Quran. 4. Setelah itu beliau menyambung pengajian dalam bidang alim di Faisalabad, Pakistan. 5. Beliau adalah Syaikhul Hadith di Miftahul Ulum, Seri Petaling dan sudah mengajar kitab Sahih Bukhari serta mengijazahkan sanad hadithnya sudah hampir 15 tahun. 6. Seorang syaikh tareqat yang mursyid dari silsilah chistiyah. 7. Juga merupakan salah seorang syura Malaysia Jemaah Tabligh. 8. Boleh berbahasa arab, inggeris, urdu, pushto, bangla, tamil, cina, parsi dengan sangat fasih. Ulama muda umno Ustaz Fathul Bari antara ilmuan yang teruja dengan tuturan Maulana Hamid di dalam bahasa arab. Saya sendiri pernah duduk dalam halqah jemaah arab dari Mesir di mana Maulana Hamid menterjemahkan bayan oleh Ustaz Hamzah dari bahasa melayu ke bahasa arab. Masyaallah, sangat ajib! 9. Penterjemah kitab Muntakhab al-Hadith ke dalam bahasa melayu karangan Maulana Muhammad Yusuff al- Kandahlawi dan disusun oleh Maulana Muhammad Saad al- Kandahlawi. 10. Dengan pengalaman beliau yang begitu luas di dalam menyantuni puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu hadith, tidak mustahil saya katakan hadith-hadith dalam sahih Bukhari segar di dalam ingatannya. 11. Sering menjadi mutarjim dalam majlis-majlis besar seperti Ijtimak Jemaah Tabligh, dan majlis-majlis tausiyah. Pujian ulama terhadap beliau: Telah berkata guru kami Syaikhul Hadith Maulana Ubaidullah (beliau adalah guru Sunan Tirmizi kepada Maulana Abdul Hamid ketika Maulana Hamid masih belajar di Faisalabad): "Ummat di Malaysia perlu mengambil istifadah daripada Maulana Abdul Hamid." Berikut adalah sanadul hadith al-Bukhari Maulana Abdul Hamid: Maulana Abdul Hamid - Mufti Jawed Hussein Syah - Maulana Hussain Ahmad Madani -Syaikhul Hind - Maulana Qasim Nanotwi - Shah Waliyyullah al-Dehlawi – Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani – Amirul fil Hadith dan dari Amirul Mukminin Fil Hadith Muhammad Ibnu Ismail al Bukhari رحمهم الله تعالى عنهم أجمعين Semoga Allah berkati ulama-ulama kita.
إظهار الكل...
DOA IBU MENGALAHKAN DOA ULAMA DAN WALI Inilah kisah menarik tentang seorang ulama Sayyid Soleh bin Muhammad al - Jaafari yang mana doanya dimakbulkan oleh Allah dalam ibadah haji, tetapi dibatalkan oleh keinginan ibunya sendiri. Kisah ini bermula ketika beliau pertama kali melakukan ibadah haji pada tahun 1952, di hadapan Kaabah beliau berdoa kepada Allah supaya memperkenankan permintaannya untuk membolehkan melaksanakan ibadah haji setiap tahun, memang benar doanya di ijabah. Setiap tahun sehinggalah beliau wafat, beliau dapat melaksanakan ibadah haji kecuali pada musim haji tahun 1962. Keadaan tahun tersebut benar - benar merumitkan sehingga tidak mengizinkan beliau untuk berangkat dari Cairo ke Makkah untuk melaksanakan haji. Disebabkan dari kesulitan yang di alami beliau akhirnya memilih jalan ke Sudan bagi memudahkan urusan berangkat ke Makkah, namun ternyata keadaan untuk berangkat ke Makkah dari Sudan pun beliau menghadapi kesulitan. Setelah pelbagai usaha di lakukan akhirnya beliau tidak dapat melaksanakan ibadah haji pada tahun tersebut, akibat kesulitan yang dihadapi beliau membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Dunqula, Sudan kerana kebetulan beliau berada di sana. Ketika sampai di rumah, di depan pintu ibunya tiba - tiba memeluk beliau dan berkata : "Maafkan ibu nak, ibu telah membeli seekor domba untuk dikorbankan pada tahun ini, dan ibu berdoa kepada Allah supaya engkau dapat merasakan masakan ibu dari daging korban itu." Maka mengertilah Sayyid Soleh mengapa tahun ini beliau sulit untuk pergi haji sehingga tidak dapat melaksanakan ibadah tersebut. Demikianlah doa seorang ibu yang lebih hebat dari doa seorang ulama bahkan wali sekalipun. Rasulullah ﷺ pernah bersabda : "Kedudukan doa seorang ibu untuk anaknya, sama seperti kedudukan doa seorang Nabi untuk umatnya." Sayyid Soleh al - Jaafari adalah ulama dan wali besar, pengasas Tarekat al - Jaafari serta Imam dan Khatib di Masjid al- Azhar, Mesir. Beliau adalah keturunan Rasulullah ﷺ merupakan guru dari ulama - ulama besar dunia. Di antara muridnya yang terkenal adalah Syeikh Dr Ali Jumaah dan Sayyid Muhammad bin Alwi al - Maliki. Terfikirkah kita bahawa rezeki yang kita dapat hari ini pun adalah disebabkan oleh doa seorang Ibu. Ya Allah memang tepat sebagaimana hadis Nabi ﷺ
إظهار الكل...
05:47
Video unavailableShow in Telegram
IMG_5819.MP468.56 MB
KHIDMAT SEORANG MURID Apabila kita berguru, kita bukan hanya belajar kitab sahaja dengan dia. Murid ni, Kita juga bersuhbah dengan dia, kita bermusafir dengan dia, kita berkhidmat dengan dia. Angkat barang dia, jaga keperluan dia, jangan tunggu disuruh. Khidmat adalah pembuka kepada ilmu, khidmat itu pembuka pintu kepada murid. Kalau alim sahaja, ilmu ada. Khidmat tak ada, akhirnya lahir ulama yang tak beradab. Khidmat ini penting, belajar adab. Kalau kamu boleh khidmat, khidmatlah habis-habisan. Suhbah dengan guru, dan hendaklah kamu bersama dengan orang-orang siddiqin. Ada satu kisah, di sebuah pondok pengajian. Ada seorang sheikh yang alim, tetapi sudah tua. Dihujung hayatnya, dia inginkan seorang penganti dirinya, daripada kalangan anak muridnya. Agar, boleh mengantikannya mengajar dan membimbing, anak-muridnya yang lain. Sheikh belum nampak lagi ada di kalangan, anak muridnya yang boleh mengantikannya. Ada sebatang pen yang amat disayangi oleh sheikh tersebut. Suatu hari, pen itu dicampakkan kedalam jamban di tempat pengajian tersebut. Kemudian, di dalam pengajian, sheikh berkata kepada anak muridnya; "Pen yang amat saya sukai telah jatuh di jamban. Adakah ada di antara kamu yang boleh ambilkannya untukku?” Yang sorang, selalu duduk depan, anak muridnya buat tak tahu. Yang sorang, buat baca kitab. Yang sorang, buat-buat menghafal. Diulang sampai tiga kali oleh sheikh. “Ada sesiapa yang boleh ambilkan?” Tiba-tiba, ada seorang yang menyahut daripada luar, “Sheikh, saya boleh sheikh”. Dia ini, selalu khidmat. Selalu sapu sampah, selalu susun selipar pelajar, bersihkan madrasah, khidmat tanpa disuruh. Kalau datang pengajian pon, di belakang. Kemudian, anak murid yang selalu berkhidmat ni terjun ke dalam jamban. Dicari sampai jumpa pen syeikh. Kemudian, dibersihkan dan dicuci diberi minyak wangi kasi wangi. Keesokannya, pen itu dipulangkan kepada sheikhnya. Sheikh berkata; "Kau yang ambilkan pen ini?" Kata pemuda yang selalu berkhidmat itu, “Ya, sheikh”. Mengalir airmata sheikh. Masya Allah. Kemudian, dia berkata; "Kemarilah." Dekat kepadaku. Dan didoakan oleh sheikh: “Ya Allah, aku redha dia, sebagai anak muridku. Ya Allah. Ya Allah, kau turunkanlah ilmu yang Kau berikan padaku, mengalir kepadanya”. Terus kabul doa sheikh. Begitulah, Berkat berkhidmat dengan orang-orang soleh. Khidmat adalah pembuka kepada ilmu, khidmat itu pembuka pintu kepada murid. Kalau kamu boleh khidmat, khidmatlah habis-habisan. Itulah keberkatan. Suhbah dengan guru, bersama dengan orang-orang siddiqin.
إظهار الكل...
01:42
Video unavailableShow in Telegram
IMG_5685.MP419.42 MB
00:35
Video unavailableShow in Telegram
6.56 MB
01:29
Video unavailableShow in Telegram
IMG_5609.MP417.23 MB
Seorang penuntut ilmu seharusnya berusaha untuk menjaga adab dan segala sunnah semampu yang mungkin. Jangan sesekali meremehkan adab dan sunnah dengan hujah: "Takrif sunat ialah sesuatu yang pelakunya diberi pahala dan sesiapa yang meninggalkannya tidak mendapat dosa" kerana takrif tersebut tidak dibuat untuk tujuan itu. Sebaliknya seorang penuntut ilmu seharusnya membaca sirah sahabat dan al-salaf al-soleh dan melihat bagaimana kesungguhan mereka dalam menjaga adab dan sunnah. Abdullah Ibn al-Mubarak rahimahullah berkata: لو تركت سنة من السنن أو أدبا من آداب الإسلام لخشيت أن يسلبني الله جميع ما أعطاني. "Jika aku meninggalkan satu sunnah daripada sunnah-sunnah atau satu adab daripada adab-adab Islam, aku khuatir Allah akan mencabut daripadaku segala yang Dia telah kurniakan kepadaku". Ruwaim Ibn Ahmad berkata: من ترك الأدب عوقب بحرمان السنن، ومن ترك السنن عوقب بحرمان الفرائض، ومن ترك الفرائض عوقب بحرمان المعرفة. "Sesiapa yang meninggalkan adab, dia akan dihukum dengan terhalang daripada mengamalkan perkara sunat. Sesiapa yang meninggalkan perkara sunat, dia akan dihukum dengan terhalang daripada melakukan perkara fardu. Sesiapa yang meninggalkan fardu dia akan dihukum dengan terhalang daripada mendapat makrifat". [Kitab al-Tahajjud oleh al-Hafiz al-Isybili, halaman 132, cetakan Darul Kutub al-'Ilmiyyah]
إظهار الكل...
اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.