MPP UMPSA: Platform Informasi Mahasiswa
الذهاب إلى القناة على Telegram
Bagi memudahkan hebahan disampaikan kepada semua mahasiswa UMPSA, MPP Sesi 2019/2020 telah melancarkan Telegram channel sebagai one-stop-center hebahan maklumat daripada MPP kepada semua mahasiswa. —— Kini dikendalikan oleh MPP UMPSA 2024/2025.
إظهار المزيد5 423
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
+87 أيام
+1830 أيام
أرشيف المشاركات
[PEMAKLUMAN AKSES DAN SYARAT PENGGUNAAN LOKASI ULANGKAJI SEPANJANG MINGGU PEPERIKSAAN]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
1. Sukacita dimaklumkan bahawa sempena minggu peperiksaan yang sedang berlangsung, pihak Majlis Perwakilan Pelajar telah menerima aduan daripada pelajar berkaitan kekangan akses ke beberapa lokasi ulangkaji iaitu di Blok X, Y, Z dan Blok W.
2. Sehubungan dengan itu, pihak MPP telah mengambil maklum dan segera berhubung dengan pihak Bahagian Keselamatan (BKES) bagi mendapatkan penjelasan serta menyuarakan keperluan pelajar terhadap ruang pembelajaran yang selesa dan mencukupi sepanjang tempoh peperiksaan.
3. Hasil rundingan, pihak BKES telah memberikan kebenaran untuk membuka semula lokasi-lokasi tersebut bagi tujuan ulangkaji tanpa had masa (24 jam) dengan syarat bahawa semua pelajar mematuhi peraturan-peraturan penggunaan ruang seperti berikut:
❌ Dilarang menggunakan ruang tersebut untuk aktiviti selain ulangkaji
✅ Pastikan lampu, aircond dan plug ditutup selepas digunakan
✅ Kekalkan kebersihan dan susun atur ruang seperti asal
✅ Tidak membuat bising atau mengganggu pelajar lain
4. Sekiranya didapati melanggar peraturan, pelajar akan diarahkan keluar oleh pihak keselamatan.
5. Kerjasama semua pihak amatlah dihargai bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif, selesa dan selamat dapat dinikmati bersama.
Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.
———-
#UMPSAMalaysia
#MPPUMPSA2425
#TeknologiUntukMasyarakat
_Menggalas Visi, Melakar Legasi_
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi Akademik 2024/2025
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
UMPSA LANCAR TABUNG SUMBANGAN UNTUK MANGSA KEMALANGAN PELAJAR UPSI
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) amat bersimpati dengan tragedi kemalangan yang melibatkan pelajar UPSI di Gerik baru-baru ini. Ramai antara mereka yang cedera parah, malah ada yang telah pergi meninggalkan kita.
Kami di UMPSA memahami betapa getirnya saat yang perlu dilalui oleh UPSI dan seluruh keluarga pelajar yang terlibat. Kami juga mendoakan agar mereka yang terlibat dalam kemalangan ini diberikan kesabaran, kekuatan dan kesembuhan segera.
Bagi meringankan beban mangsa dan keluarga, UMPSA melancarkan Tabung Sumbangan Khas bagi memberi peluang seluruh warga UMPSA dan orang ramai menghulurkan sumbangan. Hasil sumbangan ini akan disalurkan terus kepada mereka dalam masa terdekat.
Semoga segala sumbangan dan keprihatinan kita semua diberkati Allah SWT.
Sekalung Doa, Segunung Harapan
#UPSIBerduka
#UMPSAturutberduka
#SolidaritiMahasiswaUniversitiAwam
#UMPSAPrihatin
#YayasanUMPSA
Link infaqpay untuk sumbangan UPSI
https://infaqpay.my/plus/mangsa-kemalangan-bas-upsi-umpsa
[PROGRAM SESI BICARA KEPIMPINAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT BERSAMA WARGA UMPSA]
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
1. Dimaklumkan bahawa Program Sesi Bicara Kepimpinan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Bersama Warga UMPSA akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 10 Jun 2025
Masa: 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang
Kod Pemakaian: Smart Kasual
2. Satu sesi bicara eksklusif bersama YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat akan diadakan sebagai salah satu aturaca program.
3. Pelajar yang berminat boleh mengisi borang kehadiran melalui pautan yang diberikan.
Terima kasih.
——
🔗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfics24YtcvVslI3tzzUjwouzol3XHUwI1oFZ6cXE4WZfHSaw/viewform
——
#UMPSAMalaysia
#MPPUMPSA2425
#TeknologiUntukMasyarakat
Saya yang menjalankan amanah,
NUR’AININ SOFIYA BINTI RAZALI
Setiausaha Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi Akademik 2024/2025
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
[PROGRAM SESI BICARA KEPIMPINAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT BERSAMA WARGA UMPSA]
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
1. Dimaklumkan bahawa Program Sesi Bicara Kepimpinan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Bersama Warga UMPSA akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 10 Jun 2025
Masa: 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang
Kod Pemakaian: Smart Kasual
2. Satu sesi bicara eksklusif bersama YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat akan diadakan sebagai salah satu aturaca program.
3. Pelajar yang berminat boleh mengisi borang kehadiran melalui pautan yang diberikan.
Terima kasih.
——
🔗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfics24YtcvVslI3tzzUjwouzol3XHUwI1oFZ6cXE4WZfHSaw/viewform
——
#UMPSAMalaysia
#MPPUMPSA2425
#TeknologiUntukMasyarakat
”Menggalas Visi, Melakar Legasi”
Saya yang menjalankan amanah,
NUR’AININ SOFIYA BINTI RAZALI
Setiausaha Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi Akademik 2024/2025
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Hari Kaunter Bergerak *Kewangan Pelajar*
23/4/2025 Rabu
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
*Pusat Aktiviti Pelajar* UMPSA Pekan
24/4/2025 Khamis
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
*Lobi FTKMA* UMPSA Pekan
* Pelajar boleh buat semakan yuran dan hutang
* Cara / Kaedah Bayaran
* Informasi berkenaan Student Ledger / Financial Infomation
* Tarikh-Tarikh Bayaran & Sekatan
* Kajian Kepuasan Pelanggan
[TINJAUAN : AKSES KEPADA BUSONLINETICKET DI PLATFORM ATAS TALIAN]
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
1. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (MPP-UMPSA) ingin mendapatkan maklum balas daripada mahasiswa berkaitan akses dan penggunaan platform atas talian BusOnlineTicket bagi tujuan perjalanan dan tempahan tiket bas.
2. Tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran, kemudahan akses, dan keperluan mahasiswa terhadap platform tersebut.
Mohon kerjasama anda untuk menjawab soal selidik di dalam pautan ini:
🔗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScaR5d4EyHf0tUCIrgA-AeVnJaPtxsxbh4das1CMX2KCRbwHw/viewform
Terima kasih atas kerjasama!
——
#UMPSAMalaysia
#MPPUMPSA2425
#TeknologiUntukMasyarakat
"Menggalas Visi, Melakar Legasi"
Saya yang menjalankan amanah,
NUR ZULAIHA BINTI SARUDDIN
Eksekutif Penerangan
Jabatan Komunikasi & Korporat
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi Akademik 2024/2025
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YH. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS SYARAHAN UMUM PROFESOR PUSAT SAINS KEMANUSIAAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Majlis Syarahan Umum Profesor UMPSA merupakan program ilmiah berkala yang dianjurkan Universiti sebagai wadah perkongsian ilmiah oleh ahli-ahli akademik kepada warga Universiti, industri dan masyarakat. Majlis Syarahan Umum Profesor seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 26 Mac 2025 (Rabu)
Masa : 8:45 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang
Dresscode : Formal
Pautan Pendaftaran : https://forms.gle/VktdRrxFgddpaasi6
*E-Sijil Penyertaan disediakan
Sekian, terima kasih.
