cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Angel Pakai Gucci

…is back! 😄

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
928
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-27 أيام
-530 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Repost from Muassis
Repost from Muassis
SEJARAH DI SEBALIK KALENDAR HIJRIAH Alhamdulillah kita telah melangkah ke tahun baru 1446H. Simboliknya, sudah 1,446 tahun sebuah masyarakat dan kerajaan Islam yang pertama ditubuhkan di Madinah mengikut kiraan tahun qamari (lunar). Tetapi tahukah anda apa sejarah di sebalik penetapah tahun Hijriah? Amirul Mu’minin Khalifah ‘Umar al-Khattab adalah sosok yang bertanggungjawab memulakan kalendar Hijri pada tahun 438M, kira-kira 17 tahun selepas peristiwa hijrah. Beliau telah memilih peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah sebagai titik tolak permulaan kalendar Islam kerana ia adalah satu peristiwa yang diingati ramai dan tiada pertikaian tentangnya. Muharam pula dipilih sebagai bulan permulaan kalendar, diambil daripada kalendar lama masyarakat Jahiliyyah. Ia juga diambil sebagai bulan pertama kerana ia adalah bulan selepas bulan haji (Zulhijjah) sepertimana kata-kata ‘Umar: “Hijrah telah memisahkan antara yang haq dengan yang bathil maka kita mulakanlah dengannya, manakala Muharam menyuraikan sekalian manusia dari haji mereka.” Daripada sini dapatlah kita deduksikan yang amalan membaca doa awal dan akhir tahun tidaklah boleh disandarkan kepada Rasulullah SAW. Walaupun berdoa dengan doa yang baik adalah satu amalan yang diharuskan malah digalakkan dalam Islam, tetapi menyandarkan amalan doa awal dan akhir tahun langsung kepada Rasulullah adalah satu kemungkaran kerana baginda sendiri tidak pernah melakukannya. Tetapi jangan pula menghukum, menyindir atau membidaahkan mereka yang mahu membaca doa awal dan akhir tahun kerana ia tidaklah dilarang, apatah lagi ia mempunyai maksud yang baik. Perkara yang sama juga jangan dilakukan terhadap mereka yang menolak untuk beramal dengannya! وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُوْنِيْٓ اَسْتَجِبْ لَكُمْ ۗاِنَّ الَّذِيْنَ يَسْتَكْبِرُوْنَ عَنْ عِبَادَتِيْ سَيَدْخُلُوْنَ جَهَنَّمَ دَاخِرِيْنَ "Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu (apa yang kamu harapkan). Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri tidak mau beribadah kepada-Ku akan masuk (neraka) Jahanam dalam keadaan hina dina." (al-Ghafir, ayat 60) Inche Gabbana Tim Penulis Muassis *** Berminat untuk menyertai Quranic Circle dan aktiviti anjuran kami pada masa depan? Tekan link ini untuk pendaftaran http://tinyurl.com/QuranicCircleForBro Follow & subscribe media sosial kami https://linktr.ee/muassismedia
إظهار الكل...
Muassis | Instagram, Facebook, TikTok | Linktree

Platform Tarbiah Pilihan Masyarakat

SEMBANG 5 MINIT BERSAMA APG: Peningkatan Kes HIV Di IPT Baru-baru ini KPT mendedahkan berlakunya peningkatan kes HIV dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dalam negara. Apa yang lebih merisaukan, trend ini selari dengan data yang menunjukkan majoriti kes HIV di Malaysia adalah disebabkan gaya hidup songsang; i.e. homoseksual. Apa solusi kepada permasalahan ini? Jom sembang! https://vt.tiktok.com/ZSYqoq67m/ #sembanglimaminit #isusemasa #HIV #LGBT
إظهار الكل...
TikTok · Inche gabbana

Check out Inche gabbana’s video.

SEMBANG 5 MINIT BERSAMA APG: Keputusan Pilihanraya UK Parti Buruh berjaya menungguli pilihanraya kali ini, mengalahkan Parti Konservatif yang sudah lebih 14 tahun berkuasa. Namun persoalan yang bermain di minda; apakah kesannya terhadap umat Islam di UK? Dan yang lebih utama, bagaimana ia mempengaruhi perjuangan Palestin? Jom sembang! https://vt.tiktok.com/ZSYVP932u/ #sembanglimaminit #isusemasa #politikantarabangsa #britain
إظهار الكل...
TikTok · Inche gabbana

Check out Inche gabbana’s video.

2
Repost from Muassis
KEMENANGAN PARTI BURUH: MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK UNTUK 🍉? Selepas India, kini United Kingdom pula telah selesai melaksanakan pilihanraya umumnya. Seperti yang dijangkakan, Parti Buruh pimpinan Keir Stammer telah menang besar mengalahkan parti pemerintah, Konservatif pimpinan Rishi Sunak. Kemenangan Parti Buruh menandakan tamatnya penguasaan Parti Konservatif selama 14 tahun lamanya. Mungkin ada yang berfikir, “Wah alhamdulillah! Nasib umat Islam pasti lebih baik di bawah Parti Buruh.” Yalah. Secara tradisinya, Parti Buruh yang berhaluan kiri adalah lebih pro kepada kaum minoriti di Britain. Jadi apabila Parti Buruh memenangi pilihanraya kali ini dan United Kingdom pula merupakan ahli tetap dalam Majlis Keselamatan PBB, tidaklah keterlaluan untuk menjangkakan yang Downing Street akan menukar sokongan tidak berbelah bahaginya kepada rejim Tel Aviv. Dan ia mungkin benar jika Parti Buruh masih lagi dipimpin oleh Jeremy Corbyn yang pernah menjadi ketua Parti Buruh. Beliau dilihat sebagai seseorang yang lebih ‘down to earth’ berbanding dengan rakan-rakan sejawatnya yang lebih elitis dan beliau juga telah menunjukkan simpati yang sangat tinggi terhadap perjuangan 🍉. Namun setelah Corbyn digulingkan oleh rakan-rakan satu partinya sendiri (antara tuduhan yang dilemparkan kepada Corbyn ketika itu adalah beliau merupakan seorang anti-semitik) dan setelah Parti Buruh diambil alih oleh Starmer dan konco-konconya, tidak ada banyak bezanya antara Parti Buruh dengan Konservatif dari aspek sokongan dan simpati yang ditunjukkan terhadap umat Islam 🍉. Malah, Starmer adalah antara pemimpin terawal yang menyatakan sokongan terhadap rejim Zi💀ni$ sebaik sahaja Taufan al-🔺qsa tercetus. Beliau menggunakan hujah klise yang sudah lapuk untuk menyokong tindakan Israel laknatullah: “I$ræel ada hak untuk mempertahankan dirinya!” Haishh. Tolong, tolong tahan saya daripada menerkam si Starmer ni dan meluku kepalanya! Kemenangan Starmer dan Parti Buruh sebenarnya bukanlah sesuatu yang hebat sangat dan mengagumkan. Jika dilihat kitaran dan trend perubahan tampuk pimpinan di Britain, ia sudah boleh dijangka. Rakyat Britain sudah muak dengan kepemimpinan Konservatif dan mereka tidak banyak pilihan lain melainkan untuk mengalih sokongan mereka kepada Buruh. Nak katanya, jika letak kambing biri-biri di tempat Starmer sekalipun, kambing biri-biri itu tetap akan menang! Maka jika dilihat dari konteks perjuangan pembebasan 🍉, tiada apa-apa yang perlu diraikan untuk kemenangan Starmer dan Parti Buruh dalam pilihanraya kali ini. Apatah lagi di belakang Starmer sudah tentunya para pelobi Zi💀ni$ yang mahu memastikan beliau berjaya dalam pilihanraya ini dan menjadi Perdana Menteri. Sama kesnya seperti di India; umat Islam tidak boleh bergantung harap kepada pemimpin kafir untuk membela nasib dan hak mereka, tambah-tambah dalam perjuangan membebaskan al-🔺qsa. Dan apatah lagi jika harapan itu diletakkan pada bahu pemimpin seperti Keir Starmer yang sudah terang lagi bersuluh menjadi balaci kepada Netanyahu! Puihhh! Umat Islamlah yang wajib untuk bersatu dan bangkit berjuang, menggalas amanah ini. 🍉 dan al-🔺qsa hanya akan bebas di tangan umat Islam yang beriman, beramal soleh dan berjihad memperjuangkannya! 😤 Inche Gabbana Tim Penulis Muassis
إظهار الكل...
Repost from Muassis
Photo unavailableShow in Telegram
SEMBANG 5 MINIT BERSAMA APG: Zina bukan satu kesalahan? Di Malaysia ni, jika anda menyundal (melacurkan diri) dan terkantoi melakukannya, anda tidak akan didakwa atas kesalahan berzina tu, tapi atas kesalahan mencari pelanggan. Adoilah. 😓 Jom sembang! https://vt.tiktok.com/ZSYCHt6gY/ #sembanglimaminit #isusemasa #undangundangsyariah
إظهار الكل...
TikTok · Inche gabbana

Check out Inche gabbana’s video.

🔥 1
Repost from Muassis
Iman Sekejap Episod 9 Iman Sekejap kali ini membincangkan 2 isu hangat. Pertama mengenai trend childfree baru-baru ini dan bagaimana melihatnya pada perspektif islam. Yang kedua adalah kupasan lanjut mengenai isu Blackrock yang tular semua. Selamat menonton dan jangan lupa untuk like, share dan subscribe video -video kami di Muassis TV. https://youtu.be/d4qJxAdiaHw?si=ng5QTy4jViH6fQ_h
إظهار الكل...
Blackrock: Betul Ke Malaysia Pejuang Palestin? Perkahwinan "Bebas Anak By Choice: Syari'e Atau Tak?

Audio Siar Iman Sekejap Episod 10 kali ini membincangkan 2 isu hangat. Pertama mengenai trend childfree baru-baru ini dan bagaimana melihatnya pada perspektif islam. Yang kedua adalah kupasan lanjut mengenai isu Blackrock yang tular semua. Selamat menonton dan jangan lupa untuk like, share dan subscribe video kami di Muassis TV.

Repost from Muassis
APABILA TAJIKISTAN MENGHARAMKAN HIJAB Tajikistan, sepupu-sepapat kepada Kazakhstan dan Turkmenistan baru-baru ini telah meluluskan undang-undang pengharaman pemakaian hijab. Gila mat! Tajikistan merupakan sebuah negara majoriti Muslim dengan 98% daripada populasinya adalah beragama Islam kot?? Jadi apa hujah atau alasan yang digunakan kerajaan Tajikistan untuk mengharamkan hijab? Mereka mendakwa, ia adalah sebagai satu langkah menjaga adat dan kebudayaan Tajikistan, kononnya hijab adalah sesuatu yang asing bagi budaya mereka. Ia juga sebagai langkah untuk mencegah ekstremism dan kepercayaan khurafat. Khurafat celah mana Bedah oi! 🤦🏻‍♂️ Rupa-rupanya undang-undang kontroversi oleh pemerintah Tajikistan ini bukanlah satu-satunya polisi mereka yang pelik dan tak masuk akal. Sebelum ini Kementerian Pendidikan Tajikistan sudah pun mengharamkan para pelajar di sana memakai pakaian Islamik. Cuma yang bagusnya, mereka juga mengharamkan pemakaian skirt mini ala Barat. Selain itu, mereka juga mengeluarkan panduan kod dan etika berpakaian setebal 376 mukasurat; satu panduan khas buat wanita Tajik untuk berpakaian mengikut acara dan keramaian yang berbeza! Jika anda rasa itu sudah cukup gila, kerajaan Tajikistan juga telah mengharamkan para lelakinya daripada berjanggut tebal! 🤯 Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon sememangnya adalah seorang yang sekular dan merupakan seorang pemimpin pro-Soviet sewaktu ketika dahulu. Presiden Rahmon memang terkenal dengan polisi-polisinya yang banyak menyerang Islam. Polisi pengharaman hijab tidak eksklusif kepada Tajikistan sahaja. Negara Islam lain seperti Kosovo, Azerbaijan dan Kyrgyzstan juga pernah mengeluarkan arahan yang serupa. Kazakhstan juga baru-baru ini ada mempertimbangkan untuk mengharamkan hijab. Yang lucunya, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB sendiri mengatakan pengharaman burqa dan purdah adalah tidak serasi dengan undang-undang antarabangsa dan piawaian hak asasi manusia. Apatah lagi hijab! Persoalannya, bagaimana sebuah negara dengan majoriti penduduk Islam seperti Tajikistan tergamak mengeluarkan arahan sedemikian rupa? Tidak lain dan tidak bukan, apabila Islam tidak dijadikan paksi utama, sudah pasti nafsu dan jahiliyyah yang bermaharajalela. Dan jangan lupa, negara majoriti umat Islam dengan negara Islam adalah dua perkara yang berbeza! Islam adalah sebuah panduan lengkap kepada cara hidup, yang menentukan bagaimana umat Islam menjalani kehidupan sehari-hari. Ia bukan sebuah ‘agama’ yang terhad kepada ritual di tempat-tempat ibadah dan upacara tertentu sahaja! Tajikistan oo Tajikistan! Inche Gabbana Tim Penulis Mussis *** Berminat untuk menyertai Quranic Circle dan aktiviti anjuran kami pada masa depan? Tekan link ini untuk pendaftaran http://tinyurl.com/QuranicCircleForBro Follow & subscribe media sosial kami https://linktr.ee/muassismedia
إظهار الكل...
Muassis | Instagram, Facebook, TikTok | Linktree

Platform Tarbiah Pilihan Masyarakat

👍 1
Repost from Muassis
اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.