Hann's Lavenders 💜
قناة بسيطة
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
إظهار المزيد1 049
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-37 أيام
-1030 أيام
أرشيف المشاركات
1 049
Saya sepatutnya hantar 30/9 hritu. Tapi sebab kerja, masa saya terhad nak edit tu. Alhamdulillah, pihak penerbit baik hati bagi saya extend bila saya mintak masa seminggu lagi. Saya minta masa sampai 8/10 tapi Allah lancarkan urusan saya dan dapat send harini. Lega Ya Allah!!! Alhamdilillah😭🫶
1 049
Jangan spoil nama betul Sky ya HAHAHAH! Yang boleh bukak spoiler jelah yang tahu 🤣
1 049
Random : tiada tajuk
"Sky, aku ada satu soalan penting."
"Apa dia?"
Tangan belum berhenti daripada menyiram pokok bunga. Sudah jadi rutin harian Sky di pagi hari. Siram bunga. Dan sekarang, ditemani Aria.
"Kita dah nak kahwin. Tapi, aku belum tahu nama betul kau lagi."
"So?" Soal Sky senada.
Aria mencebik. Lelaki ini memang tak faham atau buat-buat tak faham?
"Aku ni nak kahwin dengan kau. Sekurang-kurangnya, aku kenalah tahu!"
Kaki dihentak ke tanah dengan rasa tak puas hati. Sky tergelak kejap lalu baldi yang dia pegang, diletakkan di atas lantai. Wajah sebal Aria dipandang.
"Jom, ikut aku."
Kaki menapak masuk ke ruang tamu. Beg dompet yang diletakkan di atas rak buku diambil. Kad pengenalan dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Aria.
"Itu nama aku. Puas hati, Cik Ceisya Aria?"
Aria membaca sebaris nama bakal suaminya itu.
Ghazi Iklil.
Cantik. Aria sangat sukakan nama Sky!
"Kalau macam tu, aku nak panggil kau Ghazi boleh?"
Membulat mata Sky mendengar permintaan Aria. "No way! Aku tak suka orang panggil aku dengan nama sebenar! Not even you, Ceisya Aria!"
Bahu terhinjut. Terkejut Aria kerana Sky menjerkahnya. Daripada pandangan mata yang Sky tunjukkan, ada sesuatu masih belum Aria tahu.
Luka apa lagi yang lelaki ini pendam sendirian?
#skyaria
1 049
Update ebook To You :
First, saya mintak maaf yang teramat sangat sebab delay agak lama.
Second, saya tak boleh janji yg saya akan bagi dalam masa terdekat tapi yang pasti, sebelum tahun ni habis.
Rancangan asal, saya nak buat pendek mcm baki simpan first version. Tapi, jalan cerita akan jadi lompong dan tak best. Jadi saya proceed dgn plot asal untuk panjangkan at least 10K words.
Then unexpectedly, rezeki Eudaemonia datang. Rezeki CS datang. Jadi, sebab dua hal ni saya terikat dgn orang atasan, saya kena utamakan 2 manuskrip ni dahulu. Maafkan saya ya🥹
Insya allah paling lewat pun, bulan 12 ebook ni dah sampai ke emel anda semua.
Maaf atas kesulitan dan harap semua dapat mengerti serta boleh bersabar menunggu🥺🫶
p/s : nampak tak hint tu 🙈😭
1 049
Acilah kan sweet moment #skyaria . Wkwkwkwk asyik depress aje random scene nya🥲
1 049
Random : tiada tajuk
The day.
Aria yang sedang termenung di buaian mula tersedar apabila suara garau Sky menembus gegendang telinga.
"Aria, aku ada surprise untuk kau. Jom ikut aku."
"Pergi mana?"
"Adalah. Jom, ikut aku dulu."
Sky selitkan jemarinya ke jemari Aria lalu mereka melangkah menuju ke bilik yang tidak asing lagi buat mereka berdua. Disebabkan itu, Aria mencebik.
"Bilik kerja? Ini surprise kau?"
"Surprise tu, ada disebalik pintu ni. Bukalah."
Sky yakin, Aria pasti akan suka dengan kejutannya.
Tombol pintu bilik kerja itu ditolak ke bawah. Pintu pun terbuka luas. Suis lampu dibuka dan cahaya terus menerangi ruang itu. Mata Aria terus tertumpu pada satu sudut yang meletakkan beberapa perabot baru.
Meja, kerusi dan alatan tulis. Semestinya, semua berwarna ungu.
"Happy birthday, Ceisya Aria."
Belakang kepala isterinya dikucup kejap sebelum Sky memeluk pinggang Aria dari belakang. Kepala pula direhatkan di bahu Aria.
"Kau suka?"
"Kenapa tiba-tiba? Hari itu, bukan ke kau cakap aku ni biggest distraction kau?" soal Aria bengang.
"Hidup kau simple, Aria. Hal yang membuatkan kau happy pun, simple. Jadi, takkan aku tak boleh tunaikan?"
"Tapi hari itu, kau macam tak suka je dengan permintaan aku. Aku fikir, kau memang nak letak meja kerja aku dekat bilik lain."
"I'm just kidding, Aria. Aku mana boleh berjauhan daripada kau. Kalau boleh, aku nak sumbat kau masuk poket seluar aku. Senang aku nak bawa kau pergi mana-mana."
"Kenapa dalam poket seluar? Kenapa tak letak aku dalam hati kau?"
Soalan Aria membuatkan Sky tersungging senyum nakal. Tangan Sky naik mengelus lembut pipi Aria. Mata birunya tetap menikam mata hitam si isteri.
"Sebab dalam hati aku, ada hati kau yang aku kena jaga dengan rapi."
Sky senyum nipis.
"So, i asked you once again. Kau suka?"
Lingkaran tangan Sky dilepaskan. Aria pusingkan badannya menghadap Sky lalu dia kucup kedua pipi suaminya bersilih ganti. Sky tertawa geli dengan tingkah romantik isterinya. Jarang-jarang Aria nak bermanja macam ni.
"Suka. Suka sangat! Terima kasih, Sky!"
#skyaria
1 049
Random : tiada tajuk
Sebulan lalu...
"Bolehlah, Sky! Aku nak yang itu!"
"No, Ceisya Aria. You are my biggest distraction. Kalau kau ada dalam ruang yang sama dengan aku, aku susah nak buat kerja."
"So kau nak kata aku ni ganggu hidup kau ke?" soalnya sinis. Sungguh, Aria kecil hati.
"Kau tahu itu bukan maksud aku, Aria. Aku tak boleh nak fokus dengan kerja aku kalau kau ada depan mata. Kau terlalu menarik untuk aku abaikan."
Sky sembunyi senyum dengan harapan, ayat flirtingnya boleh membuatkan Aria berubah fikiran.
"Tapi aku tetap nak meja kerja aku dalam bilik kerja kau!"
Sky mengeluh berat dengan permintaan isterinya. Memang tak nak ubah fikiran langsung ke?
"Anything you want, Ceisya Aria but not that."
Kaki menghentak lantai. Tak puas hati! Apa yang susah sangat nak tunaikan permintaannya?
#skyaria
1 049
Saya baru terdetik nak cri nama penuh Sky. Hensem bethol namanya heheheheh! Tapi tulah, entah bila nak siapnya cerita ni🥲
1 049
Random : tiada tajuk
#skyaria what if
Rumah banglo yang dulu ceria dengan tawa dan usaha si dia mewujudkan rasa gembira, kini sunyi seperti tanah perkuburan.
Bilik kerja dituju. Kaki terpasak di hadapan meja, di mana 'si dia' sering berada di situ.
Tangan meraih satu buku berwarna biru gelap. Diselaknya muka surat itu satu persatu. Isinya biasa saja, sekadar tulisan kerja. Namun, apabila sampai di lembaran terakhir, gadis itu terkaku.
To my strongest soldier, Ceisya Aria.
Hai, cinta. Aku tahu aku selfish sebab buat kau macam ni. Aku selamatkan kau, berikan kau harapan hidup. Sedangkan kau sekarang ni, mungkin tengah bersedih sebab kehilangan aku.
Maafkan aku, Aria. Aku tak sekuat kau untuk bertahan. Aku selamatkan kau sebab aku tahu kau boleh hidup. Sedangkan aku, dah tak ada harapan. Harapan untuk aku hidup, dah lama mati.
Jadi, teruskan hidup, Aria. Untuk kau. Untuk kita.
-'Si dia' yang sudah pergi, Sky.
#skyaria
1 049
Plot cerita Sky dgn Aria ni maybe terpaling heavy yg pernah saya pikir. So bear with me🥹🫶
1 049
Random : tiada tajuk
Kaki melangkah laju mengejar Aria yang berdiri betul-betul di atas tembok balkoni tingkat 3! Lengan Aria ditarik kasar sehingga mereka berdua sama-sama rebah ke lantai. Sky memeluk erat Aria bagai tidak mahu lepas. Sungguh, jantungnya hampir jatuh.
"Stop it, Sky! Berhenti selamatkan aku!"
"No! Aku takkan berhenti selamatkan kau! Aku tak boleh hilang kau, Aria. Aku tak boleh..."
"Tapi aku yang dah tak larat nak hidup, Sky..."
Dalam dakapan itu, Aria dan Sky sama-sama menangis kerana alasan yang berbeza.
Satu jiwa menangis kerana lelah dengan permainan dunia.
Satu jiwa lagi, menangis kerana takutnya menghadapi rasa kehilangan.
"Tolong, Aria. Aku tak minta banyak. Tolong jangan mati."
Seperti biasa, hari mereka berdua sentiasa berakhir dengan air mata yang tak pernah kering.
Tuhan, katakan semua ini ujian untuk hadiah yang Engkau sudah siapkan.
#skyaria
1 049
Random : tiada tajuk
Dekat bilik tidur, tiada.
Dekat bilik lukisan, tiada.
Dekat bilik kerja pun, tiada!
"Damn it! Kau pergi mana ni, Aria?!"
Rambut dicengkam kuat lalu disebak ke belakang. Jantung Sky seperti direntap keluar apabila Aria tiada di kawasan rumah.
"Think, idiot. Think!"
Sky menunjal kepalanya sendiri, memaksa akalnya bekerja keras untuk menempatkan dirinya di tempat Aria.
Kalau Aria rasa putus asa, apa yang dia akan lakukan?
"Shit!" Sky menyumpah diri beberapa kali ketika kaki menapak ke kolam renang belakang banglonya.
"Aria!"
Terus Sky berenang laju, mendapatkan Aria yang sudah jatuh ke dasar kolam. Untung saja, kolam ini dalamnya hanya satu meter setengah.
"Bangun, Aria!"
CPR dilakukan berkali-kali dengan harapan, Aria belum pergi. Sky takkan maafkan dirinya sendiri kalau ada apa-apa yang berlaku kepada Aria.
Uhuk! Uhuk!
Air yang memenuhi kerongkong, mula terkeluar dengan paksa. Terus tubuh Aria yang masih lemah itu ditarik masuk ke dalam dakapannya.
"Terima kasih sebab masih ada dengan aku, Aria."
Nafas lega dihembus dengan kasar. Air matanya turut membasahi pipi dengan lebat.
"Sky... aku..."
"Don't talk. Kau penat. Aku dukung kau ya? Kita tukar baju dulu."
Tak menunggu izin, Sky terus mencempung Aria dan dibawa gadis itu ke kamar mandi. Ditukarnya pakaian Aria dengan air mata yang mengalir tanpa henti. Kemudian, barulah didukungnya Aria untuk dibawa ke katil.
"Aku nak masak bubur untuk kau. Tunggu ya?"
Tak sempat Sky mahu pergi, Aria meraih tangan lelaki itu. Langkah Sky mati.
"Kenapa kau... selamat aku lagi?"
Lagi.
Itu petanda, sudah berkali-kali Aria cuba untuk cabut nyawanya sendiri. Dan setiap kali Aria cuba, Sky akan ada untuk menyelamatkannya. Atau lebih tepat, Sky selalu cuba hentikannya.
Sky duduk di birai katil sambil memandang wajah Aria.
"What do you mean by the word again? Kau berharap aku akan biarkan kau mati dengan sia-sia macam tu ke? Tanpa aku buat apa-apa?"
"Tapi hidup aku ni memang dah disia-siakan, Sky."
"Habis tu aku? Macam mana dengan aku? Kau nak ambil nyawa kau dan tinggalkan aku sorang-sorang dekat dunia ni? Kau tak fikirkan aku ke, Aria? Aku ni tak penting ke dalam hidup kau sampaikan kau nak tinggalkan aku?"
Buat kesekian kalinya, Sky yang kelihatan gagah di hadapan orang suruhannya menjadi lelaki yang lemah apabila berhadapan dengan perempuan yang dia cinta.
Ceisya Aria.
Ya, Sky sudah jatuh cinta dengan isterinya.
#skyaria
1 049
Random : tiada tajuk
"Sky."
"Hmm..."
"Please, aku minta maaf. Janganlah diamkan aku macam ni."
Jemari disulam bersama. Aria rasa macam nak benam kepala dalam tanah! Salah dia sebab dah bersikap lancang geledah barang-barang Sky.
"Sky..."
Lengan lelaki itu diraih. Aria tidak kesah jika Sky mahu menengkingnya sekarang kerana dia mengganggu fokus lelaki ini. Aria tak kesah, asalkan dia dapat dengar suara Sky.
"I'm sorry..."
Entah kali keberapa, Aria merayu untuk dimaafkan. Dan hal itu menyebabkan Sky mengeluh berat. Pen yang sedang menari di atas kertas, dilepas. Tubuh dipaling menghadap Aria dengan pandangan yang redup.
"Kau tahu tak aku marah kau sebab apa sebenarnya?" soal si jejak tegas.
Kepala diangguk.
"Jawab dengan suara kau, Ceisya Aria."
"Kau marah aku sebab aku geledah bilik yang kau tak bagi masuk."
"Tak, kau salah. Aku marah sebab kau tu tak reti jaga diri."
Tangan Aria yang dibalut dengan kain kasa itu dipegang. Untung saja tak ada luka lain. Si gadis yang sudah kejung badannya hanya melihat mata biru milik Sky.
"Kau terluka, Aria. I can still handle you kalau kau keras kepala atau memberontak bagai nak gila. I'm okay with that. But please, don't hurt yourself."
#skyaria
1 049
Random : tiada tajuk.
Buk!
Air mata mula mengalir lebat namun tiada siapa tahu gadis itu sedang menangis memandangkan langit pun sama dengan emosinya.
Hujan.
Hari ini, dia gagal lagi.
Hari ini, dia putus asa lagi.
Hari ini, dia kehilangan lagi.
Kenapa dia terlalu malang?
Kenapa semua hal yang dia rancang, tak pernah berjalan dengan lancar?
Adakah Tuhan begitu bencikan dirinya?
Lama hujan membasahi tubuh sehinggalah Aria sedar bahawa tiada lagi titik hujan yang kena pada tubuh.
Kepala diangkat, memandang satu figura yang payungkan dirinya.
"Bangunlah. Takkan nak menangis dekat sini lama-lama?" soal si jejaka yang berpakaian serba hitam. Dia memegang dua payung. Satu payung untuk dirinya. Satu payung lagi untuk Aria.
Disebabkan si gadis masih terpasak di tempatnya, lelaki itu bersuara lagi.
"Kau boleh panggil aku, Sky. Nama kau?"
"Aria," jawabnya tanpa sedar.
"Aria. Cantik nama kau. Jadi, aku nak tanya. Lama lagi ke kau nak ada dekat sini, Aria?"
"Aku..." Mati kata. Aria tidak jumpa perkataan yang sesuai untuk dia ucap. Entah kenapa, tubuhnya berkeras untuk berada di sini biarpun dia sendiri tidak tahu apa yang bakal jadi.
"Nak mati," sambungnya.
"Dan kau yakin mati tu boleh buat masalah kau hilang?"
Aria dongak kepala, memandang Sky yang masih lagi tegakkan kepala ke hadapan.
"Mati ni, bukannya urusan kita sebagai manusia. Kita tak pernah diberi hak untuk tentukan bila kita akan mati. Tapi, kita selalu diberi pilihan untuk pilih cari kematian kita. Kalau kau nak mati, takkan nak mati tepi jalan macam ni?"
Aria terdiam mendengar bicara Sky. Agak tersentak namun dia tidak peduli. Dia mahu mati!
"Lawan apa yang suara dalam kepala kau hasut kau. Jauh dalam lubuk hati kau, kau nak hidup."
Sky rendahkan tubuh lalu dia raih tangan Aria. Telapak tangan gadis itu dibuka dan dibawa ke batang payung.
"Jadi, teruskan hidup," sambung Sky.
1 049
Maksud nama in case ada yang curious hshshshs!
Raefal Fahreza - Kebahagiaanku yang cerdas.
Raefal Fayyez - Kebahagiaan dan kemenanganku
1 049
Lagi satu, sebab Rafael dah wujud dalam anak² fiksi saya😭🙏 Takkan jadi collide universe en kalau nama adik juan, rafael🥲
Walaupun saya mcm biarkan cerita ni lama, takkan ku lupa anak pomenku yang satu ini🥹
1 049
Ouh ye. Untuk nama Raefal, saya tak tahu pulak ramai yang salah baca. But, nak ubah, saya sayang sangat maksud nama tu.
Raefal maksudnya bahagia. Maksud tajuk ; Eudaemonia sendiri pun bahagia.
Yang dah baca versi ebook, mesti tahu kan Eudaemonia ni kisah Juan yang cuba cari bahagia dia dalam dia terpaks berkorban untuk family dia🥹 So, semua hal yang membawa maksud bahagia dalam cerita ni membuatkan saya rasa sayang nak tukar🤧
Jadi saya decide nak ubah nama belakang je. So, harapnya bila dah terbit nnti, orang tak salah baca Raefal as rafael😭🙏
متاح الآن! بحث تيليغرام 2025 — أهم رؤى العام 
