Hann's Lavenders 💜
قناة بسيطة
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
إظهار المزيد1 050
المشتركون
-124 ساعات
-47 أيام
-930 أيام
أرشيف المشاركات
1 050
Terima kasih Ya Allah sebab selalu jumpakan hana dengan kawan2 yang baik. Sumpah ni salah satu nikmat yang sentiasa hana akan syukuri 🥹🤍
1 050
Nak dijadikan cerita, harini jadual saya padat dari pagi sampai ke petang. Masa otw balik, jiran sebelah tanya dalam group yang saya taknak naik bilik dulu ke sebab kitorang nak gi makan. Saya memula tu taknak naik sbb tak rajin nak naik turun. Tapi naik jugaklah sbb dorang chat dalam group kata dorang lambat lagi siapnya.
Lepastu, sampai je bilik mmg terus landing atas lantai sbb penat gila. Sikit lagi nak tutup mata berdengkur. Tetiba jiran sebelah suruh saya bangun. Sumpah nak marah time tu sebenarnya HAHAHAHAH! Sebab yelah, tengah penat kan😭🔫
Bila saya duduk tu, tetiba dorang masuk bawak kek dengan parcel PDC😭💜
Siap ada kek mat, sumpah terharu🥹💜
1 050
https://music.youtube.com/playlist?list=PLbQVzl9xSbIs2Jo87MAzJ0RP4SYA0CRXx&si=yFefozmTtmdW983q
Playlist Pelangi Dan Cinta! Kalau mana yang dah dapat buku nnti, bolehlah baca sambil dengar lagu2 dalam playlist ni heheheh💜
1 050
+1
Berita baik buat para mahasiswa/i dan pembaca! Kombo Games Of Love kini tersedia di mysiswaplace dan shopee! Boleh klik link di bawah untuk melakukan pembelian ya🥰💜
https://s.shopee.com.my/2LGwq2lvlV - shopee PDC
https://mysiswaplace.my?bookstore?id=43 - mysiswaplace
1 050
Hai lavenders semua! Saya harap, saya tak ganggu masa malam korang. Saya singgah ni sebab ada satu kejayaan kecil yang saya nak kongsi dengan kalian semua.
Alhamdulillah, kurang dari setahun ni, HUG dah masuk cetakan ketiga 🥹🧡
Mungkin dekat orang lain, tak besar total cetakan tu. tapi untuk saya yang masih cuba menjadi penulis yang menyampaikan cerita2 yang memberi sekurang-kurangnya sedikit sentuhan jiwa, itu satu angka dan pencapaian yang besar untuk nama pena miszhann.
Jujur, rezeki yang Allah bagi kali ni terlalu besar untuk saya. Gembira, tak terkata rasanya.
Ini cerita yang penuh cacat cela dan sangat jauh dari kata sempurna. Tapi Tuhan kata, ketidaksempurnaan pun, mampu mewujudkan rasa syukur yang tak terhingga.
Terima kasih sebab kalian, lavenders ada dalam hidup seorang miszhann dan beri peluang untuk karyanya dikenali. Terima kasih sangat-sangat!
Semoga nama miszhann boleh meluas dan dikenali sebagai penulis yang memberikan manfaat untuk setiap pembaca yang membaca karyanya💜
1 050
Random : tiada tajuk
"Tadi kelas macam mana? Okey?"
"Okey."
Gugup. Entah sejak bila, Keisha rasa gugup berdepan dengan Qayl.
"By the way..." ucap Qayl dengan nada meleret. "Aku nak ajak kau pergi family day belah ibu. Kau nak ikut tak?"
"HAH?!"
Keisha rasa telinga dia dah rosak. Apa yang baru Qayl cakap?
"Kau tak balik kan cuti mid sem ni? Aku nak ajak kau sebab aku tak nak kau bosan dekat sini."
Qayl sembunyi senyum. Sukanya dia tengok Keisha gelabah macam ini!
1 050
ALLAHUAKBAR CANTIKNYA SUBHANALLAH TAK SABARNYA NAK PELUK CIUM IRSA DIYYAH😭😭😭💜💜💜💜💜💜💜💜
1 050
Saya minta maaf kalau channel ni tak semeriah sebelum² ini🥲Tanggungjawab hakiki saya lebih menuntut. Cuma saya harap, lavenders semua akan sentiasa nantikan cerita baru daripada saya dan sentiasa ingat saya yang masih cuba membina nama ini. Tanpa korang, takdelah nama miszhann 🥹💜
Kalau ada kesempatan, mohon doakan supaya Allah lancarkan perjalanan hidup saya walaupun ujian tu bertimpa-timpa. Dan saya sentiasa doa, semoga yang baik-baik pun akan berbalik dekat kalian semua 🤍✨
Lepas final saya akan cuba kembali aktifkan channel mcm biasa.
Jaga diri lavenders 💜
1 050
Saya maybe balik tahun depan lepas habis semester. Jadi, kalau ada sesiapa nak selit order novel HUG atau BC, boleh order hrini atau esok ya! Pengeposan hari ahad nanti.
Special untuk kalian yang dalam ni sahaja, semenanjung free postage, sabah sarawak postage RM5 saja🫶
https://wa.me/601110728101
متاح الآن! بحث تيليغرام 2025 — أهم رؤى العام 
