ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك

Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

قناة بسيطة

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

إظهار المزيد
1 007
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
+17 أيام
-930 أيام
أرشيف المشاركات
Salam jumaat! Al-kahfi jangan lupa ✨
24 يوليو 2025, 21:52

Buku free semua sold out! BC ada lagi 5 buah🥰
24 يوليو 2025, 08:01

Harga boleh nego ya! Kita nego sampai let go😋
23 يوليو 2025, 08:57

PRELOVED NOVEL! Vignette(Syud) : RM28 Kombo 00:00 & 01:00 (novel indo) - RM28 Kombo Aifa Batrisha(minah cengey&mamat dingin) - RM30 (single, RM18 per book) Mencintaimu Bidadariku(Wararapunzel)- RM 28 HURT(Rehan Makhtar) - RM23 A Love To Kill(Farhah Aiddin) - RM23 Sawaddeekha, Captain! (Cik Mardiah)- RM20 Dia Imamku(Siti Rosmizah) - RM 30 Triligo Asrama (Muhammad Fatrim) - RM28 (RM10 per book) Kombo MJ (The Unsung Hero & The One) - RM80 (RM35 per book) Buku free : bayar postage saja. Jika itu Takdirku (F.H.Y) Tuan CEO KG dot com(Gee Azeez) Imamku Lelaki Pendosa (Umie Nadzimah) Dia... Bangladesh Mari?(liz haliza) Akulah Si Heroin(Syu Ariani) Assalamualaikum Hawa(Qistina Alya) Shakespeare Jadian(Shaze Alma) Suamiku Ex- Pensyarah(amydorry) Novel lelong Miszhann : Biasiswa Cinta - RM28 (ada 6 buah je) Boleh chat @HanaHanisah untuk tengok condition buku yang menarik perhatian anda! Bantu saya kosongkan rak, banyak sangat buku tak terbaca hehe! Terima kasih 🫶🏻
23 يوليو 2025, 08:49

Maafkan saya, malasnya nak ambik gambar leklok🥲 but here the price list! Harga di bawah tak termasuk postage ya! Semenanjung
Maafkan saya, malasnya nak ambik gambar leklok🥲 but here the price list! Harga di bawah tak termasuk postage ya! Semenanjung : RM8 Sabah/Sarawak : RM15
23 يوليو 2025, 08:46

Saya tengah kemas rak buku, kemungkinan ada yang saya nak preloved dan novel BC ada saya nak jual dengan harga rendah sebab dah kuning2 sikit. So nanti saya update kat sini ya?
23 يوليو 2025, 08:18

Kalau ada yang berminat untuk masuk slot bulan 8, can hmu dekat nombor tu ya!🫶🏻
22 يوليو 2025, 13:46

This is the feedback from service beta reader saya! Alhamdulillah, if anyone yang berminat nak dapatkan servis beta reader sa
This is the feedback from service beta reader saya! Alhamdulillah, if anyone yang berminat nak dapatkan servis beta reader saya, boleh chat nombor di bawah ya! Untuk bulan 8, saya ambil 3 slot manuskrip sahaja memandangkan saya nak fokus menulis balik hehe!
22 يوليو 2025, 13:45

Assalamulaikum semua, minta sedekahkan Al-fatihah untuk arwah paknjang saya yang menghembuskan nafas terakhirnya di bumi Madinah jam 4 petang Malaysia tadi ya🤍
19 يوليو 2025, 05:50

Tahun pertama, selesai!✅ Alhamdulillah, nanti balik saya packing terus mana yang order buku dengan saya dan langsaikan postage yang tertangguh lama. Insya-Allah, Posmen Cinta Revamp version akan mula bersiaran di wattpad pada 25/7/2025! Ain dan Haaim kembali menemui anda semua dengan nafas baru!💌
19 يوليو 2025, 02:47

Last paper saya harini gais, doakan saya dengan kawan-kawan! Ketaq pala dah ni nak balik😭☝🏻
18 يوليو 2025, 18:45

Random : After ending ; Pelangi Dan Cinta Sebaik sahaja Irsa selesai mandi, telefonnya yang berada di atas meja berdering kuat. Nampak saja nama cinta hati terpapar pada skrin, terus senyum di bibir melebar. "Assalamualaikum Cinta!" "Irsa..." Eh? "Cinta, kenapa menangis ni? Okey tak?" "Tak..." "Kenapa ni sayang? Ada apa-apa berlaku ke?" Khali sejenak. "NAK BALIKKKK TAK NAK BELAJAR DAH SAKIT TELINGA DENGAR ORANG TARIK BEG NAK BALIK ORANG KAT SINI ADA LAGI SATU PAPER TAHU TAK?!" Kemudian, terbahak-bahak Irsa ketawakan rintihan isterinya. Ha, nak sangat sambung belajar kan? Kenalah hadap hal-hal macam ini! "Itulah, Irsa ajak balik, Cinta tak nak. Padahal, gap nak last paper tu seminggu kan? Jual mahal lagi." "Ya, ya. Salah Cinta sebab jual mahal. Tapi... isy! Yang balik awal ni, paper tak banyak ke? Stress tahu tak? Dahlah bilik orang bawah sekali, memang hari-hari dengar bunyi orang tarik bagasi." Tawa Irsa terlepas lagi apabila Diyyah tak habis-habis mengadu cerita itu ini. Haih, rindulah pula dekat isterinya yang comel ini! "Ada berapa hari lagi tinggal sebelum last paper?" tanya Irsa. "Lima, kenapa?" "Uish, ingatkan nak habis dah. Hmm, takpelah kalau macam tu. Semangat ya, isteriku? Semoga dekan lagi sem ni!" *** Esok petang. Sudah jam tiga petang, baru perut berbunyi minta untuk diisi. Makanan pertama yang terlintas dalam kepala Diyyah... nasi ayam! Diyyah hanya pakai baju t-shirt lengan pendek biasa, cardigan hitam, seluar tidur dan tudung sarung. Lantaklah senget benget pun, janji nak pergi bungkus makanan lepas tu balik! Keluar sahaja daripada bangunan asrama, Diyya ternampak satu kereta yang dia sangat kenal. "Cinta!" Oh... ini bukan mimpi! "Irsa!!!" Tanpa hiraukan orang sekeliling, Diyyah terus berlari dan menerpa ke arah suaminya. Pinggang Irsa dipeluk erat, suka suka! "Dah agak dah Irsa nak datang sebab Irsa tiba-tiba tanya lagi berapa hari Cinta nak last paper. Yeay, terima kasih!" "Sama-sama, sayang. Mestilah datang, nak bagi semangat dengan cinta hati. Malam ni, kita tidur dekat hotel ya? Sampai hari exam Cinta, bolehlah Irsa teman Cinta study." Bersinar-sinar mata Diyyah mendengar pelawaan Irsa. Kali ini, dia memang takkan menolak! "Aip-aip captain! Nanti Cinta kemas barang-barang nak guna." "Good wife! Ni, comot sangat ni nak pergi mana? Tudung senget, seluar pun seluar tidur." "Hehe, nak beli makan je. Orang selalu makan dalam bilik. Lagi pun buat apa nak cantik-cantik? Beli makanan je pun." "Kalau macam ni pun, Irsa dah rasa Diyyah cantik, macam mana tu?" Isy, mulut manis betul!
18 يوليو 2025, 18:45

Salam Jumaat! Al-Kahfi jangan lupa✨
18 يوليو 2025, 00:27

https://youtu.be/yblOTl_XVII?si=WLLxPMVOxvz0Q6t7 Sebagai Alphanites tegar, korang kena dengar lagu P.Ramlee & Saloma ni sebab sumpah sedap gila tak tipu mesti sukaaaa😭❤️‍🩹✋🏻
17 يوليو 2025, 12:11

Sebab baru tengok kpop demon hunters, lagu free sangatlah skyaria coded😔✋🏻
17 يوليو 2025, 11:16

Hai korangg, tahu macam random but jemputlah like dan tinggalkan sedikit komen dekat vtt ni sempena pencalonan saya sebagai wakil kuatagh untuk Anugerah Belia Ansara hehe🥹🤍 https://vt.tiktok.com/ZSBpE1qyG/
15 يوليو 2025, 11:23

Random : After ending; Pelangi Dan Cinta "Irsa." "Ya, Cinta?" "Boleh Cinta nak tanya something?" Daripada melihat buku bantuan mengajar kelas muzik esok, fokus Irsa beralih kepada Diyyah yang duduk di birai katil. Buku ditutup, lalu kaki melangkah ke katil. Punggung pun dilabuhkan di sebelah si isteri. Tanpa dipinta, tangan gebu Diyyah diraih lalu dielus lembut. Sejak mengandung ini, makin comel pula isterinya. "Cinta nak tanya apa?" soal Irsa dengan mata mereka yang saling bertemu. "Kalau kita tak pernah jumpa, apa akan jadi dekat kita? What will happen to me? Boleh ke Cinta dapat rasa semua kemanisan ni selepas apa yang Cinta lalui atau... Cinta akan tetap rasa terseksa sampai hujung nyawa? What if, kita tak pernah ditakdirkan bersama pun?" Soalan andaian bertubi-tubi itu dilontarkan dengan tenang namun Diyyah tidak dapat menahan sebak. Matanya mula berkaca-kaca, wajah tampan Irsa sudah kabur pada pandangannya. Tangan kasar Irsa naik hapuskan mutiasa jernih di hujung mata isterinya. Lalu, senyum nipis terbentuk. Kalau itu, perkataan mainan syaitan jika hati dilanda dilema. Tetapi dalam konteks soalan Diyyah ini, Irsa tidak rasa sebegitu. Mungkin, ada sesuatu yang bermain di dalam minda ratu hatinya. "Kalau pun kita ni tak ditakdirkan bersama, Irsa yakin yang Allah tu, dah ciptakan seorang lelaki yang tepat untuk jadi sandaran Cinta. Kalau kita tak pernah dipertemukan dan memang bukan jodoh, maknanya ada lelaki yang jauh lebih layak untuk berada di samping Cinta sebab Tuhan tu Maha Adil. Dia akan selalu adil dekat hamba-hambaNya yang kuat, termasuk Cinta. Dan apa yang Tuhan perkenankan tu sentiasa yang terbaik. Irsa ada dekat sini, sebab Irsa paling layak untuk Cinta. Same goes to you, sayang." Khali sejenak. "Kenapa ni? Ada apa-apa yang mengganggu fikiran?" Nafas berat dihembus sekali. Lalu, air mata yang ditahan tadi mengalir kembali. "Almost 2 years... tapi kenapa Cinta masih teringatkan orang-orang yang buat Cinta macam tak ada harga? Apa hak mereka nak ada dalam kepala ni sedangkan hanya derita yang diberi sepanjang Cinta hidup? Sakit, Irsa. Cinta rasa..." Tangan kanan naik lalu dibawa ke dada. "... sakit. Sakit kat sini macam nak mati."
14 يوليو 2025, 14:19

Newaysss, Pesta Buku Penang and Perak tak lama lagi dah! Jadi orang utagha yang nak dapatkan Pelangi Dan Cinta atau Biasiswa
+1
Newaysss, Pesta Buku Penang and Perak tak lama lagi dah! Jadi orang utagha yang nak dapatkan Pelangi Dan Cinta atau Biasiswa Cinta, boleh dapatkan di booth Al-Qawwiy ya!🫶🏻
14 يوليو 2025, 03:50

https://forms.gle/8cUh9x4uwPHobys86 Assalamualaikum! Saya open awal di sini dulu, boleh isi google form terus kalau berminat
+3
https://forms.gle/8cUh9x4uwPHobys86 Assalamualaikum! Saya open awal di sini dulu, boleh isi google form terus kalau berminat nak dapatkan PB atau dengan novel yang lain ya! Saya tak open order thru ws, kalau kalian yang di sini ada masalah dengan pengisian google form, boleh contact saya thru telegram @HanaHanisah ya! Selamat membeli🫶🏻
14 يوليو 2025, 03:01

Pukul 3 petang okay!
13 يوليو 2025, 23:51