Hann's Lavenders 💜
قناة بسيطة
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
إظهار المزيد1 023
المشتركون
-124 ساعات
-37 أيام
-430 أيام
أرشيف المشاركات
1 023
Random #KaiAksa
"Kenapa... awak buat saya macam ni? Kenapa awak cakap macam ni setelah setiap persamaan yang kita ada? Apa... salah saya dekat awak, Kaia?"
Nada suara yang jelas bergetar membuatkan Kaia rasa sangat bersalah. Tak, bukan Aksa yang salah dalam keadaan ini. Cuma...
"Sebab kita terlalu samalah, saya tak boleh nak teruskan semua ni, Aksa. Awak dan saya, kita terlalu mirip. Sedangkan awak tahu, saya paling benci diri saya sendiri."
Jeda.
"Saya nampak diri saya setiap kali saya pandang awak. So please... let me go, Aksa."
Kepala digeleng perlahan. Setiap inci hati Aksa terasa dicucuk sembilu apabila dia dipaksa untuk melepaskan satu cerita yang sangat dia cinta.
Air mata yang semakin lebat mengalir menunjukkan betapa terdesaknya seorang Ilhan Danadyaksa ingin kekalkan Kaia
Kamara.
"Saya merayu dekat awak, Kaia. Tolong... perjuangkan kita."
1 023
Random #skyaria :
"Pernah terfikir tak yang awak akan sampai ke saat ini?" Soal Aria.
"Saat ini? Maksudnya?"
"Yelah saat ni. Awak duduk sebelah saya, kita ada kehidupan yang dikongsi. Semua yang awak tengah lalui sekarang. Pernah awak terfikir awak akan sampai sini?"
Sky diam.
Selama ini, dia hanya beranggapan dia akan hidup sendirian. Tanpa teman bercerita, tanpa teman menua bersama. Apa yang pernah berlaku dulu, buatkan Sky rasa, bahagia dengan dia, takkan pernah menjadi satu.
Namun, sejak dia bertemu Aria... lain.
Semua rasa negatif dan menyakitkan itu seakan-akan terbang pergi meninggalkan hati yang mati. Kini, hanya wujud rasa berbunga-bunga yang ingin dia jaga di setiap perubahan langit, setiap detik waktu.
"Dulu tak, tapi sekarang, ya."
Kemudian, tangan si isteri diraih lembut. Dibawa ke bibirnya untuk dikucup kejap.
"Selagi dunia ni masih ada langit, selagi tulah nama kau akan selalu ada dalam setiap nafas aku, Aria."
Tuhan, kekalkan dia dalam hidupku kerana jika dia yang ku anggap langit ini tiada, maka duniaku juga dianggap hancur menjadi debu.
1 023
Assalamualaikum lavenders semua 💜
Lama tak singgah sini. Maaf ya, busy dengan exam apa semua. Esok paper final saya untuk bulan 1. Bulan 2 nanti ada lagi 2 paper. Bolehlah main-main dulu sebelum sambung study🙂↕️
Anyways, nak share video ni dengan korang sebab bagi saya indah sangat-sangat.
Selalu sangka baik dengan Allah ya? 🤍✨
1 023
Tengah2 otw nak exam ni lah nak lenjan tengok drama pun. 5 drama melayu on going melayu yang saya tengah tengok sekarang. Tak padan nak exam ahad ni HAHHAHAHAH 😭😭
1 023
Download rtm klik sekarang pastu tengok cite ni!!!! BEST TERUK TAUUU LURVEEEE!!
1 023
Assalamualaikum lavenders! Untuk yang dekat uni, rasanya otw masuk fasa exam.
Jadi, saya harap yang mana dah otw ke final exam, semoga lapang dada kalian nak jawab exam dan study!
Doakan saya juga ya! Exam start 19/1 ni dah sayaa takuttt jabshsjshsjns nak2 psikologi dengan management 😭😭😭
1 023
Semoga kita boleh terapkan Allah selalu dalam setiap hal yang kita lakukan, aamiin! 🫶🏻✨
1 023
Hasti is one of my friend yang selalu berhikmah dalam berkata-kata. Selalu suka dengar apa yang dia nak cakap sebab semua yang keluar dari mulut dia, Alhamdulillah baik-baik semua!
