ar
Feedback
Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

قناة بسيطة

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

إظهار المزيد
1 049
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-37 أيام
-1030 أيام
أرشيف المشاركات
Salam jumaat! Al-kahfi jangan lupa✨

Selamat malam! Kena tido sbb esok kerjaaa shshshshsh! Jangan lupa sale ebook saya akan bermula lusa😚

MPK (bukan majlis perbandaran kuantan/kemaman/dan sebagainya) random scene *** Sunyi. Niel rasa nak koyakkan saja buku yang isterinya sedang baca. Apa yang menarik sangat sampaikan Feeya langsung tak angkat muka pandang dirinya? Suami dekat sebelah ni, boleh dia buat derk je? Bukan buku je aku nak koyak, dengan meja aku rasa nak terbalikkan. Hmm... Apa caranya supaya Feeya boleh angkat muka dan pandang dirinya? Lama Niel berfikir... Hah! "Feeya," panggil Niel lembut. "Hmm...." jawab Feeya sambil kepalanya masih menunduk membaca buku. "Orang ada soalan nak tanya awak. Penting!" "Apa dia?" Masih sama. Feeya tak angkat muka. Niel dah genggam penumbuk. Buku yang Feeya pegang dipandang tak puas hati. "Feeya...orang nak tanya soalan ni." "Tanya jelah. Apa dia?" Bengang. "Biru tua dengan biru muda, jarak umur dia orang berapa?" Terus terangkat kepala Feeya dan dia toleh ke sisi kiri. Yes! Niel senyum senget. "Awak ni bod---" Cup! Feeya tak sempat habiskan ayat. Wajah mula bertukar merah. "Niel Bancroft!" "Apa? Awak yang tak nak pandang orang." Selamba. Muka tak bersalah. Mata pun tak berkelip. Lagi, Niel senyum senget.

Saja. Saya bosan :p

R : The Ending (random scene) *** "Tania, aku nak kena per--" Bang! Nasib sempat dia elak tembakan si isteri! Gila! Ada apa lagi ini? "What are you doing?!" tempik Vince tak puas hati. "Kau curang lagi!" Rahang mula bergerak ke kiri dan kanan. Minggu ni, dah kali ketiga Tania hampir membunuhnya. Dan alasannya, sebab dia curang. "Aku tak pernah curang, Tania. Kenapa sibuk sangat layan mimpi kau yang bodoh tu?" "Mana ada mimpi bodoh! Dah masuk kali ketiga aku mimpikan hal yang sama! Entah-entah, kau memang curang belakang aku!" "Dah nama pun curang, mestilah kena dekat belakang. Kalau depan-depan, bukan curang namanya." Membulat mata Tania mendengar ayat Vince. Sekali lagi, pistol yang ada di tangan dihalakan ke arah Vince. Bang! Satu tembakan dilepaskan ke atas. Untung saja Vince segera menolak tangan isterinya ke langit. Pistol dirampas kasar. Pinggang ramping Tania ditarik supaya jarak mereka terhakis. Vince senyum miring apabila dia melihat Tania sedekat ini. Cantiknya isteri aku. Bodohlah aku kalau aku curang. Tangan kanan Vince naik mengusap pipi lembut Tania. Dielus manja walaupun Tania dah pandang dia macam nak telan dirinya hidup-hidup. "Let's say, semua mimpi kau tu sangat bertentangan dengan realiti. Sebab hakikatnya, aku sanggup mati untuk kau, sayang." "Penipu," gumam Tania. "Penipu? Dahsyat tuduhan kau ni. Nasiblah aku sayang."

Salam jumaat! Al-kahfi jangan lupa✨

💜✨
+1
💜✨

Selamat malam ✨

Tahu macam tiber tapi tolong doakan kesihatan saya yang macam tak rilek sejak akhir² ni :) Ni gambar pagi tadi sebelum pegi k
Tahu macam tiber tapi tolong doakan kesihatan saya yang macam tak rilek sejak akhir² ni :) Ni gambar pagi tadi sebelum pegi kerja. Credit : adik sayaa

Untuk cover Zidan Abbas, saya just kata nak ada broken butterfly dkt cover since itu yg melambangkan setiap watak dalam ZA. The way Haz interprate 'broken butterfly' tu sangatlah buatkan saya terkedu sebab lawa nak mampos and kena nak mampos dgn jalan cerita ZA😭😭😭 ✨✨✨PERFECTTTT✨✨✨✨

Dahsyat hasil tangan haz🥹🫶🫶🫶
Dahsyat hasil tangan haz🥹🫶🫶🫶

Review beta reader 1🤍✨
+1
Review beta reader 1🤍✨

Persoalannya, cukup ke sekadar janji yang diucap untuk mereka terus bertahan?

Untuk single ZA, normal price akan lebih RM10 sbb unexpectedly, ZA reach 40K words🤧 First time ebook saya cecah 40K wkwkwkwkw! Jadi, akan ada flash sale ZA dengan harga RM10. Harga asal akan jadi RM12. Harga PO combo hritu RM8. Cuti start 26/8 kan? Jadi saya akan open sale ZA (atau mungkin semua ebook yang ada) dgn jualan akhir cinta series pada 27/8. Rasa cam sedih lak nak tutup jualan cinta series tapi gitulah. Hidup perlu diteruskan HAHAHHAHA

Reaksi beta reader gue baca Zidan Abbas😇 Takleh kalau penulisnya saja rasa pedih. Orang yg baca kena rasa sakit sama HAHAHAH
Reaksi beta reader gue baca Zidan Abbas😇 Takleh kalau penulisnya saja rasa pedih. Orang yg baca kena rasa sakit sama HAHAHAHAHAH!

All the credit goes tu hazellora! Dia punya hasil kerja memang mantap mat. Cover FW pun saya tempah dkt dia tapi tulah. Tak release2 lagi HAHAHAHAHAH

CANTIK KANNN😭😭😭🫶🫶🫶
CANTIK KANNN😭😭😭🫶🫶🫶

Saya jatuh cinta dgn cover Zidan🥹🫶 Tak sabar nak tunjuk dkt korang😭🤍

Saya tengah edit ZA dan saya mula rasa yang Zidan dgn Fadlin ni terlalu kiyowok sampaikan senak perut gue baca😭😭😭 Feel dia mcm baca cerita org lain. Rasa mcm "ye dok aku yg tulis ni?"🤣

Dah siap🥹🫶