Hann's Lavenders 💜
قناة بسيطة
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
إظهار المزيد1 026
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-17 أيام
-430 أيام
أرشيف المشاركات
1 025
Random short story yang akan saya update from time to time untuk warming up dapatkan momentum menulis saya semula hehe!
1 025
Itu saja update saya. Kalian lavenders kesayangan saya apa khabarnya? Saya harap baik baik belakaaa! Rindu semuaaa 🥹💜
1 025
Okey, itu sajalah buat masa now. Doakan saya boleh pecut lelaju sepanjang cuti ni, hujung bulan 9 nanti nak start sem baru dah so pray for me eh boleh siapkan apa yang perlu disiapkan, risau melagha 😇🤝
1 025
Perancangan terdekat ;
1) saya kena siapkan cerita Keel dulu sebabnya tu deadline bulan 8 ni and baki words masih banyak. Doakan saya mampu siapkan jadi korang pun bolehlah baca Keel dengan wanita pujaan hatinya bercinta macam tak ingat dunia🥰🤝
2) ada satu penerbit ni yang saya dah janji nak hantar, jadi saya kena siapkan itu dulu. Lulus atau tak, belakang cerita sebab penerbit tu pun tak menjanjikan apa-apa, katanya just sudi nak nilai manuskrip saja jadi doakan ya! Manalah tahu, ada berita baik untuk Tuah dan Hania!
3) ebook free tempoh hari... saya kena tulis dari awal sebabnya... saya tak jumpa dekat mana wordsnya🥲😇😞 Mungkin terdelete tapi malangnya dekat bin pun takdak, puaih cari dah 😭☝🏻 jadi ebook ini pun mungkin jadi penutup tahun 2026 saya untuk kalian.
4) sambung mana yang tergendala, terutama CMUP. Setahun dah sidai penerbit, risau kena kokak aje😭☝🏻
1 025
Assalamualaikum dan hai semuaaa!! SAYA DAH HABIS EXAM DAN TAMATKAN SEM EMPAT YANG GILA INII HEHEHEHEHEHE🥰🥰🥰🤲
1 025
Dannn, buat yang belum dapatkan Biasiswa Cinta, boleh dapatkan sepanjang PBAKL ni di bilik Pahang! Sebabnyaaa, harga murahh gilaaa, diskaun rm10 tau!!! Rugilah kalau tak grabbbb😋🤍
1 025
+4
Semua buku saya available di PBAKL! Poster saya belum siap, jadi kalau korang ada nampak anak-anak saya ni, jemputlah beli yaaa!
1 025
Hai semuaaa, maaf lama menyepi. Ingatkan boleh bertenang ternyata tidak terlalulah hehe!
Saya rasa belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya buku buat para pembaca terutama lavenders sayaa!🙆🏻♀️💜✨
Tahun ni saya tak turun pbakl sebab masa(assignment dan program uni) tidak mengizinkan🙂↕️
Tapi insya-Allah next book fest kita boleh berjumpaaa! (hint awal, simpan duit sesiap tauuu!)
1 025
Selamat hari raya maaf zahir batin lavenders kesayangan semuaaa! Semoga setiap doa yang kita langitkan di hari arafah ini dimenangkan Tuhan! 🦋✨
1 025
Selamat pagi semua(pagi sangat kan)
Saya minta maaf sebab tak boleh nak send ebook hari ni. Semalam belakang saya memilih untuk tiba tiba rasa sakit sampaikan saya tak boleh ada di posisi yang sama terlalu lama. Jadi nak menulis pun terganggu sebab sakit sangat.
Ini pun terjaga sebab... sakit sangat 🥲
Jadi saya harap kalian boleh tunggu sampai belakang saya okey, baru saya boleh siapkan baki cerita ya. Saya ingatkan bolehlah siap semalam, tapi semalam jugaklah rasa sakit betul.
Mohon doanya supaya sakit ni akan beransur secepat mungkin, sebab dah tahap bernafas dan gerak sikit pun rasa sakit ni, rasa tak senang duduk😭
1 025
Random #jebatjelita
"Abang, mana Kak Jelita ni? Kata nak datang teman kita?" Si kecil Haikal menyoal. Kan mereka dah nak berangkat ni, mana perginya kakak kesayangannya itu?
"Manalah abang nak tahu, abang bukannya duduk serumah dengan dia."
"Telefonlah Kak Jelita! Itu pun nak kena orang ajar ke?"
Terkelu lidah Jebat dengan arahan adik bongsunya. Ewah ewah budak kecik ni, nasib kecik! Kalau tak, memang kena smackdown!
Tak sempat Jebat mahu menelefon Jelita, wanita itu muncul di depan rumahnya dengan bagasi miliknya.
"Yeay, Kak Jelita dah sampai!" Terus saja Haikal menerpa ke arah Jelita yang masih termengah-mengah mencari nafasnya yang hilang.
"Hai, Haikal. Sorry akak lambat. Lama ke tunggu?"
Tak sempat Haikal mahu menjawab, Jebat terlebih dahulu menyerang Jelita dengan pelbagai soalan.
"Kau ingat aku dengan adik aku ni tunggul ke nak tunggu kau lama-lama? Orang kata pukul 10, pukul 11 baru sampai. Inilah orang Melayu, susah nak tepati janji. Lepas tu bila kena tinggal, salahkan orang lain. Padahal dia tu sendiri tak reti uruskan masa, kerja nak susahkan orang lain je."
Terlopong mulut Jelita dengan ayat panjang lebar Jebat itu. Okey, dia mengaku dia terlambat hari ini. Tapi baru hari ini tahu tak!
"Oii, sikit-sikit jelah kalau nak tembak orang pun. Lebih-lebih siapa nak layan?"
Jelita tarik muka, benar-benar menyampah dengan sikap Jebat.
Tidak terus menjawab, Jebat menapak ke arah Jelita. Lalu, bagasi wanita itu diangkat.
"Kau. Kaulah yang kena layan semua lebih-lebih aku ni. Kalau bukan kau, siapa lagi?"
Terus sahaja kaki melangkah ke kereta, menyusun elok bagasi wanita itu di bonet kereta.
Senyum nipis di bibir terbentuk. Entah kenapa, Jebat selalu rasa seronok mengusik Jelita.
1 025
Saya baru buat setengah jam sesi first, jom layan sat random scene jebat jelita hehe!
1 025
Siapa punya idea eh kena buat verbatim sesi ni😭 sikit lagi memang nak gila woi, baru sem empat dah rasa nak libas muka orang, cemana nanti sem tujuh dengan lapan ekkk yang ni pun berzikir tak habis HAHAHAHAHAHAH😭😭😭😭
1 025
💚 kelima
Duri Pilihan Hati
Genre : romance, comfort, siblings love, friends to lovers
Terbitan Lawa Lingo
Januari 2026
Paling dekat di hati selain BC dan PDC, sebabnya perjuangan sunyi Jed dan Widuri bukan sekadar cerita tetapi satu bentuk luahan anak perempuan sulung yang tak mampu dihebahkan.
Walaupun agak rushing saya siapkan Duri Pilihan Hati ni, saya sangat puas hati sebab i can see the improvement dari Pelangi Dan Cinta. Pembetulan yang Kak Ayumi hantar pun untuk Duri Pilihan Hati sangatttt minimum berbanding Pelangi Dan Cinta.
Dengan Jed dan Widuri, saya bukan saja berkongsi cerita. Tapi saya pun turur mendewasa dengan mereka.
Kalau kalian ada perjuangan sunyi yang tak pernah diketahui sesiapa, buku ini untuk anda, untuk kita.
Doa saya sebaik sahaja manuskrip ini siap, semua setiap jiwa yang sedang berjuang sendirian, akan didatangi seorang peneman setia sampailah sama-sama menghadap Tuhan.
Untuk mereka yang berada di tempat Yazdan dan Yasmin, semoga ada bahagia yang indah untuk kalian juga 💚
1 025
🩵 keempat
Peluang Bahagia
Genre : romance, found family, past trauma
Penerbit : RMA Studio
Saya sangat sukakan cover Peluang Bahagia. Maybe sebab satu warna and kak rafina & kak nuriffa betul-betul faham apa yang saya nak. Cover PB sangat tenang, sangat biru!
You guys kena berterima kasih dekat kawan-kawan saya di universiti sebab tanpa mereka, kisah Atiya dan Mateen akan jadi more way painful than this. Saya masih ada versi painful itu, but i'll save the plot untuk manuskrip lain.
Thanks to my friends, kisah Atiya dan Mateen lahir dalam versi tenang dan nyaman ini. Peluang Bahagia sangat light conflict tapi masih ada cubitan sakitnya. Macam biasalah, trademark saya as 'penulis yang tulis cerita comel tapi pain' mana boleh tinggal hehe!
Kalau ada rezeki, i want to write them better and do justice untuk Mateen. Sebab pada saya, kisah Mateen perlu lebih exposure kerana isu itu ada dalam masyarakat kita.
So yeah, belilah ya! 🩵
1 025
Tengah serabut ah but verbatim, jom nak cite pasal PB dengan DPH yang saya tak sempat care 😭
