ar
Feedback
Self-Healing

Self-Healing

الذهاب إلى القناة على Telegram

Impak positif kehidupan seharian ✨

إظهار المزيد
6 154
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-27 أيام
-3530 أيام
أرشيف المشاركات

"Ada orang jika ia mahu berubah, ia tinggalkan teman-temannya sementara. Bukan niat untuk lari dari temannya, tapi takut jika ia sentiasa bersama temannya. Akan membuatkan dirinya ingin kembali ke zaman jahiliyah (kejahatan). Jadi ia mahu Hijrah dirinya dengan teman yang baik-baik dan suasana yang baik-baik. Yang membuatkan ia dekat dengan Tuhan, sampai masa ia istiqomah dengan perkara kebaikan ia akan kembali pada teman dahulunya, dan ia membawa cahaya kebaikan dengan Asbabnya itu teman-temannya sorang demi sorang akan mengikuti ia melakukan amal kebaikan dan tinggalkan zaman jahiliahnya." #halimghani . Jemput hadir malam ini ke Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa ( @darulmurtadza ) setiap hari jumaat . Pimpinan Guru @habibalizaenalalhamid . Semoga manfaat. Music : Kaer - Izinku Pergi

"Semakin kuat ujian yang kamu hadapi semakin kuat Allah menyayangi dirimu. Ujian itu tanda Allah pedulikan dirimu." #halimghani Music : Oki Setiana Dewi - Wanita Syurga

Kadang kehadiran seseorang itu membawa makna buat kita, ada juga yang datang disakiti. Tapi jangan bersedih, itu pengalaman hidup buat kita untuk lebih berhati-hati dengan apa terjadi. Ada juga kita terkenang mereka yang pergi meninggalkan kita, rindu saat bersamanya. Tapi sudah ketentuan berpisah redhalah atas segalanya. #halimghani Music : Repvblik - Sandiwara Cinta

Pasti ramai yang sedang berada putaran roda dibawah saat sekarang ini. Sering disakiti hatinya. Tapi sabar wahai diri... Tidak selamanya akan berada dibawah, saat tepat pada waktunya pasti Allah akan pulihkan kesakitan kita dan merasai kebahagiaan. Pesanan buat hati , bersabarlah jika tidak mampu... Istighfar, istighfar & istigfar. #halimghani Music : @khaibahar94 - Luluh

"Ketika Allah masih memberikan kita waktu untuk hidup, masih belum terlambat untuk kita berhijrah menjadi lebih baik dari sebelumnya." #halimghani Music : @ctdk - Aku Bukan Malaikat

"Kadang-kadang kita minta maaf pada seseorang bukan bermakna kita bersalah. Tetapi dengan cara itulah kita menyelamatkan sesebuah hubungan." #halimghani Music : Anuar Zain - Andainya Takdir

Jodoh itu segala ketentuan dari-Nya. Ada orang esok sudah mahu berkahwin, tetapi pasangan menolak dan memilih pasangan lain. Jangan salahkan Tuhan, itu semua tidak adil. Tapi Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat dirimu. Tabahlah wahai hati, kecintaan yang sebenar-benarnya adalah apabila kita sentiasa merasa dekat dengan Pencipta 😊 #halimghani Music : Armada - Asal Kau Bahagia

"Untung seseorang itu apabila namanya sentiasa ada didalam doa seseorang yang dicintainya." #halimghani Music : 6ixth Sense - Tak Bisa Memilihmu

Janganlah kita hina permulaaan seseorang itu. Dia dulu bagaimana cara pemakaiannya, percakapannya, dan cara akhlaknya. Hati manusia itu Allah yang pegang, bila-bila masa Allah boleh beri ia hidayah. Untuk mendapatkan Hidayah itu perlu usaha pada diri sendiri, niat benar-benar ingin berubah untuk dekat dengan Allah. "Aku nak tinggalkan zaman kegelapan aku, aku perlu dekat dengan Allah, aku perlu sentiasa lakukan amal-amal kebaikan. Sampai bila aku mahu jadi jahil seperti ini. Sentiasa niat dan usaha, nanti lihatlah apa yang Allah akan kirimkan. Rasailah..." Kerana kita tidak pernah tahu bagaimana pengakhirannya. #halimghani Music : @irfannharis - Redha

Ada sesetengah pasangan ia mesti memilih calonnya mesti ada kemewahan dan wajah yang kacak/cantik , perlu sempurna apabila bersama dirinya. Ia tidak tahu bahawa kebahagiaan sebenar adalah sederhana dengan sentiasa menerima kekurangan diri. Dengan itu jika pasangan kita tidak baik, jangan tinggalkan ia dan cari lebih baik. Tapi didiklah ia sampai jadi terbaik dan sempurna ya 😊 #halimghani Photo : @natta_reza Music : @natta_reza - Cinta Yang Tak Biasa