ar
Feedback
Self-Healing

Self-Healing

الذهاب إلى القناة على Telegram

Impak positif kehidupan seharian ✨

إظهار المزيد
6 154
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-27 أيام
-3530 أيام
أرشيف المشاركات
Jika kita dipermainkan oleh seseorang yang kita cinta, tetaplah bersabar sebab dunia ini tempat kita diuji. Janganlah balas dengan dendam, sabar dan terus sabar. Jika kamu mampu sabar lihatlah nanti akan keindahan yang Allah akan berikan. . Ya, ramai kata memang senang katakan ‘Sabar’ tapi tak mampu nak hadapi, usahalah pada diri. Sampai saat kamu akan tahu tahap kesabaran kamu. Pesanan saya untuk diri, banyakkan berselawat. #halimghani Music : Anang - Separuh Jiwaku Pergi

Ada orang banyak duitnya, keretanya mewah tetapi hidupnya tidak bahagia. Ada orang punya kawan yang ramai dan diuji menjadi femes, tapi hatinya tidak tenang. Ada orang dikurniakan rupa paras yang hensem/cantik tetapi merasa kekurangan malah diubah wajahnya. Ada orang yang hidupnya sentiasa selesa, semua kemudahan ia ada kerana mewarisi harta keturunannya tanpa ia usaha, tetapi didalam keluarganya sentiasa bergaduh dan tidak bahagia. . Kenapa ia terjadi begini? Saya sering bertanya pada diri saya. Muhasabah diri saya. Adakah saya sentiasa menjadi hamba yang bersyukur? Adakah saya sering mendekatkan diri pada Allah apabila nikmat yang Allah beri bertambah-tambah? Ruginya seseorang itu jika ia dapat nikmat dari Allah, tetapi tidak sedar ia semakin jauh dengan Allah 😔 Doakan saya. #halimghani Music : Afgan - Padamu Ku Bersujud

Share mudahan manfaat. #halimghani #pesanandiriku

photo content

Ramai bertanya kepada saya, Macam mana nak tahu dia adalah jodoh kita? Jika kita suka seseorang macam mana nak luahkan pada dia? . Jika kamu sudah bersiap sedia, yakin dengan Allah. Berdoa pada Allah banyak-banyak bahawa kamu sudah bersedia menjadi seorang Suami/Isteri. Paling penting perhatikan Akhlaknya, jika tak baik bukan tak boleh perbaiki kan? Jadi sama-sama. Janganlah memberi harapan pada seseorang itu hanya dengan kata-kata palsu. Kelak kamu akan melakukan zina. . Yakinlah pada Allah. Betulkan niat. Guru banyak pesan nak kahwin ini perlu banyakkan niat. Bukan hanya pikir hanya ada anak. Tapi persiapan seorang Suami/Isteri itu lebih utama. Saya suka ingatkan diri saya apa yang kita dah belajar pada guru-guru dah dapat ilmu ‘APPLYKAN’ pada diri kita. In sha Allah amalkan dapatlah kebahagiaan diri. Doakan saya. #halimghani Music : Xpose Band - Sandiwara

Jodoh kita adalah cerminan diri. Semakin banyak kita usaha ke arah kebaikan, jodoh kita juga akan usaha. Jika banyak kita memberi ia nasihat dan sama-sama perbaiki diri maka dapatlah mahabbah kebahagiaan. Doakan Saya 😊 #halimghani Photo : @a.arifshukeri Music : Sufian Suhaimi - Harus Aku

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup. Pesan pada hati iaitu sabar. #halimghani Music : Nastia - Rapuh

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang. Jika masih dalam alam jahiliah, keluarlah. Sejahat mana pun kamu, kamu pasti akan datang kembali mencari Tuhan. Tapi adakah ia sempat? Adakah kamu masih terleka dalam mimpi dunia ini. Sedarlah wahai saudaraku... #halimghani Music - Asal Kau Bahagia

Baru-baru ini saya terbaca luahan seorang wanita, yang dia pernah ditinggalkan oleh seorang lelaki/suaminya. Wanita ini dicaci maki oleh lelaki itu dari permulaan ia kenal sampai sekarang, tapi mengapa wanita itu bertahan, kerana ia ingin mengubah lelaki itu menjadi lebih baik dan dirinya tidak kuat dan membuatkan wanita itu pergi. Apabila saya membaca, saya mengetahui bahawa ketabahan seorang wanita itu dan apa yang saya boleh kata. . Ya, memang ramai orang yang berjanji pada pasangan akan berubah selepas kahwin. Mungkin ia akan berubah dengan penuhi solat 5 waktu, akan memakai tudung, akan menutup aurat lebih sempurna. Tapi apa yang saya ambil pengajaran, ramai yang tak dapat nak penuhi janji itu. Kerana tak dapat nak laksanakan. . Ingatlah, sebelum bernikah. Berubahlah untuk diri dulu, bukan untuk pasangan. Tapi untuk diri, ingat tanggungjawab nanti banyak. Kuatkan diri, azamkan diri untuk hijrah lebih baik. Jangan nak berjanji tapi tak laksanakan, dan akhirnya terjadi kemusnahan sebuah hubungan. Nak jadi sempurna, sama-sama usaha hijrah menjadi lebih baik. #halimghani Music : Perfect (Cover)

Semua ingin mendapatkan pasangan baik. Tentu saja semua orang mengharapkan diberikan pasangan yang baik. Jadi untuk mendapatkan pasangan yang baik, kita juga perlu menjadi baik dahulu. Sama-sama hijrah kepada kebaikan, itu lebih indah bukan? #tilljannah . Nafsu mengatakan wanita cantik pada rupanya, Akal mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, Hati mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya. . Ciri-ciri wanita yang solehah, ia taat kepada Allah SWT. Berbuat baik kepada ibu bapa. Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati. Menutup dan menjaga aurat. Tidak berhias berlebihan apabila keluar rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. #halimghani Music : Anuar Zain - Cinta Takkan Berakhir

Jika nyawa saya ditarik pada hari ini. Kalian doakan saya, sebarkan penulisan dakwah saya kerana itu saja yang saya harap. Moga saham kebaikan yang saya lakukan ini untuk membuka hati seluruh ummah menjadi manfaat. Maafkan diri saya. Kerana sentiasa kekurangan akhlak dan adab pada kalian semua. #halimghani Music : Sufian Suhaimi - Terakhir