cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

TV Pertiwi Official

Denyut Jantung Ummah

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
14 723
المشتركون
+424 ساعات
+677 أيام
+39930 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Photo unavailableShow in Telegram
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada November 2022 menyatakan bahawa perlu pengosongan kerusi dalam senario ahli parlimen semasa. Maklumat itu dikongsi oleh pempengaruh Lim Sian See di laman sosial FBnya bagi nota yang diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu. “Menteri Undang-undang ketika itu (kini sudah dilantik Gabenor Sarawak) yang gubal Akta lompat parti pernah keluarkan contoh berikut.” Daripada perkongsian Lim, maklumat berupa contoh senario itu menyebut, sekiranya jika tindakan tidak mengikuti keputusan parti, menyebabkan beberapa ahli BERSATU, terhenti keanggotaan parti, (berdasarkan Perlembagaan parti tersebut) maka ahli-ahli tersebut dianggapkan telah bertukar parti dan perlu mengosongkan kerusi mereka. Namun katanya, ia berbeza dengan keadaan beberapa hari lalu yang mana Speaker Dewan Rakyat dan Speaker DUN Selangor tidak menyatakan seperti nota yang dikongsikan Lim. Sumber : FB Lim Sian See #boikotsampaimerdeka Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: https://www.youtube.com/@beritapertiwi https://www.tiktok.com/@beritapertiwi https://t.me/tvpertiwi #TvPertiwi
إظهار الكل...
Berita Pertiwi

Kandungan berita dan perkembangan isu semasa secara telus dan terperinci. Ikuti platform media sosial Berita Pertiwi di Tiktok dan Telegram.

🤣 13 1
Photo unavailableShow in Telegram
UMNO Bahagian Tenggara hari ini meluluskan tiga usul iaitu mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan. Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata usul kedua ialah mengkaji semula hubungan bersama DAP dan Pakatan Harapan. “Usul ketiga, UMNO mesti mengotakan janjinya untuk membebaskan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini dipenjara bagi sumbangan yang signifikan kepada negara,” katanya. Dr Adham berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Bahagian UMNO Tenggara di Felda Sungai Sayong di Kota Tinggi, Johor hari ini. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menyatakan kesediaan untuk mempertahankan jawatannya jika perwakilan bersetuju jawatan utama parti dipertandingkan. Sumber: NST #boikotsampaimerdeka Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: https://www.youtube.com/@beritapertiwi https://www.tiktok.com/@beritapertiwi https://t.me/tvpertiwi #TvPertiwi
إظهار الكل...
👍 19😁 7 1
Photo unavailableShow in Telegram
Hari ke-280 rakyat Gaz4 terus diserang tentera Z10n15. Lebih ramai orang ramai terus menjadi mangsa kerakusan tentera Z10n15 apabila musuh melancarkan serangan di Al-Mawasi yang diisytihar kawasan aman, tetapi dinafikan oleh tentera pentadbiran Netanyahu. Di kawasan kejiranan Al-Remal di bandar Gaz4 pada Jumaat serangan udara bertubi-tubi dilakukan terhadap kawasan yang sudah pun menyembah bumi. Manakala di Deir Al-Balah kanak-kanak terus menjadi mangsa kebinatangan Z10n15, selepas cedera parah kerana sasaran I5r431 terhadap sebuah rumah lalu dikejarkan ke Hospital Al-Syuhada di Al- Aqsa. Serangan udara juga terus dilancarkan di Khan Younis, selepas tentera I5r43l memperhebat operasi ketenteraan kerana kemaraan tentera pejuang. Sumber : Quds News Network #boikotsampaimerdeka Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: https://www.youtube.com/@beritapertiwi https://www.tiktok.com/@beritapertiwi https://t.me/tvpertiwi #TvPertiwi
إظهار الكل...
🤬 6👍 4
Photo unavailableShow in Telegram
Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO jika perwakilan parti menuntut jawatan utama dipertandingkan. Menteri Luar itu berkata, apa pun keputusannya nanti, ukhuwah dalam parti perlu dipertahankan dan tidak digugat dengan keputusan Pemilihan UMNO. “Saya akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO. Kita akan bertanding. Menang atau kalah adat pertandingan dan amalan biasa dalam demokrasi sihat. “Ini termasuk juga jawatan lain seperti mereka di peringkat bahagian. Pemilihan parti ini mahu mengukuhkan dan menguatkan parti terutamanya organisasi seperti UMNO. “Maka pilihlah pemimpin yang terbaik. Terpulang kepada perwakilan untuk membuat pilihan supaya parti menjadi lebih kuat,” katanya. Sumber: NST #boikotsampaimerdeka Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: https://www.youtube.com/@beritapertiwi https://www.tiktok.com/@beritapertiwi https://t.me/tvpertiwi #TvPertiwi
إظهار الكل...
👎 18🤮 5💩 3👍 2😁 1
04:08
Video unavailableShow in Telegram
Penyanyi rap Britain, Lowkey mengeluarkan lagu baharu yang mengecam Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden kerana terpalit dalam perang pembunuhan beramai-ramai di Gaz4. Dalam video terkini itu, ia menampilkan lirik yang turut menyebut Joe Genosid, seperti mana dilaungkan oleh penyokong pro-Palestin di AS. “Gaza bukannya jalur Semenanjug, tapi jenayah terbesar dunia.” Lagu terbaru LowKey juga turut mengandungi bingkisan ucapan Profesor Dr Refaat Alareer, bertajuk, Sekiranya Aku Harus Mati, sebagai memperingati beliau yang terbunuh pada Disember 2023. Sajak penulis, pemuisi dan ahli akademik itu telah diterjemah dalam bahasa Sepanyol, Itali, Tamil, Urdu, Tagalog, Greek, Jepun, Yiddish, Inggeris, dan Arab dan pelbagai bahasa yang lain. Sumber : Palestine Online #boikotsampaimerdeka Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: https://www.youtube.com/@beritapertiwi https://www.tiktok.com/@beritapertiwi https://t.me/tvpertiwi #TvPertiwi
إظهار الكل...
GENOCIDE JOE.mp4211.32 MB
22👍 4🔥 2
Photo unavailableShow in Telegram
Datuk Mohd Na’im Mokhtar menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membuat laporan susulan video mendoakan laknat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata laporan berkenaan akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengelak perbuatan sama terus berulang. “Kita akan minta SKMM menilai kandungan berkenaan dan terpulang kepada pihak berkuasa itu mengambil tindakan selanjutnya. “Mengadakan doa supaya pemimpin dilaknat itu bukan ajaran agama kita. Nabi Muhammad mengajar berkasih sayang. “Sekiranya berbeza pandangan apatah lagi dengan pemimpin seagama dengan kita, sepatutnya kita zahirkan dengan adab dan cara yang betul,” katanya. Sumber: BERNAMA #boikotsampaimerdeka Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: https://www.youtube.com/@beritapertiwi https://www.tiktok.com/@beritapertiwi https://t.me/tvpertiwi #TvPertiwi
إظهار الكل...
🤣 19🤮 8👍 2👏 1🤔 1
Photo unavailableShow in Telegram
Dewan Pemuda PAS mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana gagal menunaikan janji reformasi. Ketua Penerangannya, Nadzir Helmi berkata jika itu berat dilalukan Anwar maka rombakan Kabinet perlu dilakukan dengan menyingkirkan menteri daripada PKR. “Kalau kerajaan tidak boleh menerima kritikan bertujuan membina negara ke arah lebih baik, saya cadangkan Perdana Menteri boleh mula menulis surat letak jawatan. “Jika tidak bersedia meletakkan jawatan, maka saya cadangkan dirombak semula Kabinet supaya adanya orang lebih kompeten. “Perkara tersebut boleh dimulakan Menteri Ekonomi dan kemudiannya Menteri Komunikasi dan seterusnya Menteri Pendidikan,” katanya. Sumber: Harakah Daily #boikotsampaimerdeka Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: https://www.youtube.com/@beritapertiwi https://www.tiktok.com/@beritapertiwi https://t.me/tvpertiwi #TvPertiwi
إظهار الكل...
👍 25💯 7 1🤮 1🤣 1
00:32
Video unavailableShow in Telegram
Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara menyifatkan ungkapan “buka mulut sahaja bohong” antara konotasi berkesan yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang. Dr Azmi Hassan berkata konotasi berkenaan berjaya memperdaya rakyat walau tidak semua yang diungkapkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berupa pembohongan. “Saya lihat itu muslihat daripada pembangkang yang begitu efektif sekali. Ia menunjukkan apabila Anwar bercakap ia suatu perkara yang tidak boleh dipercayai. Ia begitu efektif dan memberi persepsi kepada rakyat. “Tetapi sebenarnya kalau berpandukan kepada data dan statistik, apa yang dikatakan Perdana Menteri tidak semua tidak dilakukan. Ada yang dilakukan,” katanya. Azmi berkata demikian dalam wawancara khas bersama TV Pertiwi membincangkan isu semasa dalam dan luar negara. #boikotsampaimerdeka #TvPertiwi
إظهار الكل...
AZMI BOHONG.mp454.13 MB
😁 11👍 5🤮 3🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Akhbar Haaretz I5r43l yang memetik sumber berkata, Perdana Menteri I5r43l, Benjamin Netanyahu berdegil mahu mengemukakan tuntutan yang tidak wujud sebelum ini dalam rundingan gencatan senjata i5r43l-H4ma5 yang sedang berjalan. Ia menimbulkan kebimbangan terhadap dasar Netanyahu yang berkemungkinan memanjangkan tempoh rundingan dan lebih buruk lagi, menghalangnya. 15r43L sebelum ini bersetuju untuk membenarkan akses tanpa had rakyat Palestin ke utara Gaza semasa gencatan senjata namun, Perdana Menteri negara haram itu sebaliknya, memberitahu pasukan rundingannya minggu ini untuk menuntut lelaki bersenjata dihalang dari utara Gaza sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan tebusan. Pendirian Netanyahu yang keras itu juga bakal menjadikan perjanjian pertukaran tawanan akan sukar dicapai, kata sumber kepada CNN. Sumber: Al-Jazeera Palestin #boikotsampaimerdeka #TvPertiwi
إظهار الكل...
👎 6🤬 5👍 3🤡 2🔥 1🤣 1
اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.