cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

CHANNEL PENDIDIK4U

Memuatkan info2 berkaitan khususnya dlm dunia pendidikan. Semoga pekerjaan murni pendidik diterima sbg amalan soleh olehNya. Diperkenalkan Sejak 24 Ogos 2016 EDUCATOR MALAYSIA

إظهار المزيد
ماليزيا16 481لم يتم تحديد اللغةالتعليم28 887
مشاركات الإعلانات
5 021
المشتركون
+224 ساعات
+17 أيام
+1030 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Repost from CHANNEL PENDIDIK4U
Kualiti Guru Dari Perspektif SKPMg2 4.1 Guru sebagai perancang 4.2 Guru sebagai pengawal 4.3 Guru sebagai pembimbing 4.4 Guru sebagai pendorong 4.5 Guru sebagai penilai 4.6 Murid sebagai pembelajar aktif Join & Share : @pendidik4u
إظهار الكل...
👍 2
SEMUA GURU DAN PELAJAR DIJEMPUT UNTUK MENGIKUTI FORUM BERIKUT SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN DIGITAL KELANTAN X PAMERAN MyDigitalMaker ANTARABANGSA 2024 *SESI 2: FORUM SENI AI GENERATIF & PENDIDIKAN STEaM DI SESI 2: FORUM SENI AI GENERATIF & PENDIDIKAN STEaM DI KARNIVAL PENDIDIKAN DIGITAL KELANTAN X PAMERAN MyDigitalMaker ANTARABANGSA 2024* Sertai Kami untuk Forum Menarik! 📅 Tarikh: 22 JUN 2024 (SABTU) ⏰ Masa: 2.00 petang – 4.00 petang 📍 Lokasi: https://www.youtube.com/live/loq41UaB848 *SIJIL PENYERTAAN ANTARABANGSA AKAN DISEDIAKAN SELEPAS SESI FORUM* Panelis 1: Encik Khairul Ikhwan Bin Zulkefly Jurulatih Bertauliah, HRDC Panelis 2: En. Mohd Kamil bin Ahmad Tajuddin Penolong Pengarah , Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Panelis 3: Encik Afiq Zulhimi bin Baharudin Eksekutif Kanan, CMCF, Jurulatih Bertauliah, HRDC Panelis 4: Dr Deny Tri Ardianto, S.SN.,DIPL.ART. Wakil Dekan Akademik, FSRD, UNS, Solo, Indonesia Moderator: Encik Mohammad Dzulsyafiq bin Mohammad Yusoff Pensyarah, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan
إظهار الكل...
SESI 2: FORUM SENI GENERATIF AI & PENDIDIKAN STEaM KARNIVAL PENDIDIKAN DIGITAL KELANTAN

SESI 2: FORUM SENI GENERATIF AI & PENDIDIKAN STEaM KARNIVAL PENDIDIKAN DIGITAL KELANTAN X THE INTERNATIONAL MYDIGITALMAKER FAIR TAHUN 2024

👍 4
Photo unavailableShow in Telegram
Salam Semua. #econinja #worldoceanday2024 Kuiz Econinja Hari Lautan Sedunia 2024. (Unlimited Ends 11/6/2024), ***Sesuai untuk penglibatan semua pelajar dan individu. Tiada had keterlibatan. 60% markah lulus. PAJSK - KPM Approved (Ref No. KPM.600-12/1/4 Jld.51 ( 79 ) Date : 30.4.2024). Link adalah seperti berikut : https://bit.ly/EconinjaWorldOceanDay Peringatan Penting!! Sila pastikan email yang anda masukkan adalah betul bagi memastikan semua sijil dapat diterima di dalam tempoh 7 hari daripada tarikh tutup Kuiz ini. Semoga melalui usaha ini, kita mendapat sedikit ilmu bagi mengenal Subjek Kuiz seperti di atas. Bantu Kami dengan #Like, #Follow dan #Share Post in ya! Terima kasih! Selamat Menjawab! #econinja #enjoyninjas
إظهار الكل...
👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Salam Econinja! Peminat Alam Sekitar sekalian! Berikut merupakan design eSijil bagi Kuiz Econinja Hari Laut Sedunia 2024 yang akan diadakan di Page Econinja hari ini bermula jam 02.30 petang ini (8/6/2024). Unik bukan? Kuiz ini akan berkongsi maklumat dan pengetahuan mengenai Lautan di Dunia. Kuiz kali ini tiada had penyertaan dan esijil akan disediakan bagi mereka yang berjaya melepasi markah 60% ke atas. Link ini akan dibuka selama 3 hari dan akan ditutup pada (11.06.2024). Jangan lepaskan peluang! #econinja #enjoyninja Peringatan mesra : Mohon semua peserta untuk memastikan email yang dimasukkan adalah tepat dan wujud bagi memastikan eSijil dapat dihantar pada masa yang ditetapkan (Maksimum 7 Hari)
إظهار الكل...
👍 1
Uncle Tony tak bermula dengan 10 pesawat sekaligus. Sebaliknya hanya dengan dua pesawat sedia ada. Kemudian operasi AirAsia dikembangkan sedikit demi sedikit. Pendapatan AirAsia pada peringkat awal pula datang dari jualan tiket penerbangan. Selain itu mereka ada kontrak penerbangan khas untuk jemaah Haji Malaysia yang diwarisi dari pengendali sebelum ini. Kontrak ini sedikit sebanyak jadi 'penyelamat' aliran tunai AirAsia. Jadi mulakan dengan apa yang ada di tangan dahulu dan stabilkan saluran pendapatan sebelum tambah kapasiti perniagaan. FB : Mazlan Mohamad
إظهار الكل...
FB : Radin Muhd Imanuddin
إظهار الكل...
Apa ada dalam DELIMa KPM? AI ada? Ya tuan-tuan.. Sekurang-kurangnya ada 14 aplikasi AI dalam platform DELIMa KPM yang disediakan untuk para guru dan murid terokai. 1. Gemini Gemini mungkin merupakan alat analitik yang menggunakan AI untuk mengumpulkan dan menganalisis data prestasi pelajar. Guru boleh mendapatkan idea berharga mengenai kekuatan dan kelemahan pelajar untuk membuat keputusan pengajaran yang lebih baik. 2. ChatGPT ChatGPT membantu dalam menyediakan bahan pembelajaran, menjawab soalan murid, dan membantu dalam tugas pengajaran dengan memberikan cadangan atau idea kreatif untuk pengajaran yang lebih interaktif. 3. Perplexity Perplexity AI dapat membantu guru mencipta bahan pengajaran yang unik dan kreatif, serta menjawab soalan-soalan kompleks yang mungkin ditanya oleh murid, memudahkan penyediaan kelas yang lebih menarik. 4. Texta.ai Texta.ai adalah alat yang membantu dalam penulisan dan pengeditan teks. Guru boleh menggunakan alat ini untuk memastikan bahan pengajaran mereka bebas dari kesalahan tatabahasa dan lebih menarik. 5. ISTE ISTE menyediakan sumber dan alat teknologi pendidikan. Guru dapat meningkatkan kemahiran pengajaran mereka melalui latihan dan amalan terbaik yang disediakan oleh ISTE. 6. Khan Academy Khan Academy menawarkan latihan adaptif menggunakan AI yang disesuaikan dengan tahap kemahiran murid. Ini membantu dalam memastikan pembelajaran murid berlaku mengikut kadar mereka sendiri. 7. Google Apps Google Apps seperti Google Docs, Sheets, Slides, dan Classroom memudahkan pengurusan tugasan, kolaborasi, dan komunikasi antara guru dan murid dalam persekitaran digital. 8. Microsoft 365 Microsoft 365 menawarkan aplikasi seperti Word, Excel, PowerPoint, dan Teams yang membantu dalam pengajaran dan pembelajaran digital. Guru boleh menyediakan bahan, menjalankan kelas maya, dan menyimpan semua data di satu tempat yang selamat. Dalam ni, ada Copilot AI. 9. Bing AI Bing AI membantu guru mencari maklumat dan sumber pengajaran dengan cepat dan tepat. Ini memudahkan penyediaan bahan pengajaran yang relevan dan berkualiti tinggi. 10. WolframAlpha WolframAlpha adalah alat pencarian berasaskan AI yang menyediakan jawapan kepada soalan-soalan kompleks dalam bidang sains, matematik, dan banyak lagi. Ia membantu guru menjawab soalan teknikal dengan tepat dan cepat. 11. Learn Learn merujuk kepada platform pembelajaran yang menggunakan AI untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih disesuaikan dan interaktif. Ini membantu guru dalam menguruskan kelas dan menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid. 12. AI Teaching Assistant Alat ini membantu guru dengan menyediakan cadangan pengajaran, menjawab pertanyaan murid, dan menawarkan sumber pembelajaran tambahan. Ini memudahkan pengurusan kelas dan meningkatkan keberkesanan pengajaran. 13. AI Assessment Tools Alat penilaian AI membantu dalam menilai prestasi murid secara automatik dan menyediakan analisis mendalam tentang kekuatan dan kelemahan mereka. Guru boleh menggunakan maklumat ini untuk memperbaiki strategi pengajaran mereka. 14. AI Lesson Planning Alat perancangan pelajaran berasaskan AI membantu guru merancang pelajaran yang lebih berstruktur dan berkesan dengan menyediakan cadangan aktiviti dan bahan pengajaran yang disesuaikan dengan keperluan murid. Gunakanlah aplikasi-aplikasi AI ini, Insya-Allah guru dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran, memperkayakan pengalaman pembelajaran murid, dan menguruskan kelas dengan lebih efisien. Aplikasi ini juga membantu dalam menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti tinggi dan menyesuaikan pembelajaran mengikut keperluan individu murid. Guru-guru punya autonomi penuh dalam merancang kurikulum, menggunakan segala macam pedagogi yang sesuai dalam bilik darjah, dan autonomi untuk mentaksir murid masing-masing. Gunakanlah sepenuhnya. Jika tidak berdaya belajar secara sendirian, bolehlah bincangkan dengan panitia masing-masing. Tak perlu pun kuasai dan gunakan semua AI app ini. Memadai kuasai satu, dan digunakan untuk memudahkan urusan harian.
إظهار الكل...
👍 8
Di AirAsia, Tony Fenandes buat jadual rutin harian untuk pelajari setiap aspek pengurusan perkhidmatan penerbangan. Tony belajar terbangkan pesawat dengan simulator, bagaimana tukar tayar pesawat, belajar mengenai enjin pesawat, jadi staf di kaunter daftar masuk, jadi krew kabin, masukkan beg ke dalam ruangan kargo dan sebagainya. Pekerjaan yang paling mencabar bagi beliau adalah ketika jadi staf di kaunter daftar masuk kerana terpaksa berhadapan kerenah penumpang yang pelbagai. Pengalaman dari rutin turun padang ini ajar Tony banyak perkara terutama faham apa yang pekerja AirAsia hadapi setiap hari. Bagi Tony, kita tidak akan jadi CEO yang berkesan jika kita tidak sanggup untuk ‘kotorkan tangan’ sendiri. Kerana itu keputusan yang dibuat adakalanya salah atau kurang tepat. Pada satu ketika, seorang pekerja pengangkat beg cadangkan kepada Tony agar beli peralatan ‘belt loaders’ bagi mudahkan tugas mereka masukkan beg ke dalam pesawat Airbus yang baru dibeli. Tony menolak kerana pada masa itu kemampuan kewangan AirAsia terbatas. Pada satu hari, ketika lakukan rutin masukkan beg-beg ke dalam pesawat Airbus, beliau alami sakit belakang selepas masukkan beratus-ratus beg. Barulah beliau faham 'penderitaan' pekerja beliau. Sebaik habis betugas, Tony berpaling kepada pekerjanya dan berkata; "Baiklah, anda betul, saya silap. Kita akan uruskan (pembelian ‘belt loaders') esok." Aspek kepimpinan Tony yang jitu adalah salah satu sebab AirAsia dapat bertahan dan berkembang hingga sekarang. Dan ini aspek yang yang boleh kita contohi. Sebab itu ada satu bab khas tentang kepimpinan beliau ditulis dalam buku digital di komen bawah. Baca sekali amal berkali-kali. FB : Mazlan
إظهار الكل...
👍 18
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera. Sempena Sambutan Hari Guru 2024, Badan Kebajikan Guru dan Staf SMK Tengku Indra Petra 2 membawakan beberapa drama tentang kisah pengorbanan guru. Saksikan. 1. Cikgu Limau Kasturi https://www.youtube.com/watch?v=H3WaeNprTJE 2. Jasa Cikgu https://www.youtube.com/watch?v=TYdLOIsU_R4 3. Guru Yahya https://www.youtube.com/watch?v=AjISuNK10I0
إظهار الكل...
CIKGU LIMAU KASTURI

#hariguru #terimakasihcikgu Drama Cikgu Limau Kasturi mengisahkan tentang seorang guru baru Bahasa Inggeris, iaitu Cikgu Halim, lakonan hebat Harun Salim Bac...

👍 2
اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.