CHANNEL PENDIDIK4U
الذهاب إلى القناة على Telegram
Memuatkan info2 berkaitan khususnya dlm dunia pendidikan. Semoga pekerjaan murni pendidik diterima sbg amalan soleh olehNya. Diperkenalkan sejak 24 Ogos 2016 oleh @cikguabejamohammed
إظهار المزيد4 905
المشتركون
-424 ساعات
-97 أيام
-1730 أيام
أرشيف المشاركات
4 907
I'm on Threads as @cikguabejamohammed. Install the app to follow my threads and replies. https://www.threads.com/@cikguabejamohammed?invite=0
4 907
🔥Pendaftaran untuk Program TFM Untuk Guru Muda kini kembali untuk Kohort 2027!🔥
Kami sedang mencari guru muda yang berjiwa besar untuk menyertai Program TFM Untuk Guru Muda! Ini adalah platform terbaik untuk guru-guru muda tingkatkan kemahiran mengajar dan meluaskan impak di dalam sistem pendidikan. Mari sertai sesi perkongsian info untuk kenali lebih lanjut tentang Program TFM Untuk Guru Muda Kohort 2027.
✨ JOM SERTAI SESI INFO KAMI! ✨
🔗 Link daftar sesi info: https://bit.ly/FGMInfoSession_15Mei2026
📅 Tarikh: 15 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.30 - 9.30 malam
4 907
Repost from SKPMg2
Contoh: Program Kecemerlangan Akademik:-
1. Fasa Perancangan: -
1.1-Dinyatakan dlm Minit Mesyuarat Bil. 1
1.2. Ada Takwim / Carta Gantt
1'3. Dlm minit dinyatakan sebab mengapa sesuatu program dilaksanakan / rasional
1.4. Kertas kerja
1.5. Pelan Operasi
1.6. Pelan Taktikal
2. Pelaksanaan:
2.2. Evidens Kehadiran murid
2.3. Borang kehadiran
2.4. Gambar -gambar
3. Fasa Pemantauan
3.1. Laporan Pemantauan - tercatat dalam Minit Mesyuarat Pentadbiran, Laporan Guru Bertugas, Minit Mesyuarat Bil. 2 Panitia @ lain-lain yg berkaitan
4. Fasa Penilaian
4. 1 Mesyuarat post mortem
-Semak semula Pelan Operasi
-Semak semula Pelan Taktikal
5. Fasa Penambahbaikan
5.1. Tindakan yang diambil selepas post mortem -Laporan Penambahbaikan contoh dlm program akademik. Diwujudkan pula Graf Kecemerlangan Murid utk melihat peningkatan pencapaian murid. Unit HEM mengambil tindakan disiplin kepada murid yg ponteng - laporan tindakan HEM (evidens)
Fasa 6: Pendokumentasian
6.1. Satu dokumentasi lengkap dari 1 hingga 5 sama ada secara maya atau hard copy (mudah dicapai dan digunakan semula)
Sedikit penjelasan drp saya mungkin boleh ditambah lagi
4 907
📣 PERINGATAN MESRA 📣
Pendaftaran dan Penghantaran Pertandingan Reka Cipta Poster Digital: One Earth One Future akan ditutup pada 19 April 2026 (Ahad), 11:59 malam.
Link penghantaran
🖇️ https://forms.gle/ZGB9a5h3FGo5cKsj6
📌Untuk info lanjut, layari laman web pertandingan:
https://sites.google.com/view/jazropajsk/2026/april-2026
Semoga berjaya! 🤗
4 907
*[PROGRAM PAJSK UNTUK JAZARIAN-APRIL 2026]*
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
Perhatian buat semua ibu bapa dan pelajar,
Anda digalakan untuk menyertai program ini yang bakal diadakan setiap bulan untuk pemarkahan PAJSK.
Program: *PERTANDINGAN REKA BENTUK POSTER DIGITAL “ONE EARTH ONE FUTURE””*
🗓 Pendaftaran Dibuka: 12 April 2026 - 19 April 2026
🗓 Tarikh Akhir untuk Menghantar Projek: 19 April 2026
🗓 Pengumuman Pemenang: 3 Mei 2026 9.00 am
Para pelajar akan mendapat:
✅ Sijil Pencapaian
✅ Online Coding Class
✅ Sijil Penyertaan
✅ Markah PAJSK
Pendaftaran PERCUMA.
Daftar segera di 👉 https://ezy.la/PTAPRIL
INFO TEKNIKAL PROGRAM
group telegram https://t.me/PAJSKJAZRO untuk maklumat lanjut program.
LAMAN WEB
https://sites.google.com/view/jazropajsk/2026/april-2026
Terima kasih.
Join Channel @pendidik4u
Join Channel @JomlahBelajarGeografi
4 907
📢 HEBAHAN RASMI PROGRAM
🎙️ SANTAI BICARA PENDIDIK SIRI 1 / 2026
📚 Tajuk:
Profesionalisme Guru Cemerlang: Standard, Strategi dan Daya Tahan
👩🏫 Panel Pembicara:
1️⃣ Cikgu Hairunnisa Khalid
Setiausaha
Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan (MGCKL)
Guru Cemerlang Kimia, Maktab Tentera Diraja
2️⃣ Cikgu Siti Rahmah Syahbudin
Guru Cemerlang Pendidikan Islam
Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
3️⃣ Cikgu Rose Enne Emellia
Nazir Kanan
Jemaah Nazir Kuala Lumpur
📅 Tarikh: 14 April 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 2.30 Petang
📺 Medium: Siaran langsung melalui Saluran YouTube SBP Malaysia
🔗 Daftar segera untuk menyertai sesi ini di: https://tinyurl.com/sbp206siri1
👥 Sasaran: Semua Guru Malaysia
Sehubungan dengan itu, semua warga pendidik dipersilakan untuk menyertai program ini bagi meningkatkan profesionalisme keguruan serta memperkukuh amalan terbaik dalam PdPc
Sekian.
Unit Kemanusiaan SBP
Sektor Pengurusan Kurikulum
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
4 907
📄 Pek Maklumat Program TFM Untuk Guru Muda: https://bit.ly/PekMaklumatFGM2026
📱 Telegram Program TFM Untuk Guru Muda: https://t.me/+JwZw5qndB3Y2MDc1
📸 Instagram: https://www.instagram.com/teachformsia/?hl=en
🌐 Laman Web: https://teachformalaysia.org/
JIKA ADA PERTANYAAN, SILA HUBUNGI :
AMIR ISA
📞 0109058051
📧 amir.isa@teachformalaysia.org
Pendidikan berkualiti bermula daripada guru yang bersemangat. Ayuh, sertai kami! ✊
#FeloGuruMuda #TFM2027 #CikguJuara #SemangatPendidik
4 907
Pendaftaran untuk Program TFM Untuk Guru Muda kini kembali untuk Kohort 2027!
Kami sedang mencari guru muda yang berjiwa besar untuk menyertai Program TFM Untuk Guru Muda! Ini adalah platform terbaik untuk guru-guru muda tingkatkan kemahiran mengajar dan meluaskan impak di dalam sistem pendidikan. Mari sertai sesi perkongsian info untuk kenali lebih lanjut tentang Program TFM Untuk Guru Muda Kohort 2027.
✨ JOM SERTAI SESI INFO KAMI! ✨
🔗 Link daftar sesi info: https://bit.ly/FGMInfoSession_10Apr
📅 Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.30 - 10.00 malam
👤 Tetamu Jemputan: Fatahul Nizam, Alumni TFM 2017
SIAPA YANG KAMI CARI? 🧐
🍎 Guru baharu (0-5 tahun khidmat) di SK, SMK, SJK, atau SMJK.
🏘️ Sekolah di kawasan B40, Orang Asli atau Orang Asal
📚 Mengajar subjek: BM, BI, Sejarah (Semua Sekolah) | Matematik & Sains (SK/SJK sahaja) | Guru Pemulihan Khas juga diterima
📍 Terbuka untuk guru di: Sarawak, Perak, Johor & Selangor.
🔥 Guru yang percaya setiap anak Malaysia berhak mendapat pendidikan terbaik.
4 907
✨ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ✨
📢 SEMINAR ANTARABANGSA PENYELIDIKAN & INOVASI
📚 Sempena International Education Research & Innovation Carnival (InERIC 2026)
🎯 TEMA
💡 “Kreatif dan Inovatif Pemacu Masyarakat Madani”
💰 YURAN PENYERTAAN
🪙 RM20.00 sahaja
🎁 PERCUMA kepada Peserta Inovasi, Penyelidikan, PCIRI & JAIPk
📅 TARIKH
🗓️ 12 – 13 Mei 2026
📆 HARI
📍 Selasa – Rabu
⏰ MASA
🕘 9.00 pagi – 5.00 petang
📲 PENDAFTARAN & INFO LANJUT
👉 Sertai Telegram rasmi InERIC 2026
https://t.me/+uFFNqe0owQdjODdl
🤝 ANJURAN
🏛️ Jabatan Agama Islam Perak
👨🍳 Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh
🕌 Institut Tadbiran Islam Perak
🤝 DENGAN KERJASAMA
🎓 Universiti Malaysia Sabah
🌏 Thaksin University, Thailand
🌏 Rajamangala University of Technology Lanna, Thailand
🌏 Politeknik Negeri Jakarta, Indonesia
🎓 Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei
💼 Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Wilayah Utara)
📌 Jangan lepaskan peluang!
🚀 Sertai seminar ini untuk memperkasa budaya penyelidikan & inovasi ke arah pembinaan Masyarakat Madani yang progresif dan berdaya saing.
4 907
Daripada keseluruhan matapelajaran, saya masih belum dapat mengutip jumlah A bagi memenuhi syarat ke IPG.
Maka, tindakan saya adalah :
1. Perlu belajar lagi
2. Ambik STPM
3. Berusaha lagi
4. Kena rajin
InsyaAllah, itulah jalan ikhtiar.
@channelpendidik4u
4 907
SDG#ONE2026
#EarthHour2026 #OneEarthOneFuture #EconinjaEarthHour2026
#JagaBumiKita #ClimateAwareness #Econinja
🌍 Anda sudah bersedia untuk Earth Hour 2026?
Uji pengetahuan anda tentang perubahan iklim, kesedaran alam sekitar dan peranan kita dalam menjaga bumi!
🎯 Sertai Kuiz EcoNinja – Earth Hour 2026
✅ Ringkas & menyeronokkan (± 3 minit sahaja)
✅ Percuma! Terbuka kepada semua pelajar, dewasa & individu
✅ Peluang menerima e-sijil dengan rekabentuk eksklusif
⏰ Penyertaan adalah unlimited & jawab sekarang sebelum ditutup pada 30 March 2026
👉 Klik untuk mula: https://forms.gle/rupULGH2cTwqt3BSA
📌 Dengan menghantar borang ini, anda bersetuju dengan pengumpulan data dan pemasaran bagi tujuan kuiz dan program berasaskan NILAM atau PAJSK pada masa akan datang.
🔥 Jangan tunggu - sertai sekarang dan buktikan tahap pengetahuan anda!
Instagram:
https://www.instagram.com/pertandingan_qistina
Telegram:
@infopertandinganbyqistina
4 907
Repost from 🌻SIJIL ONLINE DAN INFO PERTANDINGAN BY QISTINA 🌼
SDG#ONE2026
#EarthHour2026 #OneEarthOneFuture #EconinjaEarthHour2026
#JagaBumiKita #ClimateAwareness #Econinja
🌍 Anda sudah bersedia untuk Earth Hour 2026?
Uji pengetahuan anda tentang perubahan iklim, kesedaran alam sekitar dan peranan kita dalam menjaga bumi!
🎯 Sertai Kuiz EcoNinja – Earth Hour 2026
✅ Ringkas & menyeronokkan (± 3 minit sahaja)
✅ Percuma! Terbuka kepada semua pelajar, dewasa & individu
✅ Peluang menerima e-sijil dengan rekabentuk eksklusif
⏰ Penyertaan adalah unlimited & jawab sekarang sebelum ditutup pada 30 March 2026
👉 Klik untuk mula: https://forms.gle/rupULGH2cTwqt3BSA
📌 Dengan menghantar borang ini, anda bersetuju dengan pengumpulan data dan pemasaran bagi tujuan kuiz dan program berasaskan NILAM atau PAJSK pada masa akan datang.
🔥 Jangan tunggu - sertai sekarang dan buktikan tahap pengetahuan anda!
Instagram:
https://www.instagram.com/pertandingan_qistina
Telegram:
@infopertandinganbyqistina
4 907
Yang penting, setiap tahun lepas Raya, proses yang sama. Kira duit raya, bahagi
tiga bekas, dan bahagian Simpan terus masuk SSPN + ASB + TH.
Anak korang mungkin tak faham sekarang kenapa duit dia dipecahkan ke 3 tempat.
Tapi bila dia umur 18 tahun dan nampak jumlah tu, baru dia faham apa yang mak ayah dia buat selama ni.
Dan kalau korang nak turbo, boleh top up sikit setiap bulan ke 3 akaun tu. Tapi itu bonus.
Duit raya sahaja, setiap tahun, konsisten selama 18 tahun, dah cukup buat beza besar.
. . .
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝟯 𝗡𝗶 𝗗𝘂𝗹𝘂? 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗧𝗿𝘂𝘀𝘁, 𝗘𝗺𝗮𝘀, 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗺?
Raff tahu ramai yang tanya, “Kenapa tak terus masuk unit trust? Atau beli emas? Atau labur saham?”
Jawapan Raff simple.
Sebab 3 ni ialah ASAS. Dan asas perlu kukuh dulu sebelum tambah benda lain.
Bayangkan macam ni.
Korang nak bina rumah. Kena ada tapak dulu. Baru boleh letak tiang. Baru boleh letak bumbung.
SSPN, ASB, dan TH ialah tapak rumah.
Kenapa?
🟢 Ketiga-tiga ni DIJAMIN selamat. Tak boleh rugi. Duit korang tak boleh jadi kurang dari apa yang korang masukkan. Cuba banding dengan unit trust atau saham yang boleh turun 20% dalam sebulan.
🟢 Ketiga-tiga ni TAK PERLU ILMU TINGGI untuk mula. Buka akaun, masuk duit, selesai. Tak perlu belajar pasal market timing, risk profile, atau fund selection.
🟢 Ketiga-tiga ni ada FUNGSI UNIK yang tak boleh diganti. SSPN ada tax relief yang bagi duit free dari kerajaan. ASB ada compounding 5% yang konsisten. TH ada daftar haji. Mana-mana instrument lain takde kombinasi macam ni.
Unit trust, emas, saham, crypto, semua tu bagus.
Tapi ia untuk PERINGKAT SETERUSNYA. Bila asas dah kukuh. Bila korang sendiri dah comfortable dengan 3 asas ni.
Jangan bina bumbung sebelum ada tapak.
Nanti runtuh.
. . .
𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗮𝗿 𝗗𝘂𝗶𝘁 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗧𝗶𝗱𝘂𝗿. 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗗𝗶𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮.
Duit yang tidur dalam bank biasa ialah duit yang malas. Duit yang masuk SSPN, ASB, dan TH ialah duit yang bekerja. 24 jam. 365 hari.
Untuk anak korang.
Dan yang paling best, korang tak perlu buat apa-apa lepas setup. Duit tu bekerja sendiri. Tahun demi tahun. Compounding tahun demi tahun. Sampai satu hari anak korang buka akaun dan terkejut “banyaknya.”
Itu hadiah yang paling bermakna mak ayah boleh bagi. Bukan duit raya RM10 dalam sampul hijau.
Tapi tabiat dan sistem yang buat duit tu membesar selama 18 tahun.
📌 Save post ni. Buka balik setiap tahun lepas Raya.
Korang simpan duit raya anak kat mana sekarang? Komen huruf je:
A - Bank biasa (RM1.50 setahun gang 😅)
B - SSPN
C - ASB
D - Tabung Haji
E - Gabungan SSPN + ASB + TH
F - “Mak simpankan dulu” (masuk akaun mak) 😂
4 907
Raff post kat Threads baru-baru ni pasal duit raya anak patut simpan kat mana. Reply tu dapat 4,500 likes, 117 komen, 1,600 repost, dan 2,100 shares.
Ramai minta Raff explain lebih detail. Jadi ini full breakdown.
Seorang mak ni tanya kat Threads:
“Rasa rugi duk simpan dalam akaun bank sahaja. Kat mana yang kita boleh simpan dan ada keuntungan?”
Jawapan Raff simple je.
. . .
𝗗𝘂𝗶𝘁 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗥𝗠𝟱𝟬𝟬 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗸 𝗕𝗶𝗮𝘀𝗮? 𝗗𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗥𝗠𝟭.𝟱𝟬 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻. 𝗦𝗲𝗱𝗶𝗵.
Akaun simpanan bank biasa bagi interest dalam 0.3% setahun. Duit raya RM500 simpan setahun? Dapat RM1.50.
Tak cukup nak beli ice cream pun.
Bayangkan macam ni. Korang bagi duit raya anak tu kerja kat kedai. Tapi kedai tu bayar gaji RM1.50 SETAHUN. Anak korang kerja 365 hari dapat RM1.50.
Kalau anak korang tahu, dia quit hari pertama.
Tapi ramai mak ayah buat benda ni setiap tahun. Simpan duit raya anak dalam bank biasa dan biarkan dia “tidur.”
Ada tempat yang lebih baik. Dan bukan satu. Tiga.
. . .
𝗙𝗼𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗥𝗮𝗳𝗳: 𝗦𝗦𝗣𝗡 + 𝗔𝗦𝗕 + 𝗧𝗛
Pecah duit raya anak kepada 3 tempat. Setiap satu ada fungsi berbeza. Dan ketiga-tiganya lebih baik dari akaun bank biasa.
. . .
𝗦𝗦𝗣𝗡: 𝗗𝘂𝗶𝘁 𝗙𝗿𝗲𝗲 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻
SSPN ialah Skim Simpanan Pendidikan Nasional di bawah PTPTN. Ini bukan sekadar simpanan. Ini simpanan yang kerajaan bagi bonus.
🎓 Dividen lebih kurang 4% setahun. Jauh lebih tinggi dari bank biasa.
🎓 Tax relief sehingga RM8,000 setahun. Bermakna kalau korang simpan RM8,000 dalam SSPN dan korang dalam bracket cukai 8%, korang jimat RM640 daripada cukai.
Itu duit yang kerajaan “pulangkan” kepada korang sebab korang simpan untuk pendidikan anak.
Bayangkan macam ni.
Korang masukkan duit dalam tabung. Tapi setiap tahun, kerajaan datang dan tambah sikit dalam tabung tu sebagai hadiah. Sebab korang simpan untuk masa depan anak.
Mana ada bank biasa buat macam tu?
. . .
𝗔𝗦𝗕: 𝗕𝗶𝗮𝗿 𝗗𝘂𝗶𝘁 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗥𝗠𝟭𝟰,𝟬𝟬𝟬
ASB bagi dividen lebih kurang 5% setahun. Dan yang paling power ialah compounding.
Compounding tu macam bola salji. Mula-mula kecil. Tapi dia bergolek, makin lama makin besar.
Sebab setiap tahun, dividen yang korang dapat tu ditambah balik ke dalam simpanan. Tahun depan, dividen dikira atas jumlah yang lebih besar. Dan seterusnya.
Anak korang umur 0 tahun. Korang masukkan RM500 duit raya setiap tahun sampai umur 18. Dengan compounding 5% setahun, bila dia umur 18 tahun, jumlah tu dah jadi dalam RM14,000 lebih.
RM500 setahun selama 18 tahun ialah RM9,000 modal. Tapi compounding tambah lebih RM5,000 “free.”
Duit yang bekerja untuk anak korang tanpa anak korang buat apa-apa.
Bayangkan macam ni.
Korang tanam satu biji benih. Setiap tahun pokok tu berbuah. Tapi buah tu korang tak petik. Korang biarkan jatuh dan jadi benih baru.
Lama-lama, satu biji benih jadi satu kebun yang luas.
Itu compounding.
Dan ASB ialah “tanah” yang paling sesuai untuk benih duit raya anak korang.
. . .
𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶: 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗗𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗦𝗲𝘁𝘁𝗹𝗲
Tabung Haji bagi dividen lebih kurang 3.5% setahun. Tak setinggi ASB. Tapi ada satu benda yang ASB dan SSPN tak boleh bagi.
Daftar haji.
Bila korang buka akaun Tabung Haji untuk anak dan simpan secara konsisten, anak korang secara automatik beratur dalam senarai tunggu haji.
Makin awal daftar, makin awal giliran.
Bayangkan macam ni.
Nak pergi concert, kena beratur. Makin awal datang, makin depan. Tabung Haji macam tu.
Tapi bukan concert. Ini perjalanan yang lebih besar.
Dunia settle sebab duit ada dividen. Akhirat settle sebab dah daftar haji dari kecil. Dua-dua dalam satu akaun.
. . .
𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗡𝗮𝗸 𝗠𝘂𝗹𝗮?
Katakan anak korang dapat duit raya RM500.
Lepas bahagi tiga (Simpan, Belanja,
Sedekah), katakan bahagian Simpan dia RM250.
Pecah RM250 tu macam ni:
SSPN: RM100 (pendidikan + tax relief)
ASB: RM100 (wealth building + compounding)
TH: RM50 (dividen + daftar haji)
Duit raya RM1,000? Bahagian Simpan RM500?
Sama je formula. Double kan.
4 907
PERSEDIAAN UNTUK LEPASI TAPISAN KE IPG
Sehari dua ni sambil beraya, banyak juga soalan berkaitan IPG saya dapat.
▫️Yang masih struggle dengan Error… errorr bad gateway dan seangkatannya, cuba clear cache atau clear history dulu. Atau guna device lain. Sebab, dalam pada ada yang masih struggle nak tembus masuk sistem, ramai juga yang dapat kemas kini, ubah dan mohon.
▫️Pemilihan Calon Jaya IPG tidak semata-mata keputusan akademik. Banyak A itu bonus. Tapi, syarat minima 5A- dan tambahan mengikut kursus.
Jadi, jangan kita cepat mendabik dada,
“saya straight A pasti dapat IPG”.
Tidak, ya.
Sebab kemasukan program pendidikan khasnya IPG mengambil kira pelbagai aspek. Sebab calon ialah bakal guru. Yang akan menghadap pelbagai jenis murid, ibu bapa dan perubahan kepada sistem pendidikan dari masa ke masa. Maka, ada personaliti tertentu yang sesuai dan tak sesuai untuk menjadi guru.
Kita ambil contoh macam ambilan pegawai polis dan tentera. Ijazah mungkin ramai ada. Tapi yang sesuai jadi pegawai tentera atau polis, bukan semua.
▫️UKCG
Ramai tunggu emel ya?
Sabar… Tahun ini kerana keputusan SPM lebih awal, hanya mereka yang melepasi tahap kelulusan minima syarat akademik akan dipanggil untuk ujian. Tak sama macam tahun lepas, siapa saja yang mohon akan dipanggil ujian.
Jadi, tahun ini lepas 2 April baru ada info lanjut tentang ujian UKCG. Stay alert.
▫️UKF & Temu Duga
Ujian Kelayakan Fizikal (UKF) hanya akan dilaksanakan ke atas calon yang melepasi syarat akademik dan lulus UKCG. Jadi, jawab UKCG elok-elok. Jangan menghafal mahupun cuba ikut sangat contoh-contoh tertentu. Baca boleh, tapi bukan hafal. Sebab UKCG ialah set psikometrik yang ada strateginya untuk melihat ketulenan jawapan.
Sementara BMI elok masa puasa ni. Bertahan lah. Memang BMI diambil kira. UKF tu wajib lulus. Temu duga apatah lagi. Tapi bahagian ni kita sambung nanti lepas selesai UKCG.
Dah boleh praktis mesra-mesra dengan anak buah, saudara mara dan sebagainya sementara raya ni. Tengok boleh handle kanak-kanak atau tidak. Ada rasa pening kepala tak kalau kena handle ramai orang, bersepah dan tugasan berulang-ulang. Kalau boleh, on ✅
Cikgu KD, 26 Mac 2026
#pismp
#cikgukd
#komuniticikgukd
متاح الآن! بحث تيليغرام 2025 — أهم رؤى العام 
