ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

الذهاب إلى القناة على Telegram

when you're sad, find Him. ”

إظهار المزيد
2 650
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
لا توجد بيانات30 أيام
أرشيف المشاركات
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Malu Dan Iman Berpasangan عن ابن عمر رضي الله عنهما قال : قال النبي صلى الله عليه وسلم اَلْـحَيَاءُ وَ اْلإِيْمَانُ قُرِنَا جَمِـيْعًا فَإِذَا رُفِعَ أَحَدُهُمَا رُفِعَ اْلاَ خَرُ. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.” (HR Thobarâni dalam Sahih Jami Shaghir: No 1603) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Sifat malu dan Iman dijadikan berpasangan. 2. Jika hilang sifat malu bermakna iman juga turut hilang pada diri seseorang 3. Rasa malu adalah fitrah manusia. Ia akan terhias apabila dilatih dengan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya. 4. Sifat malu akan membentuk keimanan seseorang. Seseorang yang memiliki perasaan malu terhadap Allah, akan menghasilkan perasaan muraqobah (sentiasa diawasi Allah), perbuatan ihsan, dan menjauhi kemaksiatan. 5. Lawan dari malu adalah tidak tahu malu (muka tembok), ia adalah perangai yang membawa pemiliknya melakukan keburukan dan tenggelam di dalamnya serta tidak malu melakukan maksiat secara terang-terangan. Ayuh kita miliki sifat MALU yang menjadi pasangan keimanan kita. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 11hb Februari 2019 06hb Jamadil Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
10 فبراير 2019, 17:37

📌Tazkirah Ringkas 📑PERBANYAKKANLAH KAMU BERISTIGHFAR Firman Allah SWT : وَٱسۡتَغۡفِرُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورࣱ رَّحِیمࣱ [Surat Al-Baqarah 199] ‎Terjemahan : "dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
10 فبراير 2019, 17:37

Hmm,aku tahu jahat aku wei.. Jadi bila ada orang sanjung aku dan beranggapan aku merupakan idolanya.. Hmm Saya tak layakkk😭 @HatiMilikAllah
10 فبراير 2019, 09:25

Salah satu sebab cepat give up is because you tend to look at how far you still have to go, instead of how far you have been now. Look, I know it's not easy, sometimes you feel weak, sometimes you're just tired but don't feel give up and guilty for doing what's best for yourself @HatiMilikAllah 🌸
10 فبراير 2019, 08:28

Semoga arwah Abdul Bari yang menyelamatkan nyawa insan lain sehingga mengorbankan nyawa nya sendiri disemadikan dengan tenang di alam akhirat sana. Moga syurga milikmu. Aamiin Ya Rabb 🌺 @HatiMilikAllah
10 فبراير 2019, 05:01

If your girl clingy and always wanna talk to you, let her. Bcs when she stops caring, you gonna begging her to be clingy again. @HatiMilikAllah 🌸
09 فبراير 2019, 22:32

"aku sayang kau tau" Bahagia dia,umpama dunia ni ana yang punya😌 @HatiMilikAllah
09 فبراير 2019, 21:57

📌Tazkirah Ringkas 📑TERUSKANLAH TAUBATMU KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN Firman Allah SWT : فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورࣱ رَّحِیمࣱ [Surat Al-Baqarah 192] ‎Terjemahan : "kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
09 فبراير 2019, 21:51

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Jika Tidak Malu Berbuatlah Ikut Sukamu حَدَّثَنَا أَبُو مَسْعُودٍ عُقْبَةُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَافْعَلْ مَا شِئْتَ Telah bercerita kepada kami Abu Mas'ud 'Uqbah berkata; Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya diantara yang didapatkan manusia dari perkataan (yang disepakati) para Nabi adalah; "Jika kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu".(HR Bukhari No: 3224) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Malu adalah akhlak yang mendorong seseorang untuk meninggalkan perbuatan yang buruk dan tercela, sehingga mampu menghalangi seseorang dari melakukan dosa dan maksiat serta mencegah sikap melalaikan hak orang lain. 2. Rasa malu merupakan satu perkara yang diwariskan oleh para Nabi kepada manusia generasi demi generasi hingga kepada generasi umat Nabi Muhammad SAW. Di antara perkara yang didakwahkan oleh para Nabi terdahulu kepada umatnya adalah berakhlak malu. 3. Ungkapan ini bermaksud “ancaman”, (Apabila engkau tidak lagi memiliki rasa malu, maka perbuatlah sesukamu), kerana Allah pasti akan membalas perbuatan tersebut dengan yang setimpal. Firman Allah ta’ala: اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ ۖ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ “Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; Sesungguhnya Dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan”. (QS Fushilat : 40) 4. Ibnu Qutaibah menyatakan: “Barangsiapa yang tidak lagi memiliki rasa malu, ia akan berbuat sesukanya, sebab yang menghalanginya untuk berbuat keburukan adalah rasa malu, barangsiapa yang tidak lagi memiliki rasa malu, pasti akan terjerumus dalam setiap amalan keji dan mungkar”. 5. Orang yang TIDAK MALU akan melakukan perkara maksiat serta perbuatan yang dilarang Allah seperti meninggalkan perintah yang diwajibkan, terlibat dengan rasuah dan sebagainya. 6. Orang yang memiliki sifat malu, tidak akan melakukan sesuatu sesuka hati tanpa mengira dosa dan pahala. 7. Malu adalah sifat yang mendorong pemiliknya untuk meninggalkan perbuatan-perbuatan yang buruk. Ayuh bersifat MALU. Moga MALU menjadi PENCEGAH daripada melakukan sesuatu yang dilarang. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 10hb Februari 2019 05hb Jamadil Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
09 فبراير 2019, 21:51

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Tiga Golongan Mustajab Doa عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa musafir, dan doa orang tua untuk anaknya." (HR Tirmizi No: 1828) Status: Hasan Pengajaran: 1. Muslim dituntut sentiasa berbuat baik dalam pergaulan dan perhubungan dengan anggota masyarakat termasuk kedua ibu bapa. 2. Elakkan hubungan yang buruk dengan orang lain hingga menjadi penyebab kita menzalimi orang lain. 3. Tiga golongan doanya mustajab di sisi Allah: a. Doa dari orang yang dizalimi b. Doa orang yang sedang bermusafir c. Doa dua ibu bapa kepada anak 4. Pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang buruk dengan menzalimi orang lain sehingga menjadi penyebab mereka berdoa yang buruk untuk kita. Bagi yang bermusafir, ambillah kesempatan waktu doa mustajab dengan perbanyakkan berdoa untuk diri dan orang lain. Bagi ibu bapa, ambillah kesempatan perbanyakkan doa yang baik untuk anak-anak. Kata-kata yang buruk kepada anak juga boleh menjadi doa buat mereka dan ia perlu dielakkan. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 09hb Februari 2019 04hb Jamadil Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
09 فبراير 2019, 21:51

📌Tazkirah Ringkas 📑KERJAKANLAH KEBAIKAN Firman Allah SWT : وَمَا تَفۡعَلُوا۟ مِنۡ خَیۡرࣲ یَعۡلَمۡهُ ٱللَّه [Surat Al-Baqarah 197] ‎Terjemahan : "Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah" 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
09 فبراير 2019, 21:51

Jangan expect dia akan stay dengan kita kalau kita tak hormat dia, abaikan dia dan hanya cari bila perlu. Dia sayang kita tapi sampai satu tahap, dia akan penat dan sedar yang dia layak dapat seseorang yang lebih baik. Don’t lose her. You’ll regret later. @HatiMilikAllah 🌸
09 فبراير 2019, 10:34

"kau rasa Allah nak ke terima taubat aku..Aku kan dah buat banyak dosa dah ni" Bro/sis "aku adalah sangkaan hamba - hambaku" Jadi Kalau kau fikir Allah itu Maha mengampun,in sha Allah dosa kau akan diampunkan Namun Andai kau berfikir Allah itu Maha menghukum Jadi sampai bila kau tak akan bertaubat pada Nya Sebab Kau akan terus lakukan dosa kerana kau berfikir yang "Dosa aku terlampau banyak jadi teruskan jelah" @HatiMilikAllah
09 فبراير 2019, 05:22

When you meet someone who tries their hardest to stick by you regardless of how difficult you are, keep them. @HatiMilikAllah 🌸
09 فبراير 2019, 04:36

People change, problem comes and everything go wrong BUT life must go on. Stay strong, Allah SWT always beside you : ) @HatiMilikAllah
09 فبراير 2019, 01:56

Change how you view failure. If you view failure as a grave stone, you’ll crush yourself. If you see failure as a stepping stone, you’ll elevate yourself. @HatiMilikAllah 🌸
09 فبراير 2019, 00:18

"Aku jarang rapat dengan orang. But once dah rapat, i will get attached to them. and at some point, i will get scared of losing them in life" @HatiMilikAllah 🌸
08 فبراير 2019, 23:00

Kadang kita terlampau fikir ,macam mana nak cantik Kadang kita terlampau berfikir macam mana nak nampak gah Kadang kita terlampau fikir macam mana nak dikenali ramai.. Sehinggakan kita terlupa yang dunia ni sementara sahaja.. Kita tidak sedar dah berapa ramai orang baik ii yang Allah jemput ke alam lain..iaitu alam kubur ... Dah berapa ramai para penghafaz al-Quran yang dah tiada.. Salah satu tanda kiamat : al-Quran akan diangkat dan orang baik akan meninggal.. Untungnya mereka kerana dah terlepas fitnah terbesar iaitu fitnah dajjal @HatiMilikAllah
08 فبراير 2019, 20:59

" Setiap yang hidup pasti akan merasakan mati.. " Bersediakah kita dengan secebis amalan ? 😔 Allahuu🤧 @HatiMilikAllah
08 فبراير 2019, 20:01

"jangan banyak ketawa,nanti nangis" Well.. Itu tanda Allah ingatkan kita supaya untuk meluahkan padaNya Untuk meluangkan masa bersamaNya @HatiMilikAllah
08 فبراير 2019, 08:22