𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”
الذهاب إلى القناة على Telegram
2 650
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
لا توجد بيانات30 أيام
أرشيف المشاركات
2 650
Buku amalan. Penulisnya adalah kita sendiri. Titik!
Bila sampai masanya, buku itu bakal disemak oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan kerajaan-NYA, lalu akan ditentukan, sama ada ia menjadi penyelamat atau asbab kebinasaan sendiri. Semuanya akan berlaku pada Hari Pengadilan.
Sama ada isi kandungan buku itu baik atau buruk, penulisnya yang menentukan!
@HatiMilikAllah
2 650
Kita adalah kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka kehinaanlah.." (Amirul Mukminin Sayidina Umar al- Khattab)
@HatiMilikAllah
2 650
Rupanya kehidupan ini hanyalah sementara. Akhirat sana kekal abadi, menanti saat tiba masanya dunia ini berakhir. Ujian yang sedikit itu telah melupakan diri tentang nikmat Ilahi yang tidak terhitung. Ya Allah... betapa dhaifnya diri ini... Jadikanlah ujian ini untuk menambahkan iman bukan berputus asa dari rahmat Tuhan.
@HatiMilikAllah
2 650
Komplikasi jantung
“Ada sesetengah individu rajin bersukan dan bersenam tetapi tidak tahu mereka mempunyai kadar gula tinggi dalam darah, tekanan darah atau kolesterol tinggi kerana tidak pernah menjalani pemeriksaan.
“Kesannya dalam diam mereka mengalami komplikasi akibatnya termasuk serangan jantung secara tibatiba yang membawa maut,” katanya.
Dr Mohd Kamal berkata, empat daripada lima individu tidak menyedari mereka mengalami kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.
Gejala sakit jantung membabitkan sakit dada sama ada di bahagian tengah atau kiri dada, iaitu dada terasa berat seolah-olah ditekan atau dicengkam.
Mengalami sesak nafas atau mengah yang lebih daripada setengah jam akibat aktiviti seperti menaiki tangga atau berjalan laju, diikuti berpeluh.
Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba walaupun ketika seseorang itu sedang berehat.
“Sekiranya sakit dada, jangan tunggu sebaliknya segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan menjalani pemeriksaan.
“Kadang kala pesakit sukar membezakan sama ada sakit dada disebabkan angin daripada perut. Kalau sakit dada, jangan tunggu kerana sekiranya terlambat, kerosakan berlaku kepada jantung dan tidak dapat diselamatkan,” katanya
