ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

الذهاب إلى القناة على Telegram

when you're sad, find Him. ”

إظهار المزيد
2 650
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
لا توجد بيانات30 أيام
أرشيف المشاركات
Balada Orang Berdosa Duduk berteleku di atas sajadah Renung-renung waktu yang berlalu Terlalu pantas Tak tersedar sudah setua ini aku Lalu... Mulalah kuhitung Berapa banyak dosa dah terkumpul Berapa banyak pahala dah ku timbun Berapa kali juga keampunan dah ku raih. Atau aku masih lagi leka dengan permainan dunia Dengan sinetron atau drama Dengan lagu-lagu asyik menutup jiwa lara Dengan lawak jenaka yang katanya penghapus duka Yang pastinya semua itu dusta belaka Dah berapa banyak wang aku sadaqahkan ketika lewat ku di hadapan si miskin tak ku endahkan Dah berapa banyak senyum dan tutur manis ku ucapkan pada saudara yang manis wajah atau mencemuh ku penuh nista lalu aku pun sama busuknya seperti dia Dah berapa banyak aku raih pahala untuk aku tutupi dosa-dosa yang tak mampu ku hitung banyaknya.. Apa akan ku bawa pulang ketika nanti Tuhan memanggilku kembali... Coba renung kembali Lalu... Pantaskah kau biar waktu melewati usiamu yang tersisa dengan senda tawa tanpa resah gelisah tanpa rasa berdosa... Hitunglah wahai diri.. Apa bekalmu nak kau bawa nanti... ... Apa khabarnya syahadah mu Apa khabarnya solat mu Puasa mu bagaimana Zakat kalau kau mampu sudahkah kau penuhi Haji mu kalau terlaksana kerana kemampuanmu apakah diterima... Bagaimana pula ittiba'mu kepada Rasul mulia Atau cuma amalmu ikut-ikutan dari warisan nenek moyangmu Mampukah semua itu menepati AHSANU AMALA Berapa musim ramadhan kau lewati tanpa ampunan yang kau raih Hitunglah wahai orang berdosa... Apa nak kau bawa nanti pulang ke sana... ~GadisPuitis~ @HatimilikAllah
17 سبتمبر 2018, 07:08

Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tetapi bila ikan telah mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya. Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai. Tapi bila hati mati, mudahnya dipengaruhi perkara yang tidak baik. Hidupkan hatimu dengan mengingati Allah. Allah menyebut dalam Al Quran dengan berzikir hati akan jadi tenang & tenteram... الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.🌹 Surah Ar Radh :28
17 سبتمبر 2018, 04:19

Sayyidina Ali bin Abi Talib telah berkata: Simpan rahasiamu berdua saja: 1. Dirimu 2. Allah swt Jagalah di dunia ini dua keredhaan: 1. Ibumu 2. Bapamu Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua hal: 1. Sabar 2. Solat Jangan risau dua hal ini: 1. Rezeki 2. Ajal Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah swt. Dua hal yg tak perlu diingati selamanya: 1. Kebaikanmu terhadap orang lain. 2. Kesalahan orang lain terhadapmu. Dua hal yang jangan dilupakan selamanya: 1. Allah swt 2. Alam Akhirat Selalu dekat dengan 4 orang ini: 1. Ibumu. 2. Ayahmu. 3. Saudara lelakimu. 4. Saudara perempuanmu. Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka: 1. Yatim 2. Miskin 3. Fakir 4. Orang Sakit Empat hal yang memperindah dirimu : 1. Sabar 2. Tabah 3. Tinggi ilmu 4. Dermawan Empat orang yang hendaknya kamu dekati: 1. Orang yg Ikhlas 2. Orang yg setia 3. Orang yg dermawan 4. Orang yg jujur Empat orang yg hendaknya jangan kamu jadikan teman: 1. Tukang bohong 2. Tukang curi/rasuah 3. Tukang hasut 4. Tukang adu domba Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka: 1. Isterimu 2. anak2 mu 3. Keluargamu 4. Sahabatmu Empat hal yang hendaknya kamu kurangi: 1. Makan 2. Tidur 3. Malas 4. Bicara berlebih2an/gosip Empat hal yang jangan kamu putus : 1. Sholat. 2. Qur'an. 3. Zikir. 4. Silaturrahim. @HatiMilikAllah
17 سبتمبر 2018, 00:33

“Bahagia bkn pd ramainya ank2, bnyknya harta, besarnya jawatan, mewahnya tmpt kediaman, cantiknya wajah, tampannya badan dn sbgainya, tp BERKATnya hidup seseorang itu dlm mentaati perintah Allah dlm kehidupan sekalipun pendek umurnya, tp byk amalannya sprt hdup ribuan tahun” -KALAMKU-
16 سبتمبر 2018, 23:03

Hannah, isteri Imran bernazar ingin punya anak lelaki yang boleh berbakti kepada Allah swt di Baitul Maqdis. Pun begitu, Allah swt penentu segalanya. Anak yang lahir adalah perempuan tidak seperti yang diinginkannya. Di sebalik itu, Allah swt punya rencana yang lebih besar dan lebih hebat daripada nazarnya. Allah swt menjadikan bayi perempuan(Maryam) tersebut sebagai salah satu wanita terbaik sepanjang zaman dan Allah swt jadikan dari rahimnya seorang nabi dan rasul mulia yang bernama Isa alaihissalaam. Hikmahnya, jangan bersedih bila kita sudah berdoa dan berusaha semaksimum mungkin tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Boleh jadi di ssbalik semua itu Allah swt berkehendak untuk memberikan kurniaNya yang lebih besar kepada kita. (Dipetik daripada facebook Zonkuliah) 📮Join Telegram Taman Orang Soleh telegram.me/RiyadusShaliheen
16 سبتمبر 2018, 21:15

💦Aku memilih DIAM bukan kerana memendam rasa. 💦Itu kerana Aku berharap agar perasaan itu tetap terjaga. @ImanQowiyy🐝
16 سبتمبر 2018, 21:14

💥ZIKIR HARI ISNIN💥 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 💦LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM 💦Tiada daya Dan kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah yang maha Tinggi Lagi maha agung. *اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد*ٍٍ 💦Semoga kita semua mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT. *آمـــــــــــــــــــــــــــين, آمِّيْنَ آمِّيْنَ يارب العَـــالَمِيْن* @ImanQowiyy🐝
16 سبتمبر 2018, 20:34

Sehebat mana pun universiti yang korang tengah study sekarang, percayalah bahawa zaman sekolah la yang paling seronok dan paling rindu sekali 🙁 @HatiMilikAllah
16 سبتمبر 2018, 19:06

Kau aku.. KITA. @HatiMilikAllah
16 سبتمبر 2018, 09:41

Tawar hati.. HABIS. @HatiMilikAllah
16 سبتمبر 2018, 09:40

Menjadi terbaik.. CUBA. @HatiMilikAllah
16 سبتمبر 2018, 09:37

Bertahun menunggu.. MASIH. @HatiMilikAllah
16 سبتمبر 2018, 09:36

Mungkin bukan.. DIAM. @HatiMilikAllah
16 سبتمبر 2018, 09:35

Aku suke kau tapi kau suke dia dan dia pulak suke orang lain......😌
16 سبتمبر 2018, 09:23

Dari awal aku jumpa sampai la sekrang, perasaan sayang tu masih ada tapi sayangnya...cinta semuanya tidak berbalas. Hahahaa
16 سبتمبر 2018, 09:22

Selamat malam
16 سبتمبر 2018, 09:09

Bila mata bertemu mata, akan temui cinta manusia. Bila dahi bertemu sejadah, akan temui cinta Allah. [ Imam Al-Ghazali ] @ayatstatus
16 سبتمبر 2018, 06:59

Suka ayat ni "Talk to Allah and tell Him your problems, because only He can solve them." ❀ @NakShare
15 سبتمبر 2018, 21:23

Perempuan , mana akhlak kau? Mana kau campak sifat malu kau? Buat musically , tiktok etc . Dah tade malu dh ? Kau pikir sume org yg tengok video kau tu suka? Tak weh . rasa nak muntah.😒
15 سبتمبر 2018, 05:05

Dari Abdullah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga, sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur hingga ia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya kedustaan itu akan menghantar kepada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan mengiringi ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta." - Hadis Riwayat Bukhari
15 سبتمبر 2018, 03:18