cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

THE MUROBBI

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدلم يتم تحديد اللغةالفئة غير محددة
مشاركات الإعلانات
765
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
لا توجد بيانات30 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Tahukah kalian tentang salah seorang Fuqaha Madinah dari generasi tabi’in, ketika ia berpesan di hadapan keluarganya. . “Wahai anak-anaku, belajarlah ilmu agama yang benar dan luangkan waktu untuk itu, berikan hak untuknya. Andaikan hari ini kalian adalah orang kecil maka suatu saat pasti Allah jadikan kalian orang besar karena ilmu itu. . Dan sungguh buruk sekali, apakah ada yang lebih buruk dari orangtua yang bodoh yang tidak mengerti agamanya? . Wahai anak-anaku, hati-hati lah, jangan pernah sekalipun kalian melihat amal yang kalian kerjakan atau shadaqah yang kalian keluarkan adalah shadaqah yang kalian anggap remeh, akan tetapi jadikanlah shadaqah itu sebagai hadiah yang kalian berikan kepada Allah. . Dan janganlah kalian memberi hadiah atau sesuatu untuk Allah yang dia malu untuk memberikan kepada terhormatnya kaum, karena Dia lah Allah Dzat yang paling pantas dimuliakan dan Dia adalah Dzat yang paling pantas, paling layak untuk memberikan balasan yang mulia serta yang paling pantas kalian berikan hadiah terbaik. . Wahai anak-anaku, jikalau kalian melihat seseorang ada perbuatan baik darinya, maka bersangka baiklah padanya, walaupun di mata manusia lainnya dianggap buruk. Karena perbuatan baiknya itu pasti punya saudara-saudara kebaikan yang lain. Dan jikalau kalian melihat perbuatan buruk dari seseorang, hati-hati lah dari orang itu, walaupun di mata manusia lainnya dia adalah orang yang baik. Karena perbuatan buruk itu punya saudara-saudara yang ikut dengannya. . Ketahuilah, bahwasannya setiap kebaikan akan mendatangkan saudara-saudaranya dan setiap dosa juga memiliki saudara-saudaranya". . (Urwah bin Zubair Rahimahullah)
إظهار الكل...
من باع الحرص بالقناعة ظفر بالغنى والمروءة Siapa menukar ambisinya dengan qana'ah, menanglah dia dengan kecukupan & kehormatan https://mobile.twitter.com/salimafillah/status/491094801526169600
إظهار الكل...
Salim A. Fillah

من باع الحرص بالقناعة ظفر بالغنى والمروءة Siapa menukar ambisinya dengan qana'ah, menanglah dia dengan kecukupan & kehormatan.

Iman yang tidak sendiri " karena saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh, saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan, saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai, aku tahu, yang rombeng bukan ukhwah kita, hanya iman-iman kita yg sedang sakit, atau mengerdil mungkin dua-duanya, mungkin kau shj tentu terlebih sering, imankulah yang compang camping. "...Dan Allah yang mempersatukan hati para hamba beriman. Jikapun kau nafkahkan perbendaharaan bumi seluruhnya untuk mengikat hati mereka, takkan bisa kau himpunkan hati mereka. Tetapi Allah lah yang telah menyatupadukan mereka.." Q.s Al- Anfaal (8:63) 📚Dalam dekapan ukhwah Maliana Musa Penulis Bukan Mujahid Plastik
إظهار الكل...
Mati Kerana Buku al-Jahiz(w255h), seorang tokoh besar dalam tradisi keilmuan Islam merupakan antara model unggul dalam mencintai ilmu dan buku. Yaqut al-Hamawi menukilkan dari sahabat al-Jahiz bernama Abu Haffan, katanya: «لم أر قطُّ ولا سمعت من أحبَّ الكتب والعلوم أكثر من الجاحظ، فإنَّه لم يقع بيده كتاب قَطُّ إلا استوفى قراءته كائناً ما كان ولا عَجَبَ إذ ذاك في أن يُفْرِد الصَّفحات الطِّوال مرَّات عدَّة في كتبه، للحديث عن فوائد الكتب وفضائلها ومحاسنها» Mafhumnya: Aku tidak pernah lihat atau dengar seorang pun yang mencintai ilmu dan buku lebih daripada al-Jahiz. Tidak ada buku yang sampai ke tangannya melainkan habis ditelaahnya, walau berapa jilid dan apa-apa jenis kitab sekalipun. Bahkan al-Jahiz diceritakan sangat gila buku dan membaca sehingga sanggup menyewa kedai-kedai buku dan kedai menyalin kitab untuk bermalam di dalamnya demi menghabiskan bacaan buku sehingga pagi. Perkara ini berterusan sehingga beliau sudah lanjut usia dan ditimpa penyakit. Walaupun dalam keadaan uzur, beliau tetap tak boleh terpisah dari buku. Satu ketika, oleh kerana tiada pembantu, beliau bangun dari tilam pembaringannya untuk mengambil buku di himpunan susunan buku-bukunya (macam rak di zaman ini) seorang diri dalam keadaan uzur. Tiba-tiba beliau dalam keadaan lemah terjatuh dan terlanggar timbunan buku yang melangit hingga segala buku-buku di rumahnya jatuh menimpa dirinya. Dan beliau wafat disebabkan peristiwa tersebut. Wafat dibalik timbunan buku. Rahimahullah Ta'ala. #tinta_azhari Copypaste
إظهار الكل...
CONCERN NYA ALLAH PADA KITA :-) "Kami akan memberi perhatian sepenuhnya kepadamu wahai manusia dan jin." "Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS : Ar Rahman 30-31) . Ali bin Abi Talhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. tentang firman Allah Taala, "Kami meluangkan waktu sepenuhnya kepadamu hai manusia dan jin." . Katanya, "Ayat ini merupakan ancaman Allah kepada jin dan manusia. Tidak sesuatu yang melalaikan Allah. Allah sentiasa meperhatikan." . Imam Bukhari menafsirkan, "Kami akan menghisab kamu. Dia tidak disibukkan oleh sesuatu perkara sehingga perkara lain terlalaikan." Ungkapan demikian dikenal di kalangan orang-orang Arab, misalnya, "Akan kami luangkan waktuku untuk mu. Tidak ada kesibukan apa pun untuk melakukannya." . Dia mengatakan, "Kami akan menyerang kamu di kala kamu lalai. "Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" . (Buku Tafsir Ibnu Katsir Jilid 4) https://www.youtube.com/watch?v=m2VQHS5VXrA
إظهار الكل...
Surah Ar Rahman,Surah Yasin,Surah Al Waqi'ah,Surah Al Mulk & Surah Al Kahfi

Surah Ar Rahman,Surah Yasin,Surah Al waqiah,Surah Al Mulk & Surah Al Kahfi 22 tahun menghancurkan gunung karena cinta

https://youtu.be/Qk-ZdgiLBWAYang

mau do...

Salam alaik. Ramai netizen yg tnya dan nak tahu macam macam tentang Program Tahfiz Integrasi An Nur di Manjung ni. Antara persoalan yg di aju, 1. Possible ke depa ni menghafal 30 juz dalam masa 3 bulan? Guys, tahun ni pecah rekod dapat hafal 30 juz dalam 41 hari tau! Basic hafalan surah lazim je :p 2. Yuran mahal. Yang ni ada juga yang tanya. Nak tahu yuran ni semua expenses nya ke mana, etc etc, WAJIB TENGOK LIVE PRESS CONFERENCE ni. 3. Banyak lagi cerita dan isu yang kita nak reveal. https://www.facebook.com/hafalquran3bulan.official/videos/328045484491810/ Tak seronok kalau orang dengar fitnah dan jaja cerita tak betul ke sana sini. Untuk penjelasan lanjut, KLIK link fblive di atas :) #astroawani #harianmetro #metroTV #sinarharian #huffazprofesional @hafalquran3bulan
إظهار الكل...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

DAKWAH BUKAN MILIK ASATIZAH SAHAJA _ “Usaha dakwah saya tertumpu kepada pembentukan generasi belia dan remaja. Bukan sahaja kita mahukan anak muda berilmu yang cemerlang akademiknya tetapi memiliki keperibadian yang tinggi serta mempunyai kerjaya profesional untuk menyumbang kepada masyarakat. Kita nak dia profesional jadi doktor contohnya, doktor yang menyebarkan keimanan selain mengubati penyakit fizikal, boleh merawat penyakit moral, rohani dan mental,” Petikan dalam akhbar Sinar Harian Perak. @sinarharian _ Menurut Dr Hj Mohd Hizul Azri, Penasihat Utama dan pengasas YDKMM, belajar agama, mendalami, memahami dan mengamalkannya menjadi kewajipan bagi setiap individu. Tidak hanya yang mengambil bidang agama sahaja mampu dan layak bercakap soal agama, namun golongan profesional dalam apapun bidang juga sepatutnya mampu bercakap soal agama dan menyampaikan dakwah buat seluruh umat manusia. _ Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia ditubuhkan bagi membimbing belia dan anak muda dalam segenap bidang, profesional dan mampu menyampaikan dakwah dengan baik. _ كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ _ "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..." (Surah Al Imran, 3:110) . . Baca lanjut: https://kampusuols.com/article/423990/U-SHARE/IKON/Minat-kerja-dakwah-sejak-di-universiti-ini-yang-Dr-Mohd-Hizul-impikan-dalam-kalangan-profesional?rss=1
إظهار الكل...

"SYURGA dikelilingi oleh hal yang berat dirasakan manusia untuk mengerjakan" Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Ketika Allah s.w.t. menciptakan syurga, iapun mengirim malaikat Jibril ke syurga, dan berkata kepadanya: “Lihatlah syurga itu dan ара yang telah Aku persiapkan untuk penghuninya.” (Rasulullah s.a.w. melanjutkan) Lalu malaikat Jibril pun pergi ke sana untuk melihatnya dan melihat ара yang telah Allah s.w.t. sediakan untuk penghuninya. (Rasulullah s.a.w. pun melanjutkan) Lalu Jibril pun datang kembali menghadap Allah s.w.t dan berkata: “Demi kemuliaan-Mu, tidak akan ada orang yang mendengarnya kecuali mereka ingin masuk ke dalamnya.” Мака Allah s.w.t pun memerintahkan syurga agar dikelilingi oleh hal-hal yang berat dirasakan manusia untuk mengerjakannya. Lalu Allah s.w.t. berkata kepada malaikat Jibril: “Pergilah ke syurga dan lihat ара yang telah Aku sediakan untuk penghuninya.” (Lalu Rasulullah s.a.w. melanjutkan) lalu malaikat Jibril pun kembali ke syurga, dan ternyata Syurga telah dikelilingi oleh hal-hal yang berat dirasakan manusia untuk mengerjakannya. Lalu malaikat Jibril pun kembali kepada Allah s.w.t. dan berkata: “Demi keagungan-Mu, sesungguhnya aku takut tidak akan ada orang yang masuk ke dalamnya.” Kemudian Allah s.w. t. berkata kepadanya: “Pergilah ke neraka, lihatlah neraka dan ара yang telah aku sediakan bagi penghuninya.” Lalu malaikat Jibril pun melihatnya, ternyata neraka itu bertingkat. Jibril pun kembali kepada Allah s.w.t. dan berkata: “Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku takut tidak akan ada orang yang mahu mendengarnya tetapi mereka memasukinya.” Lalu Allah s.w.t. memerintahkan neraka agar dikelilingi dengan hal-hal yang disenangi oleh manusia untuk mengerjakannya. Lalu Allah s.w.t. kembali memerintahkan Jibril untuk melihatnya. Pada saat Jibril kembali kepada Allah s.w.t., iapun berkata: “Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku takut tidak akan ada yang selamat darinya, tetapi mereka akan memasukinya. “ Hadis di atas dipetik oleh Al Qurtubi dari Riwayat Tirmizi Kitab Sifat Syurga Hadis no 2560 Ramai ikhwah akhwat takut untuk berdepan dengan kesusahan terutamanya dalam dakwah, padahal benda yang sama akan berlaku kepada kehidupan di luar sana, tetap akan di uji dengan kesusahan, tetap akan di uji dengan kemiskinan, tetapi ia.. kenapa susah untuk berbuat apabila berada dalam jalan dakwah? kerana tiada kepentingan? kerana engkau tidak punya masa? kerana engkau ada impian yang lain? Allah sudah janjikan, jalan menuju ke Syurga akan di hiasi dengan kesusahan dan jalan menuju ke Neraka akan di hiasi dengan kesenangan, iya mungkin boleh senang di dunia tetapi tidak di akhirat, jom sama2 muhasabah diri, untuk tetap tsabat dalam jalan dakwah dan tarbiyahhh Syukurlah kerana Allah masih memilih kita untuk berada di jalan tarbiyahh ini😀 Shahida Fazira 10082018 #daiejutawan
إظهار الكل...
" Di antara karakter jalan ini adalah siapa saja yg mengambil satu langkah, dipastikan linkungannya akan membangun permusuhan dengannya, dan dia akan merasa sempit dan tercekik. . Orang tua, saudara, kerabat sahabat, anak-anak dan keluarga, seluruhnya akan menjadi ujian bagi keimanannya dgn segala sarana yg mereka miliki. Dan tidak terlihat dlm hidupnya bekas awal di antara bekas-bekas perjalanannya di jalan ini kecuali bagi yg tumbuh dlm kemanjaan, terbiasa bergelumang dlm kenikmatan, maka baginya akn berubah menjadi kasur dari duri2 tajam. . Dan ini adlh fasa pertama yg telah disiapkn oleh kehendak Ilahi utk mentarbiyah para aktivis dgn apa yg mereka perlukan saat meniti jalan ini, yg berupa kesalihan, ketaqwaan, keikhlasan, karakter kuat dan suci." . Tiada alasan bg org yg gelisah, menggerutu, dan patah arang utk mengatakan : Sampai kapan cubaan ini akan berakhir? Lalu menjauh dari barisan kerananya. Pertolongan pasti tiba, jika kematangan dlm tungku ujian telah sempurna, jika langkah kaki telah teguh di atas tanah cubaan, dan angin rahmat dan pertolongan berhembus dari sisi Yang Maha Perkasa dan Bijaksana. . Ibnu Jauzi berseru : "Sekali-kali janganlah beranggapan masa cubaan akan lama, dan menggerutu kerana harus banyak berdoa. Kerana engkau diuji dgn musibah, engkau BERIBADAH DENGAN SABAR DAN DOA. Dan jangan berputus asa walau tempohnya lama" . Wahai akhi dan ukhti, Teruskan berdoa. . “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (QS Al Imran ; 3:200) . 📖 Intisari Karakter Seorang Daie . Maliana Musa Penulis Buku Bukan Mujahid Plastik. .
إظهار الكل...