cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Usrah Santai

Telegram Rasmi Usrah Santai IG Rasmi : @usrahsantai Jiwa bergetar dengan nama Allah, Rindu yang paling syahdu pada Rasulallah. ✨

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
5 382
المشتركون
-424 ساعات
-137 أيام
-2330 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Photo unavailableShow in Telegram
Selamat Hari Raya Aidiladha. ✨ Semoga segala doa & pengorbanan kita dimakbulkan dan dikurniakan dengan ganjaran yang lebih baik. Amin Allahumma Aminn.. 🤲🏼 Haji Mabrurah kepada yang sedang berada di tanah suci Mekah. 🕋 تقبل الله منا ومنكم #usrahsantai
إظهار الكل...
👍 1 1
Hari Arafah adalah hari yang istimewa buat umat Islam. Dalam al-Quran, Allah bersumpah dengan hari Arafah. Firman Allah: “Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.” (al-Buruj : 3) Ketika menghuraikan ayat ini, Rasulullah menyebutkan: "Yang dimaksudkan dengan hari yang dijanjikan itu (al-Maw’ud) adalah hari kiamat, manakala hari yang disaksikan itu (masyhud) itu adalah hari Arafah". Begitu tinggi kedudukan Hari Arafah sehingga Allah bersumpah dengan hari ini dalam al-Quran. Malah pada hari ini jugalah, hari yang Allah paling banyak membebaskan hamba-hambanya dari neraka. Perkara ini disampaikan oleh Rasulullah dengan sabdanya: "Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?" (Sahih Muslim) Menurut al-Imam Ibn Abd al-Barr, hadith ini menggambarkan mereka yang wuquf pada hari Arafah akan diampunkan dosa mereka. Bahkan menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Allah mendekati mereka pada hari tersebut dan memperkenankan doa mereka. Justeru pada Hari Arafah ini, perbanyakkanlah berdoa. Ini kerana, menurut Rasulullah, sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Bagi yang mampu berpuasa, maka berpuasalah. Kerana Rasulullah bersabda, mereka yang berpuasa pada Hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosa mereka. Sabda Baginda ; "Puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah akan mengampunkan dosa tahun terdahulu dan dosa selepas daripadanya." (Sahih Muslim) Semoga Allah makbulkan segala permintaan kita & terima keampunan kita semua, Amin bijahi Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam #usrahsantai
إظهار الكل...
11👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Syirik Khafi adalah mukmin yang berbuat dosa sama ada besar atau kecil. Contonya,  adanya perasaan riya' dalam diri seseorang. Riya' apabila melakukan sesuatu perbuatan bukan kerana Allah, tetapi kerana makhluk. Atau meninggalkan sesuatu perbuatan bukan kerana Allah, tetapi kerana makhluk. Manakala Syirik Alfal Khafi pula adalah dosa yang amat tersembunyi iaitu seperti Ananiyah (ke'Aku'an) iaitu mencari keberadaan diri, bukan Allah. Segala yang diperlakukan, diperolehi adalah dengan usahanya, bukan dari rahmatNya Allah. Dan untuk melepaskan diri dari syirik ini, perlulah sentiasa melakukan solat Taubat. Setiap orang awam tidak dapat lari dari kelemahan ini apabila 70ribu lapis hijab untuk menghilangkan ananiyah dalam diri. Maka, wajiblah kita mempelajari ilmu Tasawuf untuk membersihkan diri dari segala bentuk syirik. Allahu Yahdik~ #usrahsantai
إظهار الكل...
7👍 2
00:59
Video unavailableShow in Telegram
23.13 MB
2
Photo unavailableShow in Telegram
Semoga Allah lindung dari panahan mata jahat dan sifat dengki manusia. Elakkan dari terlalu 'menonjol / menunjuk' dalam berkongsi sesuatu. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى أَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد #usrahsantai
إظهار الكل...
16
Baca setelah selesai solat agar hati kita selalu tersambung dengan Sayyidah Fatimah Az Zahra. 🌹 FATIHAH KHUSUS UNTUK SAYYIDAH FATHIMAH AZZAHRA R.A إِلَى رُوحِ سَيِّدَةِ فَاطِمَةَ الزَّهْرَاءِ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهَا وَأَرْضَاهَا أَنَّ اللَّهَ يَغْفِرْلَهَا وَيَرْحَمْهَا وَيُعْلِى دَرَجَاتِهَا فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بَرَكَاتِهَا وَأَسْرَارِهَا وَأَنْوَارِهَا وَعُلُوْمِهَا وَنَفَحَاتِهَا فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. Atau yang paling ringkas, Ilaa ruhi Sayyidatina Fatimah Az-Zahra bintu Rasulillah Sallallahu 'alaihi wasallam al-Fatihah. #usrahsantai
إظهار الكل...
4
Tengah sibuk beraya lagi ke tu? Haaa dalam pada masa ke rumah sanak-saudara atau sahabat handai, adab dan akhlak cuba jaga sebaiknya InshaAllah. Antara adab yang lain perlu dijaga : ~ Menjaga tutur kata. ~ Bersyukur dengan hidangan yang diberi. ~ Tidak menyebarkan keaiban tuan rumah. ~ Menjaga batas lelaki & wanita yang bukan mahram. ~ Menjaga anak sendiri dari bebas kacau barangan di rumah orang. ~ Tidak bertanyakan soalan peribadi yang boleh mengguris perasaan orang. ~ Tidak bergurau kasar. ~ Tidak berlama-lama di rumah orang. ~ Hormati privasi yang tertutup oleh tuan rumah. Jangan main serbu / hendap. ~ Banyakkan senyum. Mesti korang lebih memahami kan. 🤗 #usrahsantai
إظهار الكل...
👍 4 2
01:02
Video unavailableShow in Telegram
24.12 MB
Muhasabah sempena minggu akhir Ramadan. Saya bukan nak bercakap soal ibadat. Itu berdasarkan kemampuan masing-masing dan hanya Allah yang menilai amalan setiap hambaNya. Saya ingin bercakap soal hubungan sesama manusia dan peluang berkhidmat kepada orang-orang yang datang untuk beribadat di masjid atau surau atau di mana-mana sahaja tempat yang menyediakan kemudahan untuk manusia beribadah. Percayalah, anda sebenarnya tidak kenal pun siapa yang datang ke tempat ibadat yang anda berkhidmat itu. Macam biasa, saya selalu berjalan ke merata masjid dan surau sejak dulu. Saya hanya akan beri beberapa contoh kejadian yang berlaku di hadapan mata saya. Insiden 1 Hari pertama Ramadan, bermakna hari pertama juga masjid menyediakan jamuan berbuka puasa. Maka layanilah tetamu dengan sopan. Ada seorang lelaki berpakaian biasa tetapi kemas. Dia baru melangkah masuk di entrance masjid. Tiba-tiba seorang pengawal keselamatan (warga Malaysia ye) mengherdik lelaki itu. Katanya kawasan berkasut setakat di luar sahaja. Lelaki tersebut berkata, dulu dia selalu datang ke masjid itu dan boleh berkasut sampai ke hadapan tempat rak-rak kasut berada nun di sana. Pengawal keselamatan itu dengan tidak sopan berkata, “Itu dulu.. engkau dah lama tak datang sini kot!” Ketika itu juga muncul seorang AJK masjid lalu menyapa lelaki tersebut dengan panggilan “ustaz”. Katanya lama betul ustaz tak datang sini. Rupa-rupanya lelaki tersebut merupakan tenaga pengajar tetap di masjid itu suatu ketika dulu. Pengawal tersebut merah padam mukanya menahan malu. Tapi dia hanya berjalan semula ke kerusinya dan rasa berat mulut untuk meminta maaf. Insiden 2 Berkaitan jamuan berbuka puasa. Saya melihat sepasang suami isteri yang agak berusia sedang duduk di meja dewan makan. Tak jauh dari mereka terdapat dua meja bankuet panjang. Satu meja terletak pek-pek makanan berbungkus dengan beg plastik berwarna merah. Manakala satu lagi meja terletak hidangan buffet yang masih bertutup. Tiba-tiba datang seorang lelaki berbaju melayu lalu berteriak, “Boleh siap-siap ambil makanan dulu ye! Hari ni kita makan terus dan lepas tu baru solat Maghrib kerana kami nak selesaikan majlis Khatam al-Quran dengan pelajar-pelajar tahfiz dalam dewan utama.” Ketika itu, masih ada masa kira-kira 50 minit sebelum berbuka. Orang pun belum begitu ramai. Lalu lelaki itu mengulang lagi pengumumannya sambil memberitahu bahawa jangan sentuh makanan dalam pek plastik warna merah kerana itu makanan khas untuk pelajar-pelajar tahfiz. Saya masih ingat dia sebut begini, “Makanan dalam pek tu lauk dia lain sebab pelajar-pelajar tahfiz ni tinggi darjatnya ya.. kalau nak makan ambil nasi dan lauk yang buffet tu. Lauk tak sama dengan pelajar tahfiz, kita bagi diorang special sikit.” Saya dengar dia ulang macam tu 3 kali (atau lebih) sehingga pasangan suami isteri tadi sudah berubah wajah sedang mereka beratur untuk mengambil makanan ke dalam pinggan. Si suaminya sambil senduk nasi ke pinggan mula bersuara, “Simpan la makanan tu kat dalam, nanti ada juga orang yang terambil.” Lelaki tadi hanya menjawab dengan selamba, “Takpe just nak remind je jangan ambil makanan dalam pek ni, khas untuk pelajar tahfiz. Mereka ni lebih tinggi darjat” Isteri saya yang baru duduk pun terperanjat mendengar dia bercakap begitu. Suami isteri tadi duduk semula, mereka hanya ambil sedikit sahaja nasi dan lauk. Wajah mereka nampak tak ceria seperti mula-mula tadi. Ketika saya sampai tadi suaminya sedang membuka laptop. Mungkin sedang menyiapkan urusan kerjanya. Daripada cara suami isteri itu berbual, saya dapat mengagak mereka bukan orang biasa. Bahkan mungkin mereka mampu jika mahu berbuka puasa di restoran mewah. Saya juga rasa sedikit tersinggung, mahu sahaja saya baca semua surah yang saya hafal di hadapan lelaki berbaju melayu tadi. Mungkin saya ada peluang dapat hidangan yang “tinggi darjat” itu.
إظهار الكل...
👍 2 1
اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.