cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Ustaz Qutaibah Ismail

Katakan lah bahawa hidayah allah itu adalah sebenar2 hidayah dan petunjuk

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
295
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
لا توجد بيانات30 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Photo unavailableShow in Telegram
Pengumuman | Pengistiharan Nama Anak Assalamualaikum Alhamdulillah dan bersyukur kepada allah Taala pada tarikh 13/5/2024 pukul 2.23 tengah hari telah selamat dilahirkan seorang mujahidah (anak ke 3) di HUSM. bersempena dengan hari yang ke tujuh ini saya ingin mengumumkan bahawa nama mujahidah kami adalah 'Aaesyah 'Aqeelah Binti Mohd Qutaibah Semoga anak ini mencontohi peribadi Saidatina 'Aaesyah isteri nabi muhammad SAW dan Ummu Al Mu'minin. Beliau seorang Isteri yang solehah,  cerdik dan pandai, beliau telah meriwayatkan hadis daripada Nabi Muhammad SAW lebih dari 2000 hadis. Beliau juga termasuk salah seorang wanita yang dijamin masuk syurga. bahkan beliau merupakan isteri yang sangat disayangi oleh nabi selepas khadijah. Adapun 'Aqeelah itu bermakna, org yang mulia, alim,  dan memimpin. Semoga anak ku ini menjadi seorang tokoh wanita buat ummat nabi Muhammad suatu masa nanti. اللّهُمَّ فَقِّهْهَا فِي الدِّين وَعَلِّمْهَا التَّأْوِيل آمين
إظهار الكل...
01:21
Video unavailableShow in Telegram
Soal Jawab | Urus Harta SOALAN: "Ustaz, saya berniat nak bagi rumah yang saya tinggal ini kepada anak bongsu saya, tapi saya risau nanti anak saya jual rumah rumah tersebut kepada orang lain atau mencagarkan rumah ini kepada kepada Bank ❓ saya tak nk tinggal tempat lain" ❗️ Silakam tonton video untuk penerangan lanjut 😊 ================ Dapatkan nasihat berkaitan pengurusan harta berlandaskan syariat. hubungi Ustaz Qutaibah Ismail 👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻 http://www.wasap.my/60137220102 http://www.wasap.my/60137220102
إظهار الكل...
5.25 MB
Photo unavailableShow in Telegram
📣📢Seruan Mengerjakan Umrah & Ziarah 🔊🔊 UMRAH CUTI SEKOLAH Umrah bersama Mutawwif Ustaz Qutaibah, Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji. Maklumat pakej seperti berikut:  🗓 Tarikh:  13 September - 24 September (12 Hari 10 Malam) ✈️ Penerbangan:  Emirates Pergi [KUL-DXB-JED]  Balik [MED-DXB-KUL] 💰Harga Pakej: Rm 8990 Untuk maklumat lanjut boleh hubungi secara langsung ustaz Qutaibah Tekan link dibawah 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇 http://www.wasap.my/60137220102 http://www.wasap.my/60137220102
إظهار الكل...
03:49
Video unavailableShow in Telegram
Soal Jawab Agama | Wasiat dan Hibbah Wasiat ada syarat tertentu yang harus kita fahami Dapatkan nasihat berkaitan pengurusan harta berlandaskan syariat. Boleh Pm Ustaz Qutaibah Ismail 👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻 http://www.wasap.my/60137220102 dan boleh ikuti chanel Ustaz Qutaibah https://t.me/pejuang_dakwah
إظهار الكل...
4.30 MB
https://t.me/FauziAsmuni Penutupan KFC: Mari Berkongsi Keperitan 1. Berita penutupan 108 cawangan KFC saya sambut dengan perasaan bercampur baur. Ada kegembiraan kerana nampaknya rakyat Malaysia makin menolak produk yang ada kaitan dengan AS. Ada sedikit rasa kurang selesa kerana penutupan itu sudah tentu menyebabkan ramai pekerjanya dari rakyat negara ini yang majoritinya orang Melayu Islam akan hilang pekerjaan. Dengan suasana ekonomi yang meruncing sekarang, sudah tentu kehilangan pekerjaan adalah satu yang sukar buat mereka semua. 2. Tapi begitulah harga perjuangan yang kita perlu tanggung jika kita serius ingin terlibat merasai sekali keperitan saudara kita di Palestin dan terlibat di dalam mengaut pahala jihad bersama mereka. 3. Tidak ada siapa yang boleh menafikan boikot memberi kesan kepada Israel dan pembela kuatnya iaitu AS. Mereka perlukan bantuan kewangan yang banyak untuk membunuh rakyat Palestin. Setiap sen yang berjaya dihalang dari sampai ke Israel adalah rahmat dan keringanan kepada warga Palestin. Sen dan ringgit yang berjaya dihalang akan memeritkan Israel ... dan itu adalah jihad kerana ia termasuk di dalam menjejak tempat yang menimbulkan kemarahan musuh. Firman Allah: ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ وَلَا نَصَبٌ وَلَا مَخْمَصَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَطَئُونَ مَوْطِئًا يَغِيظُ الْكُفَّارَ وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَّيْلًا إِلَّا كُتِبَ لَهُم بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ ".... demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka (pahala) amal yang soleh..." (At Taubah: 120) 4. Palestin tidak akan merdeka selagi umat keseluruhannya tidak merasai keperitan yang dirasai oleh warga Palestin. Mereka di sana syahid, kehilangan keluarga, kehilangan rumah, tiada makanan, tiada rawatan, tidak cukup tidur, sentiasa kebimbangan, air mata sentiasa mengalir, masa depan masih kelam dan segala macam kesengsaraan yang sukar untuk kita gambarkan. Jika keperitan itu tidak ditanggung seorang sedikit oleh umat yang lain secara kolektif, bagaimana mampu Israel yang dibangun dan dipertahankan oleh sekutu mereka dari seluruh dunia akan jatuh? 5. Ketika saya dan rakan-rakan dari GSPP bertemu dengan pengurusan McDonald, kami nyatakan bahawa kami yakin bahawa hati dan jiwa pengurusan McDonald bersama Palestin. Kepada pengurusan dan pekerja KFC, saya nyatakan perkara yang sama; jiwa dan hati anda semua saya yakin bersama Palestin. Jadi marilah kita sama-sama melakukan sesuatu untuk Palestin dan bersama menanggung keperitan itu. 6. Saya yakin ada banyak alternatif yang boleh dilakukan oleh pengurusan dan pekerja KFC berdepan suasana ini. Di mana ada kemahuan, di situ sudah pasti ada jalan. 7. Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar tidak menjadikan isu boikot ini sebagai faktor perpecahan kita. Tidak perlu memprovokasi. Tidak perlu mengejek dan menyindir. Jika ada cadangan yang lebih baik bagaimana isu boikot ini dapat dikurangkan mudharatnya kepada warga Malaysia, cadang dan bincangkanlah dengan baik melalui saluran yang betul. Amat rugi jika gerakerja boikot yang disambut baik dan menyatukan sebahagian warga Barat, tetapi di negara kita ianya menjadi faktor perpecahan. Wallahu a'lam Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
إظهار الكل...
Ust Muhammad Fauzi Asmuni

Satu perkongsian ....

Photo unavailableShow in Telegram
Matlamat | Tidak Menghalalkan Cara أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ: مَنِ اقْتَطَعَ شِبْرًا مِنَ الْأَرْضِ ظُلْمًا طَوَّقَهُ اللَّهُ إِيَّاهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ سَبْعِ أَرَضِينَ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mengambil sejengkal tanah dengan cara zalim,  Allah SWT akan mengalungkan kepadanya dari tujuh petala bumi." (HR Bukhari dan Muslim)
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Info Penting | Aset 2 Nama 🗣Ramai dalam masyarakat kita yang belum tahu atau belum faham mengenai mengenai isu ini ❗️ 😊 ramai yang bergembira bila mereka berjaya membuat loan perumahan melalui join loan dua nama. 📍Sangkaan mereka. jika nanti bila salah seorang meninggal dunia, rumah itu akan dimiliki oleh salah seorang orang yg masih hidup. Namun sangkaan nya Meleset ❗️❗️ 🧐cuba perhatikan gambar diatas dan cuba memahaminya. kena ingat ❗️ 🔸 jika kita tidak melakukan apa2 perancangan, maka ianya sudah pasti akan jadi begitu. 🔸Namun jika kita merancang, kita dapat mengelak daripada jadi seperti itu. #InfoPengurusanHarta Untuk pertanyaan lanjut, tekan link di bawah https://wa.me/message/Z3NJ2FDB6ASSP1
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Info Penting | Hutang Si Mati Bolehkah Hutang Si Mati Dibahagikan Mengikut Faraid ❓ 🗣Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya sebaik- sebaik dalam kalangan kami ialah orang yang paling baik dalam menunaikan hutang" 📍Langsaikan hutang simati dahulu menggunakan dari hartanya. 📍Jika masih berbaki hutang, maka ketahuilah bahawa waris tidak wajib melangsaikan hutangnya, melainkan hutang itu diwasiat kan. jika waris ingin melangsaikannya juga, maka pembayaran itu adalah belas ihsan daripada waris2. pengajaran ❗️ 🔸Oleh itu sentiasa beringat, ketika kita nak berhutang, pastikan kita bertanggungjawab terhadapnya. 🔸kita perlu sediakan harta utk membayar hutang2 tersebut. wariskan harta, bukan wariskan hutang❗️ 🤲 semoga ruh kita dalam keadaan aman dan sejahtera selepas pemergian kita nanti. Moga Bermanfaat. #InfoPengurusanHarta Untuk pertanyaan lanjut, tekan link di bawah https://wa.me/message/Z3NJ2FDB6ASSP1
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Info Penting | Harta Bukan Harta Pusaka 🗣 Adakah Semua harta simati dianggap Harta Pusaka ❓ 📌Tidak Semua harta 💰 Si Mati adalah harta Pusaka. Ada harta yang tidak diketegorikan sebagai harta pusaka. Antaranya ialah : 🔸Duit Riba hasil daripada pelaburan atau akaun simpanan Konvensional (KWSP contohnya) 🔸 Duit atau Pelaburan daripada hasil Rasuah (Terima atau Bagi) 🔸 Duit Khairat Kematian 🔸 Pencen Terbitan dan Gratuiti Terbitan 🔸 Harta yang di pegang secara amanah oleh Si Mati  🔸Harta Si Mati yang telah di Waqafkan (walaupun belum diserahkan kepada pemegang amanah) 🔸Harta yang telah di jual oleh Si Mati (Walaupun belum buat pertukaran nama) 🔸Harta yang dipinjam oleh Si Mati sewaktu hidup 🔸Harta yang telah diberi kepada orang lain semasa hidup (Hibah Mutlak atau Hibah Bersyarat) 🔸Duit sedekah dan pemberian orang ramai yang menziarahi jenazah Simati 🔸Duit Pampasan dr Insuran (setelah di tolak modal carumannya) Untuk pertanyaan lanjut, tekan link di bawah https://wa.me/message/Z3NJ2FDB6ASSP1
إظهار الكل...
10:01
Video unavailableShow in Telegram
27.23 MB