cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Perjalanan mencari redhoNya

Coretan pencari redho Ilahi. ✍🏻 "Yang paling mudah itu mencari kesalahan orang lain. Akan tetapi yang sukar itu mengakui kesalahan diri sendiri. Maka banyakkanlah bermuhasabah diri."

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدلم يتم تحديد اللغةالفئة غير محددة
مشاركات الإعلانات
644
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
لا توجد بيانات30 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Assalamualaikum, perjalanan menuju kemuncak ramadhan hanya tinggal separuh purnama. Semoga semua baik² dan mendapat keberkatan dari Allah. ☀️ @redhoNya
إظهار الكل...
💥MIMPI SEORANG GADIS💥 ✨💕Untuk Renungan Bersama.💕✨ Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood. Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya. "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaati mu dan menurut perintah agama" Lalu dijawab oleh ayahnya, "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia" Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.. IN SYAA ALLAH." "WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..... #Tidak berat mana pon hanya baca copy dan paste sahaja :') BACALAH. #ImanQowiyySharing @ImanQowiyy 🐝
إظهار الكل...
Moga itu bukan kita... 🍃🍃 🍁 @redhoNya
إظهار الكل...
Banykkan belajar adab. Sebab itu lah yang boleh melembutkan hati kita ni. Jangan terlalu angkuh dan memandang hina pada orang lain. @ImanQowiyy
إظهار الكل...
Jika kita tak mampu menjadi pensil untuk menulis kebahagiaan orang lain. Jadilah seperti pemadam untuk memadam kesedihan orang lain. ❤️ 🍁 @redhoNya
إظهار الكل...
"Akan ada sesuatu yang menantimu selepas kesabaran yang telah kau jalani, yang akan membuatmu terpana hingga kau lupa pedihnya rasa sakit." 🍁 @redhoNya
إظهار الكل...
🚕Kisah seorang pemandu teksi yang sabar🚕 Ketika teksi bergerak dengan kelajuan sederhana melewati satu kawasan, tiba tiba muncul sebuah kereta yang keluar ke jalan dari arah parkir tanpa memberi isyarat Hal tersebut menyebabkan pemandu teksi terpaksa menekan brek kecemasan untuk elak dari pelanggaran. Apa yang berlaku selepas itu sangat tidak diduga kerana pemandu kereta itu bukan sahaja tidak meminta maaf, malah dia memaki hamun kepada pemandu teksi itu seolah olah si pemandu teksi itu yang bersalah Apa reaksi si pemandu teksi? Dia hanya melambai kpd pemandu tadi dan tersenyum, lalu meneruskan pemanduan Penumpangnya bertanya dengan hairan, " Kenapa tuan buat begitu? Bukankah dia yang bersalah? Dia hampir menyebabkan teksi tuan rosak teruk dan kita masuk hospital. " Lihat apa jawapan si pemandu teksi , " Ramai orang dlm dunia ni ibarat lori sampah. Ke mana mana pergi, mereka bawa 'sampah'. Penuh dengan rasa kecewa, marah dendam dan tidak puas hati. Apabila sampah sarap itu sudah penuh, mereka perlukan tempat untuk membuangnya. Kadang kadang sampah yang dibuang itu terkena pada kita Jangan lah ambil hati. Kita balas dengan senyuman, ucap selamat dan teruskan kehidupan seperti biasa. Jangan biarkan sampah itu terpalit pada kita dan kita pula sebarkan kepada orang lain Ya, ketika kita boleh memilih untuk marah, kita juga boleh memilih yang lebih baik iaitu memberi kemaafan. Dari situ kita dapat membersihkan diri daripada 'sampah' mazmumah " 🌹 #ceritahikmah #redhoNyasharing 🍁 @redhoNya
إظهار الكل...
Assalamualaikum wbt... Salam Pagi Jumaat 🌹 Ya Allah... Jadikan hari ini kehidupan kami dipermudahkan segala urusan, diberkati, dilimpahi rezeki yang tiada henti, kesihatan dan keceriaan yang tiada berbelah bagi, dapat memberi lebih sedekah dan hadiah pada mereka² yang membantu kami di masa lalu serta dapat terus beribadah kepada Allah Yang Satu.. Syukur Ya Allah atas segala RahmatMu.. Terima kasih Ya Allah.. Aamiin Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.. 📌 @redhoNya
إظهار الكل...
"Hati sakit, jantung pun tak tahu. Jiwa merana, mulut masih manis mengukir tawa." Sungguh. Putaran suka dan duka perlu ada. Kau juga perlu menangis, bukan cuma pandai tertawa kerana kau bukan orang gila. Kau perlu sakit juga agar kau tahu pedihnya luka, lalu tahu nikmat kesembuhannya. Sesekali kau juga perlu tersasar agar kau tahu nikmatnya istighfar. |youngmujaheedah| 🍁 @redhoNya
إظهار الكل...