ar
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

الذهاب إلى القناة على Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
1 866
المشتركون
-324 ساعات
-47 أيام
-630 أيام
أرشيف المشاركات
“Kita sama-sama umat Baginda Nabi Muhammad ﷺ... Baginda sangat perihatin akan derita jiwa umatnya, sangat menginginkan keseja
“Kita sama-sama umat Baginda Nabi Muhammad ﷺ... Baginda sangat perihatin akan derita jiwa umatnya, sangat menginginkan kesejahteraan utk umatnya dan sangat kasih pada yang beriman. Jika Baginda Nabi pun inginkan kesejahteraan untuk semua walau beza agama dan bangsa, mengapa pula kita suka kemudaratan pada orang lain. Bukankah yang suka kemudaratan pada anak cucu Adam itu adalah iblis dan syaitan?”

NEGARA INI LAHIR DENGAN HIKMAH Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 bukan dicapai melalui perang saudara yang panjang, tetapi melalui hikmah, rundingan dan kebijaksanaan pelbagai pihak. Raja-Raja Melayu memainkan peranan penting dalam pembentukan negara, manakala proses pembinaan Perlembagaan melibatkan pelbagai sesi perundingan dan pandangan rakyat. Lebih 118 perjumpaan telah diadakan oleh Suruhanjaya Reid pada tahun 1956, di samping menerima lebih 130 memorandum daripada pelbagai pihak demi membentuk asas sebuah negara merdeka. Inilah antara sejarah yang perlu dikenang oleh generasi hari ini. Bahawa negara ini dibina atas adab, muafakat dan jiwa bangsa. Semoga dengan pasak tauhid dan cinta Rasulullah ﷺ, kasih agama dan watan, menyatukan masyarakat…. menuju peradaban yang lebih harmoni. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #SekretariatSelawatMalaysia #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #SejarahMalaysia

Menarik perkongsian daripada Public Health Malaysia bahawa kesihatan awam bukan sekadar soal hospital dan ubat, tetapi juga t
Menarik perkongsian daripada Public Health Malaysia bahawa kesihatan awam bukan sekadar soal hospital dan ubat, tetapi juga tentang adab, disiplin, hormat dan tanggungjawab dalam masyarakat. Apabila manusia hidup dengan adab, masyarakat akan lebih aman. Apabila masyarakat saling menghormati, kesejahteraan akan lebih mudah dipelihara. Sebab itu majlis-majlis yang menyatukan hati melalui Al-Quran, selawat dan nilai kasih sayang juga penting dalam membina masyarakat yang sihat dari sudut jiwa dan akhlak. Daripada gelombang Bukit Bintang Berselawat 3.0, kini kita terus menyuburkan semangat perpaduan, keharmonian dan cinta kepada tanah air melalui “Malam Berselawat, Menjunjung Daulat”. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur —Terinspirasi daripada perkongsian Public Health Malaysia dan semangat Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Sumber : https://www.facebook.com/share/p/1GrtVvJVvC/?mibextid=wwXIfr

“…Kami jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan.” — Surah Al-Hujurat : 13 Daripada gelombang Bukit Bintang Berselawat, kini kita bersama meneruskan langkah mahabbah melalui “Malam Berselawat, Menjunjung Daulat” demi menyuburkan perpaduan, adab, kasih sayang dan cinta kepada tanahair dalam masyarakat. Anda sudah bersedia? #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Terima kasih kepada Madrasah Syeikhul Ariffien atas perkongsian video bacaan Al-Quran sempena program Bukit Bintang Berselawat 3.0. Melihat penyertaan anak-anak muda yang hadir dengan penuh semangat dan mahabbah menjadi satu harapan besar buat masa depan ummah dan negara. Semangat ini perlu terus disuburkan dan diteruskan dalam gelombang seterusnya melalui “Malam Berselawat Menjunjung Daulat”. Kerana jiwa yang cinta kepada Allah dan Rasulullah ﷺ juga akan belajar mencintai keamanan, menghargai tanah air serta memelihara keharmonian masyarakat dengan adab dan tanggungjawab. Moga Allah pelihara generasi muda kita dengan iman, adab dan kasih sayang serta semangat cintakan tanahair bumi berdaulat ini. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Sumber : Madrasah Syeikhul Ariffien https://vt.tiktok.com/ZSxP4cCLY/

Terima kasih kepada MG Merc Tune atas perkongsian yang sangat baik, penuh adab dan semangat perpaduan ini. Semoga usaha seper
Terima kasih kepada MG Merc Tune atas perkongsian yang sangat baik, penuh adab dan semangat perpaduan ini. Semoga usaha seperti ini menjadi asbab penyatuan hati masyarakat melalui mahabbah kepada Rasulullah ﷺ, penghormatan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu serta kecintaan kepada keamanan dan tanah air. Moga terus lahir generasi yang berjiwa besar, beradab dan memahami pentingnya menjaga keharmonian negara bersama. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Sumber : MG Merc Tune https://www.facebook.com/share/p/1CdGoKMLni/?mibextid=wwXIfr

Bukit Bintang Berselawat dah bawa gelombang penyatuan rakyat yang telah meletakkan kecintaan kepada Rasulullah saw sebagai simbol perpaduan, keamanan dan penyatuan jiwa. Daripada semangat tersebut, sekarang kita move kepada “Malam Berselawat, Menjunjung Daulat”. Ia adalah tanda sokongan yang tak berbelah bagi kepada kedaulatan negara dan Institusi Raja-Raja Melayu. Dalam konteks tanah air kita, institusi Raja-Raja Melayu mempunyai kedudukan yang sangat besar sebagai payung agama, simbol perpaduan dan kedaulatan negara. Kita memuliakan Institusi Diraja bukan soal taksub, tetapi sebahagian daripada menjaga kestabilan, adab dan keharmonian yang menjadi tunjang negara ini sejak sekian lama. Apabila rakyat hilang adab terhadap agama dan kepimpinan, maka runtuhlah kekuatan dalaman sebuah bangsa. Kita sama-sama berkumpul dan berselawat untuk menghidupkan kembali akar diri bangsa kita iaitu ruh yang hidup dengan Allah dan jiwa yang sentiasa berhubung dengan Rasulullah saw. Barakah selawat itu sebagai suatu jalan membentuk jiwa yang cinta kepada keamanan dan cinta kepada tanah air yang dipayungi Islam dan Institusi Raja-Raja Melayu. Sollu Alan Nabiy! Jom kita! 6.6.2026 | Masjid Bandar Saujana Putra. Oh ya. Cantik tarikh majlis. ❤️💪🏻 #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Sumber : Nurul Syahida Arifin https://www.facebook.com/share/p/1D9wMAv929/?mibextid=wwXIfr

photo content

Ramai melihat ribuan manusia berhimpun. Tetapi tidak semua melihat adab yang sedang dibina. Bukit Bintang Berselawat bukan sekadar himpunan crowd manusia, tetapi himpunan hati yang dipertautkan oleh cinta kepada Rasulullah ﷺ Di tengah dunia yang semakin bising dengan kebencian... masih ada manusia yang memilih jalan selawat, adab dan perpaduan. Kerana menjunjung daulat bukan tentang kebencian, tetapi tentang menjaga warisan, keharmonian dan maruah masyarakat dengan hikmah dan adab. Dan perjalanan itu tidak berhenti di sini... Daripada selawat lahir perpaduan. Daripada adab terpelihara daulat. "MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT" Gelombang ini belum berakhir. Ayuh menyahut, kita teruskan perjalanan ini bersama. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Sumber video : HaRUM Malaysia https://vt.tiktok.com/ZSxPmdc9x/

𝗔𝗦𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠𝗨𝗔𝗟𝗔𝗜𝗞𝗨𝗠 𝗪𝗕𝗧 Gelombang yang bermula melalui Bukit Bintang Berselawat hingga yang akan datang iaitu M
𝗔𝗦𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠𝗨𝗔𝗟𝗔𝗜𝗞𝗨𝗠 𝗪𝗕𝗧 Gelombang yang bermula melalui Bukit Bintang Berselawat hingga yang akan datang iaitu Malam Berselawat Menjunjung Daulat kini melangkah dengan identiti dan wajah baharu. Dengan penuh rasa syukur dan mahabbah, kami memperkenalkan identiti serta logo rasmi baharu : Sekretariat Selawat Malaysia (SSM) Sebuah platform yang lahir daripada gelombang cinta Rasulullah ﷺ melalui Bukit Bintang Berselawat, kini melangkah dengan gerakan yang lebih luas, tersusun dan berterusan. SSM membawa aspirasi untuk menyatukan masyarakat melalui selawat, menyuburkan mahabbah, memperkukuhkan ukhuwah serta membina peradaban yang berteraskan nilai Islam dan kasih kepada Nabi Muhammad ﷺ. Seiring dengan perkembangan ini, platform rasmi Telegram dan Facebook juga akan menggunakan identiti baharu di bawah nama Sekretariat Selawat Malaysia Daripada selawat, lahirnya penyatuan. Daripada mahabbah, terbinanya peradaban. #SekretariatSelawatMalaysia #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat

𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗘𝗠𝗨 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗜𝗧 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗠𝗔 Dalam suasana masyarakat yang semakin mudah hilang adab dan hormat terhadap institusi negara, umat memerlukan ruang yang menghidupkan kembali nilai mahabbah, akhlak dan persaudaraan. Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) hadir bukan untuk memecah-belahkan, tetapi untuk mengingatkan bahawa kekuatan sebuah negara tidak hanya terletak pada pembangunan dan kuasa, bahkan pada adab terhadap agama, warisan serta institusi yang menjadi payung kedaulatan negara. Di bumi Malaysia yang dibina atas sejarah, perlembagaan dan kesultanan Melayu Islam, selawat menjadi bahasa penyatuan yang mendidik jiwa agar kembali mengenal hormat, hikmah dan kasih sesama masyarakat. Kerana apabila manusia mengenal Rasulullah SAW, mereka belajar untuk beradab, menghormati, dan menjaga keharmonian watan. Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) bertujuan menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar anak muda, mahasiswa, mat motor, pekerja, keluarga dan pencinta selawat dalam satu gelombang mahabbah yang menyatukan hati. “Bila hati dipertemukan kerana Rasulullah, persaudaraan menjadi lebih kuat daripada segala perbezaan.” ✨ Sabtu | 6 Jun 2026 | 9.00 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor Ikuti Telegram Rasmi : 🔗 https://t.me/BukitBintangBerselawat Facebook Rasmi : 🔗 https://www.facebook.com/share/1CRcaLdBrF/?mibextid=wwXIfr #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuhammadForAll #BukitBintangBerselawat #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

“Bila hati dipertemukan kerana Rasulullah, persaudaraan menjadi lebih kuat daripada segala perbezaan.” ✨ Sabtu | 6 Jun 2026 |
“Bila hati dipertemukan kerana Rasulullah, persaudaraan menjadi lebih kuat daripada segala perbezaan.” ✨ Sabtu | 6 Jun 2026 | 9.00 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor Ikuti Telegram Rasmi : 🔗 https://t.me/BukitBintangBerselawat Facebook Rasmi : 🔗 https://www.facebook.com/share/1CRcaLdBrF/?mibextid=wwXIfr #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuhammadForAll #BukitBintangBerselawat #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Dalam deras perubahan zaman, umat ini tidak boleh kehilangan akar. Kerana sebuah peradaban tidak dibina dengan kemajuan semata-mata, tetapi dengan hati yang mengenal Tuhan dan mencintai RasulNya. Semoga usaha ini melahirkan generasi yang menguatkan kasih kepada Nabi SAW, memelihara warisan bangsa dan budaya, serta menyuburkan semangat membina negara yang bermaruah dan berdaulat. ✨ Malam Berselawat Menjunjung Daulat 🗓 Sabtu, 6 Jun 2026 🕘 9.00 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor Ikuti Facebook kami di : https://www.facebook.com/share/r/183kawgzCS/?mibextid=wwXIfr #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuhammadForAll #BukitBintangBerselawat #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Semoga usaha ini menjadi titik kebangkitan jiwa ummah dalam memperkukuh cinta kepada Rasulullah SAW, memelihara warisan bangs
+5
Semoga usaha ini menjadi titik kebangkitan jiwa ummah dalam memperkukuh cinta kepada Rasulullah SAW, memelihara warisan bangsa serta membina masa depan negara yang bermaruah dan berdaulat. Malam Berselawat Menjunjung Daulat Sabtu, 6 Jun 2026 • 9 malam Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuhammadForAll #BukitBintangBerselawat #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Terima kasih saudari Ateh Yani atas perkongsian yang penuh makna ini. https://www.facebook.com/share/p/1GMPAyYHR7/?mibextid=wwXIfr ⸻ Dengan selawat mengubat insan, menjunjung daulat. Tahniah kepada pihak Bukit Bintang Berselawat. Kami yang hadir sejak : ✨ Bukit Bintang Berselawat 1.0 Gelombang awal yang menghimpunkan lautan manusia di Pavilion sempena Maulid Nabi SAW. Penuh kemeriahan selawat dan cinta kepada Rasulullah SAW. ✨ Bukit Bintang Berselawat 2.0 Semakin berkembang dengan semangat menyambut Maulid Nabi SAW, Hari Malaysia serta solidariti buat Palestin yang ketika itu sedang diuji dengan serangan yang dahsyat. ✨ Bukit Bintang Berselawat 3.0 Gelombangnya terus meningkat dengan lautan manusia memuji Sayyidina Rasulullah SAW dalam usaha mengangkat hiburan beradat dan budaya luhur yang berpaksi kepada identiti negara berdaulat. Usai BBB 3.0, lahirlah pula seruan untuk bersama dalam Malam Berselawat Menjunjung Daulat di Masjid Bandar Saujana Putra — sebuah himpunan yang meneruskan semangat selawat sambil menyemai kesedaran tentang peranan Institusi Raja dalam menjaga agama, rakyat dan negara tercinta. Jumpa nanti 💪🏻🇲🇾 #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuhammadForAll #BukitBintangBerselawat #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

photo content
+2

SIARAN MEDIA Dari Bukit Bintang Berselawat 3.0 ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat Selangor | Mei 2026 Gelombang kecintaan kepada Rasulullah SAW yang dizahirkan melalui program Bukit Bintang Berselawat 3.0 kini diteruskan menerusi sebuah lagi himpunan penuh mahabbah iaitu “Malam Berselawat Menjunjung Daulat” yang bakal berlangsung pada Sabtu, 6 Jun 2026 di Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor. Program ini membawa semangat penyatuan ummah melalui selawat, pengukuhan jati diri bangsa serta memperkasakan hubungan antara rakyat dan Institusi Raja sebagai tunjang penting dalam pembinaan Peradaban Islam di negara ini. Intipati & Aspirasi Program 1. Menyambung Gelombang Cinta Rasulullah SAW Jika Bukit Bintang Berselawat 3.0 menjadi simbol penyatuan masyarakat pelbagai lapisan di tengah kota melalui cinta kepada Nabi Muhammad SAW, maka Malam Berselawat Menjunjung Daulat hadir membawa roh kesinambungan tersebut ke arah pembinaan masyarakat yang lebih beradab, bersatu dan berteraskan Islam. 2. Mengukuhkan Hubungan Istana dan Rakyat Program ini menjadi usaha memperkukuh hubungan antara Istana dan rakyat dalam semangat saling berganding membina bangsa yang berteraskan Ketauhidan, penghayatan tasawuf, kesatuan ummah serta kedaulatan Institusi Raja dalam membina Peradaban Islam. 3. Memelihara Jati Diri Bangsa Melayu-Islam Malam berselawat ini turut mengangkat kembali nilai adab, warisan dan identiti bangsa Melayu-Islam agar tidak tenggelam dalam arus budaya luar yang semakin menghakis jati diri generasi masa kini. 4. Memartabatkan Bahasa Melayu dan Budaya Bangsa Keutamaan terhadap Bahasa Melayu Istana, adab budaya bangsa serta pengukuhan ilmu agama amat penting dalam membentuk kepimpinan berwibawa yang dekat dengan akar tradisi dan nilai Islam. Pengaruh budaya luar yang keterlaluan sehingga menghakis kefasihan generasi muda terhadap Bahasa Melayu serta melemahkan penguasaan bahasa ibunda wajar diberi perhatian demi memelihara maruah bangsa dan warisan negara. 5. Membina Generasi Pewaris Berjiwa Peradaban Generasi pewaris kepimpinan negara perlu diperkukuh dengan kefahaman agama, sejarah bangsa serta kebudayaan masyarakat pelbagai kaum supaya benar-benar menjadi tiang agama dan payung kepada seluruh rakyat. Penutup Semoga program ini menjadi titik penyatuan hati, menghidupkan kembali semangat cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW, menjunjung Institusi Raja berlandaskan syariat serta membina masa depan negara yang berteraskan iman, adab dan peradaban. Sekretariat Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuhammadForAll #BukitBintangBerselawat #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

photo content

Alhamdulillah Bukit Bintang Berselawat 3.0 membawa mesej Cinta dan kedamaian kepada dunia, One Selawat Event at a time. Inilah warna Malaysia, pelbagai kaum dirai bersama, sambutan kita penuh kesantunan dan menyantuni budaya. Sumber video : Ichan #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #MalamBerselawatMenjunjungDaulat

Adakah Kita Sedar 3 Perkara Asas Yang Membina Keharmonian Sebenar Dalam Negara? Sebagai komuniti yang cintakan kedamaian dan kebenaran, kita sentiasa ada ruang untuk kembali kepada titik persamaan. Mari fahami tiga asas penting yang mengikat persaudaraan dan kedaulatan kita bersama : 1. Setiap manusia ciptaan Allah yang mulia. Bangsa bukanlah pilihan, melainkan anugerah Yang Maha Pencipta. Kita melihat semua manusia sebagai Bani Adam dan umat Rasulullah SAW dengan penuh rasa hormat. 2. Menolak sikap melampau. Perjuangan kita bukanlah untuk membenci sesuatu bangsa, tetapi semata-mata menolak kebiadapan dan sikap ekstrem kumpulan tertentu secara berhemah dan berlandaskan keadilan. 3. Menjunjung tinggi institusi kesultanan. la adalah simbol penyatuan dan kedaulatan bumi bertuah ini. Wajib buat kita menyokong dan mempertahankan institusi ini di atas paksi kebenaran agar kedaulatannya terus dihormati. Mesej penyatuan ini memberikan satu harapan yang indah. Bayangkan masyarakat teguh bersatu, menegakkan kebenaran dengan adab dan kasih sayang. Kita mampu membina persekitaran positif di mana Islam dijunjung, Raja berdaulat, dan rakyat hidup bermaruah. Sumber video : I-Madina Langkah BBB 3.0 akan diteruskan dengan Malam Berselawat Menjunjung Daulat yang akan diumumkan tarikhnya sedikit masa lagi… Nantikan. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #MalamBerselawatMenjunjungDaulat