Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
الذهاب إلى القناة على Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
إظهار المزيدلم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
1 842
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-57 أيام
-1430 أيام
أرشيف المشاركات
Ramai melihat ribuan manusia berhimpun.
Tetapi tidak semua melihat adab yang sedang dibina.
Bukit Bintang Berselawat bukan sekadar himpunan crowd manusia,
tetapi himpunan hati yang dipertautkan oleh cinta kepada Rasulullah ﷺ
Di tengah dunia yang semakin bising dengan kebencian...
masih ada manusia yang memilih jalan selawat, adab dan perpaduan.
Kerana menjunjung daulat bukan tentang kebencian,
tetapi tentang menjaga warisan, keharmonian dan maruah masyarakat dengan hikmah dan adab.
Dan perjalanan itu tidak berhenti di sini...
Daripada selawat lahir perpaduan.
Daripada adab terpelihara daulat.
"MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT"
Gelombang ini belum berakhir.
Ayuh menyahut, kita teruskan perjalanan ini bersama.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#BukitBintangBerselawat
#MuhammadForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Sumber video : HaRUM Malaysia
https://vt.tiktok.com/ZSxPmdc9x/
𝗔𝗦𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠𝗨𝗔𝗟𝗔𝗜𝗞𝗨𝗠 𝗪𝗕𝗧
Gelombang yang bermula melalui Bukit Bintang Berselawat hingga yang akan datang iaitu Malam Berselawat Menjunjung Daulat kini melangkah dengan identiti dan wajah baharu. Dengan penuh rasa syukur dan mahabbah, kami memperkenalkan identiti serta logo rasmi baharu :
Sekretariat Selawat Malaysia (SSM)
Sebuah platform yang lahir daripada gelombang cinta Rasulullah ﷺ melalui Bukit Bintang Berselawat, kini melangkah dengan gerakan yang lebih luas, tersusun dan berterusan.
SSM membawa aspirasi untuk menyatukan masyarakat melalui selawat, menyuburkan mahabbah, memperkukuhkan ukhuwah serta membina peradaban yang berteraskan nilai Islam dan kasih kepada Nabi Muhammad ﷺ.
Seiring dengan perkembangan ini, platform rasmi Telegram dan Facebook juga akan menggunakan identiti baharu di bawah nama Sekretariat Selawat Malaysia
Daripada selawat, lahirnya penyatuan.
Daripada mahabbah, terbinanya peradaban.
#SekretariatSelawatMalaysia
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#BukitBintangBerselawat
𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗘𝗠𝗨 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗜𝗧 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗠𝗔
Dalam suasana masyarakat yang semakin mudah hilang adab dan hormat terhadap institusi negara, umat memerlukan ruang yang menghidupkan kembali nilai mahabbah, akhlak dan persaudaraan.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) hadir bukan untuk memecah-belahkan, tetapi untuk mengingatkan bahawa kekuatan sebuah negara tidak hanya terletak pada pembangunan dan kuasa, bahkan pada adab terhadap agama, warisan serta institusi yang menjadi payung kedaulatan negara.
Di bumi Malaysia yang dibina atas sejarah, perlembagaan dan kesultanan Melayu Islam, selawat menjadi bahasa penyatuan yang mendidik jiwa agar kembali mengenal hormat, hikmah dan kasih sesama masyarakat.
Kerana apabila manusia mengenal Rasulullah SAW,
mereka belajar untuk beradab,
menghormati,
dan menjaga keharmonian watan.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) bertujuan menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar anak muda, mahasiswa, mat motor, pekerja, keluarga dan pencinta selawat dalam satu gelombang mahabbah yang menyatukan hati.
“Bila hati dipertemukan kerana Rasulullah, persaudaraan menjadi lebih kuat daripada segala perbezaan.”
✨ Sabtu | 6 Jun 2026 | 9.00 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor
Ikuti Telegram Rasmi :
🔗 https://t.me/BukitBintangBerselawat
Facebook Rasmi :
🔗 https://www.facebook.com/share/1CRcaLdBrF/?mibextid=wwXIfr
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuhammadForAll
#BukitBintangBerselawat
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
“Bila hati dipertemukan kerana Rasulullah, persaudaraan menjadi lebih kuat daripada segala perbezaan.”
✨ Sabtu | 6 Jun 2026 | 9.00 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor
Ikuti Telegram Rasmi :
🔗 https://t.me/BukitBintangBerselawat
Facebook Rasmi :
🔗 https://www.facebook.com/share/1CRcaLdBrF/?mibextid=wwXIfr
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuhammadForAll
#BukitBintangBerselawat
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Dalam deras perubahan zaman, umat ini tidak boleh kehilangan akar.
Kerana sebuah peradaban tidak dibina dengan kemajuan semata-mata, tetapi dengan hati yang mengenal Tuhan dan mencintai RasulNya.
Semoga usaha ini melahirkan generasi yang menguatkan kasih kepada Nabi SAW, memelihara warisan bangsa dan budaya, serta menyuburkan semangat membina negara yang bermaruah dan berdaulat.
✨ Malam Berselawat Menjunjung Daulat
🗓 Sabtu, 6 Jun 2026
🕘 9.00 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor
Ikuti Facebook kami di :
https://www.facebook.com/share/r/183kawgzCS/?mibextid=wwXIfr
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuhammadForAll
#BukitBintangBerselawat
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
+5
Semoga usaha ini menjadi titik kebangkitan jiwa ummah dalam memperkukuh cinta kepada Rasulullah SAW, memelihara warisan bangsa serta membina masa depan negara yang bermaruah dan berdaulat.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
Sabtu, 6 Jun 2026 • 9 malam
Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuhammadForAll
#BukitBintangBerselawat
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Terima kasih saudari Ateh Yani atas perkongsian yang penuh makna ini.
https://www.facebook.com/share/p/1GMPAyYHR7/?mibextid=wwXIfr
⸻
Dengan selawat mengubat insan, menjunjung daulat.
Tahniah kepada pihak Bukit Bintang Berselawat. Kami yang hadir sejak :
✨ Bukit Bintang Berselawat 1.0
Gelombang awal yang menghimpunkan lautan manusia di Pavilion sempena Maulid Nabi SAW. Penuh kemeriahan selawat dan cinta kepada Rasulullah SAW.
✨ Bukit Bintang Berselawat 2.0
Semakin berkembang dengan semangat menyambut Maulid Nabi SAW, Hari Malaysia serta solidariti buat Palestin yang ketika itu sedang diuji dengan serangan yang dahsyat.
✨ Bukit Bintang Berselawat 3.0
Gelombangnya terus meningkat dengan lautan manusia memuji Sayyidina Rasulullah SAW dalam usaha mengangkat hiburan beradat dan budaya luhur yang berpaksi kepada identiti negara berdaulat.
Usai BBB 3.0, lahirlah pula seruan untuk bersama dalam Malam Berselawat Menjunjung Daulat di Masjid Bandar Saujana Putra — sebuah himpunan yang meneruskan semangat selawat sambil menyemai kesedaran tentang peranan Institusi Raja dalam menjaga agama, rakyat dan negara tercinta.
Jumpa nanti 💪🏻🇲🇾
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuhammadForAll
#BukitBintangBerselawat
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
SIARAN MEDIA
Dari Bukit Bintang Berselawat 3.0 ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat
Selangor | Mei 2026
Gelombang kecintaan kepada Rasulullah SAW yang dizahirkan melalui program Bukit Bintang Berselawat 3.0 kini diteruskan menerusi sebuah lagi himpunan penuh mahabbah iaitu “Malam Berselawat Menjunjung Daulat” yang bakal berlangsung pada Sabtu, 6 Jun 2026 di Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor.
Program ini membawa semangat penyatuan ummah melalui selawat, pengukuhan jati diri bangsa serta memperkasakan hubungan antara rakyat dan Institusi Raja sebagai tunjang penting dalam pembinaan Peradaban Islam di negara ini.
Intipati & Aspirasi Program
1. Menyambung Gelombang Cinta Rasulullah SAW
Jika Bukit Bintang Berselawat 3.0 menjadi simbol penyatuan masyarakat pelbagai lapisan di tengah kota melalui cinta kepada Nabi Muhammad SAW, maka Malam Berselawat Menjunjung Daulat hadir membawa roh kesinambungan tersebut ke arah pembinaan masyarakat yang lebih beradab, bersatu dan berteraskan Islam.
2. Mengukuhkan Hubungan Istana dan Rakyat
Program ini menjadi usaha memperkukuh hubungan antara Istana dan rakyat dalam semangat saling berganding membina bangsa yang berteraskan Ketauhidan, penghayatan tasawuf, kesatuan ummah serta kedaulatan Institusi Raja dalam membina Peradaban Islam.
3. Memelihara Jati Diri Bangsa Melayu-Islam
Malam berselawat ini turut mengangkat kembali nilai adab, warisan dan identiti bangsa Melayu-Islam agar tidak tenggelam dalam arus budaya luar yang semakin menghakis jati diri generasi masa kini.
4. Memartabatkan Bahasa Melayu dan Budaya Bangsa
Keutamaan terhadap Bahasa Melayu Istana, adab budaya bangsa serta pengukuhan ilmu agama amat penting dalam membentuk kepimpinan berwibawa yang dekat dengan akar tradisi dan nilai Islam. Pengaruh budaya luar yang keterlaluan sehingga menghakis kefasihan generasi muda terhadap Bahasa Melayu serta melemahkan penguasaan bahasa ibunda wajar diberi perhatian demi memelihara maruah bangsa dan warisan negara.
5. Membina Generasi Pewaris Berjiwa Peradaban
Generasi pewaris kepimpinan negara perlu diperkukuh dengan kefahaman agama, sejarah bangsa serta kebudayaan masyarakat pelbagai kaum supaya benar-benar menjadi tiang agama dan payung kepada seluruh rakyat.
Penutup
Semoga program ini menjadi titik penyatuan hati, menghidupkan kembali semangat cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW, menjunjung Institusi Raja berlandaskan syariat serta membina masa depan negara yang berteraskan iman, adab dan peradaban.
Sekretariat Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD)
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuhammadForAll
#BukitBintangBerselawat
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Alhamdulillah Bukit Bintang Berselawat 3.0 membawa mesej Cinta dan kedamaian kepada dunia, One Selawat Event at a time.
Inilah warna Malaysia, pelbagai kaum dirai bersama, sambutan kita penuh kesantunan dan menyantuni budaya.
Sumber video : Ichan
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
Adakah Kita Sedar 3 Perkara Asas Yang Membina Keharmonian Sebenar Dalam Negara?
Sebagai komuniti yang cintakan kedamaian dan kebenaran, kita sentiasa ada ruang untuk kembali kepada titik persamaan. Mari fahami tiga asas penting yang mengikat persaudaraan dan kedaulatan kita bersama :
1. Setiap manusia ciptaan Allah yang mulia.
Bangsa bukanlah pilihan, melainkan anugerah Yang Maha Pencipta.
Kita melihat semua manusia sebagai Bani Adam dan umat Rasulullah SAW dengan penuh rasa hormat.
2. Menolak sikap melampau. Perjuangan kita bukanlah untuk membenci sesuatu bangsa, tetapi semata-mata menolak kebiadapan dan sikap ekstrem kumpulan tertentu secara berhemah dan berlandaskan keadilan.
3. Menjunjung tinggi institusi kesultanan. la adalah simbol penyatuan dan kedaulatan bumi bertuah ini. Wajib buat kita menyokong dan mempertahankan institusi ini di atas paksi kebenaran agar kedaulatannya terus dihormati.
Mesej penyatuan ini memberikan satu harapan yang indah. Bayangkan masyarakat teguh bersatu, menegakkan kebenaran dengan adab dan kasih sayang. Kita mampu membina persekitaran positif di mana Islam dijunjung, Raja berdaulat, dan rakyat hidup bermaruah.
Sumber video : I-Madina
Langkah BBB 3.0 akan diteruskan dengan Malam Berselawat Menjunjung Daulat yang akan diumumkan tarikhnya sedikit masa lagi… Nantikan.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
Ada yang menulis doa…
ada yang meluah rindu…
dan ada yang menitipkan tangisan hati buat Rasulullah ﷺ
Satu persatu surat cinta ini kembali dibuka…
membawa kisah jiwa-jiwa yang hadir di Bukit Bintang Berselawat 3.0 dengan penuh cinta dan pengharapan.
Kerana kadang, ada rasa yang terlalu dalam untuk diluahkan kepada manusia…
lalu ditulis buat insan paling dicintai umat ini.
Moga setiap selawat, doa dan luahan hati ini sampai sebagai bukti cinta kita kepada Baginda Rasulullah ﷺ
Sumber : Hawa ACF
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
Ramai yang fikir bila buat event besar macam ini, mesti jalan dipenuhi sampah.
Cinta pada Nabi itu bukan sekadar di bibir, tapi diterjemahkan dengan adab menjaga kebersihan alam sekitar.
Bukti hiburan beradat, budaya diangkat di malam BBB 3.0.
Terima kasih buat semua pengunjung dan sukarelawan yang sama-sama menjaga kebersihan di Bukit Bintang.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
Kehadiran para tetamu VIP di program Bukit Bintang Berselawat 3.0 pada 16 Mei 2026 menambahkan lagi seri dan keberkatan majlis penuh cinta kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ.
Lihat di sini : https://www.facebook.com/share/p/18ufrpVbsm/?mibextid=wwXIfr
Terima kasih atas sokongan, kehadiran dan kebersamaan dalam menyatukan hati-hati umat di tengah kota Kuala Lumpur. 🤍
Di tengah Bukit Bintang, semua berhimpun demi satu. Demi Baginda ﷺ ❤️🌹
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
Datang dari China… namun hatinya tersentuh di Bukit Bintang Berselawat 3.0.
Walau berbeza bahasa dan budaya, selawat tetap menyatukan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ
Suasana yang penuh kasih, tenang dan persaudaraan ini menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan buat mereka.
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan Bukit Bintang Berselawat bersama saudara Islam dari seluruh dunia.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
MV “Dendang Budaya Beradat : Hiburan Beradat, Pahlawan Bangsa” ini diterbitkan sebagai penjelasan dan pemurnian terhadap pelbagai persoalan yang timbul berkaitan elemen budaya yang dibawakan dalam Bukit Bintang Berselawat 3.0.
Bukit Bintang Berselawat tidak pernah meletakkan budaya mengatasi selawat. Bahkan selawat sentiasa menjadi teras utama penyatuan jiwa, manakala seni dan budaya dijadikan sebagai jambatan untuk mendekati masyarakat dengan kasih sayang dan keharmonian.
Malaysia dibina atas semangat perpaduan dan saling menghormati. Apabila rebana Melayu, gendang India dan budaya tradisi masyarakat lain dapat diraikan dalam suasana yang penuh tertib dan beradab, ia membawa mesej bahawa keamanan dan keharmonian tanah air ini adalah tanggungjawab bersama untuk dipelihara.
Kami percaya anak muda hari ini bukan sahaja perlu didekatkan dengan agama dan melazimi selawat, tetapi juga perlu memahami akar budaya, menghargai warisan bangsa, mencintai tanah air serta mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung kedaulatan negara.
Atas semangat itulah, perjuangan ini akan diteruskan melalui kesinambungan program “Malam Berselawat Menjunjung Daulat” sebagai usaha menyuburkan cinta kepada Rasulullah ﷺ, memupuk semangat cinta negara serta memperkukuhkan nilai perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.
Layari Facebook Rasmi kami di :
https://www.facebook.com/share/v/18p4S7jxJM/?mibextid=wwXIfr
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
