Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
الذهاب إلى القناة على Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
إظهار المزيدلم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
1 869
المشتركون
-124 ساعات
-17 أيام
-530 أيام
أرشيف المشاركات
Jom Singgah, Terokai Pameran MBMD 2.0
Kami mengalu-alukan kehadiran anda sekeluarga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, sebuah himpunan yang menyatukan ilmu, budaya, warisan dan ukhuwah dalam satu majlis yang penuh bermakna.
Terdapat kira-kira 26 booth yang merangkumi ruang jualan, pameran dan jelajah warisan untuk diterokai sepanjang program.
Di ruang jualan, pengunjung berpeluang mendapatkan Buku Panduan 3 Kota Suci, mengikuti promosi serta penerangan mengenai aplikasi Think Quran, memilih kitab-kitab agama dan wangian berkualiti, di samping memiliki barangan eksklusif Merchandise MBMD 2.0.
Manakala di ruang pameran dan jelajah warisan, pengunjung dapat menyaksikan pameran pelbagai jenis tanjak dan busana tradisional, menghayati keindahan seni tulisan Jawi serta rekaan al-Quran, mengenali Al-Quds melalui pameran My Aqsa, menelusuri warisan serta peradaban Syeikh Jumadil Kubro, selain meneroka keunikan budaya Cina dan India sebagai lambang keharmonian masyarakat Malaysia.
Ayuh bawa bersama keluarga, sahabat dan kenalan untuk menghayati ilmu, menikmati keindahan warisan serta mengeratkan ukhwah. Insya-Allah, kita bertemu di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Jom saksikan karya adik-adik comel yang menceriakan MBMD 2.0 ❤️
Gelagat adik-adik berkarya dengan warna-warni yang berseri serta keindahan seni khat yang penuh ketelitian membuktikan bahawa warisan dan nilai Islam terus subur dalam jiwa generasi hari ini.
Lensa MBMD 2.0 merakam momen indah yang pasti mencuit hati.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
LENSA MBMD 2.0 | Resipi Tradisi, Cita Rasa Perpaduan
Bau harum masakan tradisional mula memenuhi perkarangan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 apabila demonstrasi masakan berlangsung dengan penuh meriah.
Pengunjung berpeluang melihat sendiri penyediaan hidangan tradisional Melayu, Cina dan India sambil mengenali kisah, budaya serta nilai yang diwarisi di sebalik setiap resipi.
Lebih daripada sekadar memasak, demonstrasi ini menjadi bukti bahawa makanan mampu menyatukan masyarakat, mengeratkan silaturahim dan memperkenalkan kekayaan warisan negara kepada generasi masa kini.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjadi sebahagian daripada kemeriahan MBMD 2.0. Kehadiran anda menghidupkan suasana dan menyemarakkan semangat muafakat yang menjadi teras penganjuran program ini.
Masih banyak pengisian menarik menanti anda sehingga malam ini, termasuk persembahan kebudayaan, perkongsian ilmiah dan kemuncak Majlis Selawat Menjunjung Daulat & Doa Munajat.
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang
Jom hadir bersama keluarga dan sahabat. Hayati warisan, rasai kemeriahan dan jadilah sebahagian daripada Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
🍽️ GERAI JUALAN | Lebih 40 Vendor Menanti Anda di MBMD 2.0
Selain pengisian ilmu, sejarah dan warisan, Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 turut dimeriahkan dengan lebih 40 gerai jualan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman untuk dinikmati bersama keluarga.
🍴 Antara juadah yang tersedia :
• Bakso Lorong
• Nasi Goreng Ayam Kunyit
• Nasi Kukus
• Nasi Kerabu
• Ayam Gunting
• Laksa Champa
• Mee Champa
• Kebab Ombak Rindu
• Vietnam Roll
• Char Kuey Teow
• Keropok Lekor
• Peneram
• Puding Pisang & Strawberi
• Buah-buahan
…dan pelbagai lagi pilihan yang menyelerakan.
🥤 Pilihan minuman pula termasuk Green Tea, Coklat, Teh Ais, Kopi Vietnam, Kopi Ais Ikat Tepi, Air Balang, Cendol dan banyak lagi.
Sambil menikmati juadah, jangan lepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti dan pengisian menarik yang berlangsung sehingga malam ini.
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang
🕚 Program berlangsung sehingga 11.00 malam.
Ayuh bawa keluarga dan sahabat. Nikmati juadah, hayati pengisian dan bersama-sama memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.

💡 TAHUKAH ANDA? | Warisan Peradaban Kini Dihidupkan di MBMD 2.0
Setiap reruai pameran di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 bukan sekadar tempat untuk melihat koleksi, tetapi merupakan ruang menghidupkan semula sejarah, seni dan warisan yang membentuk identiti bangsa.
Daripada Seni Kaligrafi Cina, Tanjak dan Busana Melayu, hinggalah Mata Wang Kesultanan Selangor, setiap pameran membawa kisah yang menghubungkan kita dengan akar peradaban yang telah diwariskan sejak turun-temurun.
📍 Kalau anda masih belum hadir, inilah masanya!
Masih banyak pengisian menarik menanti sepanjang petang hingga malam ini seperti demonstrasi memanah sunnah, demonstrasi busana dan masakan tradisional, Explorace Jejak Sejarah, persembahan silat, kompang dan dikir barat, diikuti perkongsian ilmiah serta kemuncak Majlis Selawat Menjunjung Daulat.
Jom bawa keluarga dan sahabat. Luangkan masa menelusuri sejarah, menikmati keindahan warisan dan bersama-sama memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.

LENSA MBMD 2.0 | Khat : Bahasa Keindahan Tanpa Suara
Tulisan khat tidak berbicara, namun mampu menyampaikan seribu makna.
Di sebalik setiap goresan, terserlah nilai kesabaran, ketelitian dan keikhlasan. Sebagaimana hati yang sentiasa diasuh dengan zikrullah, begitulah indahnya setiap huruf yang ditulis kerana Allah.
Alhamdulillah, Pertandingan Seni Khat & Kaligrafi MBMD 2.0 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan 80 peserta dewasa dan 84 peserta kanak-kanak. Setiap karya yang dihasilkan bukan sekadar indah dipandang, bahkan mencerminkan kehalusan seni, adab serta warisan peradaban Islam yang terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi seterusnya.
Semoga setiap karya yang terhasil bukan sekadar menjadi hiasan, tetapi menjadi wasilah untuk mendekatkan hati kepada Al-Quran, menyuburkan kecintaan kepada Islam dan memartabatkan seni khat sebagai khazanah ummah.
Masih belum terlambat untuk bersama kami!
Pelbagai pengisian menarik masih menanti anda, antaranya :
🏹 Demonstrasi Memanah Sunnah
👘 Demonstrasi Busana Tradisional
🍲 Demonstrasi Masakan Tradisional Melayu, Cina & India
🗺️ Explorace Jejak Sejarah, Kenegaraan & Kedaulatan
🥁 Persembahan Silat, Kompang & Dikir Barat
🎙️ Perkongsian khas mengenai Kesultanan Alam Melayu
🤲 Kemuncaknya, Majlis Selawat & Doa Munajat pada malam ini.
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang
🕚 Program berlangsung sehingga 11.00 malam.
Ayuh bawa keluarga dan sahabat. Bersama-sama kita menghayati keindahan seni, menghargai warisan peradaban serta memperkukuh semangat muafakat dalam Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
LENSA MBMD 2.0 | Kreativiti Cilik Mewarnai Warisan di MBMD 2.0
Alhamdulillah, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak berlangsung dengan penuh keceriaan dan semangat.
Gelagat para peserta cilik yang tekun mewarnai setiap lakaran bukan sekadar menceriakan suasana, malah menjadi gambaran indah bagaimana kecintaan terhadap warisan, seni dan budaya dapat disemai sejak usia muda.
Terima kasih kepada semua ibu bapa dan keluarga yang hadir memberikan sokongan. Semoga usaha kecil hari ini menjadi benih kepada lahirnya generasi yang mencintai warisan, menghargai perpaduan serta menjunjung nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.
Masih banyak pengisian menarik menanti anda di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
Ayuh hadir dan sama-sama memeriahkan majlis.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat