ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك

𝟎𝟗 𝐒𝐜𝐨𝐫𝐞 𝐀+

𝟎𝟗 𝐒𝐜𝐨𝐫𝐞 𝐀+

الذهاب إلى القناة على Telegram

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
1 308
المشتركون
+5124 ساعات
+4727 أيام
+99830 أيام
أرشيف المشاركات
Tips sejarah: Tips yang boleh saya bagi ialah TOLONG JANGAN TINGGALKAN SOALAN KBAT.. Kalau dia mintak 8m , awak bagi 10 k atas jwapan.. Contoh soalan kbat kat bahagian esei 8markah: Kalau x hafal fakta, buat 5 fakta, 5 huraian dan buat 1 kesimpulan.. Buat kesimpulan : Kesimpulannya, kita hendaklah apa ? (Berkaitan dengan tema) agar apa? Negara aman/harmoni/jwpn sesuai biar dapat markah lebih.. DENGAN TEKNIK NI , Alhamdulillah saya dpt melahirkan pelajar lain A+ sejarah dia.. Dengan SYARAT : 🤞🏻JANGAN TINGGAL SOALAN KBAT 🤞🏻 TOLONG SKOR KERTAS 1 DAN KERTAS 2 🤞🏻 TOLONG BAGI JAWALAN LEBIH, KALAU MINTAK 4 MARKAH, BAGI LAH 5 ATAU 6 JAWAPAN.. ✊ TOLONG GENGGAM KBAT PASTIKAN DAPAT 40/40 MARKAH.. BLUM CAMPUR KERTAS 1 DAN KERTAS 2 SOALAN YG A & B, INSYAALLAH KELUAR DEWAN FULL SENYUM..PERCAYALAH🤲👏🤝

🔖 TIPS JAWAB SOALAN ESEI SEJARAH BERDASARKAN TEKS/POSTER/LAIN2 ›› Baca soalan 2x, cuba fahamkan soalan dan garis kata kunci soalan. Kemudian, teliti stimulus (poster/teks/dll) ›› Tulis semula semua isi yang terdapat pada bahan ( tekan sini untuk tengok contoh soalan ). Kemudian, cari isi tersirat di sebalik poster/gambar/teks tersebut ( fokus sama ada kesan, kebaikan, kepentingan, tujuan atau gabungkan kesemua isi ) ›› Biasanya soalan ni 8 markah, jadi saya sarankan korang menulis lebih daripada 8 isi+huraian+contoh, mungkin 9-11 isi ›› Untuk soalan teks, korang boleh ambil isi daripada teks, dan huraikan (boleh beri contoh) p/s : cikgu saya pesan if soalan teks awak betul2 takde idea, awal salin je terus teks yg diberi, korang akan dapat  markah (bukan full mark) ᵎ .゚ @sejarahwithipang ꒧  ๋.

a: ⏳ TIPS MENJAWAB SOALAN KBAT SEJARAH 😻 ꐑ KEMPUNAN (cara,langkah,bagaimana,tindakan,usaha,cadangan) - KEmpen - Media - Pendidikan - UNan = Undang2 ꐑ CINTA (peranan,tanggungjawab,sumbangan,persiapan utk negara) - Cipta - Ilmu - Taat ꐑ SUPER (kesan +ve,bukti,manfaat,kepentingan) - Sejahtera - Unggul - Politik - Ekonomi - Raja TIPS  KBAT SEJARAH A+ - Isi/Fakta - Huraian - Contoh - Inferens (kesimpulan/Kesan) > @sejarahwithipang < 𐑺 316 : Mengapakah penduduk bukan Melayu menubuhkan persatuan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua ? [ B2 T4 ] F - Memberi perhatian kpd kebajikan masyarakat Cina F - Menggalakkan pelajaran tinggi masyarakat Cina F - Masyarakat Cina menuntut perkhidmatan dlm kerajaan F - Menjaga kepentingan masyarakat India F - Membincangkan isu berkaitan masyarakat India F - Mengembangkan idea nasionalisme masyarakat India ᵎ .゚ @sejarahwithipang ꒧  ๋. 𐑺 317 : Jelaskan dasar pemerintahan tentera Jepun terhadap pemimpin berikut : [ B3 T4 ] i. Raja - raja Melayu F - Iktiraf kedudukan Raja-raja Melayu F - Sbg ketua dlm hal ehwal Agama Islam dan adat Melayu F - Diberi pencen spt F - Sebelum perang F - Diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Jepun ii. Pemimpin Tempatan F - Beri peluang kenaikan pangkat F - Bagi yg berpendidikan dan berpengalaman ke jawatan yg lebih tinggi F - Menubuhkan Koa Kunrenjo F - Semangat memperjuangkan F - Cita - cita politik Jepun ᵎ .゚ @sejarahwithipang ꒧  ๋.

🧺 #tips | TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT SECARA JALAN TENGAH Ꮺ Soalan berkaitan "Wajarkah" ➙ Tiada istilah salah atau WCR utk soalan kbat sejarah selagi jawapan kamu berkait apa yg ditanya ➙ Pilih nak jawab wajar atau tidak wajar ➙ Sediakan alasan/sebab/faktor bagi wajaran/ketidakwajaran anda tadi ➙ Contoh ayat permulaan : Ia wajar kerana..... / Tidak wajar kerana..... Ꮺ Soalan Yang Mengandungi perkataan "ANDA" ➙ Wajib guna kata ganti nama diri "SAYA" semasa menulis jawapan bagi setiap isi ➙  Jangan letak "SAYA" hanya untuk isi yang pertama sahaja ➙ Contoh soalan : Jika anda sebagai pemimpin... / Sebagai seorang pelajar, apakah yang akan anda lakukan... / Nyatakan mesej anda kepada... ➙ Contoh ayat permulaan : Sebagai seorang pemimpin, saya akan...Selain itu, saya... / Perkara yang akan saya lakukan...Seterusnya, saya akan... / Mesej yang ingin saya sampaikan...Kemudian, saya... Ꮺ Soalan berkaitan Pengajaran/Ibrah/Iktibar ➙ Boleh libatkan iktibar daripada semua pihak ( diri sendiri , kerajaan , pemimpin , masyarakat/rakyat ) ➙ Mesti menyatakan perkataan "KITA HENDAKLAH/MESTILAH..." dalam jawapan , sekurang - kurangnya satu ➙ Contoh ayat permulaan : Kita hendaklah... / Rakyat mestilah... / Pemimpin haruslah... / Kerajaan perlulah... Ꮺ Tambahan Tip Berkaitan Ayat Soalan Andaian ➙ Contoh soalan calon  mengandaikan diri mereka : Pada pendapat anda,... / Sebagai seorang pelajar,... / Sebagai seorang pemimpin,... / Sebagai ibu bapa,... ➙ Digalakkan tulis (bagi saya, perkataan ii ini wajib ditulis untuk menggramatiskan ayat jawapan) ➙ Contoh ayat permulaan (sama sahaja seperti ayat soalan tersebut) Pada pendapat saya,... / Sebagai seorang pelajar,... / Sebagai seorang pemimpin,... / Sebagai ibu bapa,... P/S : Tips ni adalah jalan tengah untuk korang semua agar jawapan korang diterima untuk SPM nanti . Kenapa diberi nama jalan tengah ? Sebab skema jawapan berbeza - beza setiap tahun, mungkin akan ada jawapan korang yang dah betul tapi tak sesuai teknik atau tidak memenuhi syarat dalam skema semasa. Contohnya, soalan "anda", ada skema apabila buat satu sahaja "saya", jawapan lain xde "saya" , still diterima dan ada juga skema apabila buat satu sahaja "saya", jawapan yang ayatnya takde "saya" automatik salah. Jadi , jalan tengahnya ialah awak apply tips di atas . Sekiranya ingin copy dan share tips ini, jangan lupa creditkan link di bawah semasa share atau gunakan forward Terima kasih 🤍 *‌˚ https://t.me/sejarahwithipang  *‌˚

photo content
+4

rumusan tips & pembelajaran seminar sejarah 19/4 💯 tips menghafal - • jadikan BUKU TEKS rujukan utama • explore cara study yang tepat • contohnya - tengok tiktok , buka youtube , tulis nota & buat latihan ( ikut kesesuaian individu ) • untuk pembacaan , baca sebelum pergi sekolah ( sebelum subuh ) & sebelum tidur • revisi bab ikut istilah skema ( banyakkan biasakan diri dengan tengok skema sewaktu "drill session" supaya tahu istilah skema yang perlu ada ) tips KBAT - • kuasai teknik PES • kaitkan idea munasabah dengan arahan soalan • pastikan selitkan huraian - fakta + huraian ( huraian boleh jadi kesan + langkah + contoh ) tips K1 • satu hari hafal satu bab - buat quiz session selepas khatam fahamkan dan hafalkan satu bab • biasakan diri buat soalan trial pelbagai negeri ( supaya boleh mantapkan skill meneliti pilihan jawapan ) • tahu tarikh & peristiwa penting yang wajib ingat

!! tips penting kepada yg lemah bahagian objektif utk sejarah !! - print past year trial papers and spm sebenar papers (objektif) and buat (rujuk buku) - semak jawapan korang lepas habis setiap trial paper and GO THROUGH JAWAPAN YG SALAH (KENAPA SALAH, APA JAWAPAN BETUL DIA) - Bila buat byk², kamu akan perasan yg soalan tu selalu ulang balik ja..cuma ayat je berbeza sikit - then start timing yourself. Set masa 1 jam and jangan rujuk buku/nota korang time jawab. Anggap tu exam betul and buat and semak balik lepas habis. (By doing this, korang blh tgk bab yg korang lemah tu) - Do lots and lots of past year papers.. at least 1 day 1 paper for sej All the best

trick & tips sejarah dengan ay ! okay anak-anak , satu benda yang kamu semua mungkin dah tau , dan juga mungkin belum tau . sudut kecil yang ada dalam buku teks kamu sebenarnya dah menyatakan istilah-istilah perkataan tertentu yang mengandungi maksud sukar difahami secara kasar . ini kita panggil istilah sejarah . kebanyakan istilah sejarah yang digunakan dah disertakan dengan maksudnya sekali dalam buku teks untuk bantu murid meningkatkan daya kefahaman kamu terhadap sejarah itu sendiri . jadi , hargai buku teks sejarah kamu ~ beli lah buku rujukan banyak mana dan sebagus apa pun , tetap ingat yang buku teks adalah satu-satunya kitab rujukan kamu yang paling utama !

📚 TIPS KERTAS 1 SEJARAH SPM 1️⃣ study each bab dulu ✎ fahamkan terlebih dahulu barulah hafal ✎ bila dah faham, automatically ingat 2️⃣ jawab soalan sambil rujuk buku ✎ untuk permulaan tau! ✎ bila dah terbiasa senang nak identify soalan tu bab mana/pasal apa 3️⃣ cuba jawab tanpa rujuk buku ✎ ni bila dah biasa buat banyak latihan & untuk test diri sendiri ✎ bila dah terbiasa buat latihan, jawab 40q tak sampai sejam tau! 4️⃣ jawab soalan trial/real SPM ✎ why? sebab nak biasakan diri dgn format sebenar soalan exam ✎ bila dah terbiasa dgn format, senang nak skor exam 5️⃣ cuba jawab soalan menyeluruh 40Q ✎ maknanya, try jawab from soalan 1 till 40, guna paper trial/SPM/set soalan ikut format exam ✎ catat markah utk nilai kefahaman u dh kat level mana 6️⃣ jawab soalan wayground (quizizz) ✎ online je & korang boleh search ne dekat google/safari/etc ✎ dulu panggil QUIZIZZ but dah tukar jadi WAYGROUND

FROM G TO A MATEMATIK ➻ [ ⎙ ; ❛ @tips_spm2021 ❜ ↷@studytips_spm

➻ [ ⎙ ; ❛ @tips_spm2021 9 ❜ ↷#pai

🌷PAI with Heera✨ 💫Tips Skor A+ PAI💫 (PDF) #pai #tips 🦋*ੈ✩‧₊˚ 『 @serenenotes 』

+1
SOALAN JAWAPAN UBBM TRIAL @STUDYWITHABAN_241128_213231.pdf5.49 MB

NOTA BERTUTUR TEMA 1-7.pdf3.95 KB

Hari 1 (2/12/2024) Kumpulan 1~kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah 2~kerjaya(Persediaan ke alam kerjaya) 3~Sukan(kebaikan) 4~Teknologi (Kesan baik dan buruk) 5~Riadah dan rekreasi (Kebaikan) 6~Kepentingan memelihara tempat terbiar Individu 1~Intergrasi Pertanian 2~Alam sekitar(Peranan Ibu Bapa dan Kepentingan Kitar Semula) 3~Seni muzik jalanan(Peranan Sekolah dan kepentingan) 4~Tanaman Intergrasi(Peranan pihak kerajaan dan punca golongan belia tidak mementingkan pertanian) 5~Sastera(Cabaran dan Peranan Ibu Bapa) 6~Perikanan (Kerang—Punca permintaan tinggi terhadap hasil laut dan peranan pelbagai pihak menggalak belian) 7~Pertanaman (Ladang dan Getah) 8~Perhutanan(Halangan Mengekalkan Hutan dan Kesan Menebang Hutan/ Punca Jika Menjaga Hutan Simpanan dan Langkah Untuk Menjaga Hutan Simpanan ) 9~Kemerdekaan 10~Bahasa Jiwa Bangsa(Punca BM dipinggirkan dan Usaha Meningkatkan Penggunaan BM ) 11~Kebudayaan:Fesyen busana tradisional(Punca golongan muda memilih pakaian moden dan langkah) credit owner: nan_fan_ya and K

UJIAN BERTUTUR INDIVIDU Soalan 1: jawabannya dalam petikan Soalan 2: jawabannya dalam petikan Soalan 3: KBAT Soalan 4: KBAT Pada KEBIASAANYA, fokus soalan 3 dan soalan 4 terdiri daripada punca (faktor, alasan, sebab), langkah (usaha, cara, kaedah) dan kesan (impak, implikasi, kesan buruk, kesan baik). Jawaban bagi soalan 3 dan soalan 4 hendaklah disertakan isi dan huraian lengkap – isi + sebab + contoh + kesan. Terdapat satu jenis soalan 4 yang tidak dikeluarkan lagi sejak SPM 2021. Namun begitu, pada tahun ini, soalan ini keluar dalam peperiksaan percubaan di beberapa negeri. Misalnya, “Otak Cerdas, Badan Cergas”. Ulas penyataan di atas. Apakah yang calon perlu lakukan jika soalan ini ditanya semula? 1. Calon bersetuju. 2. Calon menyatakan sebab. 3. Calon memberikan contoh. 4. Calon menyatakan kesan. Contoh: (1) Saya bersetuju dengan penyataan “Otak Cerdas, Badan Cergas”. (2) Hal ini dikatakan demikian kerana badan yang cergas mampu membentuk minda yang cerdas. (3) Oleh itu, kita perlulah melakukan aktiviti fizikal seperti berenang, berjoging dan berbasikal sebagai dua kali dalam seminggu. (4) Dengan kesihatan yang baik, kualiti hidup akan terjamin. Kredit : https://t.me/notaujianbertuturbm

UJIAN BERTUTUR BERKUMPULAN 1. Fokus bagi perbincangan pusingan 1 dan pusingan 2 hendaklah SAMA tetapi huraiannya BERBEZA. Jika fokus pusingan 1 ialah langkah, pusingan 2 juga langkah. 2. Perbincangan bagi pusingan 1 hendaklah MENGIKUT GILIRAN. 3. Bagi perbincangan pusingan 2, calon bebas untuk berbincang TANPA MENGIKUT GILIRAN. Untuk ini, ahli kumpulan boleh menetapkan giliran bercakap di dalam bilik kuarantin terlebih dahulu. 4. SETIAP AHLI perlu memberikan 1 isi dan huraian lengkap dalam pusingan 1 dan pusingan 2. TIADA PENDAHULUAN DAN KESIMPULAN yang berjela-jela. 5. TIDAK PERLU BERPANTUN DAN MENGGUNAKAN AYAT YANG BERBUNGA-BUNGA. 6. TIDAK PERLU MEMPERKENALKAN DIRI. Ini akan membuang masa. Pengesahan nama calon akan dibuat oleh pentaksir terlebih dahulu sebelum perbincangan. 7. TIDAK PERLU RISAU jika ada ahli kumpulan yang pasif. Pentaksir akan bertindak sebagai penggalak. 8. TIDAK PERLU RISAU jika ada ahli kumpulan yang banyak bercakap. Pentaksir akan mengawal perbincangan dan masa. 9. TIDAK PERLU MENCELAH dalam pusingan kedua. Ini akan mengganggu kelancaran ahli kumpulan lain. Pusingan 2 bukan gelanggang perdebatan tetapi perbincangan santai. Tunggu sehingga ahli lain memberikan pandangan sebelum memberikan pandangan sendiri. Semoga maju jaya. ❤️ Kredit: https://t.me/notaujianbertuturbm