ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك

Sahabat Bangkit Al-Quds

Sahabat Bangkit Al-Quds

الذهاب إلى القناة على Telegram

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
509
المشتركون
+724 ساعات
+197 أيام
+1930 أيام
أرشيف المشاركات
🇵🇸 PALESTIN TERKINI APA YANG SEDANG BERLAKU DI GAZA SEKARANG ? Gencatan senjata ada. Tapi Gaza masih belum aman.
🇵🇸 PALESTIN TERKINI APA YANG SEDANG BERLAKU DI GAZA SEKARANG ? Gencatan senjata ada. Tapi Gaza masih belum aman.

Video rangkuman Training of Trainers : The Olive Tree That Remembered

🌿 Belajar Seni Bercerita Untuk Membina Jiwa Anak-Anak Alhamdulillah, pada Khamis, 6 Ogos 2026, tim Sekretariat Bangkit Al-Quds telah berpeluang menyertai sesi Training of Trainers (TOT): The Olive Tree That Remembered bersama Puan Norashikin Abdul Latiff di Pusat Pendidikan Komuniti Chow Kit, Kuala Lumpur. Puan Norashikin Abdul Latiff merupakan seorang penulis yang aktif menghasilkan karya berkaitan Palestin dan isu-isu kemanusiaan bagi membina kesedaran dalam kalangan generasi muda. Karya beliau, The Olive Tree That Remembered, mengangkat kisah anak-anak Palestin melalui pendekatan storytelling yang santai dan mudah difahami, malah turut diadaptasi dalam bentuk animasi di platform Qalbox (Muslim Pro). Sesi ini membuka satu perspektif baharu tentang bagaimana storytelling boleh menjadi medium pendidikan yang berkesan. Sebuah cerita bukan sekadar untuk dibaca atau didengar, tetapi mampu menyampaikan nilai, membentuk pemikiran serta menyentuh hati anak-anak. Sepanjang latihan, peserta didedahkan dengan pelbagai teknik penyampaian storytelling seperti membina hubungan (connection) dengan anak-anak, menggunakan eye contact, menghidupkan cerita melalui ekspresi, menggalakkan interaksi serta memberi ruang kepada anak-anak menghayati sesuatu kisah mengikut tahap pemahaman mereka. Perkongsian Puan Norashikin turut menunjukkan bahawa pendidikan anak-anak perlu disampaikan melalui pendekatan yang dekat dengan jiwa mereka. Sesuatu mesej yang besar akan lebih mudah diterima apabila disampaikan melalui cerita yang baik dan bermakna. Insya-Allah, ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada sesi ini akan dimanfaatkan dalam pembangunan modul pendidikan serta program-program Bangkit Al-Quds pada masa akan datang. 🎥 Ikuti rangkuman sepanjang program yang kami kongsikan. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi untuk kita bersama dalam membina generasi yang lebih mengenali, memahami dan menghargai nilai-nilai kebaikan.

photo content
+1

Satu hari nanti… anak-anak kita akan bertanya: "Kenapa kita perlu tahu tentang Al-Quds?" Persoalannya… Adakah kita sudah bersedia untuk menjawabnya dengan cara yang menyentuh hati mereka? Mengenalkan Al-Quds kepada anak-anak bukan bermula dengan cerita yang berat. Ia bermula dengan membina rasa — rasa peduli, rasa kasih dan rasa memahami. Hari ini, tim Sekretariat Bangkit Al-Quds berpeluang menimba ilmu dalam sesi Training of Trainers (TOT) bersama penulis buku The Olive Tree That Remembered, Puan Nurashikin, anjuran Pusat Pendidikan Komuniti Chow Kit. Kami belajar bahawa sebuah cerita yang baik bukan hanya menyampaikan maklumat… Tetapi mampu membina hubungan, membentuk nilai dan meninggalkan kesan dalam jiwa anak-anak. Semoga lebih ramai ibu bapa, guru dan pendidik dapat menyampaikan kisah Al-Quds dan Palestin kepada generasi akan datang dengan penuh hikmah. 💚 Simpan perkongsian ini. 🤝 Kongsikan kepada mereka yang sedang membina generasi hari ini. Sekretariat Bangkit Al-Quds Membangkitkan kesedaran, menyemai kecintaan, menuju kesejahteraan. #BangkitAlQuds #masjidalaqsa #palestine #storytelling #tigakotasuci

photo content
+7

Mereka masih kecil, tetapi mereka sudah belajar satu perkara besar, bahawa Baitul Maqdis tidak pernah dilupakan. Daripada bibir kecil mereka lahir doa, harapan dan kecintaan kepada Al-Quds. Semoga mereka membesar sebagai generasi yang mengenali nilai Baitul Maqdis, memahami amanahnya dan terus membawa nama Palestin dalam doa mereka. 🤲 Jangan lupa titipkan doa buat Palestin hari ini. #bangkitalquds #masjidalaqsa #palestine #tigakotasuci #malamberselawatmenjunjungdaulat

Apa yang kita wariskan kepada generasi akan datang? Kesedaran tidak lahir dalam sehari. Ia bermula dengan ilmu, pengenalan dan kefahaman sejak kecil. Antara harapan yang dikongsikan pengunjung ialah agar generasi hari ini mengenal Al-Quds dan memahami nilainya. Kerana apa yang kita tanam hari ini, akan menjadi bekalan generasi akan datang. ✨ Biar lebih ramai mengenal Al-Quds. #bangkitalquds #masjidalaqsa #malamberselawatmenjunjungdaulat #tigakotasuci #alifmimsin

"Apa yang lebih bahaya daripada kehilangan Al-Quds?" Apabila lahir satu generasi yang tidak lagi mengenali nilainya. Hakikatn
+5
"Apa yang lebih bahaya daripada kehilangan Al-Quds?" Apabila lahir satu generasi yang tidak lagi mengenali nilainya. Hakikatnya, Al-Quds bukan sekadar lokasi yang kita lihat di berita. Ia ialah tanah suci yang dimuliakan Allah, kiblat pertama umat Islam dan sebahagian daripada warisan akidah kita. Sebab itu membina kesedaran dalam kalangan generasi muda bukan pilihan, tetapi satu tanggungjawab. Kerana seseorang hanya akan mempertahankan apa yang dia kenal, dan hanya akan mencintai apa yang dia faham. Semoga setiap program, setiap perkongsian dan setiap ilmu yang disampaikan menjadi langkah kecil untuk melahirkan generasi yang tidak pernah melupakan Al-Quds. 💬 Pada pendapat anda, apakah perkara pertama yang setiap anak muda Muslim perlu tahu tentang Al-Quds? Simpan post ini dan kongsikan kepada mereka yang perlu mengenali Al-Quds. #bangkitalquds #masjidalaqsa #malamberselawatmenjunjungdaulat #tigakotasuci #didikanak

Ada perkara yang kita lihat… tetapi belum tentu kita faham. Selepas melihat sendiri pameran di Booth Bangkit Al-Quds, ini pandangan yang dikongsikan oleh Tuan Hj Abu Fakhry, Pengarah Pembangunan Insan Adam Charitable Foundation (ACF) merangkap Pengarah Media Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD). Bukan sekadar mengenali sebuah tempat, tetapi memahami nilai, sejarah dan tanggungjawab kita terhadap Al-Quds. Semoga lebih ramai membuka mata dan mengenal Al-Quds dengan lebih dekat. ✨ Kenali Al-Quds. Sebarkan kesedaran. #bangkitalquds #masjidalaqsa #malamberselawatmenjunjungdaulat #tigakotasuci #alifmimsin

Tak sangka… ini reaksi mereka selepas melalui pengalaman di Booth Bangkit Al-Quds. Setiap orang datang dengan pandangan yang berbeza, tetapi pulang membawa satu kesedaran yang sama. Kadang-kadang, satu pengalaman kecil mampu membuka ruang untuk kita lebih memahami. Dengar sendiri apa kata mereka. 🤍 Kongsikan supaya lebih ramai mengenali Al-Quds. #bangkitalquds #masjidalaqsa #malamberselawatmenjunjungdaulat #tigakotasuci #alifmimsin

Bukan sekadar sebuah malam dengan selawat, persembahan dan pertemuan. Di sebalik setiap detik MBMD 2.0, ada warisan yang dipe
+7
Bukan sekadar sebuah malam dengan selawat, persembahan dan pertemuan. Di sebalik setiap detik MBMD 2.0, ada warisan yang dipelihara, ilmu yang dikongsikan dan kesedaran yang dibina. Daripada seni budaya, suasana kebersamaan, hingga pengalaman mengenali Al-Quds, setiap momen membawa satu cerita. Semoga apa yang dibawa pulang bukan hanya kenangan, tetapi juga kesedaran yang terus hidup. #bangkitalquds #masjidalaqsa #malamberselawatmenjunjungdaulat #tigakotasuci #peradabantimur

Wall of Hope bukan sekadar tempat menulis harapan. Ia adalah ruang untuk mengingatkan kita bahawa Al-Quds bukan sekadar sebuah tempat, tetapi amanah yang perlu dikenali, dicintai dan diperjuangkan. Kerana Al-Quds tidak memerlukan kita sekadar bersimpati. Al-Quds memerlukan umat yang sedar akan nilainya. Semoga setiap harapan yang ditulis hari ini menjadi langkah kecil menuju kebangkitan yang lebih besar. Baitulmaqdis Milik Ummah. #bangkitalquds #malamberselawatmenjunjungdaulat #muafakatjelatamenjunjungdaulat #masjidalaqsa #alifmimsin

✨ Zack Kaca Mata dah singgah ke Booth Bangkit Al-Quds, anda bila lagi? Jom datang dan rasai sendiri pengalaman VR 360° Masjid Al-Aqsa, sambil mengenali lebih dekat sejarah serta nilai penting Baitul Maqdis. Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Booth Bangkit Al-Quds sepanjang MBMD 2.0. 🤍 #bangkitalquds #malamberselawatmenjunjungdaulat #muafakatjelatamenjunjungdaulat #masjidalaqsa #alifmimsin

✨ Lensa Booth Bangkit Al-Quds di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Membawa para pengunjung lebih dekat dengan Baitul Ma
+7
✨ Lensa Booth Bangkit Al-Quds di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Membawa para pengunjung lebih dekat dengan Baitul Maqdis melalui pengalaman VR 360° Masjid Al-Aqsa serta perkongsian tentang sejarah dan kepentingannya. Semoga usaha kecil ini menjadi ruang untuk lebih ramai mengenali, memahami dan menanam rasa cinta dan juga semangat membebaskan Al-Quds. 🤍 #bangkitalquds #malamberselawatmenjunjungdaulat #muafakatjelatamenjunjungdaulat #masjidalaqsa #alifmimsin

🌙 Hari ini, jom hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0! Pelbagai booth menarik menanti anda. Jangan lupa singgah ke Booth Bangkit Al-Quds untuk merasai pengalaman VR 360° Masjid Al-Aqsa dan mengenali sejarah serta kepentingan Baitul Maqdis. 📍 Jumpa anda di sana, insya-Allah! #bangkitalquds #malamberselawatmenjunjungdaulat #muafakatjelatamenjunjungdaulat #masjidalaqsa #tigakotasuci

📖 Memiliki al-Quran, sambil menyumbang untuk Al-Aqsa. Jangan lepaskan peluang menjadi antara yang terawal memiliki Mushaf Masjidil Aqsa. Bukan sekadar sebuah mushaf, malah ia mempunyai nilai dan sejarah yang istimewa: ✨ Berasal dari bumi suci para nabi, Ardul Muqaddasah. ✨ Diiktiraf secara rasmi sebagai Mushaf Masjidil Aqsa oleh Kerajaan Palestin. ✨️Mendapat kelulusan daripada Kementeri Dalam Negeri Malaysia. ✨ Dikaligrafi oleh kaligrafer Palestin, Sahel Al-Kaabi. ✨ Disemak oleh Jawatankuasa Semakan Universiti Al-Azhar Asy-Syarif serta pihak berautoriti berkaitan. ✨ Dicetak menggunakan kertas berkualiti tinggi oleh syarikat percetakan dari Gaza, Palestin. Setiap pembelian Mushaf ini turut menyumbang kepada usaha menjaga Masjid Al-Aqsa, penerbitan Mushaf Masjidil Aqsa dan inisiatif membela bumi Palestin. 💰 RM100 senaskhah Kunjungi Booth Bangkit Al-Quds untuk mendapatkan Mushaf Masjidil Aqsa anda. #bangkitalquds #masjidalaqsa #malamberselawatmenjunjungdaulat #muafakatjelatamenjunjungdaulat #alifmimsin

🎥 Pernah terbayang bagaimana rasanya berada di dalam Masjid Al-Aqsa? Kini anda boleh merasainya melalui pengalaman VR 360° M
🎥 Pernah terbayang bagaimana rasanya berada di dalam Masjid Al-Aqsa? Kini anda boleh merasainya melalui pengalaman VR 360° Masjid Al-Aqsa, hasil kolaborasi Bangkit Al-Quds bersama Yayasan MyAQSA. Jelajahi Baitul Maqdis secara maya sambil mengenali sejarah, kedudukan dan kepentingannya sebagai salah satu daripada tiga kota suci umat Islam. Cara untuk sertai sangat mudah: ✅ Imbas kod QR ✅ Ikuti media sosial Bangkit Al-Quds ✅ Isi Google Form ✅ Terima nombor giliran dan slot masa ✅ Hadir ke booth mengikut waktu yang diberikan 📌 Tempat adalah terhad, jadi daftar awal untuk memastikan anda tidak terlepas peluang merasai pengalaman yang bermakna ini. Kami nantikan kehadiran anda di Booth Bangkit Al-Quds! #BangkitAlQuds #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MasjidAlAqsa #AlifMimSin

Masjidil Aqsa milik siapa sebenarnya? Ramai melihat Al-Quds hanya sebagai isu kemanusiaan. Hakikatnya, Masjidil Aqsa ialah tanah wakaf umat Islam yang telah diberkati Allah dan menjadi amanah buat orang-orang beriman. Ia bukan sekadar tinggalan sejarah, tetapi sebahagian daripada akidah dan identiti umat Islam. Mencintai Al-Quds bermaksud memahami kedudukannya, menyebarkan kesedaran, dan tidak membiarkan ia dilupakan. Kerana Al-Quds bukan milik satu generasi. Ia amanah untuk seluruh umat Islam. #bangkitalquds #masjidalaqsa #tigakotasuci #alifmimsin #palestine