ar
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

الذهاب إلى القناة على Telegram

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
365
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
+27 أيام
+230 أيام
أرشيف المشاركات
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐉𝐄𝐋𝐈𝐓𝐀 𝐆𝐈𝐀𝐓𝐌𝐀𝐑𝐀: 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Lawatan kerja saya di Sabah pada hari ini dimulakan dengan Program Inspirasi Wanita Luar Biasa TVET JELITA GIATMARA 2025, yang menghimpunkan 228 peserta daripada 18 kursus jangka pendek. Saya cukup teruja melihat semangat para peserta, khususnya wanita Sabah yang terkenal dengan ketabahan dan daya juang mereka. Saya lihat, bidang kecantikan dan makanan yang menjadi fokus kali ini merangkumi urutan tradisional, pengurusan makanan, gubahan kreatif hingga teknik sanggul insya-Allah mampu membuka ruang ilmu baharu, membina keyakinan diri, menjana pendapatan serta membawa wanita Sabah melangkah ke dunia keusahawanan. Saya percaya, apabila wanita diberi peluang dan sokongan, mereka mampu menjadi pemacu utama ekonomi serta penyumbang penting kepada pembangunan negara. Inilah kekuatan sebenar wanita Malaysia dan saya melihat potensi itu begitu menyerlah di Sabah ini. Tahniah saya ucapkan kepada GIATMARA atas penganjuran program berimpak tinggi ini. Insya-Allah, sekiranya inisiatif sebegini diperluas, kita akan melihat lebih ramai wanita berkemahiran, berdaya tahan dan berdaya saing bukan sahaja di Sabah, tetapi di seluruh tanah air. #TVETJELITA #WanitaLuarBiasa #GIATMARA #MARA #TVET #TVETMalaysia #Sabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1TWx43Tvae/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/share/BAJiaotUyv 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1971809716881052000?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPGBEG8jzYl?xmt=AQF08oeVwJhw8gXt4TG094E8EzF6s4XD9ph4H_pIij_L0w&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Saya kongsikan rangkuman Program Motivasi Desa@KEMAS dan Program Bakti Madani@KPT di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk yang menekankan pentingnya ilmu, disiplin dan jati diri sebagai bekalan anak desa untuk mara ke hadapan. Turut disempurnakan penyerahan kunci rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) sebagai usaha memastikan keluarga desa yang layak dapat dibantu agar mereka memiliki kediaman yang selesa dan sejahtera. #KKDW #PejuangDESA #BaganDatukNombor1 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSDgLT78u/ 📱IG: https://www.instagram.com/share/reel/BAGogEyTxN 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/16ighrpQR4/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐝𝐡𝐚, 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 26 𝑆𝑒𝑝𝑡𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟 2025 - 𝑆𝑖𝑟𝑖 013/2025 Dalam hidup yang penuh ujian dan tekanan emosi, firman Allah SWT dalam Surah Ṭāhā ayat 130 memberi panduan: فَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ ٱلشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا ۖ وَمِنْ ءَانَآئِ ٱلَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ ٱلنَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ “𝑀𝑎𝑘𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑏𝑎𝑟𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑒𝑟ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝 𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑘𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛, 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑎𝑠𝑏𝑖ℎ𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑢𝑗𝑖 𝑇𝑢ℎ𝑎𝑛𝑚𝑢 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑡𝑒𝑟𝑏𝑖𝑡 𝑚𝑎𝑡𝑎ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑡𝑒𝑟𝑏𝑒𝑛𝑎𝑚𝑛𝑦𝑎; 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑎𝑠𝑏𝑖ℎ𝑙𝑎ℎ 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑤𝑎𝑘𝑡𝑢 𝑚𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑔ℎ𝑢𝑗𝑢𝑛𝑔 𝑠𝑖𝑎𝑛𝑔, 𝑠𝑢𝑝𝑎𝑦𝑎 𝑒𝑛𝑔𝑘𝑎𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑘𝑒𝑟𝑒𝑑ℎ𝑎𝑎𝑛.” Ayat ini mengajar kita bahawa jalan menuju ketenangan bukan dengan lari daripada masalah, tetapi dengan sabar, zikrullah dan hati yang redha. Redha bukan bermaksud menyerah, tetapi kekuatan jiwa untuk tetap tenang walaupun realiti belum berubah. Imam al-Ghazali menegaskan, redha lahir daripada cinta sejati kepada Allah SWT. Bagi seorang pemimpin, ia melahirkan kebijaksanaan; bagi rakyat, ia membina ketahanan. Justeru, marilah kita mendidik jiwa dengan kesabaran serta zikrullah agar lahir kemanisan redha yang menjadi asas kepada masyarakat yang tenang, bersatu dan berdaya tahan menghadapi cabaran zaman. #RisalahJumaat013 #SayyidulAyyam 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSDb8yKBL/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/167iwWWx4s/ 📱IG: https://www.instagram.com/share/reel/BAHAQ2Fkrk 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1971425230880190651?t=KaSgnbDeOn5ekfD5NCLdmw&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPDSzNkD5eu?xmt=AQF0uMi9nnWBz3VWUd4MmTVzGzxagXwWDjkIr5ijQnXSkQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐨𝐥𝐢𝐝𝐚𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐏𝐚𝐥𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧 Bagi pihak Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama atau bangsa, saya merakamkan syabas kepada 34 wira kita yang berani menyertai misi bantuan ke Gaza. Mereka berlayar jauh, berdepan ugutan dan ancaman, namun tetap teguh demi kemanusiaan. Marilah kita terus mendoakan keselamatan mereka serta kejayaan misi ini bersama sokongan masyarakat antarabangsa. #DoaUntukPalestin #GlobalSumudFlotilla #NusantaraForGaza 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSDqJSw3Y/ 📱IG: https://www.instagram.com/share/reel/BANRliepOH 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/173U1gfRKc/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐮𝐦𝐮𝐝 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐂𝐨𝐦𝐦𝐚𝐧𝐝 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞: 𝐒𝐨𝐥𝐢𝐝𝐚𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐆𝐚𝐳𝐚 Saya kongsikan rangkuman lawatan ke Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) di Sepang, pusat kawalan strategik misi Global Sumud Flotilla 2025 yang turut disertai 34 wira kemanusiaan Malaysia. Alhamdulillah, saya sempat berhubung dengan mereka secara langsung dari perairan Mediterranean. Semoga doa dan sokongan kita mengiringi perjuangan mereka demi Palestin tercinta. #GlobalSumudFlotilla #SumudNusantara #BreakTheSiege #NusantaraForGaza 📱IG: https://www.instagram.com/share/reel/BBP5lkOEFh 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/19UaWnLHCM/ 📱YouTube: https://youtu.be/omDxbX32ZSA?si=1qguJqq8ScT1jWo7 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐙𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐒𝐮𝐦𝐮𝐝 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐂𝐨𝐦𝐦𝐚𝐧𝐝 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞: 𝐒𝐨𝐥𝐢𝐝𝐚𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐆𝐚𝐳𝐚 Petang ini saya berkesempatan menziarahi Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) di MAPIM Central Warehouse, Sepang - pusat kawalan strategik misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2025 yang kini sedang belayar menuju Gaza. Misi ini melibatkan delegasi dari 45 buah negara, termasuk 34 wira kemanusiaan Malaysia yang sanggup meredah lautan demi menyampaikan suara dunia menentang kekejaman dan sekatan haram rejim Zionis terhadap Gaza. Saya berkesempatan mendengar sendiri taklimat daripada YBhg. Dato’ (Dr.) Sani Araby, CEO MAPIM merangkap Ketua Pengarah Command Center bersama Cinta Gaza Malaysia dan Cinta Salam Malaysia serta pasukan koalisi NGO. Pusat kawalan ini berperanan penting sebagai nadi komunikasi, respons krisis dan penyampaian naratif rasmi Malaysia dalam misi bersejarah ini. Paling menyentuh jiwa saya ialah apabila dapat berhubung secara langsung melalui panggilan video dengan kesemua 34 delegasi Malaysia yang kini berada di perairan Mediterranean yang diketuai oleh Saudara Nadir Al-Nuri. Walaupun berdepan risiko serangan 15 dron dan gangguan komunikasi, wajah-wajah mereka tetap memancarkan keberanian dan tekad yang tidak pernah luntur. Saya titipkan doa dan kata-kata semangat buat mereka. Malaysia bangga dengan keberanian anak-anak bangsa ini dan dunia sedang menyaksikan keberanian mereka menulis sejarah. Saya juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa, berkongsi maklumat sahih dan mengelakkan penyebaran berita palsu dan propaganda regim Israel. Kita bukan sekadar menyaksikan - kita adalah sebahagian dari gelombang solidariti global ini untuk membebaskan Palestin dan menghentikan perang Gaza Terus mengikuti perkembangan semasa di pautan rasmi: www.sumudnusantara.com #GlobalSumudFlotilla #SumudNusantara #BreakTheSiege #NusantaraForGaza 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1JK6sgAmMH/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/share/BANQckCXi9 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1971177619648544787?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPBhnchj3U3?xmt=AQF0J5Vog1GYm6v-QBLN8YTNAPeG6kEKOVvaa-tK8NLEMA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐔𝐧𝐢𝐊𝐋 𝐌𝐅𝐈 𝐁𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐆𝐫𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐠 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥 Saya telah mengadakan lawatan kerja ke UniKL Malaysia France Institute (MFI) untuk meninjau sendiri fasiliti kampus serta mendengar taklimat mengenai pencapaian dan inisiatif yang sedang digerakkan di sini. Saya kagum dengan keupayaan institusi ini yang telah melahirkan ramai graduan kemahiran berkualiti tinggi dalam bidang automasi, robotik, mobiliti hijau, teknologi baharu dan kejuruteraan air. Malah saya juga difahamkan bahawa kadar kebolehpasaran graduannya telah mencecah 99.7% pada tahun lalu. Apa yang saya lihat di sini telah menambahkan lagi keyakinan saya bahawa TVET Malaysia benar-benar mampu berdiri sama tinggi dengan negara maju. Insya-Allah, saya akan terus memantau serta melihat sendiri perkembangan institusi TVET di seluruh negara agar agenda TVET negara dapat terus diperkasa. #UniKL #UniKLMFI #MARA #KKDW #TVET #TVETMalaysia #RancakkanMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1645TuCDqZ/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/share/BAJy5d623U 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1971149142669000956?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPBUzxuD8b3?xmt=AQF0__D4NOeO7MzzhOC1G7AOyAGmRSYUJxjAVWFbQUujhw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐓𝐕𝐄𝐓: 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐕𝐄𝐓, 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil. 2/2025 yang memberi tumpuan kepada pembentangan cadangan skop, fungsi dan struktur penubuhan Suruhanjaya TVET. Cadangan ini lahir daripada siri perbincangan sebelum ini termasuk Pemukiman KEB 2024 serta dokumen RMK-13, dengan tujuan memperkukuh ekosistem TVET negara melalui sebuah badan kawal selia tunggal yang lebih tersusun dan berfokus. Penubuhan Suruhanjaya TVET ini bakal menjadi langkah penting dalam memastikan TVET benar-benar menjadi pilihan utama pendidikan dan laluan kerjaya, bukan lagi sekadar pilihan alternatif. Saya yakin usaha ini akan membuka ruang lebih besar kepada pembangunan bakat berkemahiran tinggi, seiring keperluan industri semasa dan masa depan. Insya-Allah, dengan sokongan semua pihak, Malaysia mampu muncul sebagai hab TVET serantau menjelang 2030. Inilah masa depan yang kita bentuk bersama demi negara Malaysia yang kita cintai ini. #TVET #TVETMalaysia #SuruhanjayaTVET #JomPilihTVET #RancakkanMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1FdGbwU4aT/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/share/_kqhVrNhM 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1971103715592634852?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPBADdLjzIW?xmt=AQF0cRdO8LtLxSuOyzEu8wgZm_DwM_3VGfX0-7pSOKiPwg&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐈𝐊𝐎𝐍𝐃𝐄𝐒𝐀@𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚: 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 Ilham penubuhan IKONDESA ini lahir daripada pengalaman saya dan rakan-rakan Pengurusan Tertinggi KKDW di luar negara, menyaksikan bagaimana warisan budaya, inovasi komuniti dan kekuatan identiti tempatan mampu membuka peluang besar. Alhamdulillah, pada petang tadi saya berbesar hati dapat melancarkan IKONDESA@Putrajaya yang merupakan platform baharu dalam mengangkat produk desa ke pentas yang lebih tinggi. IKONDESA adalah salah satu daripada 42 inisiatif Game Changer KKDW 2025, diwujudkan sebagai pusat jualan fizikal di bandar bagi memasarkan produk desa usahawan bimbingan KKDW. Melalui inisiatif ini, kita membawa hasil keringat anak desa keluar dari ceruk kampung untuk diketengahkan di jantung pentadbiran negara dan insya-Allah, ke mata dunia. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh pasukan KKDW, agensi berkaitan, serta para usahawan desa yang menjayakan usaha ini. Saya mendoakan agar inisiatif ini akan menjadi pencetus rezeki baharu untuk usahawan desa sekali gus memperkukuh ekosistem keusahawanan luar bandar. Insya-Allah. #IKONDESA #ProdukDesaCitarasaDunia #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1GWrFRnj4D/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/share/_nF4de16X 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1970828155629044060?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO_CwtYj7lq?xmt=AQF0z0rmG_B_tCEQyevrso3fzDMj_cgz9iR7IbMapvjb8Q&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐤𝐞 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐆𝐚𝐠𝐚𝐥 𝐒𝐏𝐌? Bila sebut pasal TVET, macam-macam tanggapan yang kita dapat dengar. Ada yang kata ia jalan terakhir, ada juga yang nampak potensinya sebagai laluan kerjaya masa depan. Jadi, apa sebenarnya kebenaran di sebalik persepsi ini? Buat julung kalinya, siri Podcast #HitamPutihKelabu oleh Penerangan UMNO Malaysia akan bersiaran secara langsung dan kita akan kupas isu panas ini tanpa selindung! 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋 𝐊𝐄 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐆𝐀𝐆𝐀𝐋 𝐒𝐏𝐌? 🗓️ Rabu, 24 September 2025 ⏰ 9.00 malam 📺 Live di UMNO Online Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama kita saksikan perbincangan ini dan ubah persepsi tentang TVET bersama panel hebat pada malam ini! #HitamPutihKelabu #TVET #TVETMalaysia #UMNOOnline #UMNO #BersatuBersetiaBerkhidmat 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1GEZ4gvrLa/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/share/_9l7BdRKK 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1970805539333706168?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO-4i8AD0rg?xmt=AQF0G0TTp3VAeh7vGO7fIg8OFho_DfxsEeYMBGMSl1cSiw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐕𝐢𝐝𝐞𝐨 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐖𝐚𝐤𝐢𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐒𝐮𝐦𝐮𝐝 𝐅𝐥𝐨𝐭𝐢𝐥𝐥𝐚 Saya kongsikan rakaman perbualan saya bersama Musa Al-Nuwayri, salah seorang daripada wakil Malaysia dalam misi Sumud Flotilla ke Gaza. Ya Allah, naungilah mereka dengan perlindungan-Mu, permudahkanlah setiap langkah dan urusan perjuangan ini. Aamiin. #GlobalSumudFlotilla #SumudNusantara #BreakTheSiege #NusantaraForGaza 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSDXMDsK2/ 📱IG: https://www.instagram.com/share/_a2Mrj-HB 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17S92rkaA6/?mibextid=wwXIfr 📱YouTube: https://youtu.be/HCdoNeKjj1k?si=ejl3L1wPyUi0eL_w 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐕𝐢𝐝𝐞𝐨 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐖𝐚𝐤𝐢𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐒𝐮𝐦𝐮𝐝 𝐅𝐥𝐨𝐭𝐢𝐥𝐥𝐚 Berita serangan terhadap pasukan Global Sumud Flotilla benar-benar membimbangkan. Di saat mereka sedang membawa misi kemanusiaan ke Gaza, nyawa dan keselamatan menjadi taruhan. Alhamdulillah, saya berpeluang melakukan panggilan video bersama Musa Al-Nuwayri, salah seorang rakyat Malaysia yang turut serta dalam misi ini. Sedikit kelegaan apabila saya dapat mendengar perkhabaran mereka secara langsung. Kesemua mereka selamat dan semangat mereka untuk meneruskan misi ini tetap teguh meskipun berhadapan dengan pelbagai risiko dan cabaran. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, ayuh kita panjatkan doa buat keselamatan peserta Global Sumud Flotilla dan seluruh rakyat Palestin. Semoga misi ini dipermudahkan dan bantuan sampai kepada saudara-saudara kita di Gaza. Doa kita adalah senjata, solidariti kita adalah kekuatan. #GlobalSumudFlotilla #SumudNusantara #BreakTheSiege #NusantaraForGaza 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1ZvpYxQxJT/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/share/BAK2J4zr4U 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1970769274143981979?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO-ncwuD3ol?xmt=AQF0y6D9tmEAUZ0W3a0ZTsom42756WAMb-R8bfzsmL43qw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐍𝐞𝐰 𝐙𝐞𝐚𝐥𝐚𝐧𝐝 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐚 𝐇𝐚𝐥𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 Tengah hari tadi, saya telah menerima kunjungan hormat daripada The Hon. Todd McClay, Menteri Perdagangan dan Pelaburan, Pertanian dan Perhutanan New Zealand di pejabat saya di Putrajaya. Pertemuan ini terasa akrab kerana pada Julai lalu, ketika kunjungan saya ke New Zealand, kami telah bertemu dua mata dan membuka ruang baharu dalam memperkukuh kerjasama dua hala. Kunjungan balas hari ini membuktikan keakraban persahabatan antara Malaysia dan New Zealand yang terus subur. Selain memperluas peluang kerjasama dalam industri halal, kami turut berbincang mengenai usaha memperkasa perdagangan dua hala, memperkukuh kerjasama serantau, serta menyokong aspirasi untuk memperdalam hubungan ASEAN–New Zealand demi manfaat ekonomi bersama. Saya turut menjemput New Zealand untuk menyertai MIHAS pada tahun hadapan dengan mewujudkan Pavilion mereka sendiri sebagai platform memperkukuh jaringan dan peluang baharu dalam pasaran halal global. Bagi saya, kunjungan ini adalah isyarat hubungan erat yang mengikat kedua-dua Kerajaan, sambil membuka peluang manfaat besar buat rakyat kedua-dua negara. Insya-Allah, kerjasama ini akan terus diperkasa, menjadi contoh bagaimana hubungan strategik mampu membawa hasil nyata dan masa depan yang lebih baik. #MalaysiaNewZealand #PembangunanDesa #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1LsEU1utEw/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/share/BAQD-_tWpC 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1970761348616475073?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO-kgYIj4rW?xmt=AQF0R-TQqOtuoN6m7s2QiZ-3V8tZZLJo6nMTFrvzTALlEA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐉𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 Saya memulakan tugas pada pagi ini dengan mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri mewakili YAB Perdana Menteri yang kini sedang berada di Timor-Leste bagi menjalankan tugas rasmi negara di sana. Alhamdulillah, mesyuarat berjalan lancar dengan tumpuan terhadap pelaksanaan berterusan demi kebajikan rakyat, agar setiap dasar dan keputusan memberi keberhasilan terbaik untuk negara. Saya mendoakan semoga segala urusan kita pada hari ini dipermudahkan Allah SWT. #MesyuaratJemaahMenteri #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BLjUGa5XR/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/share/p/BAA18m89A3 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1970715025724829787?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO-PQspDwKh?xmt=AQF0_IXB2Cr3y7f7ZRvN5bI1BdvuFHKndSzZWn0__EnW3w&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐍 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐤𝐞-𝟖: 𝐔𝐫𝐛𝐚𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 & 𝐔𝐑𝐀 – 𝐒𝐮𝐫𝐯𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 Malam tadi, saya hadir ke BN Forum yang membedah isu urbanisasi dan Akta Pembaharuan Bandar (URA), khususnya dari perspektif survival Melayu bandar. Tekun saya mendengar kupasan dan pandangan daripada barisan panelis - YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai dan Dr. Shuhana Shamsuddin yang mengupas realiti sebenar survival orang-orang Melayu di bandar. Dari sudut pandang saya semalam, forum ini bukan sekadar wacana akademik, tetapi ruang bicara untuk kita bersama menilai dasar dari pelbagai perspektif khususnya kaca mata rakyat. Apa yang penting, dalam catatan nota saya - pembangunan semula bandar bukan sahaja soal kemajuan dan pelaburan, tetapi juga menyentuh soal hak pemilikan, maruah komuniti asal, serta warisan Melayu di bandar yang mesti dipertahankan. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menganjurkan forum ini kerana terus menyediakan ruang ilmu dan perbincangan matang untuk kita memperkukuh agenda bersama. Semoga perbincangan seperti ini membuka jalan ke arah dasar yang lebih adil, inklusif dan berpaksikan kesejahteraan rakyat. Insya-Allah. #BetterNationForum #SurvivalMelayuBandar #BarisanNasional 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CmFtueRtq/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/share/BAVbTmpXwY 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1970677130133676095?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO9-ORpj1yv?xmt=AQF00VQ7DzimYNBJy8qRQjiMQKTGXe-OUiHa4HkIZplP0g&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞-𝟗𝟓 𝐀𝐫𝐚𝐛 𝐒𝐚𝐮𝐝𝐢: 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Saya berasa amat berbesar hati apabila dapat menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan ke-95 Kerajaan Arab Saudi yang diadakan di Kuala Lumpur pada malam ini. Sambutan ini secara tidak langsung telah mempereratkan hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi dan menjadi simbol persahabatan antara kedua-dua negara. Hubungan baik ini telah lama terjalin, melibatkan kerjasama strategik dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan dan pembangunan ummah. Saya yakin, dengan semangat ukhuwah dan saling menghormati, hubungan ini akan terus diperkukuh demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara. Tahniah dan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-95 kepada Kerajaan Arab Saudi. Semoga terus maju, makmur dan diberkati Allah SWT. #SaudiNationalDay95 #MalaysiaArabSaudi 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Gn1brRixu/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/share/_0-sgkX4s 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1970495926843396398?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO8rrAjD4MF?xmt=AQF0J93vVaJPoPAikg2LM9y-O2uabO0eeFnXORj8OLVhxg&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐛 𝐓𝐮𝐧𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮 Saya kongsikan rangkuman sempena Hari Malaysia di Pulau Pinang, menyaksikan kerjasama strategik industri perikanan laut dalam serta pelancaran produk tuna premium Shinkai Origin. Usaha ini memperkukuh Ekonomi Biru, sekuriti makanan dan membuka peluang TVET Maritim untuk anak-anak muda. Dengan wujudnya sinergi di antara Kerajaan dan swasta, Malaysia mampu menjadi hab perikanan serantau. #TVETMalaysia #TVETMaritim #HariMalaysia2025 #BersamaMalaysiaku 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSDQMNN1W/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1GvvUtcaMM/ 📱IG: https://www.instagram.com/share/reel/BAVib1WTPT 📱YouTube: https://youtu.be/ezd-xRBN_xg?si=4ZAfjd5X5PxKnMES 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀 𝐌𝐮𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐓𝐢𝐦𝐨𝐫-𝐋𝐞𝐬𝐭𝐞 Alhamdulillah, rentetan daripada hasil lawatan saya ke Timor-Leste pada Ogos tahun lalu, hari ini kita menyaksikan bermulanya “Course on Empowering Community Leaders Towards Sustainable Rural Development”, sebuah latihan antarabangsa anjuran INFRA untuk pemimpin komuniti dan pegawai kerajaan Timor-Leste. Program yang berlangsung pada 23 hingga 28 September 2025 ini menerima penyertaan seramai 10 peserta dari Timor-Leste. Mereka akan mengikuti ceramah berkaitan dasar dan struktur pentadbiran negara, sesi pembangunan komuniti, belia dan wanita, selain lawatan ke institusi TVET, homestay luar bandar serta mengikuti aktiviti kebudayaan dan kraftangan desa. Inisiatif ini membuktikan bahawa pengalaman Malaysia dalam pembangunan luar bandar terus menjadi rujukan serantau dan kerjasama ini memperkukuhkan lagi hubungan erat Malaysia-Timor-Leste. Inilah simbol kerjasama dua negara serantau yang menunjukkan model pembangunan desa Malaysia diiktiraf dan dijadikan rujukan oleh negara jiran. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada INFRA yang telah merealisasikan usaha ini dengan penuh komitmen dan dedikasi. Saya mendoakan semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat besar kepada para peserta, sekali gus membuka ruang kerjasama baharu demi kemajuan desa yang lebih lestari. Insya-Allah, ini hanyalah permulaan kepada lebih banyak inisiatif serantau demi kesejahteraan bersama. #MalaysiaTimorLeste #INFRA #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Ba2Lzdi7k/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/share/_m0YM9kqw 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1970405342250217592?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO8Cd_gD9O8?xmt=AQF0I9q8LvZOCBMrF_ehCRFiv2DdFPdBAvlMuOL5DnNDkg&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐝𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 Saya kongsikan rangkuman Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth yang begitu meriah dihadiri ribuan rakyat yang berbilang bangsa dan agama, bersatu hati bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat. Semoga semangat perpaduan ini terus memandu kita membina Malaysia yang makmur, utuh dan dihormati. Selamat Hari Malaysia 2025! 🇲🇾 #HariMalaysia2025 #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #BersamaMalaysiaku 📱IG: https://www.instagram.com/share/reel/BB02TnqYhF 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1B381YYkUn/ 📱YouTube: https://youtu.be/ZyBvxPyFUfc?si=0zqwd84SGIMM40pb 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐅𝐞𝐬𝐭𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐨𝐟 𝐈𝐝𝐞𝐚𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟓 Seterusnya, saya ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Nasional Festival of Ideas Putrajaya (FOI) 2025. Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras perancangan secara menyeluruh melalui pendekatan Whole of Government agar penganjuran kali ini lebih inklusif, berimpak tinggi dan berupaya mengangkat Malaysia sebagai hab wacana intelektual serta inovasi serantau. Putrajaya FOI 2025, yang bakal berlangsung pada 4 hingga 8 November 2025 di PICC diharapkan bakal menjadi platform unggul untuk menyemarakkan budaya berfikir baharu, daya cipta dan kreativiti rakyat Malaysia. Insya-Allah, dengan kerjasama erat pihak kementerian, agensi Kerajaan, sektor swasta dan NGO, saya yakin Putrajaya #FOI2025 akan menjadi satu lagi acara nasional yang memberi manfaat besar kepada rakyat dan negara secara keseluruhannya. #FestivalOfIdeas #FOI2025 #KPT #RancakkanMADANI #BersamaMalaysiaku 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BxjMEUuCi/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/share/_Z4IOn_X0 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1970050573706862772?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO5hH6FDxq-?xmt=AQF0kDWbbueVgImKpabti4YmzYojTb_MIlw8fqPB2KD2sQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel