ar
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

الذهاب إلى القناة على Telegram

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
363
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
لا توجد بيانات30 أيام
أرشيف المشاركات
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐜𝐮𝐫𝐢 𝐍𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭 Takbir bukan sekadar lafaz di bibir, tetapi pengakuan dalam hati bahawa segala nikmat, kekuatan dan hidayah datang daripada Allah SWT. Setiap ibadah yang disempurnakan adalah tanda ketaatan serta rasa syukur kita kepada-Nya. Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba yang sentiasa membesarkan Allah dengan penuh keinsafan dan mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan. #RisalahTaalim30 #Ramadan1447H 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSubWx1rQ/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/173bejxG1Y/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DWGbgirSRJE/?igsh=MXdlbGE5NXp2MWtuNQ== 📱X: https://x.com/i/status/2034903189309608133 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWGUg4aCoIR?xmt=AQF0Joujx7M7JUtATXRKTGW57_gihYcb6apzvQmhYkp1CjjgzipiFzzWS3qMLXI1IRF_Q0G9&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐚𝐳𝐤𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭: 𝐌𝐢𝐦𝐛𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 Penyatuan Ummah Penceramah: Ustaz Abdul Hadi 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSubaeHSd/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1KiA1xjwim/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 Ramadan dan Zakat Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Ustaz Afif Farhi 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSuVcr63f/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1FFkqcx7jH/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 Ramadan kian sampai ke penghujungnya. Hati terasa sayu kerana belum tentu kita akan dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga segala amal ibadah diterima dan segala kekhilafan diampunkan. Moga semangat serta nilai kebaikan yang dibina sepanjang Ramadan terus kekal dalam kehidupan kita. #RisalahTaalim29 #Ramadan1447H 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSuVs7GnB/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1SRRuQnc5V/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DWD2oL0y361/?igsh=MTN1ZXJwZW0xNHIweA== 📱X: https://x.com/i/status/2034556949514305972 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWD2lG1k9sC?xmt=AQF0Dt5AalKYgdvazx5p6WYnyYvPFuO9mbDUAXZxFE798517K6Z-DgJeEeXzOb_FISwsVzs&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐠𝐚𝐝𝐢 Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Ugadi kepada seluruh komuniti Telugu di Malaysia. Semoga sambutan ini membawa kegembiraan, kesejahteraan serta mengeratkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya komuniti Telugu di seluruh negara. Wishing you a year filled with happiness and prosperity. #TahunBaharuUgadi #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18dQtsre2n/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWDbdYPkmmo/?igsh=MXg5dWphcWJ3dTl6Yg== 📱X: https://x.com/i/status/2034496068168421801 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWDbrMIj1__?xmt=AQF0WyRKoDs4HP856aE_UYHvw962jOVSdG5v3raX9KcoiZ5rE7Fu4rXARgwpCvXukjomrS8&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 Keseimbangan Ibadah Dunia dan Akhirat Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Ustaz Abdul Hadi Basri 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSuX4pWKR/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/18Jnrx5aWf/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 Sepertiga malam adalah waktu yang sangat istimewa untuk kita bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Bangunlah walau seketika untuk berdoa dengan penuh harapan. Mudah-mudahan setiap doa yang dipanjatkan menjadi jalan kepada perubahan dan kebaikan dalam hidup kita. #RisalahTaalim28 #Ramadan1447H 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSuX9aAhS/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1GTShvN55Z/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DWBR-Iwy_3m/?igsh=NG9obmFzdzA1M2Rr 📱X: https://x.com/i/status/2034194813940347358 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWBRyBvj_Ez?xmt=AQF0T_7aw86C97JYmbg9F1UF5yULZSumwcax0YCj9QaLAkFHH5tPyPAGjAU6qLQNHqis2Ptf&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 Menjelang Aidilfitri ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan melaksanakan Op Prihatin 2026 bagi membantu memastikan perjalanan pulang rakyat ke kampung halaman berlangsung dengan lebih selamat. Seramai 2,364 pegawai dan anggota bersama 650 aset logistik digerakkan di seluruh negara untuk melaksanakan rondaan, bantuan kecemasan serta khidmat kepada pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan ini. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya, saya ingin mengingatkan semua agar sentiasa memandu dengan berhemah, mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Pada masa yang sama, orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap keadaan cuaca serta arahan pihak berkuasa memandangkan MET Malaysia turut menjangkakan hujan di beberapa kawasan sepanjang musim perayaan ini. Walau apa pun keadaan, keselamatan mesti sentiasa menjadi keutamaan. Saya mendoakan agar semua yang pulang ke kampung halaman dipermudahkan perjalanan, selamat sampai ke destinasi dan kembali semula dengan selamat bersama insan tersayang. #Aidilfitri2026 #UtamakanKeselamatan #APM #METMalaysia #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18LCGAQbSY/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWBEUUzEitm/?igsh=ZHIxNDltdGUwZzZq 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2034163570594992469?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWBElKZD2Vg?xmt=AQF0UfWEMgAkPN-YvDem_Lnm3IEyOdl0hF0fgnOOIj-WSSdlmAMcpYnYnRwy6NdzvuSI0UMa&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝟐,𝟕𝟕𝟑 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝟐𝟕 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐂𝐢𝐥𝐢𝐤 Hati siapa yang tidak tersentuh tatkala melihat seorang anak kecil berdiri di hadapan, menjadi imam dan memimpin solat tarawih dengan penuh keyakinan. Masya-Allah. Malam 27 Ramadan satu momen yang cukup indah apabila seramai 19,533 anak-anak TABIKA KEMAS di 2,773 premis seluruh negara menunaikan solat tarawih dengan berimamkan rakan sebaya mereka sendiri. Satu pemandangan yang amat menyentuh hati dan perasaan ramai yang melihatnya. Inilah antara hasil usaha yang telah kita mulakan melalui Program Pra Tahfiz KEMAS dalam menyemai kecintaan kepada al-Quran sejak usia muda. Alhamdulillah, apa yang kita usahakan hari ini telah mula menampakkan hasilnya. Penghargaan saya ucapkan kepada seluruh pihak pengurusan dan guru-guru KEMAS di seluruh negara yang sabar membimbing serta mendidik anak-anak ini, serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan penuh sehingga impian ini dapat direalisasikan bersama. Saya doakan agar anak-anak ini terus membesar dengan baik, menjadi contoh kepada generasi akan datang dan membawa sinar harapan buat masa depan negara. Insya-Allah, inilah permulaan kepada generasi al-Quran yang kita harapkan. #Ramadan1447H #PraTahfizKEMAS #KEMAS #KKDW #MembinaGenerasiAlQuran 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1GkXmQwVQ7/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWAeol0Ehhv/?igsh=bjV3eThtcHZyanNw 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2034081182288384221?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWAfIuzD-Vm?xmt=AQF0RAceaqHrDECeHApDfLoadvf6MbFxwy0uhnzGPuj5iNrSngj_8qPHRXqliId9RLewJQk&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

*Tadarus Ramadan 1447H* Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 28 dan 29 sempena Tadarus Ramadan. Qari: 1. Ustaz Muhammad Amir Haziq. 2. Ustaz Mohd Shukri Shamsudin 3. Dr Afif Farhi Othman. Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah. #TadarusRamadan #Ramadan1447H https://www.facebook.com/100044617711053/videos/923054017131879 https://vt.tiktok.com/ZS9Rj5wbWuoQQ-jJyLp/

𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 Ramadan Dan Peranan Wanita Dalam Membina Generasi Beriman Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Ustaz Afif Farhi 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSuQS4sae/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1AcmFonrnu/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐑𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐡𝐚𝐬𝐚𝐛𝐚𝐡 Ramadan adalah waktu terbaik untuk kita bermuhasabah, memperbaiki diri serta kembali mendekatkan hati kepada Allah SWT. Mudah-mudahan setiap langkah ke arah kebaikan diterima dan segala kekhilafan diampunkan oleh-Nya. #RisalahTaalim27 #Ramadan1447H 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSuQ6wDfh/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1X7KPKRjvs/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DV-tCGpyWBP/?igsh=NzBiZGNoaDFkMXN2 📱X: https://x.com/i/status/2033832109824209065 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DV-s_BsDjkw?xmt=AQF07LbaQlJuZQjK1t-0jejGf1z0tIqOOUbKhjFSfgCcOmwWfMPYIMEwFRxqjZZazoT6PLIG&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐍𝐢𝐩𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐭 Di malam-malam terakhir Ramadan, dapat berkumpul bersama sahabat-sahabat di kampung halaman sendiri benar-benar membawa makna yang berbeza. Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan pulang ke Bagan Datuk untuk bersama kariah Masjid Al-Falah, Kampung Sungai Nipah Darat, berbuka puasa serta menunaikan solat berjemaah bersama mereka. Bertemu wajah-wajah yang saya kenali sejak dahulu dan dapat berborak panjang sementara menunggu waktu berbuka benar-benar membuat saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus bersama masyarakat di tanah kelahiran sendiri. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh kariah Masjid Al-Falah serta sahabat-sahabat di Sungai Nipah Darat yang turut bersama pada malam tadi. Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus berkekalan, insya-Allah. #BaganDatuk #Ramadan1447H #BaganDatukNombor1 📱FB: https://www.facebook.com/share/1CoxE6W6C1/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DV-o9kZktLY/?img_index=4&igsh=MWFvd3lzOWJtdGhlYw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2033821941522444440?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DV-pFxuD-Ja?xmt=AQF0jwlaFSzDgchEXSgwAwdZTigudM_C_M0HOKededUI2P1seVVr6QehpXGq3sGf_dipDKHB&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐆𝐞𝐭𝐚𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐆𝐞𝐭𝐚𝐡 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 Dalam mendepani ketidaktentuan global, Kerajaan kekal komited untuk memperkasa sektor komoditi getah negara melalui pendekatan yang lebih strategik, bersepadu dan berimpak tinggi, demi memastikan kemampanan ekosistem pembangunan negara khususnya yang melibatkan komuniti pekebun kecil. Selaras dengan aspirasi tersebut, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui RISDA akan terus memperkukuh peranan sebagai Pembeli Getah Utama (anchor buyer), sekali gus meningkatkan purata harga belian oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) daripada sekitar RM3.00 kepada RM3.70 sekilogram. Sebelum ini, harga getah di peringkat ladang hanya sekitar RM3.00 sekilogram, menyebabkan pekebun kecil berkeluasan satu hektar hanya memperoleh kira-kira RM750 sebulan. Peningkatan ini secara langsung melonjakkan purata pendapatan bulanan pekebun kecil daripada RM1,125 kepada RM1,387.50, dengan tambahan sekitar RM387.50 sebulan atau RM4,650 setahun bagi setiap pekebun kecil. Bagi kebun seluas 1.5 hektar, pendapatan dijangka mencecah RM1,708 sebulan, manakala bagi keluasan 2.0 hektar ke atas, berpotensi mencapai sekitar RM2,278 sebulan. Inisiatif ini dilaksanakan melalui Program Pengeluaran Getah dengan pelantikan RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) sebagai agen pelaksana bagi pembelian getah secara runcit dan berkelompok. Langkah ini berlandaskan peruntukan di bawah Akta RISDA 1972 (Akta 85) yang memberi ruang kepada RISDA memainkan peranan lebih aktif dalam rantaian perdagangan getah negara. Melalui pelaksanaan ini, RISDA memperkenalkan pendekatan yang lebih adil dan telus, termasuk penetapan potongan harga maksimum di Semenanjung, penambahbaikan insentif berasaskan output, rundingan harga yang lebih kompetitif bersama kilang pemprosesan, serta pemanfaatan 181 depo pengumpulan sedia ada di seluruh negara. Bagi kawasan tanpa kemudahan depo, perkhidmatan Pemasaran Getah Bergerak (PGB) turut diperkenalkan bagi memudahkan urusan pekebun kecil. Dalam tempoh pelaksanaan aktif sejak awal Januari 2026, RISDA telah berjaya membeli dan mengumpul sebanyak 1,197.77 tan metrik getah pekebun kecil dengan nilai belian terkumpul RM3.79 juta setakat Februari. Ini membuktikan bahawa dasar yang tepat mampu mengembalikan keyakinan pekebun kecil untuk kembali aktif mengusahakan kebun mereka. Lebih penting, inisiatif ini dijangka memberi impak signifikan kepada negara. Pengeluaran getah domestik berpotensi meningkat sehingga 75 peratus, dengan sasaran kutipan 300,000 tan metrik pada tahun 2026, sekali gus menyumbang sekitar 29 peratus kepada keperluan domestik. Langkah ini amat penting bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap import getah asli yang dianggarkan bernilai RM7.6 bilion pada tahun 2024. Inisiatif RISDA sebagai Pembeli Getah Utama merupakan langkah strategik untuk mengangkat semula martabat industri getah negara, memperkukuh rantaian bekalan tempatan, meningkatkan pendapatan rakyat desa, serta memastikan masa depan sektor komoditi ini kekal berdaya saing. Kerajaan akan terus memastikan agenda memakmurkan lebih 508,000 pekebun kecil di seluruh negara dapat direalisasikan secara menyeluruh, selaras dengan semangat Aspirasi Desa MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, kemampanan ekonomi dan pembangunan yang saksama. #RISDA #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DrFn5oGHy/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DV-fEXlkvxV/?igsh=b2c3NWFmbDlhaHRi 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2033800657346625775?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DV-fbyzj8xB?xmt=AQF08RjpFKzDf09CwTazTyNUT-4r-c4UnperukoukGbigpYVx1a4PMMDAxLs1q5jJTDrpLd6&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

*Tadarus Ramadan 1447H* Bacaan al-Quran bagi Juzuk 26 dan 27 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi Surah Al-Ahqaf ayat 33 sehingga Surah Al-Hadid ayat 29. Qari: Juz 26: 1. Amirul Azim bin Amran. 2. Muhammad Haziq Bin Zulkifli. 3. Hj. Amran Ariffin. Juz 27: 1. Hj. Amran Ariffin. 2. Muhammad Haziq Bin Zulkifli. 3. Dr Afif Farhi Othman. Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah. #TadarusRamadan #Ramadan1447H https://www.facebook.com/share/v/1Q2Sv39Fm8/?mibextid=wwXIfr https://vt.tiktok.com/ZS9RNJT8fCCK6-V6GQ6/

Kalau sudah bertanya dengan orang Bagan Datuk, inilah antara tempat yang sering menjadi pilihan dan tarikan juga apabila saya pulang ke kampung halaman. Bukan sahaja makanannya yang sedap belaka, tetapi suasana di sini juga mempunyai keistimewaan tersendiri yang sukar ditemui di tempat lain. Semuanya ada di Bagan Datuk. #BaganDatuk 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSu9D6Lp6/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DV8o931Sm1v/?igsh=YmNsbGcxaG92bXl4 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1ESSCbcwvS/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 Andainya Ramadhan Dunia Akhir Zaman Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Ustaz Drs Azmi Md Yatim 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSuHcWH3m/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1ChvK5o2iz/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐅𝐢𝐭𝐫𝐚𝐡 Zakat fitrah menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan serta membantu menggembirakan golongan yang memerlukan menjelang Syawal. Tunaikanlah kewajipan ini dengan penuh keikhlasan agar Ramadan yang dilalui menjadi lebih bermakna dan diberkati. #RisalahTaalim26 #Ramadan1447H 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSuHG5jNj/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1N8xMstTSX/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DV8IUmRyobT/?igsh=MW5lbTF1bTlxZG5pOA== 📱X: https://x.com/i/status/2033471414674874371 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DV8IM2mivc3?xmt=AQF09RCFRiTLPLHPAut9dlGak3V8sT8WN3DGSidfL0JjIee2Ps6gi6mc_x5Wf5GO2UAUrm4&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Alhamdulillah. Dalam keberkatan malam ke-26 Ramadan semalam, saya menerima kunjungan saudara Khairy Jamaluddin, yang hadir menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO. Inilah antara makna sebenar Rumah Bangsa. Sebuah ikhtiar untuk menemukan semula yang pernah berpisah, merapatkan kembali yang pernah berjauhan, dan menghimpunkan semula kita dalam satu keluarga besar perjuangan. Insya-Allah, secara peribadi saya telah menerima permohonan ini dan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Nordin untuk diperhalusi dan diperakukan sewajarnya. Dalam perjalanan perjuangan ini, seperti yang sering saya sebut - biduk lalu, kiambang bertaut. Yang lebih utama ialah mencari jalan penyatuan, bukan membiarkan perpecahan terus memisahkan kita. Mudah-mudahan Rumah Bangsa menjadi asas untuk kita mempertemukan semula hati-hati yang pernah terpisah, memperkukuh saf perjuangan, dan mengembalikan kekuatan UMNO sebagai induk politik orang Melayu dan umat Islam di tanah air ini. #RumahBangsa #UMNO 📱FB: https://www.facebook.com/share/1F7KoN89m3/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DV7qOB6kgPg/?igsh=M3NxZ2p5ZGp3a2F4 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2033402445888667719?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DV7qQKbj1YH?xmt=AQF0g4GNambc1v7Jpv5ETSHtmlMj3B1rN8IDAlVaNLrdKcr9Fx4V2ZsmQPx22EaxKCV3SuQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel