ar
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

الذهاب إلى القناة على Telegram

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
364
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
+37 أيام
+230 أيام
أرشيف المشاركات
𝐌𝐘𝐆𝐀𝐌𝐄–𝐂𝐨𝐏 𝐃𝐚𝐧 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐓𝐀𝐑 𝟐.𝟎: 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 Hari ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Kali ke-6 di Parlimen untuk menyelaras dasar pembangunan belia secara inklusif, terancang, menyeluruh dan bersepadu selaras dengan komitmen Kerajaan dalam melahirkan generasi muda yang berwawasan dan berdaya saing. Mesyuarat hari ini bersetuju dengan dua inisiatif utama yang memberi impak besar kepada kesejahteraan dan keselamatan belia. Kedua-duanya ialah Malaysia Against Malicious Exploitation – Community of Practice (MYGAME–CoP) bagi mencegah ekstremisme dalam ruang permainan digital, dan PROSTAR 2.0 ke Arah Mengakhiri AIDS 2030, yang menekankan kesihatan belia serta peranan mereka sebagai agen perubahan dalam komuniti. MYGAME-COP bakal menjadi pelindung baharu keselamatan digital negara. Ia dibangunkan untuk menangani eksploitasi ruang permainan dalam talian, mencegah pengaruh ekstremisme, memperkukuh literasi digital serta memposisikan Malaysia sebagai peneraju keselamatan siber serantau khususnya dalam dunia e-sukan dan komuniti ‘gamers’. Langkah ini penting kerana ruang digital adalah dunia besar anak muda hari ini. Sementara itu, PROSTAR 2.0 memberi tumpuan kepada kesihatan belia melalui pendidikan seksual dan reproduktif yang menyeluruh, intervensi awal bagi tingkah laku berisiko serta penglibatan belia sebagai rakan pendidik (peer educators). Inisiatif ini menyokong komitmen negara untuk mencapai sasaran Ending AIDS 2030 dan melahirkan generasi muda yang lebih sihat, lebih peka serta bebas stigma. Insya-Allah, Kerajaan akan terus memperkukuh dasar dan inisiatif yang membina generasi muda Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan bersedia memimpin masa depan. Belia ialah nadi negara dan masa depan mereka adalah amanah yang harus dijaga sebaik-baiknya. #PembangunanBelia #JKPB2025 #MYGAMECoP #PROSTAR2.0 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BkQqKnmNG/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRy_kcjkoz4/?igsh=MWc0YXN4czVuMGlzaw== 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1996154118545530969?t=oIQ6AlJepGHtJuJHNiim3A&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRy_2KUjzi6?xmt=AQF02SPCyLeYSmrLgQa8ssRmapA9FH0Y7ggVl27EZh78i9Y8BP_bqR0Ah0QnbzWTN2WIgLVk&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐑𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮 Inovasi kini bukan lagi dilihat sebagai satu cabang sektor, tetapi nadi kemajuan dan mata wang baharu yang menentukan daya saing global. Malaysia sendiri telah melonjak ke tangga ke-33 dunia dalam 𝐺𝑙𝑜𝑏𝑎𝑙 𝐼𝑛𝑛𝑜𝑣𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝐼𝑛𝑑𝑒𝑥 dan ini merupakan satu petanda jelas bahawa rantau ini sedang bangkit melalui perancangan dan usaha yang terarah. Selaras dengan aspirasi tersebut, hari ini saya telah merasmikan Cyberjaya Conversations Summit 2025, sebuah platform yang menghimpunkan para pemikir, pemain industri dan pembuat dasar untuk memperkukuh rangka kerja diplomasi sains ASEAN. Forum ini turut membuka ruang kerjasama baharu dalam bidang teknologi masa hadapan, termasuk nilai ekonomi angkasa yang diunjurkan mencecah USD 1 trilion dalam dekad ini. Saya yakin, pelaksanaan ASEAN Plan of Action on Science, Technology and Innovation (APASTI 2026–2035) akan menjadi tunjang utama dalam menyatukan dasar, penyelidikan, modal dan bakat di seluruh ASEAN. Pelan ini merupakan komitmen bersama untuk membangunkan ekosistem inovasi yang inklusif, mampan dan mampu memberi nilai tambah kepada lebih 700 juta penduduk serantau. Insya-Allah, Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai pemacu utama inovasi ASEAN sekali gus memastikan setiap langkah yang diambil membawa manfaat nyata kepada rakyat. #CyberjayaConversations2025 #ASEANInnovation #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17x7sTG1tW/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRynebCEjOA/?igsh=MWFzN3pwYTJqbXZy 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1996101191626043859?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRyn4BSD1Mo?xmt=AQF09FV8GUN06D6FwN_HcvhHBuKwTmrBGHZttnvvBW5wcv5XV3yjWmreLG7WDt7grc-ifvvC&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Di penghujung tahun ini, saya mengambil kesempatan untuk bertemu kementerian serta agensi-agensi di bawah seliaan saya bagi memperhalusi gerak kerja, menilai pencapaian semasa dan menetapkan hala tuju menjelang tahun hadapan. Justeru, hari ini, saya telah mengadakan pertemuan bersama Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad untuk meneliti perkembangan sebuah organisasi penting dalam memperkasa masyarakat desa. Melihat kepada prestasi dan perkembangan yang dibentangkan, saya telah meminta FELCRA Berhad untuk mengemukakan Pelan Strategik Perniagaan 2026–2036 pada suku pertama tahun 2026. Pelan ini amat penting untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan jangka panjang, pengukuhan daya saing korporat serta kejelasan hala tuju FELCRA dalam dekad yang akan datang. Pada masa yang sama, FELCRA Berhad turut mencatat kejayaan baharu apabila menerima dividen berjumlah RM28.1 juta daripada 13 anak syarikat dan syarikat bersekutu yang disampaikan pada Majlis Penyampaian Dividen Subsidiari & Syarikat Bersekutu FELCRA Berhad pagi ini. Pencapaian ini mencerminkan prestasi kewangan kumpulan yang kukuh serta keberkesanan strategi pengurusan yang dilaksanakan di semua peringkat. Saya yakin bahawa dengan semangat kerja berpasukan yang padu dan hala tuju strategik yang jelas, FELCRA Berhad akan terus menjadi kebanggaan masyarakat luar bandar sebagai sebuah institusi yang bukan sahaja memikul amanah sosial, tetapi juga menjadi penggerak kemakmuran korporat yang berdaya saing. #KKDW #FELCRA #PejuangDESA #PembangunanLuarBandar #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17tAzPU3FB/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRwXyf9EpvA/?igsh=MXV1cGo1dTljcDJ4YQ== 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1995785335780114914?t=pGppmcWgaekfCrCrBTBuOA&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRwYNfMD2Pa?xmt=AQF0KFpxJnpMwdKmYacJ41f5yr8DT0zD9HySJG4z5IA_o6KF0ugFN5QxasMxWobejVd2-O8H&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐜𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 Saya turut pulang ke kediaman saya di Parit Nipah, Jalan Sungai Sumun, untuk melihat sendiri keadaan selepas banjir melanda. Rumah yang menjadi tempat berteduh keluarga kami selama ini juga tidak terlepas daripada ujian kali ini. Melihat kesan limpahan air memasuki ruang yang penuh kenangan pasti dirasai sedalamnya. Jika saya sendiri merasai kesannya, saya dapat membayangkan betapa beratnya dugaan yang ditanggung oleh penduduk lain yang turut terjejas jauh lebih besar daripada itu. Saya juga sempat singgah meninjau perkembangan pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi, bagi memastikan kerja-kerja berjalan mengikut jadual dan tidak terjejas akibat cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Pendidikan anak-anak kita tetap menjadi keutamaan walau apa pun cabarannya. Saya berdoa agar semua keluarga di kawasan yang terkesan akibat banjir ini terus diberikan ketabahan dan dilindungi Allah SWT. Insya-Allah, kita akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan memastikan segala bantuan yang diperlukan dapat disegerakan. #SituasiBanjir #BaganDatuk #KesiapsiagaanBencana 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1MWWHd7i2y/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRuFkQjkgc_/?igsh=MWU2ZzFweGhrbzFzZw== 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1995463681090470035?t=WlVKR4IqRd2cK5UYnA5G8A&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRuF2PeD-Ae?xmt=AQF0tCtQ1f1oP0JFV3MQdzvab-ON5dJ-_fY2ecEKFW3Y_VZoKSsEVCFFxKYRpTx6ISJmhZU&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐣𝐞𝐣𝐚𝐬 𝐀𝐤𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Hari ini saya pulang ke Bagan Datuk untuk melawat beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan melihat sendiri keadaan penduduk yang terkesan akibat banjir. Di PPS Dewan UMNO, PPS Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk dan PPS Dewan Dato’ Lope Hashim, saya sempat bertemu dengan keluarga yang ditempatkan di sini. Melihat keadaan mereka benar-benar menyentuh hati saya, lebih-lebih lagi kerana ramai antara mereka saya kenali. Mereka inilah keluarga besar saya di Bagan Datuk. Saya hadir bagi mendengar sendiri keperluan mereka, memastikan bantuan disalur tanpa lengah dan menegaskan agar semua agensi kekal bersiaga rapi. Dalam keadaan begini, keselamatan serta kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan kita. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua anggota keselamatan dan agensi yang bertungkus lumus membantu, termasuk NADMA, APM, bomba, PDRM, JKM, pihak berkuasa tempatan, sukarelawan serta NGO, Pejabat Parlimen, UMNO Bahagian Bagan Datuk termasuk Wanita, Pemuda, Puteri dan semua yang telah mengurus pemindahan dan bantuan di lapangan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada para petugas PPS yang memastikan kebajikan mangsa sentiasa terjaga. Insya-Allah, kita akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa dan memastikan setiap keperluan rakyat, khususnya di Bagan Datuk, diberi perhatian sewajarnya. Semoga keadaan segera pulih dan semua keluarga dapat kembali ke rumah masing-masing dengan selamat. #SituasiBanjir #BaganDatuk #KesiapsiagaanBencana 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Ew5jLSoWm/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRt2r_YkrbN/?igsh=MWFpYWp0eTI0NXdndA== 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1995430972796686365?t=sCZLJV6-W-wbDq1mcjFQPg&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRt3EkXDxVC?xmt=AQF0SlcMwf5csNs_-KzCm__s0pN7XgpDKgRsAjmin4ADuK6KrsstpRgyMHMG2iNaHpMulLcn&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓 Barisan Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada calon-calon BN. Kita menghormati dan menerima keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang menyaksikan seramai 596 calon telah bertanding sebagai suatu manifestasi kesuburan demokrasi di negeri ini. Keputusan ini membuktikan bahawa Barisan Nasional masih mempunyai asas sokongan yang teguh dan terus menjadi salah satu blok politik penting dalam landskap politik Sabah. Sebagai sebuah parti yang sentiasa memberikan keutamaan kepada soal kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, BN bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti yang sehaluan bagi membentuk sebuah Kerajaan baharu untuk kestabilan politik Negeri Sabah. BN menyeru seluruh rakyat Sabah untuk mengekalkan keamanan, perpaduan dan rasa hormat terhadap proses demokrasi yang sedang berlangsung. Perjalanan Negeri Sabah ke hadapan memerlukan iltizam semua pihak, dan BN akan terus memainkan peranan yang konstruktif bagi memastikan negeri ini terus melangkah ke arah kemajuan dan kemakmuran. #BarisanNasional #PRNSabah2025 #DemiRakyatDemiSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1bMqxRtVLB/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRpUR1PkpUc/?igsh=cmdwMWYzMmY3amRy 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1994792250191364482?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRpUcnOj2JY?xmt=AQF0LNPm9VmZcJkiyFoJgn96BrKkEcIGXlK2cbq4N2lQei4zdX7thQTqJ7yPVZzsS02FhYTg&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢-𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐀𝐢𝐫 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 Saya ingin mengingatkan semua untuk sentiasa berwaspada dengan paras air sungai di kawasan masing-masing. Beberapa sungai di negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan kini berada pada aras Waspada, Amaran dan Bahaya mengikut laporan terkini daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Orang ramai boleh menyemak status semasa menerusi laman Public Info Banjir: publicinfobanjir.water.gov.my Sekiranya berada berhampiran sungai, elakkan kawasan berisiko, terutama ketika hujan berterusan. Sentiasa peka dengan perkembangan cuaca, jauhi arus deras dan patuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Semoga kita semua dilindungi dan dipermudahkan urusan. #PantauParasAirSungai #PengurusanBencana #NADMA #JPS #KesiapsiagaanBencana 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CAZGy9vFA/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRn6aIAkoUb/?img_index=4&igsh=MXFtdDBncWwyemNlcg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1994594532412068112?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRn6jN7jwxm?xmt=AQF0d9xEFet8HlprMAExlGHWqe-6giHr1uuRUgxnE2P9fUOEtjwEb10PaihZiwXDkIHkoB83&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 | 𝐏𝐑𝐍 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari ini adalah hari penting buat seluruh rakyat Sabah yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Selamat mengundi saya ucapkan kepada semua warga Sabah yang keluar melaksanakan amanah ini. Segalanya kini terletak di tangan anda. Gunakanlah hak dan kuasa yang diberikan untuk memilih wakil terbaik demi masa depan negeri ini. Pilihlah dengan hati yang tenang dan pertimbangan yang matang. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini, saya juga ingin menasihatkan para pengundi agar merancang perjalanan dengan baik, mematuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa menjaga keselamatan diri sepanjang proses pengundian. Saya mendoakan semoga segala urusan anda dipermudahkan dan proses pengundian berjalan dengan lancar serta teratur. Insya-Allah. Selamat mengundi, rakyat Sabah! #PRNSabah2025 #SelamatMengundi #SabahMengundi 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DHCZpW8pD/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRnpWr3EiBf/?igsh=bGYzcWNobGJzMXp5 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1994557016975839435?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRnpYsLkp7o?xmt=AQF0NzB9lVHr-drBGibiH0TK1Dp47Bk0Sbbs5cEDNrW16UxjDKIozQTzh1NBk6Hl_zcgfBVP&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐉𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐁𝐍 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝, 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐇𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐒𝐚𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫 Dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu, saya mengambil peluang ke PDM Senagang dan PDM Kemabong untuk menyantuni barisan jentera BN yang terus setia berkhidmat di lapangan untuk meraih kemenangan buat Datuk Nik Mohd Nadzri bin Nik Zawawi, Calon BN N.41 Liawan dan Rahmah Jan Binti Sulaiman, Calon BN N.43 Kemabong. Saya melihat sendiri semangat akar umbi yang begitu membara, kekal istiqamah dan bekerja dengan tekun. Inilah lambang kekuatan sebenar BN yang didokong dengan keikhlasan, disiplin dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Sempat juga saya menyuntik kata-kata semangat agar seluruh jentera terus memperkukuh gerak kerja, memperkemas strategi dan kekal fokus hingga ke saat akhir. Insya-Allah. Demi rakyat, demi Sabah. Kita Bikin Balik Sabah! #BarisanNasional #BNSabah #Liawan #Senagang #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DDTm5s4Fa/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRmofArEpar/?img_index=9&igsh=aHRxbHJ0djRvM3Nm 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1994414612897538467?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRmovQ9D0LN?xmt=AQF0MCAJVDWcQ4t32-SFyvsdg52Bpd2zL6g8d_YRzBSEVeVNTEw0p4BQ2ACqrLmogt-h-uI&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐭-𝐓𝐚𝐪𝐰𝐚, 𝐊𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐚𝐮 Usai menghadiri Program Sentuhan Kasih Desa@Liawan, saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid At-Taqwa, Masjid Daerah Keningau. Selesai solat, saya beramah mesra bersama ahli jemaah yang hadir. Dalam suasana penuh makna itu, terserlah keikhlasan, kemesraan dan semangat kekeluargaan yang menjadi asas kekuatan komuniti masyarakat di sini. Saya percaya, daripada ruang-ruang inilah lahirnya perpaduan yang tulen, kebersamaan yang utuh dan semangat saling menghormati yang menjadi tunjang kesejahteraan rakyat. Insya-Allah, aura keharmonian yang saya rasai di Keningau hari ini akan terus menyuburkan semangat perpaduan di seluruh pelosok negara #MasjidAtTaqwa #Keningau #Sabah #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱FB: https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid0ohRpYiB6NXv8dxmoR2CDWfW4iPzkfKhDxDVCUwhUXEszs2as4QFgpST4ZpkdyX99l/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRmjLuOEj9N/?igsh=MWJtY2FlZjF2ajZvMQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1994403286913630718?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRmjO8CDwzy?xmt=AQF0HQKw4JYk8LCu-KX49BILp2jRg2AgQcCUpxoH84d5LXL3dMpLLj5AWM4xrsicFADcWOY&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐨𝐠𝐚 𝐁𝐍 𝐁𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ 𝑀𝑎𝑘𝑎 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑒𝑘𝑎𝑑, 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑎𝑤𝑎𝑘𝑎𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ. — Surah Ali ‘Imran, ayat 159 Dengan firman ini, kita menyerahkan segalanya kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat negeri bertuah, Sabah. Esok adalah hari penentuan. Hari yang bakal membentuk masa depan negeri ini. Kita berdoa agar Allah SWT membukakan hati para pengundi untuk terus menyokong dan mengurniakan kemenangan kepada Barisan Nasional. Semoga Negeri Sabah dikurniakan kepimpinan yang stabil, adil dan beramanah serta mampu memacu Sabah ke arah kecemerlangan. Aamiin, Ya Rabbal ‘Alamin. #PRNSabah #DemiRakyatDemiSabah #BikinBalikSabah 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRmdOvekuUO/?igsh=MTZwNzQ1bHhraXRhZA== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1AXrjhLieX/?mibextid=wwXIfr 📱YouTube: https://youtu.be/VqyuRvGlby4?si=GNU0fySsEaMGEOeX 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐞𝐬𝐚@𝐋𝐢𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 Program Sentuhan Kasih Desa@Liawan berlangsung penuh meriah dengan kehadiran masyarakat setempat yang turut bersama menjayakan pelbagai pengisian bermanfaat. Suasana harmoni dan keramahan penduduk menjadi nadi kepada kejayaan program kali ini. Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan desa yang lebih tersusun, inklusif dan berpaksikan kesejahteraan rakyat. Liawan kekal menjadi antara kawasan yang menerima perhatian untuk diperkasa. Insya-Allah, inisiatif seperti ini akan terus diperluas bagi memastikan setiap komuniti luar bandar mendapat akses kepada peluang yang seimbang, seterusnya menikmati kemajuan yang sama rata dengan kawasan lain. #SentuhanKasihDesaLiawan #KKDW #PejuangDESA #Liawan #Sabah #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DA8g4imqZ/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRmaYuiEjZv/?igsh=aTNrMXY0Z3U2ZXh5 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1994383465580822964?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRmabtOj1xF?xmt=AQF0LaJPL1nzmoSboay1KNzIOVUSADzlH1Vq4-C0asM19S0CXjcEQ5K07drkvltSEZF4dOYL&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥, 𝐌𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐮𝐧𝐲𝐚 Masalah tiga serangkai iaitu jalan, api dan air tidak akan selesai tanpa Kerajaan yang benar-benar stabil dan berkredibiliti. Sabah berhak mendapat penyelesaian yang tuntas, bukan janji yang tinggal janji. Jika rakyat Sabah memberikan mandat yang kuat kepada 45 calon Barisan Nasional, insya-Allah kita akan bangunkan Sabah dengan lebih teratur, lebih stabil dan lebih maju. Inilah masa untuk kita pilih masa depan yang lebih baik. Demi Rakyat, Demi Sabah! #PRNSabah #BarisanNasional #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSfx16tBy/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRmIfvdkj_I/?igsh=NDlmdGF0am9rM3Jn 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1MzeLhhDdP/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐢 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚 Dalam setiap perjalanan saya di Sabah, dari kampung ke kampung, dari PDM ke PDM.. saya melihat wajah rakyat yang sabar, tabah dan penuh hasrat.. Impian yang tidak pernah padam, meskipun diuji pelbagai kekurangan dan kesulitan. Ada waktu, kita diuji.. Ada masa, langkah kita disalah tafsir.. Ada hari di mana penat terasa lebih berat daripada biasa.. Namun setiap kali saya berjumpa rakyat Sabah… setiap kali saya melihat masa depan anak-anak kecil negeri ini… hati saya kembali kuat. Kerana perjuangan ini bukan tentang saya.. Ia tentang agama yang perlu dipelihara, Tentang bangsa yang perlu dibina, Tentang negeri yang mesti dimajukan untuk kemakmuran bersama. Hari ini, segala usaha telah dilaksanakan.. Kita sudah bergerak sedaya yang mampu.. Selebihnya, saya serahkan kepada Allah SWT, Tuhan yang Maha Mengetahui isi hati dan niat perjuangan ini. Semoga setiap langkah yang diambil, setiap salam yang disambut, setiap doa yang dititipkan… menjadi saksi bahawa perjuangan parti ini ikhlas untuk rakyat Sabah yang saya sayangi. Moga Allah menentukan yang terbaik. 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭, 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡, 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚. #PRNSabah #BarisanNasional #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/16b8f7PMGF/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRmCYOfkn1m/?igsh=ZWc5ZmRob2pjMXdx 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1994330619313311824?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRmCmHTD-b6?xmt=AQF0i5bDA-AUphQUCxjZLm4fShL0zUWxL3ZO9tTy09_ZaEgkcCAnehBAhKBxqq9h3oV9FRc&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐫𝐧𝐞𝐨 & 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Pan Borneo di Sarawak telah siap sepenuhnya, tetapi Sabah masih tertinggal walaupun menerima peruntukan yang sama. Ini jelas menunjukkan perlunya pentadbiran yang lebih stabil dan tersusun. Esok masa depan Sabah ditentukan. Insya-Allah, jika Barisan Nasional diberi mandat, projek utama akan dipercepat demi rakyat. #BarisanNasional #BNSabah #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSf9po9wg/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRl6hJ1kjOF/?igsh=dmx2ZjJvM293OGw2 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1AS66PMXqJ/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐝𝐢 𝐏𝐃𝐌 𝐋𝐢𝐤𝐚𝐬 𝐁𝐚𝐫𝐮 Berada di PDM Likas Baru memberi saya ruang untuk bertemu para jentera dan penduduk setempat bersama calon muda kita, Saudara Joe Arfan. Dalam pertemuan itu, terserlah kesungguhan dan harapan mereka untuk melihat perubahan di Darau. Saya amat menghargai setiap pandangan yang dikongsi. Insya-Allah, dengan semangat yang sama dan usaha yang berterusan, kita dapat membawa kebaikan untuk rakyat. #BarisanNasional #BNSabah #Darau #LikasBaru #BikinBalikSabah 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSf9XXwwy/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1Bkb7HXs2F/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRl2nl9Eudg/?igsh=bjlvaW16NHhyenZ0 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐞𝐬𝐚@𝐁𝐨𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐧 Saya kongsikan rangkuman ketika bersama warga Bongawan dalam Program Sentuhan Kasih Desa, menyaksikan semangat anak-anak KEMAS dan dedikasi guru-guru. Insya-Allah, usaha ini akan terus melahirkan generasi Sabah yang lebih stabil, berdaya saing dan menikmati pembangunan yang tersusun. #SentuhanKasihDesa #Bongawan #KEMAS #KKDW #PejuangDESA #BikinBalikSabah 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSf9xmu79/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRlvuXXEs2l/?igsh=aHcwcWxxNmtmczJ3 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1GqUQQh6gu/?mibextid=wwXIfr 📱YouTube: https://youtu.be/EKMrzS48bIM?si=iTbscJVwNUGYKP28 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐥𝐢𝐚𝐬 Saya kongsikan rangkuman ketika bersama komuniti di Klias dalam Program Sentuhan Kasih Desa@Klias. Majlis penyampaian sijil TABIKA/TASKA KEMAS berlangsung penuh ceria dengan sokongan kuat ibu bapa dan dedikasi para guru. Insya-Allah, inilah asas membentuk generasi Sabah yang berilmu dan berjati diri. Semoga anak-anak ini terus melangkah jauh dan menjadi kebanggaan negeri. #KEMAS #Sabah #PejuangDESA #Klias #Beaufort #BikinBalikSabah 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRlfWk8EsWG/?igsh=cXdvbWljNXFlOGE2 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1Gtdz8yvge/?mibextid=wwXIfr 📱YouTube: https://youtu.be/8ELLGZbkwag?si=QNiUc_xpXA4iXrh0 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐨𝐦𝐞𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Saya kongsikan momen ketika bersama masyarakat di beberapa lokasi, meneliti isu banjir, keperluan komuniti dan keutamaan pembangunan. Setiap pandangan akan terus diperhalusi demi penyelesaian yang lebih berkesan, insya-Allah. Saya turut menghargai semangat masyarakat dan jentera yang sentiasa mendukung perpaduan serta kemajuan Sabah. Semoga usaha bersama ini membawa manfaat kepada seluruh rakyat negeri ini. #FELCRAMADANISantuniRakyat #KKDW #PejuangDESA #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSf9RVLyB/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRlZWehkq_Q/?igsh=MXZnY21jNDhhN3poMw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/18B9R1QuWS/?mibextid=wwXIfr 📱YouTube: https://youtu.be/58zV-jMeTJY?si=b19rPkb0cw5zGcuh 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭 Saya kongsikan rangkuman pertemuan bersama komuniti FELDA Sahabat di Lahad Datu, lokasi yang mengingatkan kita kepada detik penting mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Saya tegaskan bahawa mempertahankan tanah Sabah adalah amanah bersama. Dengan semangat bersatu, kita terus melangkah ke arah masa depan yang lebih selamat dan makmur, insya-Allah. #FELDASahabat #LahadDatu #Sabah #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSfHT9bWx/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRlQ5bJEhWg/?igsh=aG10NHRrdWdjd3Fs 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/15n6e8GiGj/?mibextid=wwXIfr 📱YouTube: https://youtu.be/KmKqIniE3SU?si=kJ4uMakp7Qt9h_3I 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel