Dr Ahmad Zahid Hamidi
الذهاب إلى القناة على Telegram
إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
366
المشتركون
+124 ساعات
+37 أيام
+330 أيام
أرشيف المشاركات
𝟓𝟎𝟎 𝐊𝐮𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐝𝐢 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚
TVET kini bukan lagi sekadar pilihan sampingan, tetapi sudah menjadi 𝑔𝑎𝑚𝑒 𝑐ℎ𝑎𝑛𝑔𝑒𝑟 negara dalam melahirkan tenaga kerja masa depan.
Majlis Apresiasi dan Pelepasan Peserta Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) - MITRA yang saya sempurnakan petang ini membuktikan bahawa kita kini berada di landasan yang tepat.
Daripada 5,125 kuota yang diperoleh hasil lawatan saya ke China, sebanyak 500 kuota telah dikhususkan untuk belia kaum India. Kerajaan turut menyalurkan dana tambahan RM3 juta melalui MITRA bagi memastikan peluang ini dimanfaatkan tanpa membebankan keluarga.
Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya juga telah mengumumkan tambahan 500 kuota lagi khusus untuk komuniti India mengikuti program MCYTT ini, menjadikan jumlah keseluruhan peluang yang tersedia lebih besar dan inklusif.
Alhamdulillah, hari ini kita meraikan 147 peserta yang akan berangkat September ini, disusuli 178 peserta lagi pada Oktober dan November. Lebih membanggakan, dua universiti di China turut menawarkan biasiswa penuh dalam bidang logistik, automasi elektrik dan automotif.
Inilah bukti bahawa TVET adalah laluan masa depan yang menjanjikan kerjaya berimpak tinggi. Insya-Allah, Kerajaan akan terus membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk anak muda Malaysia menjadi generasi berkemahiran tinggi, yakin diri dan mampu bersaing di pentas dunia.
#MCYTT #MITRA
#TVETMalaysia
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1ERG1gRUHm/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAFihFa98j
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1963544128098324847?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOLSfkJj0T6?xmt=AQF07Szr1IxULIpPB4nTbaKS3SVqmVxCCiDR6oh0_hzYZA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐃𝐢𝐚𝐥𝐨𝐠 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐊𝐃𝐖: 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 Tahun lalu, KKDW telah berjaya mengumpulkan lebih 700 input hasil sesi libat urus yang akhirnya menjadi sebahagian daripada pembentangan Belanjawan 2025. Alhamdulillah, dengan peruntukan RM11.96 bilion bagi tahun 2025, KKDW telah membuktikan prestasi perbelanjaan yang mengatasi purata nasional.
Hari ini, saya sekali lagi mempengerusikan Sesi Dialog Belanjawan 2026 bersama pihak berkepentingan yang menghimpunkan agensi, pertubuhan, para ilmuan, pemain industri, usahawan desa dan komuniti setempat.
Kehadiran yang amat memberangsangkan dalam sesi kali ini, baik secara bersemuka di dewan mahupun secara dalam talian jelas mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh agenda pembangunan desa negara.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah melontarkan pandangan serta soalan yang bernas. Setiap suara yang dilontarkan amat bernilai dan akan dijadikan asas penting dalam merangka Belanjawan 2026 yang lebih inklusif dan berkesan untuk rakyat desa. Insya-Allah.
#Belanjawan2026 #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16aUAuTZAE/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BALQEizaKp
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1963527537189175476?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOLK5CZj0K3?xmt=AQF0PNplPjL3XmNowOTmPTpxj5YIn9zTR4jyEIaR4Wttnw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐉𝐮𝐛𝐥𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐑𝐨𝐲𝐚𝐥 𝐂𝐨𝐥𝐥𝐞𝐠𝐞 𝐨𝐟 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐜𝐢𝐧𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 (𝐑𝐂𝐌𝐏)
Menjunjung kasih atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah atas limpah perkenan berangkat ke Majlis Sambutan Jubli Perak Royal College of Medicine Perak (RCMP).
Lebih 25 tahun penubuhannya, RCMP kekal utuh sebagai institusi ilmu perubatan dan sains kesihatan, dengan hampir 11,000 graduan yang berkhidmat untuk rakyat serta mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Syabas dan tahniah kepada warga UniKL RCMP, MARA serta semua pihak yang menjayakan majlis ini. Semoga RCMP terus menjadi simbol keilmuan bertaraf dunia dari bumi Perak Darul Ridzuan.
#UniKLRCMP
#MARA #KKDW
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSAtDAfay/
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/19tvrdnu3Y/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/BBW8xMnweD
📱YouTube:
https://youtu.be/wuW1JS4Nyyg?si=49Anukcsghiq5qFg
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓
Saya kongsikan rangkuman ketika bersama rakyat Malaysia berbilang kaum meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya. Seawal pagi, dataran dipenuhi dengan warga yang hadir penuh semangat, mengibarkan Jalur Gemilang dan membawa rasa bangga terhadap tanah air tercinta.
Alhamdulillah, cuaca cerah mengiringi perarakan dan persembahan penuh warna-warni daripada pasukan keselamatan, peserta perbarisan serta kebudayaan. Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan sambutan bermakna ini!
Semoga Malaysia terus diberkati dengan keamanan, kemakmuran dan kesatuan hati rakyatnya. 🇲🇾
#HKHM2025
#BersamaMalaysiaku
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSAsYUFHU/
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1BCa6ncH7X/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/BANhs_kzIZ
📱YouTube:
https://youtu.be/41T32LGDwa8?si=ido_BxirfMb5qCFG
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐬𝐩𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚𝐭 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Saya meneruskan agenda pada hari ini dengan mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Ekspatriat di Putrajaya bagi memastikan pengurusan tenaga mahir dari luar negara selaras dengan keperluan pembangunan negara kita.
Malaysia sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat, namun pada masa yang sama kita juga perlu mengimbangi keperluan kepakaran antarabangsa dalam bidang-bidang strategik. Penyelarasan yang baik akan membantu menjamin kelancaran ekonomi, pembangunan teknologi, serta memperkukuh daya saing negara di peringkat global.
Insya-Allah, kita mampu melahirkan lebih ramai bakat tempatan yang berkualiti tinggi, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga luar dalam jangka panjang.
#EkspatriatMalaysia
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1FgUN674HB/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAnYQ78Drl
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1962810353240449433?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOGErZTj22R?xmt=AQF0r6qR7Cy1qWxU2t2Nub1BJR5M_R7cpzZlU5RxaOo3VA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐕𝐌𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐬𝐚𝐫 𝟒𝟕 𝐉𝐮𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠 𝟐𝟎𝟐𝟔
Tahun 2026 bakal menjadi detik besar buat negara apabila Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah kepada Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026). Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Induk Visit Malaysia 2026 (VM2026) Bil. 1/2025 bagi menyelaras usaha penting ini.
Alhamdulillah, sektor pelancongan negara telah menunjukkan pemulihan luar biasa. Tahun lalu sahaja, Malaysia menerima 38 juta pelawat antarabangsa, meningkat 31.1% berbanding tahun sebelumnya, manakala pelancongan domestik mencecah 260.1 juta pengunjung. Angka ini membuktikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pilihan utama dunia.
Melalui VM2026, kita menyasarkan 47 juta pelawat antarabangsa dengan perbelanjaan yang lebih tinggi, tempoh tinggal yang lebih lama, serta limpahan ekonomi yang meluas kepada rakyat. Fokus utama adalah memperkukuh promosi, menjalin kerjasama erat dengan syarikat penerbangan dan agensi pelancongan, serta menembusi pasaran baharu dengan tawaran unik termasuk ekopelancongan, beli-belah dan tarikan bermusim.
Kejayaan ini hanya akan tercapai dengan sokongan dan semangat semua pihak. Insya-Allah, bersama-sama kita akan menjulang nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia.
#VisitMalaysia2026
#VM2026
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1C1n74hKeE/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BA_LG4-b8t
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1962783921474875643?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOF4pfDjxPk?xmt=AQF04c1tRYhAm4mOPy2fHg3psfhOoE6n0JM8XXd4p8dcbg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐞𝐤𝐚𝐝 𝐊𝐊𝐃𝐖: 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
Semasa menyampaikan amanat di Majlis Perhimpunan Bulan September 2025 KKDW sebentar tadi, saya telah menekankan bahawa bulan kemerdekaan tahun ini mengingatkan kita bahawa perjuangan bangsa tidak pernah berhenti.
Jika dahulu penjajah datang dengan senapang dan kapal perang, hari ini “kolonialisme baharu” hadir dalam bentuk ekonomi, budaya dan teknologi. Andai kita leka, desa akan menjadi sasaran paling rapuh. Tetapi jika kita bangkit, insya-Allah desa mampu berdiri sebagai benteng paling kukuh!
Justeru, pembangunan desa hari ini bukan sekadar membina jalan atau menyediakan infrastruktur. Ia bermakna mengecilkan jurang bandar dan luar bandar seperti membuka laluan TVET, memperkasa usahawan desa, mendigitalkan peluang dan memastikan pendidikan menyeluruh sampai ke akar umbi. Semua ini demi menjadikan anak desa mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan anak kota.
Alhamdulillah, usaha kita di KKDW sudah mula menampakkan hasil. Kejayaan Karnival Mega 3 Dimensi yang mencatat jualan tunai RM16.2 juta serta padanan perniagaan RM331 juta membuktikan bahawa desa mampu menjadi pemacu ekonomi negara. Bulan ini pula, kita akan melancarkan IKONDESA@Putrajaya sebagai mercu tanda baharu, mengangkat jenama “Produk Desa, Citarasa Dunia”.
Insya-Allah, KKDW akan terus memikul amanah ini dengan penuh tekad. Inilah perjuangan kami di KKDW iaitu untuk memastikan desa kekal sebagai nadi kekuatan bangsa, bukan lagi dipandang sebagai pinggiran pembangunan.
#KKDW #PejuangDESA
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CHCi8oaDn/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BBcMQPFIQf
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1962738877564887295?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOFkC5Nj_s7?xmt=AQF0rBidzEdl3ZgHczXRiOc98cuVatsLXnkcEwzxuYVtwg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐝𝐚𝐛𝐛𝐮𝐫 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧, 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚
Saya berpeluang bersama umat Islam yang berhimpun dalam majlis tadabbur al-Quran, dalam suasana penuh syahdu dan kekhusyukan. Saat ini bukan sekadar mengikat hati-hati jemaah yang hadir, tetapi juga membuktikan bahawa dengan berpaksikan petunjuk al-Quran, kita mampu membentuk kekuatan dan kemajuan bangsa.
Moga usaha sebegini terus menyuburkan rasa cinta, keyakinan, serta tekad untuk membina masyarakat yang berakhlak mulia, penyayang, dan bersatu padu demi Malaysia yang kita cintai.
#QuranHour
#MerdekaDenganRasa
#BersamaMalaysiaku
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/BAjzldR154
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1AUid8RhDX/
📱YouTube:
https://youtu.be/DR5FUg3lRqQ?si=WyMbMO7DGxQheQcU
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Hari Malaysia ini tak ada ride ke?
#KembaraMerdekaAkarUmbi
#BersamaMalaysiaku
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSAbJbmPv/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/BAGE-gYQhW
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1CVJNEtXcs/
📱YouTube:
https://youtu.be/zW7tTm80Lq0?si=Mxzd_Pcu7EEYR3UF
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐀𝐝𝐢𝐤 𝐈𝐳𝐳𝐮𝐝𝐢𝐧: 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐔𝐥𝐮𝐥 𝐀𝐥𝐛𝐚𝐛 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐈𝐛𝐧𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦
Alhamdulillah, satu lagi sejarah baharu tercipta apabila adik Muhammad Izzudin Hasmadi, anak muda berusia 16 tahun dari suku Temiar, Pos Balar, Gua Musang telah berjaya menjadi anak Orang Asli pertama yang menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran di bawah program Ulul Albab, sekali gus menerima Anugerah Ibnu Qayyim.
Saya amat berbangga dengan kejayaan adik Izzudin dan percaya bahawa pencapaian ini mampu meniupkan inspirasi kepada anak-anak Orang Asli serta seluruh anak Malaysia untuk terus gigih berusaha mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.
Saya turut menaruh harapan agar usaha memartabatkan pendidikan tahfiz dapat terus diperkasa, sekali gus melahirkan lebih ramai generasi al-Quran yang cemerlang. Semoga kejayaan adik Izzudin dan para hafiz Orang Asli sebelum ini terus menjadi pencetus semangat buat lebih ramai anak Orang Asli khususnya, dan juga anak-anak Malaysia amnya untuk mencontohi langkah mulia ini.
Syabas dan tahniah saya ucapkan! Semoga adik Izzudin terus istiqamah dan diberi kekuatan untuk menjadi insan yang memberi manfaat kepada ummah. Insya-Allah.
#MembinaGenerasiAlQuran
#Tahfiz #Huffaz #UlulAlbab
#KKDW #JAKOA #PejuangDESA
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/15wA2woLWJ/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAYHNh9ev9
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1962357870139469922?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOC3AZmj7FC?xmt=AQF0qQBtVs_BQrgGDIi84smy8AQxQ_uDKK-HsGJKBLzmRQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐞𝐠𝐮 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚: 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 #𝐁𝐖𝐅𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝𝐂𝐡𝐚𝐦𝐩𝐢𝐨𝐧𝐬𝐡𝐢𝐩𝐬𝟐𝟎𝟐𝟓
Kalian tetap juara di hati rakyat Malaysia!
Tahniah diucapkan kepada Pearly Tan-M. Thinaah yang menamatkan saingan di pentas akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 sebagai Naib Juara Dunia.
Walaupun tidak membawa pulang kejuaraan, namun pencapaian ini tetap sejarah yang membanggakan apabila mereka menjadi beregu wanita pertama Malaysia mara sehingga ke final kejohanan berprestij ini. Semangat dan kerja keras mereka telah mengangkat nama Malaysia dengan penuh bermaruah di mata dunia.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Pearly Tan-M. Thinaah serta seluruh pemain yang telah berjuang habis-habisan demi Malaysia. Anda semua adalah kebanggaan negara, penguat semangat rakyat dan pencetus inspirasi buat generasi akan datang!
Malaysia Bangga, Malaysiaku Boleh!
#BWFWorldChampionships2025
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1AwuarvE1L/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_3ay_oOMB
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1962169664626417919?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOBhZXuDzDO?xmt=AQF0u83S2puSEdfqzV8wPGweRERnnF9cCidcd95BziTUvQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐞𝐠𝐮 𝐂𝐚𝐦𝐩𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚: 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 #𝐁𝐖𝐅𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝𝐂𝐡𝐚𝐦𝐩𝐢𝐨𝐧𝐬𝐡𝐢𝐩𝐬𝟐𝟎𝟐𝟓
Alhamdulillah! Beregu campuran negara kita, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei telah dinobatkan sebagai JUARA DUNIA di bumi Perancis sebentar tadi. Kemenangan bergaya 21-15, 21-14 ke atas pasangan dari China ini merupakan hadiah paling indah buat tanah air tercinta di hari keramat kemerdekaan.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada wira dan wirawati negara kita. Semangat juang serta disiplin mereka menjadi bukti bahawa Malaysia mampu berdiri megah di pentas dunia. Malah, ramai yang mengakui menitiskan air mata ketika mata kemenangan terakhir diraih. Satu detik penuh emosi yang benar-benar menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia. Inilah semangat Merdeka yang sebenar! Bersatu hati tanpa mengira bangsa dan agama, bersatu terus mengharumkan nama negara.
Selepas ini, kita menanti pula aksi final beregu wanita negara, Pearly Tan–M. Thinaah. Ayuh kita terus berdiri teguh di belakang mereka, memberikan doa dan sorakan padu agar satu lagi sejarah tercipta buat Malaysia!
Malaysia Juara, Malaysiaku Boleh!
#BWFWorldChampionships2025
#BersamaMalaysiaku
#MalaysiaBoleh
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/162iuAJZfY/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAIDmHwQre
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1962137227057869280?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOBSp5aD0KD?xmt=AQF0cO_n7kZxyInX8Q5S-5dPtSp-59dqM0AZuDhX7staTg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟏𝟑 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐝𝐢 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐌𝐚𝐧𝐢𝐥𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓
Alhamdulillah, satu berita yang cukup membanggakan sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini di mana anak-anak muda kita telah menghadiahkan Malaysia dengan kilauan emas di pentas WorldSkills ASEAN Manila 2025!
Sebanyak 13 pingat emas, 4 perak, 3 gangsa dan 2 medallion for excellence berjaya dibawa pulang oleh wira dan wirawati negara kita. Kejayaan ini adalah bukti bahawa generasi muda, khususnya dalam bidang TVET, bukan sahaja memiliki kemahiran luar biasa, tetapi juga daya juang dan keyakinan tinggi untuk berdiri sebaris dengan yang terbaik di rantau ini.
Saya benar-benar terharu melihat semangat mereka. Inilah hadiah paling bermakna daripada anak-anak muda TVET buat tanah air tercinta sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-68. Hadiah yang membuktikan bahawa Malaysia bukan sekadar melahirkan insan berjiwa merdeka, tetapi juga insan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia untuk memimpin masa depan.
Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta, jurulatih dan institusi yang mendidik mereka. Kalian adalah kebanggaan negara! Semoga kejayaan ini terus menjadi pembakar semangat untuk lebih ramai anak muda mengejar kecemerlangan dalam bidang TVET serta menjadikan Malaysia terus gemilang di pentas dunia.
#WorldSkillsASEAN2025
#WorldSkillsMalaysia
#TVETMalaysia
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1aCjCRXUPm/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAlY5CosVt
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1962045240464089343?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOAo6OUD9VI?xmt=AQF0E4QQdz1CmCucb-tGekXKKph5Fx-yH1qDgyHj4mDPXA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓
Hari ini saya bersama rakyat Malaysia berbilang kaum meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh meriah di Dataran Putrajaya.
Seawal pagi lagi, dataran ini sudah dipenuhi warga dari segenap pelosok tanah air. Ada yang datang bersama keluarga, ada yang mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat! Semuanya hadir dengan jiwa yang sarat dengan cinta dan bangga terhadap tanah air.
Alhamdulillah, cuaca yang sangat baik pagi tadi mengizinkan perarakan berlangsung dengan lancar. Barisan pasukan keselamatan, peserta perbarisan dan persembahan kebudayaan tampil dengan persembahan terbaik demi mengangkat makna kemerdekaan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua!
Semoga Allah SWT terus memberkati tanah air tercinta ini dengan keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan. Insya-Allah, dengan kesatuan hati dan tekad bersama, kita akan membawa negara ini ke puncak kejayaan yang lebih gemilang.
Buat semua yang sedang dalam perjalanan pulang, saya doakan agar selamat tiba ke destinasi masing-masing, dengan semangat kebanggaan kepada tanah air terus mekar di hati.
“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”
#HKHM2025
#BersamaMalaysiaku
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/191u26eqwV/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAOuHaWIYY
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1962035442238308508?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOAkr5TD3wu?xmt=AQF0lfVjbNMETHJuv1uBBe3jX0GwRTfm5UFdvaA5aYy-Gg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐣𝐮 𝐉𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐁𝐚𝐝𝐦𝐢𝐧𝐭𝐨𝐧 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚
Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2025, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu hati memberikan sokongan padu kepada dua pasangan wakil badminton negara yang berjaya mara ke pentas akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF di Perancis.
Tahniah diucapkan kepada Pearly Tan-M. Thinaah yang mencipta sejarah sebagai beregu wanita pertama negara layak ke final, serta gandingan mantap Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang turut melangkah penuh bergaya ke perlawanan akhir. Kehadiran mereka di pentas berprestij ini, tepat pada Hari Kebangsaan, adalah hadiah yang amat bermakna buat tanah air tercinta.
Ayuh kita doakan dan beri semangat tanpa henti agar mereka menghadiahkan kemenangan untuk Malaysia. Show your true Malaysian spirit, stand united and cheer them on!
Ayuh Malaysiaku, kita kibarkan semangat Merdeka di pentas dunia!
#BWFWorldChampionships2025
#BersamaMalaysiaku
#MalaysiaBoleh
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CFswPFP7i/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAOMrBHuQY
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1962018143808971138?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOAclJ3j91Y?xmt=AQF0jJ-QeU8yA9bdDzXCkD87dFl_7sfCw15OMAAjVyq8kg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓
Hari ini kita memperingati tarikh keramat serta semangat kemerdekaan. Perjuangan untuk menebus maruah bangsa dan membina sebuah negara yang berdaulat. Semangat itu mesti kita teruskan dengan membina masyarakat yang maju, bermaruah dan bersatu padu.
Kemerdekaan adalah amanah. Generasi muda mesti diperkasakan dengan ilmu, kemahiran dan semangat patriotisme, termasuk melalui TVET agar mereka mampu menjadi pewaris yang menjaga kedaulatan negara serta mengangkat Malaysia ke tahap lebih gemilang di pentas dunia.
Bagi KKDW, semangat patriotisme diterjemahkan melalui usaha membangunkan kawasan luar bandar, menyediakan infrastruktur moden, memperkukuh ekonomi khususnya ekonomi desa dan memastikan rakyat di pedalaman turut menikmati arus kemajuan.
Inilah erti sebenar kemerdekaan yang menyeluruh, tiada rakyat yang tertinggal. Kita mahu kemerdekaan ini benar-benar dirasai oleh semua. Dari pesisir pantai hingga ke pedalaman, dari pekan kecil hingga ke desa terpencil. Kibarkanlah Jalur Gemilang dengan penuh bangga. Bersama kita perkuatkan perpaduan dan mara menuju masa depan yang lebih cemerlang.
“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”
#HKHM2025
#BersamaMalaysiaku
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
#KKDW #PejuangDESA
📱IG: https://www.instagram.com/share/BARJPFULxz
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/19rniNQbCX/?mibextid=wwXIfr
📱YouTube: https://youtu.be/rgwh0_d2sIY?si=ClaeJ_mBkqsyuxzF
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐤𝐮 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢, 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝐀𝐛𝐚𝐝𝐢
Malaysia yang aku kenali,
lahir dari peluh ayah di kebun, kasih ibu yang tak pernah surut,
teguhnya petani, gigihnya penoreh, doa nelayan di subuh hari.
Merdeka abadi bukan sekadar panji yang megah,
tetapi adil untuk semua warganya – desa setara kota,
jalan yang rata, sekolah dan hospital untuk setiap jiwa.
Inilah Malaysia yang aku impikan,
teguh, adil, berani…
Insya-Allah, merdeka selamanya abadi.
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSAXYTUx3/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/15zHCd8DBr/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_3jorjJPB
📱YouTube: https://youtu.be/JI86TnkXABM?si=Aqfmp553ev5qzf1A
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞-𝟔𝟖 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧
Tanggal 31 Ogos sentiasa menjadi detik keramat yang mengingatkan kita kepada laungan “Merdeka!” yang bergema di Stadium Merdeka pada tahun 1957, disusuli dengan pengisytiharan penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Ia kekal sebagai saksi bahawa sebuah bangsa yang dahulunya dijajah mampu bangkit dengan penuh maruah dan keyakinan.
Hari ini, selepas lebih enam dekad, kita menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68 dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”. Tema ini mengingatkan kita bahawa kemerdekaan sebenar tidak hanya diukur dengan bebasnya sebuah negara daripada penjajah, tetapi juga bagaimana rakyatnya disantuni, didengar suaranya dan dibela nasibnya.
Hakikatnya, kemerdekaan yang kita kecapi hingga ke hari ini tidak akan mampu dipertahankan tanpa rakyat yang bersatu padu, hidup harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain. Inilah kekuatan sebenar Malaysia, sebuah negara yang dibina atas asas perpaduan dan pengorbanan rakyatnya. Justeru, sambutan kemerdekaan kali ini juga adalah penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia yang terus setia menjaga dan mempertahankan tanah air yang kita cintai bersama.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama menghayati semangat kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang penuh bangga, memperkukuh semangat persaudaraan, serta memastikan warisan perjuangan ini terus terpelihara untuk generasi akan datang.
MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!
#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1JGcwbUYir/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BBE_nI0vH_
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1961760909568958971?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DN-nh1dj_72?xmt=AQF0AzeZKRhxo3-l-mrXBLig5JN9rTZN1Bn3kXhUOf_V6Q&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐝𝐚𝐛𝐛𝐮𝐫 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧, 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚
Tengah hari tadi, saya berkesempatan hadir ke Masjid Negara, Kuala Lumpur untuk bersama-sama dalam Malaysia #QuranHour 2025.
Alhamdulillah, indah suasana apabila melihat ribuan umat Islam berhimpun menghayati kalamullah yang menjadi panduan sepanjang zaman. Pada masa yang sama, ramai juga yang turut bertadabbur melalui siaran langsung dari rumah masing-masing, menjadikan detik ini benar-benar mengikat hati umat dengan al-Quran.
Saya percaya, kekuatan sebenar sesebuah bangsa bukan hanya diukur pada kemajuan fizikalnya, tetapi pada sejauh mana kita berjaya mendidik generasi pewaris dengan al-Quran. Inilah yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang merdeka bukan sahaja jasadnya, tetapi juga jiwa dan rohnya.
Mudah-mudahan, dengan tadabbur Surah al-Saff, al-Balad dan Ali ‘Imran hari ini, lahir dalam diri kita rasa cinta, yakin dan tekad untuk membina sebuah masyarakat yang lebih berakhlak, berkasih sayang dan bersatu padu selaras dengan tema #QuranHour hari ini, 𝑀𝑒𝑟𝑑𝑒𝑘𝑎 𝐷𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑅𝑎𝑠𝑎.
Semoga usaha murni ini menjadi sebahagian daripada ikhtiar kita memupuk kecintaan terhadap al-Quran sekali gus melahirkan negara 𝐵𝑎𝑙𝑑𝑎𝑡𝑢𝑛 𝑇𝑜𝑦𝑦𝑖𝑏𝑎ℎ 𝑊𝑎 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑢𝑛 𝐺ℎ𝑎𝑓𝑢𝑟.
#QuranHour
#MembinaGenerasiAlQuran
#MerdekaDenganRasa
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1AVwZ98F32/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_mLxieshh
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1961709229997539712?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DN-QFNWD0A8?xmt=AQF097N69UkJ-Nb2B4ogEg8aDqTZgWgMACRXT78xn39nOQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝐀𝐤𝐚𝐫 𝐔𝐦𝐛𝐢 𝟐.𝟎: 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭, 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧
Awal pagi tadi saya berkelapangan menyertai konvoi motosikal Kembara Merdeka Akar Umbi Negeri Sembilan 2025, bermula dari Dataran Majlis Perbandaran Jempol hingga ke Perhentian Bas Simpang Pertang.
Lebih 450 buah motosikal berkonvoi bersama merentasi 36 kawasan DUN di seluruh Negeri Sembilan – satu perjalanan penuh semangat yang membuktikan bahawa patriotisme tidak pernah pudar, malah terus hidup dengan cara dan gaya tersendiri.
Sepanjang perjalanan, saya cukup terharu melihat masyarakat pelbagai kaum melambai, mengibarkan Jalur Gemilang, dan menyambut konvoi dengan wajah penuh ceria. Inilah wajah sebenar Malaysia yang mana rakyatnya bersatu hati di bawah satu bendera, satu semangat, satu cita-cita merdeka.
Program seperti ini saya percaya bukan hanya sekadar kembara, tetapi satu suntikan roh kebangsaan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan, memupuk perpaduan, dan memperteguh rasa cinta pada tanah air.
Semoga nyala semangat yang kita semarakkan melalui Kembara Merdeka Akar Umbi 2.0 ini akan terus menjadi pengikat kasih sayang antara rakyat Malaysia, dan menjadi asas kepada sebuah negara yang makmur, berdaulat, serta terus dihormati di persada dunia.
#KembaraMerdekaAkarUmbi
#NegeriSembilan
#MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17e3LbHe6a/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BANvF0_bgF
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1961678269667054084?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DN-BtvAj5I2?xmt=AQF0S5ZJPL1XP1AG5l6Uxjuus3rEPANbtSJjDmBaKseGcg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
متاح الآن! بحث تيليغرام 2025 — أهم رؤى العام 
