Dr Ahmad Zahid Hamidi
الذهاب إلى القناة على Telegram
إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
364
المشتركون
+224 ساعات
+37 أيام
+230 أيام
أرشيف المشاركات
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan..
Selain daripada menjadi pusat pentadbiran dan nadi ekonomi negara, ianya turut mencerminkan kematangan sebuah wilayah yang berkembang hasil usaha bersama rakyatnya.
Tahun ini, tema “Wilayah Persekutuan Kita” sekali lagi diangkat sebagai peringatan bahawa wilayah ini adalah milik bersama. Ia perlu terus dipelihara, diperkasa dan dibangunkan agar kekal menjadi ruang yang selamat, maju serta sejahtera untuk didiami.
Setiap kemajuan yang dicapai hari ini lahir daripada komitmen berterusan pelbagai pihak termasuk penjawat awam, komuniti, sektor swasta dan seluruh warga yang menyumbang kepada pembangunan wilayah.
Marilah kita terus memperkukuh semangat kebersamaan dan tanggungjawab ini supaya Wilayah Persekutuan kekal menjadi lambang kemajuan, perpaduan dan masa depan negara.
Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2026.
Semoga wilayah ini terus makmur dan dirahmati oleh Allah SWT.
#HariWilayahPersekutuan2026
#WilayahPersekutuanKita
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/178Q347KP9/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUMiaM8knCU/?igsh=OWZuMDF4NGc4eHNw
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2017764947510587395?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUMjIGHDyuQ?xmt=AQF02CgYc3RWd-yWQbfYh_nYh5Of_MVpSCuvM5LW3GIlbckxvVnAzCYTr41otgBlgZR8gZyA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐩𝐮𝐬𝐚𝐦 𝟐𝟎𝟐𝟔
Saya mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia yang meraikannya.
Kepelbagaian budaya dan agama merupakan antara asas utama yang membentuk jati diri negara. Dalam perbezaan, kita belajar untuk saling memahami. Dalam kepelbagaian, kita menemukan kekuatan untuk terus hidup sebagai satu masyarakat yang bersatu.
Saya percaya keharmonian yang kita nikmati hari ini lahir daripada sikap saling menghormati serta kesediaan untuk berkongsi ruang sebagai sebuah negara yang berpaksikan perpaduan. Nilai inilah yang mesti terus dipelihara agar keamanan dan kestabilan negara kekal terjamin untuk generasi akan datang.
Selamat menyambut Thaipusam kepada semua yang meraikannya. Semoga perpaduan kita terus dipelihara dan Malaysia kekal aman, stabil serta sejahtera untuk generasi hari ini dan masa hadapan.
#Thaipusam2026
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/18J2DYcpTk/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUK-xlsEv55/?igsh=aDc2amhvZ2V0ZmRk
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2017544395399299286?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUK-2Gqjxpp?xmt=AQF0sWpORLd7vMF8BB3glR9IClaQEaFE5cWZqqfPWmCbuDkHIDiCxiyCgv-3TNGBcIY4Lmfd&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐊𝐞 𝐄𝐫𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢
Saya kongsikan rangkuman Majlis Pecah Tanah Taman Industri QL Innofood Park di Hutan Melintang yang menjadi satu langkah penting dalam memperkukuh ekosistem industri makanan halal berteknologi tinggi di Bagan Datuk.
Insya-Allah, pembangunan ini akan menjadi pemangkin kepada kemajuan luar bandar yang lebih mampan serta berorientasikan masa hadapan.
#HutanMelintang
#BaganDatuk
#IndustriHalal
#HalalMalaysia
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSa4hB3Ft/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DUK1Kwmkjf_/?igsh=MWQyaXhoeTNhZWs2ag==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1DcRFSWrBT/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐃𝐢𝐦𝐚𝐬𝐲𝐡𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧, 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚
Pagi tadi saya menghadiri Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, serta disaksikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Menjunjung setinggi-tinggi kasih ke hadapan Tuanku atas perkenan berangkat menyempurnakan majlis bersejarah ini. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan lambang warisan negara yang sarat dengan nilai sejarah dan kenegaraan, menjadi saksi penting kepada perjalanan pembinaan Malaysia sejak era awal pentadbiran hingga ke hari ini.
Usaha pemuliharaan ini mencerminkan iltizam bersama dalam memelihara khazanah negara agar terus terpelihara, dihargai dan diwariskan kepada generasi akan datang sebagai asas jati diri serta kebanggaan nasional.
Pembukaan semula bangunan ini turut memberi nilai tambah kepada landskap bandar raya Kuala Lumpur, di samping menyokong sektor pelancongan dan ekonomi setempat menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Semoga warisan bersejarah seperti ini terus dipelihara dengan penuh tanggungjawab, dihargai dengan kesedaran sejarah dan diwariskan sebagai simbol identiti serta kebanggaan negara.
#BangunanSultanAbdulSamad
#WarisanKL
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1ANfCoTYuy/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUKpu7KEqls/?img_index=10&igsh=MTIyeDJ0NHBiOW4xeA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2017498245425983889?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUKqKj-D7DJ?xmt=AQF0RChra5g0sUcE8MSe6-Fs-k50KgH4D_wplqQIEf09un0bsBnZjwxzf--jJkrFLXzTCFg2&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐋𝐢𝐦𝐚 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal Bil.2/2026 yang saya pengerusikan hari ini menumpukan kepada langkah-langkah strategik untuk memperkukuh ekosistem industri halal negara dan meletakkan Malaysia sebagai Hab Halal Global yang berdaya saing.
Antara fokus utama mesyuarat ialah pelaksanaan lima inisiatif berimpak tinggi, termasuk pembangunan Pelabuhan Mesra Halal pertama negara di Pelabuhan Kuantan, yang dijangka menjana nilai ekonomi besar serta membuka ribuan peluang pekerjaan dalam jangka panjang. Inisiatif ini penting untuk memperkukuh rantaian logistik halal, meningkatkan kebolehkesanan dan melonjakkan eksport halal Malaysia ke peringkat serantau dan global.
Mesyuarat turut memberi perhatian kepada isu akses pembiayaan industri halal, khususnya melibatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Saya menekankan keperluan penyelarasan yang lebih kukuh antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan institusi kewangan agar sokongan pembiayaan dapat disalurkan dengan lebih inklusif dan berkesan.
Dalam sektor pelancongan pula, peranan pelancongan mesra Muslim terus diperkukuh melalui penyelarasan standard dan pengiktirafan bagi meningkatkan keyakinan pelancong Muslim terhadap Malaysia sebagai destinasi pilihan. Usaha ini selari dengan prestasi positif pelancongan Islam yang terus menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan.
Saya juga mengalu-alukan pendekatan proaktif beberapa Kerajaan Negeri dalam membangunkan pelan industri halal masing-masing, termasuk usaha memperkukuh tadbir urus taman industri halal dan menarik pelaburan strategik. Pendekatan seimbang antara persekutuan dan negeri ini penting bagi memastikan pembangunan industri halal yang mampan dan menyeluruh.
Insya-Allah, dengan komitmen bersepadu semua pihak, industri halal Malaysia akan terus diperkasa sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan simbol keyakinan global terhadap keupayaan negara.
#HalalMalaysia
#IndustriHalal
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1C3cNesGKz/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUFXLhKEvaU/?igsh=MWd1eDEyZDc1MzJi
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2016753580582326638?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUFXVyTD0tC?xmt=AQF0NC8lPcP2BxB_n2YRb97qp9Rm4gKL_GURTNqdLq8lr6AbvadhK35S9AarPd-HVwO_pYU&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐕𝐄𝐓𝐌𝐀𝐑𝐀: 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Saya kongsikan momen peluncuran penjenamaan TVETMARA yang menyatukan 25 institusi di bawah satu identiti bersama, sebagai langkah memperkukuh pendidikan dan latihan kemahiran Bumiputera agar lebih tersusun, diyakini industri dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
#TVETMARA
#JomPilihTVET
#MARA
#KKDW
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSauqFqFF/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUDGN-Uk-nD/?igsh=ZGUzMDUxdDh2NXI3
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/187gfWV7W4/?mibextid=wwXIfr
📱YouTube: https://youtu.be/N2fZc_afzr0?si=3c81ug8ZJenzlKKL
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚
Hari ini, saya menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bil. 1 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam menjaga kepentingan, membela nasib serta memperkukuh daya tahan ekonomi Bumiputera secara menyeluruh dan inklusif.
Perbincangan menekankan peranan strategik entiti berkaitan Kerajaan dalam memperkasa pembangunan usahawan Bumiputera, termasuk pengukuhan sokongan melalui pendekatan berasaskan data serta peluasan inisiatif pembiayaan dan pemudahcaraan agar manfaatnya dapat dirasai secara meluas di semua peringkat.
Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk memastikan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera dilaksanakan secara tersusun, berimpak tinggi dan berpaksikan keperluan sebenar rakyat.
#MEB
#EkonomiBumiputera
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1APNoLjT9q/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUCu3vKk-jS/?img_index=3&igsh=MThqamljeXA2OGl0Ng==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2016383411045466260?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUCu2t2D7PQ?xmt=AQF02re5tWieYYhg8XgTI_4pSnQWqPLPM1jSLswInz1Pe9cHETPIyHqaWSFFZutLKYAMByhe&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐕𝐄𝐓𝐌𝐀𝐑𝐀
“𝐵𝑢𝑖𝑙𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑇𝑎𝑙𝑒𝑛𝑡, 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑡𝑖𝑛𝑔 𝐹𝑢𝑡𝑢𝑟𝑒”
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSauNjd8B/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUCfhG4k6DZ/?igsh=MWJtZ2ZwYzhtODk2YQ==
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17xZyHVbZY/?mibextid=wwXIfr
📱YouTube: https://youtu.be/UjG3sU2LJ6w?si=3rDBlAJvlf91TLM1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐍 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐞-𝟗: 𝐌𝐨𝐝𝐞𝐥 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
Malam tadi, saya berkesempatan hadir dan menyampaikan ucaptama dalam BN Forum ke-9 yang mengangkat tema 𝑀𝑜𝑑𝑒𝑙 𝐵𝑎ℎ𝑎𝑟𝑢 𝐵𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑁𝑎𝑠𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙: 𝐴𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 𝑇𝑟𝑎𝑑𝑖𝑠𝑖 𝑃𝑜𝑙𝑖𝑡𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑇𝑢𝑛𝑡𝑢𝑡𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑟𝑢𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛.
Forum ini menjadi ruang perbincangan terbuka untuk menilai kedudukan serta hala tuju Barisan Nasional dalam landskap politik semasa, dengan mengambil kira realiti demografi, dinamika pengundi baharu dan keperluan kepada strategi yang lebih segar serta berkesan menjelang pilihan raya akan datang.
Saya menghargai pandangan yang dikongsikan oleh barisan panel dari dalam dan luar negara yang memberikan perspektif akademik serta empirikal mengenai politik gabungan, kestabilan negara dan cabaran yang perlu ditangani secara bijaksana serta berstrategi.
Perbincangan seperti ini penting untuk membantu kita berfikir dengan lebih tenang, rasional dan berpandangan jauh. Politik menuntut kebijaksanaan, keupayaan menyesuaikan diri serta keberanian membuat keputusan yang tepat demi masa depan negara.
Terima kasih saya ucapkan kepada penganjur; sahabat saya Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir selaku moderator; dan semua panel yang menjayakan BN Forum ke-9 kerana terus menyediakan medan wacana yang membina, sebagai ruang pemikiran dan perbincangan untuk memperkukuh Barisan Nasional serta demokrasi negara.
#BNForum
#BarisanNasional
#PolitikMatang
#BetterNation
📱FB: https://www.facebook.com/share/1Kmzy4ue8C/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUCTz8yk3kp/?igsh=eGtia2dzaW1zeDJy
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2016324022804611290?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUCUEIdj1fJ?xmt=AQF0e8oC7oDlYSVbt0ccXWnsWiiF7tLfSIZ3JjgzceJjELfxTPFLe_rgTdWMli5sjRdyFsjO&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐈𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐮𝐦𝐩𝐮𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚–𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚
Saya kongsikan rangkuman Majlis Makan Malam Perdana sempena Ulang Tahun Ke-50 Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI), yang terus menjadi jambatan persahabatan dan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia.
Semoga jaringan alumni serantau ini terus diperkukuh, memacu kerjasama pendidikan dan pembangunan modal insan demi manfaat kepada generasi akan datang. Insya-Allah.
#PAPTI50
#MalaysiaIndonesia
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSaawnkM4/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DUA-wMaEmi_/?igsh=MWU5eGdpMzMxOXBpdA==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1JwD74Jyqv/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐝𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐠
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada 179 graduan Institut Kemajuan Desa-INFRA yang diraikan sempena Majlis Konvokesyen INFRA Kesembilan hari ini, serta seluruh warga INFRA atas penganjuran majlis yang berjalan dengan baik.
Alhamdulillah, saya bangga melihat pencapaian para graduan dalam bidang TVET seperti ‘Homestay’, Alam Semula Jadi dan Pengurusan Desa. Kejayaan ini mencerminkan peranan INFRA dalam melahirkan modal insan luar bandar yang berkemahiran, berdaya saing dan bersedia memacu ekonomi desa, selari dengan aspirasi Desa Kirana serta sokongan kepada Tahun Melawat Malaysia 2026.
Penghargaan juga saya rakamkan kepada pihak pengurusan dan tenaga pengajar INFRA yang konsisten memastikan latihan dilaksanakan secara berkualiti dan memberi impak nyata kepada komuniti luar bandar.
Tahun 2026 turut menjadi detik bermakna buat INFRA apabila menyambut Jubli Mutiara 30 Tahun penubuhannya. Pencapaian ini membuktikan peranan signifikan INFRA sebagai pemacu potensi warga desa. Majlis Konvokesyen Kesembilan hari ini turut menjadi antara acara utama sambutan tiga dekad tersebut, menzahirkan sumbangan INFRA sejak penubuhannya pada 6 Mac 1996.
Insya-Allah, KKDW akan terus menyokong INFRA dalam memperkukuh agenda TVET dan pembangunan modal insan desa agar kekal relevan, progresif serta menjadi rujukan di peringkat nasional dan serantau.
Tahniah sekali lagi kepada semua graduan.
Teruskan melangkah jauh dan berbakti untuk desa dan negara.
#KonvokesyenKe9INFRA
#30TahunINFRA
#INFRA #KKDW
#PejuangDESA
📱FB: https://www.facebook.com/share/1EGHkRpvhv/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUAMgv5Ekvg/?img_index=9&igsh=cWludDg0dTd6bW1m
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2016026431588073494?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUAMifFD2dn?xmt=AQF0ax9lBmqfoL5dd6lITYHKKpcxyeLOH3SxQjx2U4c-XAX-yz5lzWPpzGRXuSv4uNPBLUl6&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐍𝐚𝐢𝐦 𝐌𝐨𝐤𝐭𝐚𝐫 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐮𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Kinabatangan mempunyai makna yang besar kepada seluruh rakyat di daerah ini. Di sinilah Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menumpahkan seluruh jiwa dan baktinya. Saya mengenali Allahyarham sebagai seorang sahabat seperjuangan yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan, berpegang teguh pada prinsip dan berani mempertahankan kebenaran.
Hari ini, anakandanya melangkah masuk ke Dewan Rakyat dengan amanah yang besar. Amanah untuk menyambung khidmat, menjaga kepercayaan rakyat dan mengangkat suara Kinabatangan dengan penuh tanggungjawab. Saya melihat ini sebagai kesinambungan perjuangan yang lahir daripada didikan dan pengorbanan seorang ayah yang telah banyak berjasa.
Saya mendoakan agar YB Naim Moktar dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keteguhan hati dalam memikul amanah ini. Jadilah wakil rakyat yang sentiasa dekat dengan rakyat, berani memperjuangkan kepentingan kawasan dan konsisten berpegang pada prinsip.
Insya-Allah, dengan sokongan semua pihak, khidmat dan sumbangan Allahyarham Bung Moktar akan terus hidup melalui usaha dan komitmen anakandanya di Dewan Rakyat. Semoga setiap langkah dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.
#Kinabatangan
#DewanRakyat
#ParlimenMalaysia
📱FB: https://www.facebook.com/share/17zDdyizwX/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUAFbj5kvbP/?img_index=2&igsh=dnNpNGQyd3IxcmZp
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2016011265651703978?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUAFc6Mj0tL?xmt=AQF0DozDRxoqrmTBHZJUJpv6GB7-B-tjDqh6UDoRzA5l8D-4t1lHNpAce_tx0G5ZnkFG1jL1&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐣𝐮 𝐉𝐚𝐲𝐚 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐥𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan bola sepak Bagan Datuk yang akan beraksi dalam kejohanan Piala YAB Menteri Besar Perak yang akan bermula pada 30 Januari sehingga 1 Februari 2026 ini.
Buat yang terbaik!
Bagan Datuk Nombor Satu!
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
#PialaYABMenteriBesarPerak
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSaPg6S8f/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DT-YfPTElR8/?igsh=MXE2bnA4MzdqaHk4aA==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/r/17fBsfNBMQ/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐕𝐌𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧
Seterusnya di Parlimen, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) Bil. 1/2026 bagi memperkukuh penyelarasan merentas kementerian dalam memacu sektor pelancongan negara menjelang Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Industri pelancongan terus menjadi antara pemacu utama ekonomi negara. Dengan rekod 42.2 juta ketibaan pelawat sepanjang 2025, peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya, asas yang kukuh telah dibina untuk memastikan VM2026 dilaksanakan secara tersusun, bersepadu dan berimpak tinggi.
Dalam mesyuarat ini, penekanan diberikan kepada pendekatan 𝑤ℎ𝑜𝑙𝑒 𝑜𝑓 𝑔𝑜𝑣𝑒𝑟𝑛𝑚𝑒𝑛𝑡 melibatkan pengangkutan, keselamatan, penerbangan, komunikasi dan ekonomi supaya usaha menarik pelancong antarabangsa, memanjangkan tempoh tinggal serta meningkatkan perbelanjaan pelancong dapat digerakkan secara menyeluruh.
Beberapa isu dasar turut dibincangkan termasuk MM2H, Program Visa Premium (PVIP), kawal selia kenderaan pelancongan, pembangunan hab transit umrah serta potensi pelancongan kapal persiaran. Semua ini memerlukan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, sektor swasta dan penggiat industri dengan MOTAC sebagai peneraju.
Insya-Allah, dengan kesepaduan semua pihak, Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, membuka peluang pekerjaan dan mengangkat Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
#VisitMalaysia2026
#VM2026
#PelanconganMalaysia
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/16wj59TTmi/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DT-R6dfEtbc/?igsh=ZXBtZm9laTZ3cnI0
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2015756788365398210?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DT-R52tD6EK?xmt=AQF0Cl-8HdPglaYT7_rT61DuqegNcEk14TFYnQavnDxCoHRKyppK7W4r2x7fD7-ydi0J-QuR&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐤𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐊𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢
Pada tengah hari tadi, saya menerima taklimat mengenai satu inisiatif baharu melibatkan sebuah projek nasional berkaitan TVET yang dirangka untuk memacu pembangunan modal insan, khususnya melalui pendekatan industri kreatif dan animasi berimpak tinggi.
Saya melihat animasi sebagai satu ekosistem ekonomi yang mampu melahirkan tenaga mahir, mencipta peluang pekerjaan bernilai tinggi dan mengangkat imej Malaysia ke peringkat global. Pendekatan yang menghubungkan latihan, industri dan penciptaan harta intelek ini wajar diteroka secara serius dan berperingkat.
Insya-Allah, agenda TVET akan terus diperkukuh agar kekal relevan dengan keperluan industri masa hadapan, termasuk dalam sektor kreatif digital yang sedang berkembang pesat.
#TVETMalaysia
#ModalInsan
#IndustriKreatif
#AnimasiMalaysia
📱FB: https://www.facebook.com/share/14W9z4AFSRd/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DT9y812EiPI/?igsh=N29rZGZtNXp2eGN6
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2015688717860782150?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DT9y-pOj711?xmt=AQF0wZjxgpmLaYweSs1xT2lPNWrjDfWhxsT9rxweNvrwgBKM7FOPufgBOHvPdblQ8H-0Nsz-&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Sekitar suasana sepanjang perjalanan konvoi motosikal ke Melaka semalam.
Sekejap tetapi cukup bermakna..
Kalau ada lagi konvoi begini, jemputlah lagi.
Insya-Allah, jika ada ruang dan kesempatan, saya sertai.
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSay9MGWk/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DT7zRl-kpBt/?igsh=OTZiN2JzbjNwNThs
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1H74Sqdtnx/?mibextid=wwXIfr
📱YouTube: https://youtu.be/PdmFHvIbZTc?si=gX9MCx6ghj6tv-PH
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐉𝐚𝐤𝐚𝐫𝐭𝐚, 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐝𝐦𝐢𝐧𝐭𝐨𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para pemain negara atas kejayaan cemerlang di BWF World Tour Super 500 Indonesia Masters 2026 hari ini.
Tiga wakil negara berjaya merangkul kejuaraan di pentas final. Satu pencapaian yang sangat membanggakan buat badminton Malaysia.
Tahniah saya ucapkan kepada Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani yang muncul juara beregu lelaki selepas menewaskan pasangan tuan rumah. Kemenangan ‘straight set’ ini mencerminkan kematangan permainan dan mental juara sepanjang kejohanan, sekali gus mengekalkan gelaran beregu lelaki buat Malaysia.
Syabas juga kepada Pearly Tan–M. Thinaah yang dinobatkan juara beregu wanita, menamatkan penantian 15 tahun Malaysia dalam acara ini.
Dan tahniah kepada Chen Tang Jie–Toh Ee Wei yang mencipta sejarah apabila muncul sebagai pasangan beregu campuran Malaysia pertama menjuarai Indonesia Masters. Kemenangan penuh semangat juang ini mencerminkan kebangkitan generasi baharu badminton Malaysia yang semakin matang dan berdaya saing di peringkat dunia.
Insya-Allah, kejayaan di Jakarta ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian membanggakan sepanjang musim 2026.
#IndonesiaMasters2026
#BadmintonMalaysia
📱FB: https://www.facebook.com/share/1DUetUdZNu/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DT7m8zjkqM9/?igsh=aDdjZTFoNm1nMWR5
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2015380872166576387?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DT7nE9qD5nn?xmt=AQF0bUmXtEsfIg2lZU0oPEe6nVY5rF8FLcGdjh6lTHm44GSNSJz2A6g8TEMj6ajYkr8AN0I&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
متاح الآن! بحث تيليغرام 2025 — أهم رؤى العام 
