Dr Ahmad Zahid Hamidi
الذهاب إلى القناة على Telegram
إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
362
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
لا توجد بيانات30 أيام
أرشيف المشاركات
𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐨𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐠𝐡𝐟𝐚𝐫
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan padanya terdapat satu waktu yang sangat mustajab untuk kita berdoa kepada Allah SWT.
Marilah kita memperbanyakkan doa, zikir dan istighfar pada hari yang mulia ini. Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, melapangkan segala urusan dan mempermudahkan setiap langkah kehidupan kita.
Semoga Jumaat ini membawa keberkatan dan rahmat buat kita semua. Insya-Allah.
#RisalahJumaat
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSxgGCQdm/
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/17jQoFfTmX/?mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DY6aiHRSQGe/?igsh=MXY5YWI0cGduMWFwbg==
📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2060251110452158527?s=46
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DY6Z5B1ipV7?xmt=AQG0ZizwtvQ22Lbm4xdi7Qh80Bk1tEDvasj7tT6B3oXxguRRsmWx2H28O2O-KV5ZdIIoJqXT&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐭𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔
Di sebalik setiap berita yang sampai kepada rakyat, ada wartawan yang bekerja tanpa mengira waktu demi memastikan maklumat disampaikan dengan tepat, pantas dan penuh tanggungjawab.
Bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pengamal media tanah air atas komitmen dan dedikasi yang dicurahkan dalam dunia kewartawanan negara.
Dalam dunia digital yang bergerak begitu pantas hari ini, peranan wartawan menjadi semakin besar sebagai sumber maklumat yang sahih dan suara yang membantu membina kefahaman rakyat terhadap pelbagai isu semasa.
Saya amat menghargai hubungan baik yang terjalin bersama rakan-rakan media selama ini. Banyak pengorbanan mereka yang mungkin tidak dilihat di hadapan khalayak, namun tetap dilakukan dengan penuh profesionalisme demi memastikan rakyat terus mendapat maklumat yang benar dan diyakini.
Teruskanlah menyampaikan berita dengan penuh integriti dan rasa tanggungjawab kepada negara.
Selamat Hari Wartawan Nasional 2026.
#HAWANA2026
#HariWartawanNasional
#MediaMalaysia
📱FB: https://www.facebook.com/share/1Gi6m5ygbV/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DY6IZmjyyMj/?igsh=MTE2YTF2NXIxbmV3bQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2060209615485423671?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DY6IupGD4wF?xmt=AQG0s7mD8CffPoZAZdJ3302ZhE0OfCMZn67vMtliNqo9KsEkQSValrpfm-fMQmrprrbZiXsM&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝟕 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢!
Tinggal seminggu sahaja lagi Dataran Putrajaya akan dimeriahkan dengan Sambutan Hari TVET Negara 2026.
Daripada teknologi dan inovasi, peluang kerjaya, pertandingan kemahiran hinggalah aktiviti santai untuk seisi keluarga, semuanya akan dihimpunkan dalam satu sambutan besar buat dunia TVET negara.
Sambutan Hari TVET Negara 2026
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
📍 Dataran Putrajaya
Jemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan. Sama-sama kita meriahkan #HTN2026!
#HTN2026 #HariTVETNegara2026
#JomPilihTVET #TVETUntukSemua
#TVETPilihanUtamaKerjaya
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSxgdk2FM/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DMfRBHWLT/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DY50Ga4y9Ne/?igsh=czRpb2hwN3ZpM3Ey
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2060164467992957119?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DY50JFpk-Sw?xmt=AQG0fJiwlCZoeNAsIcwjsUMNXO_Z3kFDlW3-pUNpYLtZNEaYib_hJ1Py376hrfm2T9MZgnXc&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚
Saya percaya masa depan ekonomi negara akan banyak dipacu oleh tenaga kerja berkemahiran tinggi, teknologi baharu dan budaya inovasi. Sebab itu, Kerajaan terus komited memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai antara pemacu utama pembangunan modal insan negara dan tonggak penting kepada pertumbuhan ekonomi masa hadapan.
Sebagai usaha berterusan memperkukuh ekosistem TVET negara, Kerajaan telah mengisytiharkan 2 Jun setiap tahun sebagai Hari TVET Negara bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan TVET dalam membina masa depan negara yang lebih progresif, berdaya saing dan berteraskan kemahiran.
Bagi tahun 2026, sambutan Hari TVET Negara akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 5 hingga 7 Jun dengan pelbagai pengisian menarik yang menghimpunkan institusi pendidikan, pemain industri, usahawan, belia dan masyarakat umum, termasuk pameran teknologi dan inovasi, Karnival Kerjaya TVET, seminar industri berimpak tinggi, cabaran robotik dan Drone Soccer, Future Skills Showcase, platform keusahawanan TVET serta pelbagai aktiviti santai dan interaktif untuk seisi keluarga.
Lebih penting, sambutan ini turut menjadi medan memperkukuh kerjasama strategik antara institusi TVET dan industri bagi memastikan bakat yang dilahirkan benar-benar memenuhi keperluan pasaran kerja semasa yang berdaya saing dan berteraskan teknologi, inovasi serta kemahiran selaras dengan keperluan ekonomi negara.
Dengan 1,398 institusi TVET di seluruh negara, TVET kini menjadi sebahagian daripada nadi utama pembangunan negara. Pada tahun 2025, seramai 229,121 pelajar atau 56.86 peratus lepasan SPM dan setaraf telah memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TVET, manakala jumlah keseluruhan enrolmen pula telah mencecah 459,558 orang.
Lebih membanggakan, kadar kebolehpasaran graduan TVET negara turut meningkat kepada 95.9 peratus pada tahun 2025 berbanding 95.6 peratus pada tahun sebelumnya. Ini membuktikan bahawa TVET bukan sahaja mendapat tempat dalam kalangan generasi muda, malah berjaya melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang benar-benar diperlukan industri dan ekonomi negara.
Saya berharap agar usaha Kerajaan melalui penganjuran Hari TVET Negara berupaya mengubah persepsi masyarakat bahawa TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya pilihan utama kerjaya yang mampu melahirkan generasi profesional, pencipta teknologi, usahawan dan pemimpin industri masa depan negara.
Ayuh bersama-sama kita jayakan Hari TVET Negara 2026.
#HTN2026 #HariTVETNegara2026
#JomPilihTVET #TVETUntukSemua
#TVETPilihanUtamaKerjaya
📱FB: https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid0hhUgYLaBWxgJGDHh8HAZ4vKGsWRLEKwXwK1tBEefcEpEVPqRC6WWyZ9mucTwuK57l/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DY4JJrtSxnf/?igsh=MXdoZGNybXIwaG8xbw==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2059930264445599782?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DY4Jsu4D7nN?xmt=AQG0cgqTfAv5LCaLHmnX8k_ybZhmUO7BpUi8jhaVF-6LC2O_sWUGZXTLiqHs-qdv6-sYLsDe&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐄𝐃𝐀 𝐤𝐞-𝟒𝟓
Hari ini, genaplah 45 tahun penubuhan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sejak ditubuhkan pada tahun 1981.
45 tahun ini merupakan satu perjalanan panjang yang sarat dengan pengorbanan dan kejayaan dalam mengubah landskap pembangunan luar bandar di negeri Jelapang Padi.
Alhamdulillah, KEDA terus memainkan peranan sebagai ‘catalyst agent’ dalam mempercepat transformasi desa secara holistik meliputi aspek duniawi dan ukhrawi, demi kesejahteraan masyarakat desa.
Saya percaya kekuatan sebenar KEDA terletak pada keikhlasan seluruh warganya yang sentiasa dekat dengan masyarakat desa dan memahami denyut nadi rakyat.
Teruslah menjadi agensi yang cakna, responsif dan komited dalam memperjuangkan agenda pembangunan luar bandar. Kalau bukan kita yang terus bersama rakyat desa, siapa lagi?
Selamat Ulang Tahun ke-45 saya ucapkan kepada seluruh warga KEDA. Semoga KEDA terus maju, dipermudahkan segala urusan dan kekal menjadi antara institusi penting dalam memacu kemajuan desa dan wilayah negara. Insya-Allah.
#KEDA45Tahun
#KEDA #KKDW
#PejuangDESA
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18YzAMpjeD/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DY3PuVRSJjp/?igsh=d2RkNXQxNTMwZTM5
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2059803232072073642?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DY3P_EqD_ys?xmt=AQG0nE2F3vZXTfd0WQ5fyOU8220XQneCw2Wa4-XpiZgTpc9ey8Nsl8HPP3O-9F-w-iIXjtJ1&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
#𝐇𝐓𝐍𝟐𝟎𝟐𝟓 : 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚
Jom sertai Hari TVET Negara 2026 dan terokai pelbagai peluang, teknologi serta masa depan dunia kemahiran bersama keluarga dan rakan-rakan.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di Dataran Putrajaya bermula 5 hingga 7 Jun ini.
Jumpa anda di sana!
#HTN2026 #HariTVETNegara2026
#JomPilihTVET #TVETUntukSemua
#TVETPilihanUtamaKerjaya
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSx4852gm/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DY1k3onyGDA/?igsh=MTBqeWI1OGJ6OXdieQ==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/17b6f3UZN7/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚
Semasa berucap sewaktu Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2024 dua tahun lalu, saya pernah menyatakan bahawa TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya antara laluan utama yang membuka peluang lebih luas kepada generasi muda untuk membina masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing.
Alhamdulillah, hari ini kita mula melihat sendiri perubahan itu berlaku.
Semakin ramai anak muda memilih laluan kemahiran, semakin besar keyakinan industri terhadap graduan TVET dan semakin luas peluang yang terbuka buat mereka.
Insya-Allah, usaha memperkukuh agenda TVET negara akan terus diperkasakan demi masa depan generasi muda dan pembangunan negara.
Jumpa anda di Sambutan Hari TVET Negara 2026!
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
📍 Dataran Putrajaya
#HTN2026 #HariTVETNegara2026
#JomPilihTVET #TVETUntukSemua
#TVETPilihanUtamaKerjaya
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/14gKZcsv99N/?mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DY1NnUDSRAO/?igsh=MXFhMGY3a3FrNTN4NA==
📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2059516891476246798?s=46
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DY1N5j_DwqR?xmt=AQG0UCVqZRcpAJ8VqeDPg5-N7Pn85g1PRc2E27NSHOOqQQbMIU7l81mXactGZYSuq7MKnSQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚: 𝐄𝐫𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧
Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. menjadi teladan besar tentang kekuatan iman dan kasih sayang dalam melaksanakan perintah Allah SWT.
Semoga sambutan Aidiladha ini mengeratkan hubungan kekeluargaan, menyemai semangat kebersamaan dan menggalakkan kita terus membantu mereka yang memerlukan.
Ibadah korban juga melambangkan keprihatinan serta semangat berkongsi rezeki demi kesejahteraan masyarakat.
Kepada para jemaah haji di Tanah Suci, saya doakan agar segala urusan dipermudahkan dan memperoleh haji yang mabrur.
Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat Islam.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan dan rahmat buat kita semua. Insya-Allah.
#Aidiladha1447H
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSxQSoTCL/
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1Cx8eKwXRB/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DYy8qWJyWpD/?igsh=NnhjYnluYWY5ajJi
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2059198344128573947?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYy8tSHjhV8?xmt=AQG0siWG9T_xA4fD3m_gQMBsGDZlo4KhqmqhQv_kOvOvpV1zSC2Id7Sz9P0UkQMay8kqBrwQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Hari TVET Negara 2026 kembali dengan pengalaman lebih interaktif, futuristik dan penuh inspirasi untuk semua lapisan masyarakat menerokai dunia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Pelbagai teknologi terkini, demonstrasi kemahiran, aktiviti interaktif serta peluang kerjaya menanti anda menerusi enam hab utama yang bakal memeriahkan sambutan kali ini:
⚙️ HAB PAMERAN & KOLABORASI INDUSTRI TVET
🤝 HAB SEMINAR TVET
👔 HAB KARNIVAL KERJAYA TVET
💡 HAB USAHAWAN TVET
🤖 HAB CABARAN TVET
🎮 HAB HIBURAN BERINFORMASI TVET
Daripada kecerdasan buatan (AI), robotik, Drone Soccer, Future Skills Showcase hinggalah kepada peluang kerjaya dan penglibatan industri - semuanya menghimpunkan pengalaman sebenar dunia TVET moden di satu lokasi.
Ini bukan sekadar pameran.
Ini platform untuk meneroka bakat, membina masa depan dan melihat sendiri bagaimana TVET menjadi pemacu kerjaya serta teknologi masa hadapan negara.
📍 Dataran Putrajaya
📅 5 – 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam
TVET Pilihan Utama Kerjaya!
#HTN2026
#HariTVETNegara2026
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#JomPilihTVET
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSxQ6CTJA/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DYyycjbxHYd/?igsh=YjlsZm9pbTZteHhn
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1dJw8zKXd6/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝟏𝟎 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢!
Bahang Sambutan Hari TVET Negara 2026 semakin terasa. Insya-Allah, Dataran Putrajaya bakal menjadi lokasi himpunan terbesar bakat, teknologi, kemahiran dan masa depan TVET negara.
Pelbagai aktiviti menarik, pameran teknologi, pertandingan kemahiran, showcase industri serta peluang kerjaya menanti anda semua sepanjang sambutan ini berlangsung.
Sambutan Hari TVET Negara 2026
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
📍 Dataran Putrajaya
Simpan tarikh ini dan ajak keluarga serta rakan-rakan untuk bersama memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026.
Jumpa anda di sana!
#HTN2026 #HariTVETNegara2026
#JomPilihTVET #TVETUntukSemua
#TVETPilihanUtamaKerjaya
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSxxSWWFt/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1CVcMCXRzE/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DYyFvInSdJv/?igsh=dGh6eGpodHh0c3Ay
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2059078374451216506?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYyFtnAE0I8?xmt=AQG0EQkdOINDOCCWaUoFp6HHdk-Awx78CMkALUebMkB6_ywdRzlGUkfFkr3Sjkch5BR2eEU&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐃𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐀’𝐫𝐚𝐟𝐚𝐡, 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐍𝐲𝐚
Rasulullah SAW menyebut bahawa sebaik-baik doa adalah doa pada Hari A’rafah. Marilah kita memperbanyakkan doa, zikir, istighfar dan amalan kebaikan mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita serta mengurniakan ketenangan dan rahmat dalam kehidupan.
Kepada seluruh umat Islam yang menunaikan ibadah haji, saya mendoakan agar segala ibadah dipermudahkan dan memperoleh haji yang mabrur. Buat yang pulang ke kampung sempena Aidiladha pula, semoga perjalanan anda sentiasa selamat dan dipelihara Allah SWT.
Semoga ia menjadi titik untuk kita terus memperbaiki diri dan memperkukuh hubungan sesama insan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Insya-Allah.
#HariArafah1447H
📱FB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02f7K1yWMWDcjf7JGLBGFkqf6umAn7i56nf2oJz696Bb7e6Dcfy3KV442GEV7sNEHnl&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DYwpAlAkhYO/?igsh=czlvbHZwdG1pcWs5
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2058873260805414913?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYwpABYDcNZ?xmt=AQG0JWLWMlcBHKJZk5Tbsim8h4JdmJ42xSuf-vZ_JDKE2NZYa3FaUq6E8oKkS73p6pN-SeXS&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐀𝐭𝐮𝐫𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Saya kongsikan antara aturcara dan pengisian menarik yang menanti anda sepanjang Sambutan Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya bermula 5 hingga 7 Jun ini.
Pelbagai aktiviti telah disusun melibatkan pameran teknologi, seminar industri, karnival kerjaya, cabaran kemahiran, keusahawanan TVET serta hiburan berinformasi untuk seluruh keluarga.
Insya-Allah, YAB Perdana Menteri juga dijadualkan hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari TVET Negara 2026 pada 6 Jun nanti.
Justeru, saya ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia, khususnya anak muda, pelajar, ibu bapa serta pemain industri untuk hadir bersama memeriahkan sambutan ini seperti ketetapan berikut:
📍 Dataran Putrajaya
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
Jumpa anda di Dataran Putrajaya!
#HTN2026 #HariTVETNegara2026
#JomPilihTVET #TVETUntukSemua
#TVETPilihanUtamaKerjaya
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1ArmCtH4WS/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DYrGzGqEdQh/?img_index=3&igsh=cGxreXJpbzNtdzh2
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2058767719575793746?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYv5DraCOc9?xmt=AQG0wsIvIfWeiid3bCfq7oMG4Hrnug-UOY8tdJ2HOa19KJCXBfD54obI9h18bEEx4a-21yb-&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐇𝐚𝐫𝐮𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚
Alhamdulillah, saya ucapkan tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga kepada 49 orang Pemaju Masyarakat Kemahiran bidang Masakan KEMAS yang telah menyertai pertandingan World Chefs Championship 2026 yang berlangsung di Johor Bahru dari 21-23 Mei 2026.
Kejayaan membawa pulang 48 pingat dalam kejohanan bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara ini merupakan satu pencapaian luar biasa yang wajar dibanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Penghargaan juga saya ucapkan kepada semua peserta, tenaga pengajar, jurulatih serta seluruh warga KEMAS yang telah bekerja keras dan membawa nama negara dengan penuh semangat serta dedikasi.
Apa yang lebih membanggakan, kejayaan ini turut mengetengahkan identiti kulinari tempatan ke peringkat dunia menerusi kreativiti dan kemahiran yang dimiliki warga KEMAS. Dari masakan tradisional hinggalah kepada seni kulinari moden, semuanya berjaya dipersembahkan dengan cukup cemerlang sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Kejayaan ini membuktikan bahawa institusi latihan kemahiran di bawah KKDW terus relevan dalam melahirkan bakat berkemahiran tinggi yang mampu bersaing di pentas global.
Saya percaya dengan pencapaian ini akan menjadikan kualiti Pemaju Masyarakat bidang Masakan KEMAS lebih dipandang tinggi dan menarik lebih ramai anak muda melihat bidang kemahiran sebagai laluan masa depan yang mampu pergi lebih jauh.
Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Semoga seluruh warga KEMAS terus diberikan kekuatan dan kecemerlangan dalam melahirkan lebih ramai bakat hebat negara. Insya-Allah.
#KEMAS #KKDW
#PejuangDesa
#TVET #TVETMalaysia
📱FB: https://www.facebook.com/share/1DzhfWWa4n/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DYts6nOyi8D/?igsh=MWhsNXRveXkyZmEzZg==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2058459836917174451?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYttEeGj1Ia?xmt=AQG0VXNtKkHC6HE_DnUp06vvAfS3OFUnajZXd-Mv-7-AO5hB48VlcbPI7t_UanrezI9_r1g&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐢𝐚𝐥𝐚 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐚𝐤𝐫𝐚𝐰 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐑𝐞𝐠𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧
Aksi penuh mendebarkan.
Alhamdulillah, kemenangan akhirnya menjadi milik Malaysia. Tahniah saya ucapkan kepada skuad sepak takraw negara yang berjaya muncul juara dunia acara regu berpasukan selepas menewaskan musuh tradisi, Thailand dalam aksi final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 malam tadi.
Lebih membanggakan, semangat luar biasa lebih 3,000 penyokong di Stadium Titiwangsa turut menjadi pembakar semangat buat pasukan negara sepanjang perlawanan berlangsung.
Saya tahu ia bukan kemenangan yang mudah.. Well done, boys!
Terima kasih kepada semua termasuk pasukan di belakang tabir yang bersama-sama mencipta kejayaan bermakna ini.
#PialaDuniaSepakTakraw2026
#Juara #MalaysiaBoleh
#KitaSemuaTeamMAS
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1DfACRKQgX/?mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DYtSw3OyhbC/?igsh=MWU0OGplNmV5emt1aw==
📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2058402807598977218?s=46
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYtTDLsj2NB?xmt=AQG0vEf3zbLXc9su07sJOXViEddSqLdFHkUkn0ap3ER5feRxyE7iqkVbs-7-nWdBQ7ZPPZcN&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚𝐢 𝟔 𝐇𝐚𝐛 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang 3 hari sambutan ini berlangsung di Dataran Putrajaya nanti.
Antara tarikan utama yang boleh diterokai:
✅ Hab Penglibatan Institusi TVET & Industri
✅ Hab Seminar TVET
✅ Hab Karnival Kerjaya TVET
✅ Hab Usahawan TVET
✅ Hab Cabaran TVET
✅ Hab Hiburan Berinformasi TVET
Daripada teknologi dan inovasi, peluang kerjaya, seminar industri hinggalah aktiviti santai bersama keluarga.. semuanya ada di sini!
📍 Dataran Putrajaya
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
Jom datang beramai-ramai kita meriahkan sambutan Hari TVET Negara 2026!
#HTN2026 #HariTVETNegara2026
#JomPilihTVET #TVETUntukSemua
#TVETPilihanUtamaKerjaya
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1KyWEz17He/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DYoF_dcEViS/?igsh=dHdqeWE1bTNscXd0
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2058035518642995386?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYqr-L7ASYG?xmt=AQG0cUhVf2pgjR5TLk_H4ZG5ybOsqKhZrbHOvmr4Ml6VnzvA0jfQY9qQoVVaVdRkPjWel4Js&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝟐 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐋𝐚𝐠𝐢!
Insya-Allah, tahun ini kita akan berkumpul di Dataran Putrajaya bagi meraikan bakat kemahiran dan masa depan generasi muda negara.
Pelbagai aktiviti menarik, pameran teknologi, pertandingan kemahiran, showcase industri serta peluang kerjaya menanti anda semua sepanjang sambutan ini berlangsung.
Sambutan Hari TVET Negara 2026
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
📍 Dataran Putrajaya
Simpan tarikh ini dan ajak keluarga serta rakan-rakan untuk bersama memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026.
Jumpa anda di sana!
#HTN2026 #HariTVETNegara2026
#JomPilihTVET #TVETUntukSemua
#TVETPilihanUtamaKerjaya
📱 TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSxUwMVWM/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1BG3ist7iy/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DYoiK2tyKCx/?igsh=MTZwdzI0NTdvaXN6Ng==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2057733341387129208?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYoiUmFD1VV?xmt=AQG0YAVMAZZ9XHGwHkztncKlolunE97dpeia0D0OfgvV0YIwSPEVtr5txsndqgwrQCdC8-yy&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡 𝐖𝐮𝐤𝐮𝐟 𝐝𝐢 𝐀𝐫𝐚𝐟𝐚𝐡
Sempena ibadah wukuf di A’rafah, marilah kita bersama-sama menghayati bahawa di hadapan Allah SWT, semua manusia dihimpunkan tanpa mengira pangkat, harta dan kedudukan duniawi.
Perbanyakkanlah doa, zikir, istighfar dan taubat kepada Allah SWT, khususnya pada hari yang penuh kemuliaan ini.
Semoga kita semua dikurniakan keampunan, ketenangan jiwa dan rahmat daripada-Nya.
#RisalahJumaat
#Arafah
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSxUf2pYJ/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DYoHScuSA53/?igsh=NTY3bmtzNjA4c2Ix
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1aszrPUgsv/?mibextid=wwXIfr
📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2057673872271638813?s=46
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYoHqibD8fd?xmt=AQG0hHsu3FJ1jDcv3lyFcVh5qZLKWjxz58Rt46yS8ViRaykJzxLI9SP7y4qfua593id5ly8&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐜𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐥 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐚𝐤𝐫𝐚𝐰
Semasa di Bagan Datuk tempoh hari, saya berkesempatan melancarkan Program Pembangunan Sepak Takraw Negara (NSTDP) Daerah Bagan Datuk.
Alhamdulillah, ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik dalam mencungkil bakat serta potensi anak-anak muda dalam sukan sepak takraw.
Insya-Allah, saya berharap suatu hari nanti Bagan Datuk mampu melahirkan jaguh sepak takraw bertaraf antarabangsa.
#NSTDP
#BaganDatuk
#SepakTakraw
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSxSpBCNy/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DYliVGyyZWg/?igsh=MXV2cHlzN2p0OXU3bg==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/r/18gLXXQ79a/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐤𝐞-𝟓𝟗
Dalam dunia yang bergerak pantas hari ini, rakyat memerlukan sumber maklumat yang sahih, tepat dan boleh dipercayai. Di saat pelbagai maklumat tersebar tanpa sempadan, kewujudan institusi media yang berwibawa amat penting dalam memastikan rakyat terus mendapat berita yang benar serta berfakta.
Selama 59 tahun, BERNAMA telah memegang amanah besar ini sebagai agensi berita nasional yang menjadi rujukan utama negara. Daripada laporan semasa, dasar kerajaan, ekonomi, sukan hinggalah isu antarabangsa, BERNAMA terus memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan penuh tanggungjawab dan profesionalisme.
Selamat Ulang Tahun Ke-59 saya ucapkan kepada seluruh warga BERNAMA.
Terima kasih atas dedikasi dan pengorbanan anda semua dalam memastikan dunia kewartawanan negara terus teguh berdiri sebagai jambatan maklumat kepada rakyat dan negara.
Saya mendoakan semoga BERNAMA terus maju dan kekal menjadi institusi media yang diyakini rakyat serta disegani di peringkat nasional dan antarabangsa. Insya-Allah.
#BERNAMA59
#BERNAMA
📱FB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0oJheBXn1ofWNENSKKECn3SQ39LndZr5CZYARHEb68y9tvwUEvsNNEdMQrDVAmhqpl&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DYjEkqrSdl7/?igsh=MThndmh6cjRlOHQ4eA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2056963622627324354?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYjEqQtj8KN?xmt=AQG0YEZx-WRDzl0L9exWpwxMv9Y4heCmILz88-Yx8Zh6qZS5umnrPwttfTIP4D4j6RDgb4wo&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Salam takziah saya ucapkan kepada Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), saudara Arul Rajoo Durar Raj serta seluruh ahli keluarga atas pemergian ibunda tercinta, mendiang Kaliamah Karuppaya yang telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam.
Sesungguhnya, kehilangan seorang ibu adalah satu kehilangan yang amat besar dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Semoga seluruh keluarga saudara Arul Rajoo diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.
📱FB: https://www.facebook.com/share/18cm1rLZJH/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
متاح الآن! بحث تيليغرام 2025 — أهم رؤى العام 
