ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك

Nota SSPA Keknie

Nota SSPA Keknie

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Nota SSPA Keknie

تُعد قناة Nota SSPA Keknie (@notasspakeknie) لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 31 501 مشتركاً، محتلاً المرتبة في فئة اخرى.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 31 501 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 07 نوفمبر, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار 4 981، وفي آخر 24 ساعة بمقدار 11، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 43.73‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 17.34‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 13 773 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 5 460 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 38.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
“Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.”

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 08 نوفمبر, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة اخرى.

31 501
المشتركون
+1124 ساعات
+1907 أيام
+4 98130 أيام
أرشيف المشاركات
photo content

𝗢𝗽𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿. Korang tau tak, antara isu berkaitan persaraan adalah Opsyen Persaraan Wajib yang tidak teratur. Ada orang nak pencen, tak jadi pencen, kena sambung kerja sebab salah opsyen. Ada orang ingat dia pencen lambat lagi, rupanya dah kerja free jer setahun astagaa Tau tak kenapa boleh berlaku? Sebab kesilapan opsyen persaraan yg dibuat. Macamana boleh silap? Rujuk aliran di bawah. Sepatutnya pada masa Opsyen 2001 boleh pilih samada kekal 55 tahun atau pilih 56 tahun. Bila Opsyen 2008, sepatutnya kalau dah pilih 55tahun, TAK BOLEH pilih 56 tahun. Hanya boleh pilih samada 55 atau 58. Yang dah pilih 56 tahun masa tahun 2001, hanya boleh pilih 56 atau 58 tahun. Tak boleh patah balik 55 tahun. Masa Opsyen 2011 ni la paling banyak isu. Asasnya, kita boleh pilih samada kekal dengan opsyen sebelum ni, ATAU pilih umur 60 tahun. Tapi ada pulak yg salah faham. Sebelum ni opsyen 56, sepatutnya hanya boleh pilih antara 56/60 sahaja. Tiba-tiba ada yg pilih 58 tahun. Dah satu hal pulak jadi opsyen tak teratur. Kalau detect awal boleh mohon khidmat nasihat drpd JPA Pencen mcmana nak uruskan opsyen tak teratur ni. Tapi kalau dah masa pencen baru tau, panjang la jadi ceritanya. Mungkin ada yg kena sambung kerja sampai 60 tahun, mungkin ada yg sepatutnya dah pencen 2 tahun lepas tapi masih kerja. Dah satu hal ek. Semak ye Opsyen masing-masing. Ini bukan tanggungjawab Pembantu Tadbir yang buat pencen/urus buku perkhidmatan saja. Ini tanggungjawab kita sendiri dalam memastikan Opsyen tu tepat seperti yang sepatutnya. Yang lantikan pada dan selepas 1.1.2012 jangan panik ye, buku korang mmg takde catatan umur persaraan sbb dah takde pilihan opsyen, bersara paksa ditetapkan pada umur 60 tahun. hehe. (tapi masih boleh mohon bersara pilihan dont worry haha)

photo content

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐣𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐦 Benda basic ni, SEMUA kena ambik tau. Tak patut la ek ka
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐣𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐦 Benda basic ni, SEMUA kena ambik tau. Tak patut la ek kalau dah kerja berbelas tahun, dah nak naik pangkat, masih tak faham macamana cara TPG ditetapkan. Asasnya sama, walaupun dalam Jadual Kedua tu guna tarikh pelantikan, kalau naik pangkat pun kita guna kaedah penentuan yg sama, guna tarikh naik pangkat. Contoh, naik pangkat 20.3.2026. TPG akan jadi Januari, mulai 2027 dan seterusnya, sehingga ada kenaikan pangkat lain atau dilantik ke jawatan lain atau perubahan skim perkhidmatan. Contoh, lantikan 1.5.2025 TPG akan jadi 1 April mulai 2026 dan seterusnya. Kalau naik pangkat 23.10.2032, maka TPG pun berubah ke bulan Oktober. Keknie Sha

𝗖𝗧𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗥𝗨𝗛 𝗠𝗔𝗦𝗔 (𝗣𝗝𝗝) MyPPSM Ceraian SR5.2.5 Kita buat siaran ulangan, infografik sblm n
𝗖𝗧𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗥𝗨𝗛 𝗠𝗔𝗦𝗔 (𝗣𝗝𝗝) MyPPSM Ceraian SR5.2.5 Kita buat siaran ulangan, infografik sblm ni takde tulis jenis kursus yg boleh guna CTR PJJ ni. Kuliah, tutorial, seminar, bengkel, kolokium dan Latihan Amali/Latihan Industri - guna CTR PJJ ni Peperiksaan PJJ - guna CTR Kelompok Peperiksaan SR5.7.1 Ada yg tanya kalau perlu latihan amali 3 bulan mcmana? Guna CTR PJJ ni 30 hari, tambah Cuti Rehat yg layak dan selebihnya kalau tak cukup guna CTG.

surat pekeliling Pelepasan Petugas SPR

𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻𝗿𝗮𝘆𝗮 Nak kena guna Cuti apa? Ada CTR khas untuk petugas ke? atau kena guna Cuti Rehat? atau dapatkan pelepasan Ketua Jabatan sahaja? Tak perlu cuti. Dapatkan Pelepasan KJ kerana tugasan Pilihanraya dianggap sebagai tugas rasmi sahaja. Punca kuasa : https://www.jpm.gov.my/.../surat.../Bil_6_Tahun_1990.pdf dibaca bersama Perkara 115(2) Perlembagaan Persekutuan. Keknie Sha

photo content

100 Infografik drpd FB Keknie Sha Saya ada compilekan 100 infografik drpd FB ni dlm bentuk pdf dan anyflip. Dkt anyflip tu boleh download dlm bentuk PDF tapi mgkin kualiti gambar tak brapa sharp sbb compressed file. Boleh jadikan rujukan ringkas dan cepat, untuk ulangkaji atau sekadar bahan bacaan bila free utk tambah knowledge hehe kita kan mudah lupa, so kena selalu ulang baca. Please share with kawan2 penjawat awam yg lain ye. Semoga bermanfaat insyaAllah. Keknie Sha

100 Infografik KeknieSha.pdf124.68 MB

𝐂𝐮𝐭𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐑𝐞𝐤𝐨𝐝 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 Ni CTR yg selalu orang tanya, kalau jadi wakil sukan boleh guna CTR apa? Ada dua jenis CTR yang boleh digunakan bagi penyertaan program sukan : 𝟭. 𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗥𝗘𝗞𝗢𝗗 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡/𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 - 𝗖𝗲𝗿𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗥𝟱.𝟱.𝟭 𝟮. 𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗥𝗘𝗞𝗢𝗗 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡/𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 - 𝗖𝗲𝗿𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗥𝟱.𝟱.𝟯 Senarai detail kelab persatuan tu boleh rujuk pekeliling ye. Apa-apa pun tetap tertakluk pada Kelulusan Ketua Jabatan dan tidak mengganggu perkhidmatan.

photo content
+1

Cuti menjaga anak di kuarantin. Kita ulangkaji ye. Contoh anak kena chicken pox. Dah guna CMAKP 5 hari. Anak yang sama belum baik - tak boleh sambung lagi CMAKP kali kedua. Kena guna Cuti Rehat. guna CTR kelompok menjaga anak sakit pun TAK BOLEH ye. Anak yang sama, dah baik drpd chicken pox 2 minggu, kena lagi chicken pox bulan berikutnya - boleh guna CMAKP lagi utk anak yg sama, walaupun sakit yg sama sebab ada tempoh yang sembuh. Anak yang sama, lepas baik chicken pox kena HFMD pulak. - boleh guna CMAKP sebab penyakit berlainan. Anak yang lain, jangkit dengan anak pertama, kena chicken pox bersambung lepas kakak nya baik - boleh guna CMAKP lagi sbb anak yg lain, walaupun sakit yg sama. Anak yang lain, kena jangkitan yg sama masa kakaknya tengah kuarantin - CMAKP kakak dipendekkan sehari seblum mula CMAKP adik kalau overlap. yg penting CMAKP yg terakhir mesti berakhir pada hari kelima. *Ingat rules penting ni : - anak yg sama, sakit yg sama belum sembuh - TAK BOLEH sambung CMAKP kali kedua., walaupun ada perakuan doktor. - selepas habis CMAKP, anak belum sembuh - TAK BOLEH guna CTR Kelompok Menjaga keluarga sakit. Kena guna CR/CRK. HR kena make sure ni jangan salah bagi nasihat ye dkt pegawai. Nanti pegawai yang kena tanggung akibatnya. Pegawai sendiri pun kena alert ye, perakuan doktor untuk sambung CMAKP bukan satu tiket yg boleh membenarkan pengecualian drpd pekeliling semasa. Sama sama ambil tahu. Keknie Sha

photo content

𝗞𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗝𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚 1. Peg
𝗞𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗝𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚 1. Pegawai tetap dan kontrak cos dan LKI 2. Pregnant 22 minggu (5 bulan) 3. Dipanjangkan kepada suami yang juga pegawai perkhidmatan awam kalau bekerja di lokasi yang berdekatan yang pulang bersama isterinya. 4. Tarikh kelayakan adalah drpd pregnant minggu ke 22 hingga tarikh EDD dkt buku pink ATAU tarikh bersalin, mana yang terdahulu. 5. Kalau guna kebenaran keluar 4 jam, dah tak layak balik awal pada hari tersebut. 6. Kalau banyak kerja tertangguh, KJ boleh arahkan utk stayback siapkan. Tak boleh OT ye kalau tertangguh kerja sbb balik awal. 7. Kalau wife kerja swasta, suami kerja kerajaan tak boleh balik awal sejam sbb kemudahan ni asalnya utk pegawai awam wanita yg pregnant dan dipanjangkan kepada suami. 8. Kalau wife kerja kerajaan, suami kerja swasta, juga tidak terpakai pekeliling ni utk suami balik awal sejam.

photo content

photo content

photo content

photo content

𝗘𝘅 𝗚𝗿𝗮𝘁𝗶𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗶𝘁𝗮𝗻. 1. Bayaran sekaligus khas untuk ibu/bapa kepada pegawai awam yg meninggal dunia dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau anak. 2. Waris utama yg layak adalah ibu. Kalau ibu dah meninggal dunia, barulah bapa layak. Kalau ibu dan bapa dah meninggal dunia, tiada siapa layak menerima ex gratia ini. 3. Byrn ini sebagai tambahan kepada Ganjaran Terbitan. 4. Tidak mengambil kira punca kematian. Semua jenis kematian layak asalkan pegawai tiada balu/duda/anak. 5. Formula bayaran seperti di dlm gambar. Kena kira tempoh perkhidmatan sebenar, dan tempoh perkhidmatan isyarat. TPS tu bermaksud tempoh perkhidmatan sebenar dari tarikh dilantik sampai meninggal dunia. TPI tu bermaksud tempoh perkhidmatan isyarat dari tarikh dilantik sampai tarikh pilihan opsyen persaraan. Ex Gratia Terbitan = Ganjaran Terbitan secara Isyarat - Ganjaran Terbitan secara sebenar Keknie Sha