cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

CHANNEL : ADMIN 1-MALAYSIA ® BANTERAS Penipu Online MALAYSIA ( Official )

Reklama postlari
1 437
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-37 kunlar
-1430 kunlar
Postlar arxiv
Ciri-ciri scammer buat kutu. malahan, kutu online ni menyalahi undang-undang negara. https://www.instagram.com/ladyboss_empire__/ sama-sama report ig nih k bagi tutup Sape join tu, dia nak bagi duit extra.
Hammasini ko'rsatish...
Januari 2018, ramai yang nak buat integrated marketing. Ramai juga yang buat seminar integrated marketing Saya ada client yang dah pergi kelas intagrated marketing mahal punya [+] Belajar setup getresponse [+] Belajar setup manychat [+] Belajar buat web Kemudian integrate semuanya.. Okay, the rest is history. -- MASALAH Bila join kelas mahal, diorang nak something yang boleh ubah bisnes menjadi lebih baik. Tapi client saya just say " I learn everything in that class,which is good. But i did not know how & when to use it in my business" Saya pula terangkan kepada dia apa sebenarnya integrated marketing, entah dia faham atau tidak. -- SARANAN Tak condemn. Cuma nak minta sangat-sangat penganjur kelas integrated marketing buat modul yang betul dengan pacing yang sesuai. Tak laju, tak slow. Asal orang boleh faham. Dan paling penting ialah modul tu biar cover basic dulu. Without basic, they are nothing Bila nak mengajar, mengajar biar anak murid jadi lebih terer dari kita. Keluarkan semua jurus, jangan simpan2. Bila simpan, ajar sekerat-sekerat, anak murid tak faham dan jadi masalah. Hopefully, lebih ramai yang boleh buat integrated marketing. Saya sendiri pun masih bereksperimentasi untuk dapatkan marketing strategy paling mudah untuk implement dalam apa jua bisnes. Goodluck guys, Iffat Salleh Nobody...yet. Ps: Integrated marketing dah wujud lama. Cuma istilahnya baru nak dipopularkan. . Kena faham tu. Ni bukan taktikal baru, ianya taktikal lama tetapi dipopularkan melalui istilahnya. =============== Di sini, pihak Usaha Mall nak suggest anda satu kelas intergrated marketing yang baik dan berbaloi-baloi. Bayar sekali. Boleh repeat unlimited sepanjang tahun. Join kelas sampai pandai. Ada group support semua. http://cpklik.com/USAHAMy .
Hammasini ko'rsatish...
Produk yang membantu peniaga online dalam aktiviti marketing. Kegunaan virtual number + Guna banyak wasap akaun. + Guna GB wasap + Dapat nombor tanpa beli sim. Boleh baca keterangan di sini. https://ordersini.com/view/BEGRdm8EQDbl?ref=8823&landing=yes .
Hammasini ko'rsatish...
Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini kami ada buat soft opening untuk direktori niaga online. Beli cara selamat. Silakan share link channel ini. https://t.me/UsahaMall
Hammasini ko'rsatish...
Penipu pelaburan 'durian Musang King' dicekup Wan Faizal Ismayatim GAMBAR hiasan [email protected] POLIS menahan seorang lelaki disyaki dalang penipuan pelaburan ‘durian Musang King’ membabitkan kerugian hampir RM850,000. Lelaki tempatan berusia 25 tahun berasal dari Kota Belud itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di Telipok Square di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek ditahan susulan laporan polis daripada seorang mangsa yang membuat bayaran sebanyak RM12,000 dalam pelaburan itu melalui sebuah syarikat. Katanya, syarikat itu menawarkan pelaburan ‘Durian Musang King’ melalui iklan di WhatsApp yang menjanjikan pulangan sehari sebanyak RM720 selama 78 hari. “Mangsa tertarik dengan ganjaran dijanjikan lalu membayar RM12,000 pada 11 November lalu ke dalam akaun bank milik sebuah syarikat, namun mangsa hanya dapat pulangan RM3,600 dan selepas itu tiada bayaran diterima. “Mangsa diberitahu oleh wakil syarikat melalui aplikasi Telegram bahawa sistem syarikat dalam proses naik taraf dan tidak dapat membuat bayaran kepada pelabur. “Bagaimanapun, mangsa berasa pihak syarikat berkenaan telah menipu dan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini. Habibi berkata, dengan penahanan suspek, pihaknya dapat menyelesaikan 52 laporan polis yang diterima oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan anggaran kerugian RM848,719 setakat hari ini,” katanya. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan individu atau sindiket yang menawarkan perniagaan pelaburan dengan janji pulangan lumayan. Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 November 2018 @ 10:14 PM 2018 © Harian Metro. New Straits Times Press (M) Bhd.
Hammasini ko'rsatish...
PENGUMUMAN KHAS 1. BPO adalah unit di dalam Pertubuhan Usahawan Atas Talian 1 Malaysia atau ringkasnya, USAHA dengan tujuan untuk mencapai salah satu matlamat penubuhan pertubuhan iaitu "menjadi satu platform pengaduan bagi menangani masalah ahli" dengan cara sah di sisi undang-undang. 2. USAHA ialah pertubuhan berdaftar dengan ROS di mana pendaftaran diluluskan pada 22 Mac 2017. No pendaftaran ialah PPM-006-11-22032017. 3. TIADA sebarang caj dikenakan terhadap bantuan kes penipuan. Bagaimanapun, pengadu mestilah mendaftar sebagai ahli USAHA terlebih dahulu. 4. Untuk berdaftar dengan USAHA, maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon, alamat dan sebagainya diperlukan sepertimana keperluan lazim menjadi ahli mana-mana persatuan atau pertubuhan di Malaysia bahkan mana-mana tempat di dunia. 5. Jika ada mana-mana individu mendakwa sebagai admin BPO dan meminta bayaran untuk bantuan, laporkan kepada @ridzuanxyz atau @CikguFalihinCintaRindu dengan kadar segera. Sertai group BPO di sini: http://bpo.usaha.my/telegramgroup
Hammasini ko'rsatish...
10 rakyat M'sia anggota sindiket 'Macau scam' ditahan di Danok http://www.astroawani.com/berita-malaysia/10-rakyat-msia-anggota-sindiket-macau-scam-ditahan-di-danok-190001 Sepuluh warga Malaysia dan lima tempatan itu ditahan dalam serbuan pihak berkuasa terhadap lima lokasi di pekan Danok pada Rabu lepas.
Hammasini ko'rsatish...
Bukit Aman 39,743 keldai akaun Oleh Mohd Azam Shah Yaacob . KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman akan memulakan operasi besar-besaran bagi memburu 39,743 keldai akaun yang membenarkan akaun bank mereka digunakan pihak tertentu bagi tujuan penipuan. . Pengarahnya, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, jumlah akaun itu diperoleh menerusi siasatan yang dijalankan sejak 2015 dan membabitkan penipuan wang lebih RM800 juta. . Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 4,729 akaun terbabit dalam penipuan kerana menawarkan pinjaman tidak wujud, Macau Scam dan African Scam. . “Ramai pemegang akaun itu adalah wanita dan JSJK akan menjalankan operasi besar-besaran dalam masa terdekat bagi menahan mereka,” katanya. . Tambah Amar Singh, ada antara akaun itu dikenal pasti digunakan lebih 10 kali dalam kes penipuan. . Katanya, jumlah keldai akaun seumpama itu juga semakin bertambah setiap tahun. . “Pada 2015, jumlah akaun terbabit sindiket penipuan adalah sebanyak 5,411 akaun dan meningkat kepada 11,265 akaun sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini,” katanya. . Menurut Amar Singh, pemilik akaun atau keldai akaun itu boleh disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman lima tahun penjara. . “Nasihat saya kepada orang ramai ialah jangan berikan akaun perbankan mereka untuk diguna pihak tertentu kerana boleh dianggap bersubahat,” katanya. . SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/489098/bukit-aman-39743-keldai-akaun
Hammasini ko'rsatish...
SKIM KUTU TRADISIONAL [+] Jiran sebelah rumah [+] Kawan sepejabat [+] Kawan sekolah Seeloknya dibuat satu perjanjian ringkas dan semua tandatangan. AMARAN Skim Kutu Online adalah dilarang sama sekali. . http://www.astroawani.com/berita-malaysia/skim-wang-kutu-tradisional-tidak-termasuk-dalam-akta-ssm-186066
Hammasini ko'rsatish...
PERTUBUHAN USAHAWAN ATAS TALIAN 1 MALAYSIA TUJUAN/MATLAMAT Tujuan Pertubuhan adalah seperti berikut: (1) MENYATUKAN SERTA MENGUKUHKAN IKATAN MUHIBBAH, SEMANGAT KERJASAMA DAN TOLONG MENOLONG SUPAYA DAPAT MENINGKATKAN PELUANG PERNIAGAAN DI KALANGAN AHLI (2) MEMBERI BIMBINGAN SERTA KURSUS KEPADA PENIAGA DAN PENJAJA UNTUK MENJANA EKONOMI MEREKA DI MASA HADAPAN (3) MENJADI SATU PLATFORM PENGADUAN BAGI MENANGANI MASALAH AHLI (4) MELAHIRKAN PENIAGA ATAU USAHAWAN YANG BERKUALITI, BERJAYA DAN BERDAYA SAING (5) MENJAGA KEBAJIKAN AM AHLI-AHLI (6) MEWUJUDKAN KERJASAMA DENGAN MANA-MANA PERTUBUHAN YANG SEUMPAMANYA .
Hammasini ko'rsatish...
SATU LAGI KES BERJAYA DI SELESAIKAN CHANNEL INFORMASI https://telegram.me/BanterasPenipuOnline
Hammasini ko'rsatish...
LAPOR POLIS WALAUPUN RM50 KENA TIPU FARAH SHAZWANI ALI 23 APRIL 2017 KUALA TERENGGANU - Mangsa penipuan siber seperti jual beli online dan scam diminta untuk membuat laporan, agar dapat membantu pihak polis mengesan kalangan mereka yang kerap melakukan penipuan secara online. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, penipuan jual beli secara online merupakan statistik yang terbesar yang dicatat dalam kes jenayah komersial, melibatkan kerugian puluhan juta ringgit setiap tahun. Malah katanya, polis menerima lebih 100 aduan setiap minggu berkaitan kes berkenaan, dan percaya masih ramai lagi mangsa yang terlibat. “Saya percaya, masih ramai yang tidak laporkan kerana melibatkan amaun yang kecil, ada juga yang rasa leceh kerana kena bagi kenyataan dan sebagainya. Tetapi ingin kita tegaskan, walaupun amaun yang kecil, lapor kepada pihak berkuasa supaya mudah untuk polis mengenal pasti mereka yang sentiasa mengambil kesempatan di atas ledakan Internet ini. “Walaupun jumlahnya sekadar RM50, RM60, kita galakkan mangsa lapor. Kita tahu mangsa tak akan dapat balik duit mereka, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu pihak PDRM untuk kesan dan ambil tindakan terhadap pesalah. Kalau tak lapor, kita tak tahu aktiviti mereka dan ia akan terus menggalakkan mereka untuk menjalankan aktiviti berkenaan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Serah Terima Tugas Ketua Polis Terengganu yang baharu, Datuk Rosli Ab Rahman kepada Datuk Aidi Ismail di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, kebanyakan penipuan siber menggunakan platform seperti mudah.my, lelong.my, aplikasi WhatsApp dan laman web mereka sendiri, dalam menjalankan modus operandi mereka. Oleh sebab itu katanya, penting bagi pengguna untuk mengenali dengan siapa mereka berurusan dan jangan mudah terpengaruh dengan gimik jualan murah yang dilakukan. “Sekarang ini juga popular dengan kes penyamaran sebagai pegawai bank. Ingin saya tegaskan, tidak ada mana-mana bank yang minta berurusan sama ada menukar butiran atau maklumat melalui telefon atau e-mel. Kalau perlu, pihak bank akan minta untuk datang ke cawangan masing-masing. “Begitu juga urusan dengan jabatan kerajaan seperti kastam dan LHDN, semuanya dilakukan di kaunter, tidak melalui saluran lain. Ini masyarakat perlu waspada,” katanya. SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/lapor-polis-walaupun-rm50-kena-tipu-1.664313
Hammasini ko'rsatish...
Muat Turun Aplikasi VSP sekarang melalui pautan dibawah Apple IOS https://itunes.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031?mt=8 Android https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2 KESIMPULAN Masyarakat diseru untuk bersama-sama memanfaatkan aplikasi VSP ini sepenuhnya bagi membantu pihak polis memerangi dan mencegah jenayah. Keamanan dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab bersama. Masyarakat Dan Polis Mencegah Jenayah!
Hammasini ko'rsatish...
Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Bersama Membanteras Jenayah melalui Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Volunteer Smartphone Patrol atau lebih dikenali sebagai VSP merupakan satu inisiatif baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis. Jika dahulu masyarakat boleh melaporkan jenayah melalui talian hotline PDRM dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi melalui VSP, masyarakat kini boleh menyalurkan aduan/maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian. VSP ini juga adalah satu daripada program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan PDRM telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai agensi pelaksana program ini manakala Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pula dilantik sebagai 'Initiative Owner'. FAEDAH-FAEDAH MENGGUNAKAN VSP Dapat memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah dan membanteras jenayah. Dapat mengeratkan hubungan mesra di antara polis dan masyarakat. Sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat kepada pihak polis. Dapat menanamkan sifat bertanggungjawab untuk bersama mencegah jenayah di kalangan masyarakat.
Hammasini ko'rsatish...
(a) Secara frod (fraudulently) atau tidak amanah (dishonestly) mendorong orang yang terpedaya itu untuk menghantar sebarang harta kepada mana-mana orang atau memberi kerelaan kepada orang tersebut menyimpan harta itu; atau (b) Dengan secara berniat mendorong (intentionally induces) orang yang telah terpedaya itu untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang dia sepatutnya melakukan atau tidak melakukan jika dia tidak diperdayakan sedemikian dan perbuatan atau ketinggalan itu telah menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang pada tubuh, minda, reputasi atau harta. Jelasnya, penipuan berlaku apabila orang yang membuat representasi atau kenyataan mengenai sesuatu fakta itu sendiri tidak mempercayai apa yang dia katakan itu sebagai benar. Elemen ini dikenali sebagai deception iaitu membuat kenyataan salah sehingga memperdayakan orang yang menerima kenyataan itu sedangkan orang yang membuat kenyataan itu sendiri tidak percaya bahawa ia adalah benar. Jika tiada harta yang terserah kepada pihak yang satu lagi hukuman boleh dikenakan di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum PENJARA LIMA TAHUN atau denda atau kedua-dua sekali. Kesalahan penipuan ini juga boleh dipertanggungkan ke atas orang yang menjadi dalang atau punca penipuan. Dalam konteks ini, sindiket penipuan akan menggunakan pihak ketiga atau ejen untuk melaksanakan rencana mereka. " Beli perfumes melalui pihak yang dipercayai sahaja. Oh! Perfumenista kan ada?" Walaupun orang tengah itu yang memainkan peranan aktif berkata-kata dan berusaha mendorong mangsa untuk ditipu tetapi kesalahan penipuan ini masih boleh dipertanggungkan ke atas orang memberikan kebenaran kepada ejennya itu untuk melakukan penipuan bagi pihak dirinya. Dalam Seksyen 416 Kanun Keseksaan sesiapa yang menipu secara menyamar sebagai orang lain selain daripada dirinya sendiri adalah melakukan kesalahan menipu secara menyamar. Hukuman yang boleh dikenakan adalah lebih berat daripada penipuan secara biasa tadi. Di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan hukuman bagi jenis penipuan secara menyamar ini adalah PENJARA tidak melebihi daripada TUJUH TAHUN atau denda atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun, jika penipuan yang dilakukan itu mengakibat sebarang harta atau barangan telah terserah kepada satu pihak lain atau telah berlaku kerosakan terhadap sesuatu harta maka hukuman yang lebih berat boleh dikenakan terhadap pesalah. Hukuman boleh dikenakan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu PENJARA tidak kurang dari SATU TAHUN dan tidak lebih daripada 10 TAHUN dan hendaklah dikenakan SEBATAN dan juga denda. Saya mengharapkan kita sebagai pengguna mestilah senantiasa berhati-hati dalam menjalankan urus niaga secara online atau mungkin offline. Jangan terlalu gopoh dalam membuat keputusan. Selidiki terlebih dahulu akan kesahihan sesuatu perkara. Jangan rambang mata dan menyesal kemudiannya. Diharap maklumat ini dapat membantu pengguna-pengguna yang telah tertipu untuk menuntut keadilan dengan sebaiknya.
Hammasini ko'rsatish...
Setiap hari ramai yang tertipu di dalam maya samada mereka melakukan pembelian barangan mahupun menggunakan perkhidmatan melalui atas talian. Rata-rata kes penipuan ini, menggunakan modus operandi yang hampir kurang sama dan banyak helahnya. Timbul persoalan daripada pengguna apabila mereka menjadi mangsa penipuan, adakah aduan mereka kepada pihak berkuasa akan dilayan atau laporan cukup sekadar laporan sahaja tetapi tidak ada sebarang tindakan di ambil? Ada juga yang ambil sikap acuh tak acuh bila terasa diri tertipu mungkin kerana kos yang dikeluarkan tidaklah besar tetapi dia luar, jika tertipu RM10 sekalipum itu baru seorang. Bayangkan nasib 1 juta pengguna lain yang turut ditipu RM10, hidup mewah si penipu sampai ke tua. Berikut dikongsikan cara-cara membuat laporan Polis berkenaan penipuan online. Ianya boleh dijadikan panduan anda bila berdepan dengan situasi penipuan di internet. Biarpun anda seorang pembeli yang bijak, anda tidak pernah terlepas dari risiko tertipu pada bila-bila masa sahaja di luar kawalan anda. Memandangkan timbul pelbagai persoalan didalam kes-kes penipuan online yang mana kita merasakan yang tiada tindakkan diambil oleh pihak Polis walaupun kita telah membuat report diatas kejadian penipuan yang menimpa kita apabila berurus niaga jual beli gajet/barangan secara online, saya telah cuba mendapatkan pandangan Saudara Kamal Affandi Hisham yang merupakan Penganalisis Jenayah yang dikenali di Malaysia bagi mendapatkan pandangan beliau terhadap apa yang sering dan sedang terjadi dikalangan pengguna yang menggunakan medium facebook/mudah/lelong untuk membeli atau menjual secara online Setelah berbual dengan saudara Kamal Affandi Hashim, nampaknya ada perkara2 yang tidak kita ketahui dalam membuat polis report yang menyebabkan sesetengah report kita tidak dapat diambil tindakkan. Dalam membuat report berkenaan "tertipu" dgn jual beli online, perkataan tipu tidak boleh digunakan kerana sebenarnya tiada elemen jenayah disitu. Mangsa tidak dipaksa, diugut atau diancam keselamatan untuk melakukan transaksi pembayaran kepada pemangsa. Ayat dalam report nak kena betul contohnya penggunaan perkataan "MEMPERDAYA" dan "MENDORONG". Contoh ayat: "saya tertarik dengan iklan penjualan blablabla dan seterusnya menghubungi si polan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan barangan yang dijualnya. Saya merasakan si polan telah memperdaya saya dan mendorong saya melakukan transaksi pembayaran sebanyak blablabla. Setelah saya membuat pembayaran tersebut melalui blablabla, si polan telah bertindak menyekat saya dari menghubunginya baik menerusi laman facebook dan panggilan/sms pun tidak dijawap, blablablabla". Selepas ada 2 perkataan memperdaya dan mendorong, barulah boleh digunakan perkataan tipu, ditipu dan sebagainya. Saya tanyakan juga pada beliau kenapa tak boleh mention ditipu je terus, katanya sebab itu adalah pertuduhan yang direct sedangkan tiada elemen-elemen jenayah yang berlaku dalam transaksi yang dibuat. Mangsa tidak diugut, tidak dipaksa, tidak diancam keselamatannya untuk membuat transaksi terbabit, jadi tidak boleh nak charge apa-apa kesalahan. Contoh la saya tulis saya kena tipu, saya masih boleh dipersoalkan sebab kaitannya dengan tiada paksaan tadi, namun jika perkataan memperdaya dan mendorong digunakan, itu memang ada clause undang2. Jadi kot mana-mana pun polis nak kena buat kerja/siasatan yang mana ianya akan dirujuk kepada Seksyen 420 Kanun Keseksaan. So yang paling penting sekarang adalah pengunaan ayat yang betul dalam membuat laporan Polis. Ingat keyword yang penting ya, "MEMPERDAYA" dan "MENDORONG". Dibawah ini saya sertakan penerangan ringkas tentang Seksyen 420 Kanun Keseksaan PENIPUAN ONLINE BOLEH DIDAKWA MENGIKUT Seksyen 415, 416, 419, 420 Kanun Keseksaan: Seksyen 415 iaitu:Barang siapa yang memperdayakan (deceived) mana-mana orang, sama ada perdayaan itu adalah dorongan yang utama atau tidak;
Hammasini ko'rsatish...