cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Shaziela Aswad

Рекламні дописи
489
Підписники
-124 години
Немає даних7 днів
-530 днів
Архів дописів
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Allah Maha Tahu apa yg kita mahu... Teruslah berdoa tanpa jemu, Teruslah berharap tanpa ragu, Teruslah berusaha tanpa layu. Assalamualaikum tim... Pagi pagii pagiii...!!! 😍🥳🔥
Показати все...
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Doa hari Jumaat بِسۡـــhــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. Ya Allah, ya Tuhan kami, Di hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. {رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Показати все...
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ DO'A PAGI SELASA بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن ِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Segala puji bagi Allah, pujian hak-Nya, milik-Nya pujian yang banyak . Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan diriku, sungguh nafsu menyuruh pada keburukan kecuali yang disayangi Tuhanku.. Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan setan yang menambah dosa-dosaku. Aku berlindung pada Allah dari semua perbuatan yang durhaka, dari semua musuh yang dominan, dari semua penguasa yang kejam. Ya Allah , Jadikan aku diantara pasukan-Mu, karena pasukanMu saja yang beroleh kemenangan. Jadikan aku diantara kekasih-kekasihMu, karena kekasihMu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.Ya Allah Baikkan agamaku, karena itulah sandaran urusanku.Baikkan akhiratku, karena itulah kampung kembaliku, tempat lari menjauhi kejahatanku.Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan,Jadikanlah kematian tempat istirahat dari kejelekan. Ya Allah Sampaikan shalawat kepada Muhammad , kepada keluarganya dan kepada para sahabatnya.Berilah aku pada hari Selasa, tiga hal:Jangan biarkan pada diriku dosa kecuali Engkau maafkan. Jangan biarkan pada diriku kesusahan kecuali Engkau hilangkan. Jangan biarkan pada diriku musuh kecuali Engkau tolakkan. Dengan asma Allah, sebaik-baik asma. Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus Langit dan Bumi. Aku mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murkaNya. Aku mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya ridhoNya. Akhirilah hidupku dengan keampunan... اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ
Показати все...
Syarat untuk dapat 1 lucky draw cuma berwakaf rm100 dalam 1 invoice. Boleh pilih pakej rm70x1 + rm30x1 ya. Ke sini untuk berwakaf >> https://bit.ly/MenujuSyurgaFirdaus
Показати все...
Jom shaziela nak ajak berwakaf dengan FTR sempena jumaat yg barakah ni. Ada rezeki nak dikongsi bersama dengan para pewakaf iaitu percutian ke Turkey 10 hari 7 malam tau. Wow rezeki sungguh siapa yang dapat 😍
Показати все...
Repost from N/a
HAKIKAT REZEKI Rezeki semua orang dapat. Cuma berbeza bahagiannya. Dan rezeki jika memang untuk kita, tetap untuk kita, lambat atau cepat. Cuma perlu bersabar. . Namun jika tiada rezeki dalam sesuatu, terutama sesuatu yang kita suka atau harapkan, semuanya berserta hikmah. . Samada diganti dengan yang lebih baik di sini, atau Allah simpan sebagai pahala di akhirat. Yang penting, kita yakin dengan ketentuan-Nya dan teruskan berusaha. Jangan putus asa. Insya-Allah. . "Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu buat dengan ujian yang diberikan, tetapi Allah tahu hamba-Nya yang mana satu mampu tempuhi." 💝 3 sebab Allah bagi rezeki : 1- Ujian (Orang perempuan diuji ketika susah. Orang lelaki diuji ketika senang) . 2- Keperluan kita (Ada keperluan, adalah rezeki Allah sediakan. Rezeki anak, isteri) . 3- Tanggungjawab yang kita tunaikan (Semakin tinggi tanggungjawab yang kita tunaikan, semakin banyak rezeki yang Allah beri). - Ustaz Al Amin, Radio Ikim Fm
Показати все...
"La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin" InsyaAllah kalimah ini ialah untuk hilangkan segala kesusahan dan kesedihan. Bacalah selalu. Menangislah pada Allah. Bercerita semuanya pada Allah. Minta bantuan dari Allah. Ya Allah Ya Hayyu Qayyum beri aku kekuatan. Ya Allah Ya 'Alim Ya Hakim beri aku kebijaksanaan.
Показати все...
Contest CABUTAN BERTUAH KE. TURKI. Taja pelajar sekolah dan pelajar tahfiz nilainya wakaf lebih rm100 layak untuk cabutan bertuah. Jom klik link wakaf https://bit.ly/MenujuSyurgaFirdaus
Показати все...
Assalamualaikum wbt
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
KITA PERLU BELAJAR HANYA IKHLAS Hiduplah dengan rendah hati, walaupun seberapa banyak kekayaan kita. Berfikirlah positif, sekali pun begitu keras kehidupan sedang kita lalui. Berikanlah banyak, meski pun menerima sedikit. Jangan membenci sesiapa pun, tak peduli seberapa banyak kesalahan yang mereka lakukan kepada kita. Tetaplah menjalin hubungan dengan orang-orang yang telah melupakan kita, dan jangan lupa mendoakan yang terbaik buat orang yang kita sayangi. Ketika hanya melihat satu sisi dari manusia, kadang2 kita memuliakannya, atau di lain sisi kita menghinanya. Tetapi jika kita melihat dari dua sisi, maka kita akan mengasihinya, seperti mengasihi diri sendiri. Manusia selalu ada sisi baik dan sisi buruk. Terkumpulnya keburukan dalam diri kita banyak disebabkan oleh seiringnya kita memandang buruk kepada orang lain. Pandanglah selalu orang lain dari sisi baiknya. Maka kebaikan akan terkumpul pada diri kita. Setiap kebaikan yang kita berikan pada setiap orang, akan mendatangkan berkat dan keselamatan pada hidup kita. SEMOGA BERMANFAAT 🥰
Показати все...
APA ITU FTR? "FTR satu naskah yang sangat istimewa... Lepas baca FTR, Semangat yang agak lemah kembali bangkit. Jika dulu kurang membaca Alquran, sekarang diri berusaha membaca setiap hari. Jika dulu lidah ini gitu2 aja zikirnya, sekarang berusaha agar tidak putus2 mengingatinya. Jika dulu salawat keatas junjungan Nabi kita , jarang2, kini terasa ingin sentiasa menyebutnya. Jika dahulu sedekahnya kadang2, kini didikan itu sebati. Terima kasih Cikgu Nora. Saya juga ingin memberi FTR kepada orang yang saya sayang, mudahan mereka dapat bersama2 saya merasai indahnya ilmu ini "... Nukilan seorang Pembaca FTR Puan Azie Rajie ☺️
Показати все...
ANTARA PENYEBAB JIN DAPAT MENCEROBOHI TUBUH MANUSIA 1. Dia tidak mengawal perasan amarahnya 2. Keluar/masuk rumah waktu maghrib 3. Memendam perasaan dan sering mengelamun serta duduk bersendirian di dalam bilik gelap dan berkhayal 4. Lansung tak baca Quran dan Zikir 5. Banyak melayan syahwat 6. Menguap tak tutup mulut 7. Simbah air panas di tandas 8. Tekanan perasaan (depression) 9. Terlalu banyak mendengar muzik 10. Lemah semangat dan penakut. JUSTERU, AMALKANLAH ZIKIR PAGI & PETANG SECARA ISTIQOMAH. ~MRJ
Показати все...
6. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS **Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada dibawah gabungannya, kawasan berkenaan ialah ; 1) Sungai Ujong 2) Naning 3) Rembau 4) Jelebu 5) Johol 6) Klang 7) Jelai 😎 Ulu Pahang 9) Segamat Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang kepada Selangor, Ulu Pahang dan Jelai kepada Pahang dan Segamat kepada Johor. Rombakan kawasan kemudianya menyenaraikan 9 kawasan berikut sebagai negeri yang sembilan, iaitu: 1) Sungai Ujong 2) Rembau 3) Jelebu 4) Johol 5) Ulu Muar 6) Inas 7) Gunung Pasir 😎 Terachi 9) Jempol 7. PAHANG DARUL MAKMUR ***Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang telah ada sebelum adanya negeri Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang Tua. Tiada kisah yang jelas bagaimana Pahang mendapat namanya, namun dalam bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud "timah" yang mungkin juga ada kena mengena dengan Sungai Lembing yang terkenal dengan timah. 8. PERAK DARUL RIDZUAN ** Sepertimana Pahang, Perak juga mempunyai nama klasiknya yang tersendiri, iaitu Gangga Negara, pusat pemerintahan Gangga Negara ialah di Beruas. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, nama Perak diberi bersempena dengan anak panah bermata perak yang dilepaskan oleh anak Raja Merong Mahapodisat Kedah. Anak panah itu dilepaskan ke kawasan yang dihajati beliau untuk dijadikan sebuah negeri. 9. PERLIS INDEA KAYANGAN ** Perlis dahulunya dikenali sebagai "kayang" atau "kayangan", dan nama Perlis diberi bersempena dengan nama seorang tua yang dianggap mempunyai keramat, iaitu "Tok Perlis". Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama,berkemungkinan ianya berasal dari perkataan siam "Phrau Loi" yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah. Sebutan "Phrau Loi" ini bila disebut oleh masyarakat tempatan akhirnya menjadi "Perleh" 10. PULAU PINANG ***Ianya berasal dari barisan pokok- pokok pinang di kawasan penempatan masyarakat asal melayu di kawasan pantai. Pulau Pinang pernah diberi nama "Prince of Wales" oleh Francis Light pada 11 Ogos 1786, tetapi mujur juga nama itu tidak lekat dan hanya wujud dalam catatan serta peta inggeris, tetapi tidak di bibir penduduk tempatan. 11. TERENGGANU DARUL IMAN ***Dipercayai berasal dari cahaya kilat yang dilihat oleh penduduk Kelantan, lalu mereka berkata "terangnya genu" atau maksud lainnya "terang sampai ke sana". Terdapat juga kisah yang mengatakan nama Terengganu berasal dari kisah penemuan taring gajah di sebatang sungai di Pulau Duyong, dek kerana saiz taring yang besar serta belum pernah dilihat oleh penduduk tempatan, mereka merujuk taring itu sebagai "Taring anu", sungai dimana taring tersebut dijumpai juga dikenali sebagai "Sungai Taring Anu". 12. SABAH DI BAWAH BAYU ** Pernah dikenali dengan nama "Api- api", Sabah mendapat namanya daripada perkataan "Saba", iaitu sejenis pisang. Kebanyakkan penduduk asal menanam pisang ini di penempatan mereka di sekitar pantai untuk dijadikan sumber makanan. 13. SARAWAK BUMI KENYALANG ***Tiada kisah yang cukup popular untuk dijadikan sandaran bagaimana Sarawak mendapat nama, mungkin juga bersempena dengan nama Sungai Sarawak. Terdapat sumber dikalangan penduduk tempatan yang mengkisahkan nama Sarawak berasal dari ungkapan " serah pada awak", iaitu apabila Pengiran Muda Hashim menyerahkan pentadbiran negeri itu kepada James Brooke pada tahun 1841. 14. KUALA LUMPUR IBU NEGERI ** Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah "kuala berlumpur." Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. Walaupun 69 dari mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan. Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-
Показати все...
pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor. 15. KOTA METROPOLITAN..Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan keempatan itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu adalah Hiu Siew. Kapitan Cina yang ketiga adalah Yap Ah Loy, yang melihat kebesaran Kuala Lumpur dari pekan lombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar Selangor yang terutama. Pada awalnya, Kuala Lumpur adalah pusat Perang Saudara Selangor, di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan; pergaduhan di antara putera-putera Selangor ke atas keuntungan lombongan biji timah, dan suatu dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan. Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya dan sejak masa itu, terima kasih kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Dia membina Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Dia juga mengalakkan petani Melayu untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan. SUMBER: Diambil dari SlideShare.net.com
Показати все...
ASAL USUL NAMA-NAMA NEGERI-NEGERI di MALAYSIA 1. SELANGOR DARUL EHSAN ** Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis serangga yang digelar ‘langau’. Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama Se-Langau dan akhirnya menjadi Selangor. Kononnya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut. Ada diantara pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala Sungai Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor. Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’. Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi ‘selangur’. Maklumat ini telah di ambil dari laman web Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) JOHOR DARUL TAKZIM **Nama silam Johor adalah "Ujung Tanah", sementara R.O Winstead dalam penulisannya pernah merujuk negeri Johor dengan nama "Wurawari", ianya adalah istilah jawa yang bermaksud "Air Jernih". Antara nama lama yang merujuk kepada negeri johor ialah, "Hujung Medini"(disebut dalam syair jawa Nagara kretagama), Ganggayu (nama Johor sebelum 1450) dan Langyu. Namun nama negeri lebih kuat dipercayai berasal dari perkataan arab iaitu "Jauhar" yang membawa maksud "Permata" 3. KEDAH DARUL AMAN ***Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah negeri tertua di Tanah Melayu, ianya berdasarkan penemuan arkeologi tentang kewujudan penempatan serta aktiviti masyarakat Melayu Proto. Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah "Kilah", "Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai "Kataha" atau "Kadara", sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau "Kalaram".Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan "Kheddah" yang membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud "Gelas berkaki" dalam bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang menjual gelas berkaki pada masa itu. 4. ) KELANTAN DARUL NAIM Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini sebagai Kalantan. Dikisahkan nama Kelantan diperkenalkan oleh orang India Utara, ianya berasal dari Bandar Koli, tempat kelahiran bonda kepada Gautama Buddha, nama Koli kemudian digabungkan dengan perkataan "Thana" yang bermaksuh Tanah, lalu jadilah "Kolithana" yang kemudiannya disebut oleh penduduk pada ketika itu sebagai "Kolamtanah" atau "Kolamtam" yang akhirnya menjadi Kelantan. Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat ini sebagai "Ko-lo". Dalam catatan China yang selainnya ada dikesan nama sepertu "Ho-lan-tan" atau "Kou-lo-tan". Sementara dalam peta De'eredia, wujud nama "Calantan Rio", sementara peta selainnya disebut "Calantan", "Calantam" dan "Calantao". Terdapat juga kisah bahawa nama Kelantan itu adalah bersempena dengan nama pokok "Gelam Hutan" yang tumbuh di pesisir pantai negeri Kelantan pada ketika itu. 5. MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH **Selain dari kisah Parameswara yang menyaksikan seekor pelanduk menendang anjing hingga jatuh ke sungai dan Pokok Melaka tempat beliau bersandar ketika itu, terdapat teori lain bagaimana Melaka mendapat namanya. Dalam naskah lama "Sejarah Melayu" memang sudah disebut nama Melaka, ia mugkin dari istilah "Malakat" atau "Mulagah" yang digunakan oleh pedagang arab yang membawa maksud "pusat / tempat perdagangan ". Dalam bahasa sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai "Malayakolam" atau "Malayaka" yang membawa erti "negeri orang melayu".
Показати все...
Bismillah Lima dan khasiatnya: AMALAN KELEBIHAN BISMILLAH 5 *Jika Amalkan Selalu Selepas Solat, Insha Allah Akan Terhindar Dari Lemah Jantung/Angin Ahmar . 1. Bismillahir Rahmanir Rahiim 2. Bismillahish Shaafii 3. Bismillahil Kaafii 4. Bismillahil Mu’aafii 5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim * Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang * Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan * Dengan nama Allah Yang Mencukupkan * Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik * Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui Antara fungsi Lain Bismillah 5 ni: *penawar bisa diri *penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang *penawar bisa-bisa badan *penawar bisa batu merian *boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya Cara menggunakan Bismillah 5 : 1.letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kemudian tiup tempat tadi, kemudian baru tiup di air; atau 2.kalau tempat sakit tu tak boleh diletakkan tangan kerana sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahawa tempat tersebut adalah anggota yang sakit. . Ustaz Ijazahkan Ilmu ini Kepada Semua dengan syarat Maharnya seperti dibawah🔻 . 1. Share kepada 10 group supaya ramai dapat manfaat.
Показати все...
JANGAN TERLALU MEMIKIRKAN 3 HAL Berkata Samarqandi rahimahullah : "Ada tiga hal yang tidak perlu engkau renungkan"! لا تتفكر في الفقر : فيكثر همك ، وغمك، ويزيد في حرصك ،ولا تتفكر في ظلم من ظلمك : فيغلظ قلبك، ويكثر حقدك، ويدوم غيظك ! ،ولا تتفكر في طول البقاء في الدنيا : فتحب الجمع، وتضيع العمر، وتسوّف في العمل ! 1.Kefakiran tidak perlu engkau fikirkan ,kerana yang demikian dapat menambah kegundahanmu , menambah kesedihanmu ,dan bertambah keinginanmu (untuk dunia), 2.Kejahatan orang lain Atasmu tidak perlu engkau fikirkan ,kerana yang demikian dapat membuat hatimu keras, dan membuatmu dendam banyak dan membuatmu sering marah , 3.Lama hidup didunia tidak perlu engkau fikirkan , kerana yang demikian dapat membuatmu senang menghimpun (harta) , mensia-siakan umur dan menunda-nunda Amalan , تنبيه الغافلين (٥٧٢/١)
Показати все...
Jika stressmu disebabkan oleh Dunia, maka zikirmu adalah 'La ilaha illallah", sebagai pengingat bahawa tidak ada yang patut ditakuti atau disembah selain Allah. Jika stressmu disebabkan oleh orang lain, maka zikirmu adalah "La hawla wala quwata illa billa", sebagai pengingat bahawa manusia tidak mempunyai kekuatan. Jika stressmu disebabkan oleh dirimu sendiri, maka zikirmu adalah " Astagfirullah", sebab menghapuskan dosa-dosa yang menjadi penyebab utama kegelisahan. Allah sayang kita , Allah sangat memahami kita & Maha mengatahui segalanya . Dapat sesuatu harini ? Belanja Emoji ❤️ dekat posting ni skrg
Показати все...
⭑࣪𓏲ּ 𝐂α𝗋α 𝐀𝗀α𝗋 𝚰𝗌𝗍𝗂𝗊ⱺꭑαɦ 📖 - Tɑubɑh nɑsuhɑ. уɑіtu tɑubɑt уɑnɡ bеnɑr dɑn jujur, tіdɑk dіuᥣɑnɡі ᥣɑɡі реrbuɑtɑn dоsɑ dɑn mɑksіɑtnуɑ - Ѕеnɑntіɑsɑ mеntɑuhіdkɑn Aᥣᥣɑh, mеnjɑuhі sуіrіk dɑn реrbuɑtɑn mɑksіɑt ɑtɑu zіnɑ - Ѕеᥣɑᥣu bеrusɑhɑ untuk sеᥣɑᥣu kоnsіstеn tɑ'ɑt kерɑdɑ Aᥣᥣɑh dɑn Rɑsuᥣ-Nуɑ - Ѕеᥣɑᥣu mеrɑsɑ dіɑwɑsі оᥣеh Aᥣᥣɑh bɑіk dɑᥣɑm kеɑdɑ'ɑn sеndіrі mɑuрun tеrɑnɡ-tеrɑnɡɑn - Ѕеnɑntіɑsɑ mеnuntut іᥣmu sуɑr'іe dɑn mеnɡɑmɑᥣkɑn nуɑ - Μеnjɑɡɑ hɑtі, ᥣіsɑn, sеrtɑ sеᥣuruh ɑnɡɡоtɑ bɑdɑn untuk mеnɑhɑn dіrі dɑrі hɑᥣ-hɑᥣ уɑnɡ dіhɑrɑmkɑn - Bеrtеmɑn dеnɡɑn оrɑnɡ уɑnɡ Ѕoᥣeh, bɑіk ɑɡɑmɑ nуɑ dɑn bɑіk ɑkhᥣɑknуɑ - Μеmреᥣɑjɑrі Aᥣ-Qurɑn dɑn mеnɡɑmɑᥣkɑnnуɑ - Μеnjɑuhі tеmɑn уɑnɡ mеmbɑwɑ kе dɑᥣɑm реrbuɑtɑn mɑksіɑt, zіnɑ, dɑn kеburukɑn
Показати все...
_ASSALAMUALAIKUM WBT_ 🌼 MUTIARA PAGI 🌼 Jangan cemburu dengan apa yang orang lain ada. Daripada melihat betapa banyak nikmat yang mereka ada, lebih baik melihat nikmat yang anda miliki. Apabila kita mendengar satu ucapan, tetapi hati kita tidak boleh menerima. Mungkin hati kita kotor atau hati penyampai yang kotor. *_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, ibu ayah kami, pasangan hidup kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami dan kuatkanlah iman kami, tetapkanlah hati kami atas agamaMu, kasihanilah ibu ayah kami sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kami kecil._* _Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._
Показати все...
Bermanfaat Bukan Untuk Popular Hiduplah seperti akar… yang rela memberikan segalanya, meskipun terkadang sang pohon tidak pernah melihatnya ke bawah Hiduplah seperti akar… yang memberi makanan dan air kepada pohon serta tidak pernah meminta kembali Hiduplah seperti akar… yang berperanan utama menghidup dan mengukuhkan pohon, meskipun tidak pernah ada yang memujinya Hiduplah seperti akar… yang menjadi penyebab setiap kebaikan, meskipun tidak pernah ada yang memberikan penghargaan buatnya Rasulullah SAW bersabda: خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban  No:  2/48) Sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Sabda Rasulullah SAW: أحَبُّ النَّاسِ إلى اللهِ أنفَعُهم للنَّاسِ Orang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. (Riwayat at-Tabarani) Al-Mu’jam Al-Ausot, no.hadis dan juzu’ : 6/139 Jadilah kita bermanfaat kepada orang lain serta rela berbagi dan ikhlas memberi. Hadirnya kita sentiasa dinanti dan ketiadaan kita amat dirindui. Jika engkau tidak mampu menjadi akar yang pohonnya menghasilkan  buah yang lebat, maka jadilah akar yang menumpang pohon yang memberikan teduhan bagi yang lelah Jika engkau tidak mampu menjadi akar bunga yang memberikan keharuman bagi dunia, maka jadilah akar rumput yang mengenyangkan haiwan-haiwan penternak Jika engkau tidak mampu menjadi bunga, maka janganlah menjadi duri
Показати все...
Tips Rezeki Deras: Why Things Get Worse Before They  Get Better. Kenapa ? apa yang kita nak. Dia tak jadi nyata. Yang datang pulak  macam neraka. Punya la excited masa setting impian. Macam- macam dah plan. Separuh jalan..  ujian datang. Hilang kekawan, gaduh adik beradik, sedara mara. Rumah kena lelong, keta kena tarik, hutang keliling pinggang, bankrup and so and so. Apa yang kita  buat. Macam life's agains kita Semua tak menjadi. 👉 Yang tengah mengalami situasi macam ni. Jangan risau. Benda-benda macam ni. Memang biasa. Ramai yang kena. Everything agains us. Abang pun pernah kena. 👉 Kenapa benda2 ni berlaku ? 1. The reason this thing happened is because of the new version of you  is different with what you want. Apa yang kita nak tu.. Tak selari dengan jiwa kita. . Ada benda yang kita nak clearkan dalam diri kita. Certain thing around you need to or to be clear in order to get what you want. - Your new you.. tak ngam dengan orang2 yang selalu ngan kita. Time to change. Bukan mereka yang meninggal kita. Tapi..Tuhan yang asingkan mereka dari kita. - Your new you. Tak selesa dengan rumah yang kita duduk sekarang. Tuhan nak bagi rumah baru yang lebih besar dan selesa untuk kita. - Your new you. Tak selesa dengan bisnes yang kita buat sekarang. Tuhan sedang merancanakan satu perniagaan baru yang lebih menguntungkan kita. Ada benda yang kita nak clearkan dari jiwa kita. Always aware fikiran kita dan emotion kita. 👉 Bila benda2 berlaku.. Always remember.. Tuhan sedang merancanakan sesuatu yang lebih baik dan lebih besar untuk kita. Always remember... Everything is going to over. Something Big is coming now. Feeeeeeellllll.. What We Should Do ? Omputih bilang. Go out, open a bottle of champagne and celebrate. Jangan sedih..jangan berduka. Pergi la bergembira. Celebrate ngan kekawan atau keluarga . Belanja la dorang dinner untuk raikan kejayaan kita.  Be Happy...Enjoy.. Because everything is going to over . Something Big is coming Now ..Feeeel ... Masyaallah !!! Kalau memang NIAT nak tolong suami cari duit lebih jangan sampai kewajipan diri sendiri terabai. . Contoh AURAT dan SOLAT. . Kadang sebab sibuk nak tolong cari duit lebih untuk bantu suami, solat kita pun dihujung-hujung waktu. . Kadang kita nak tolong suami sampaikan aurat kita sendiri kita tak amik kisah. . Fikir kita tak apalah, suami yang tanggung dosa kita. . Yaaa. Suami tu dapatlah dosa sebab DAYUS tak tegur isteri, tak TEGAS jaga maruah isteri. . Yang kita ni isteri pun berdosa jugak. . Bukan tak tahu jaga aurat tu WAJIB. Kewajipan atas diri sendiri. . Takkan nak jaga aurat sendiri pun nak nanti BERSURUH dari suami. . Tu PERINTAH Allah kan. JAGA lah. Suami suami lah. Kita ni tak kan nak biarkan diri tu buat maksiat. . Sebab tu jangan lah pelik kenapa makin nak ditolong suami tu makin rasa SEMPIT tetap rasa tak CUKUP duit tu. . Sebab dalam pencarian rezeki tu sendiri kita dah buat maksiat pada Allah. . Tak jaga aurat tu. Solat sambil lewa. Tak jaga TAQWA pada Allah. Lupa nak jaga REDHO Allah. Lupa nak jaga KEBERKATAN REZEKI. . Nak rezeki LANCAR kena jaga apa yang Allah SURUH. Kena tinggal apa yang Allah LARANG. . Jaga aurat ni kewajipan atas diri sendiri. Kita bertanggungjawab atas aurat sendiri. . Suami kalau suruh buka aurat pun isteri WAJIB engkari. Sebab tiada ketaatan kepada suami dalam perkara maksiat. . Fikir fikirkan lah. Sebelum nak tolong suami kena tolong diri sendiri dulu. Tolong jaga kewajipan diri sendiri dulu. . Jangan aniaya diri sendiri. Kita ni isteri ada HAK untuk dilayan baik, disantuni suami. . Tapi kalau diri kita sendiri tak pandai nak hormati, nak sayangi diri sendiri, macam mana Allah nak CAMPAK dalam hati suami tu untuk menyantuni kita sebagai isteri yang selayaknya? . Kita isteri kena hargai diri sendiri dulu dengan jaga kewajipan diri.
Показати все...
. Jaga aurat ni kewajipan diri. Suami sekadar membantu menasihat mengingatkan je. Yang kena BERTINDAK diri kita sendiri. . Bila isteri BERHATI-HATI jaga aurat dan maruah diri, nanti Allah GERAK kan hati suami tu untuk menyantuni MARUAH kita pula. . Suami kalau nampak isteri yang pandai jaga maruah diri, nanti suami tu akan TIMBUL rasa HORMAT. . Dia akan rasa nak hormati kita selayaknya sebagai seorang wanita yang islam sendiri dah angkat maruah wanita ni dikedudukan yang BAIK. . Bukan macam wanita zaman jahiliah dulu yang mana wanita nya diperhambakan. Direndah-rendahkan maruah tu. . Bila islam datang, islam angkat darjat wanita ni. Jaga lah baik-baik kemuliaan yang Allah dah bagi tu. . Jaga aurat sesempurna mungkin. Bukan sebab nak tunjuk kita ni baik. Tapi sebab nak PATUH perintah Allah yang satu ni. . Jadi isteri kena tahu hak diri. Mana yang lebih UTAMA kena utamakan 😊 . Bila isteri BERTAQWA urusan suami Allah bagi jadi mudah
Показати все...
*Kepada sesiapa yg menerima viral ini bacalah .. kalau tak baca rugi sgt2...jika tak boleh baca skrg, cari la masa yg sesuai utk baca moga ada manfaatnya* Utk Shbt2... Jiran2... adik beradik... dan anak2 yg dikasehi.... PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA *Bacalah pesanan in dengan mata dan hati* *Jahat atau baik kita..* *solat jangan ditinggalkan.* *Solat bukan sebab kita baik.* *Solat sebab perintah Allah.* *Solat kita adalah lambang kehidupan kita...* *Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...* *NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.* *Jika tidak, sudah pasti gunung yg hendak ditukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...* *Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....* *Kalau dah mati...* *Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..* *Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...* *Sedekah masa hidup itu bonus...* *Ilmu yg di kongsi itu bonus...* *Sehebat mana pun kita...kita tetap akan mati....* *Sehina mana pun kita...kita tetap akan mati...* *Takut mcm mana pun dengan mati...tetap akan mati...* *Berani mcm mana pun ...tetap akan mati* *Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap akan mati...* *Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....* *Mati itu pasti...* *Sakaratul maut itu pasti...* *Alam barzakh itu pasti...* *Ingat mati ...* *Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....* *Kita tak bawa segunung harta setelah mati.* *Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada. Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.....* *Teruslah melangkah,* *selama engkau* *di jalan yang baikk* *Meski terkadang kebaikan* *tidak sentiasa dihargai* *Jangan menjelaskan tentang* *dirimu kepada siapa pun* *kerna yang menyukaimu tidak* *perlu tahu tentang semua* *kebaikan yang kamu lakukan* *Dan yang membencimu tidak* *percaya tentang kebaikan* *yang masih ada pada dirimu* *Hidup bukan tentang siapa yang terbaikk* *tapi tentang siapa yang mahu berbuat baikk dan sentiasa memperbaiki diri* *Hari ini dan semalam* *adalah hari yang berbeza* *Pintu taubat sentiasa terbuka* *untuk hamba-hambaNya* *KITA BUKAN SIAPA-SIAPA* *UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA* *PADA AKHIRNYA SEMUA BERAKHIR "SAMA..."* *SAAT USIA 50- an.... "CANTIK DAN HODOH, SAMA SAJA..". (tak peduli seberapa cantiknya kamu, di usia itu kedutan, darkspot, kulit kendur, tak boleh lagi terus kamu sembunyikan dengan gincu dan bedakmu...* *SAAT USIA 60-an... "PENDIDIKAN TINGGI DAN PENDIDIKAN RENDAH, KEDUDUKAN TINGGI DAN KEDUDUKAN RENDAH, SAMA SAJA..". (Setelah semua bersara, tak ada lagi boss atau bawahan..)* *SAAT USIA 70- an... "RUMAH BESAR DAN RUMAH KECIL, SAMA SAJA..".(Tulang sendi, lutut dan kakimu sudah mulai longgar, semakin sulit untuk bergerak.. sekarang kamu cuma perlu ruang kecil untuk di-diami.. ).* *SAAT USIA 80- an...(itupun kalau masih hidup)* *(PUNYA DUIT DAN TIDAK PUNYA DUIT, SAMA SAJA.."* *saat itu duitmu tak lagi boleh membeli steak yang enak lazat, gulai, rendang dan lain2 kerana tubuhmu tak lagi boleh dimasuki banyak makanan, lidahmu sudah tak punya rasa,* *dan kamu tak berdaya lagi ke-tempat di mana kamu boleh menghabiskan duitmu).* *SAAT USIA 90- an... "TIDUR DAN BANGUN, SAMA SAJA", (kerana setelah bangun, kamu tetap tidak tahu apa yang akan kamu lakukan )* *SAAT AJALMU TIBA.... "KAYA DAN MISKIN, SAMA SAJA". Kamu hanya akan di-baluti kain kafan dan dimasukkan ke dalam tanah yang ukurannya sama, orang2 akan menangisi kamu kemudian melupakanmu, kerana mereka akan meneruskan kehidupan yang dipenuhi oleh persoalan hidup masing2.* *Oleh kerana itu, semasa hidup, _jangan terlalu tinggi hati_ atas apa yang kita MILIKI, kerana PADA AKHIRNYA kamu tak memiliki APA2...* *" ...kecuali Amal Kebaikan Dan Ibadah.. * *Yang akan di bawa Di Akhir Cerita... "* Sharing is jariah #jompahala
Показати все...
Assalamualaikum wbt
Показати все...
Bila dah berkahwin dan ada anak. Perempuan selalu lupa yang : 1. Kita boleh je rehat kalau penat. Rehat, tidur. Bukan fikir 101 kerja yang belum disiapkan. 2. Kalau tak larat masak. Beli. Kalau tak larat beli, sesekali makan je maggi dengan anak-anak. Tak berdosa pun. 3. Rasa stress tengok rumah bersepah. Keluar, pergi tempat yang rasa suka. Mall? Cafe? Tasik? Pantai? 4. Bila teringin nak makan apa-apa, beli je. Kalau rasa tak cukup duit untuk beli sekali anak-anak. Beli untuk diri sendiri je. Tak salah pun kita makan "sorang-sorang". 5. Kalau anak sakit atau terjatuh. Jangan salahkan diri sendiri. Biasa la anak kecil. Kita mesti dah sedaya upaya jaga dengan baik kan? 6. Sesekali, pergi urut badan. Pergi cuci muka. Cuci rambut. Curi masa untuk diri sendiri. Untuk jaga "diri" sendiri. 7. Kalau baju dah lusuh. Beli baru. Jangan asyik fikir baju cantik untuk anak-anak je. Kita pun kena cantik untuk kita rasa konfiden. . . Bila dah jadi "ibu" Kita kena ingat, kita bukan robot. Kita masih kena jaga diri dan sayang diri sendiri. Kredit Penulis SyakirahSalimi
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Sahabatku sekalian Berikut tips memperbaiki diri menurut islam: 1. Merenungkan Tujuan Penciptaan Kita وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku (QS. Adz-Dzariyat [51] : 56) 2. Mengenal Allah Lebih Dekat Banyak Nikmat yang Allah beri dalam kehidupan kita. Nikmat Iman, Islam, Sehat, Rezeki, Ukhuwat dan sebagainya, maka hendaklah perbanyak bersyukur 3. Bertaubat اِنَّ اللّٰهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا ۗاِنَّهٗ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِ77يْمُ Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. Az-Zumar [39] : 53) 4. Perbanyak Istighfar Rasulullah Saw. yang telah Alloh jamin masuk Surga saja, setiap hari nya tidak kurang 70x beristighfar. (HR. Bukhari) 5. Iringi Perbuatan Buruk Dengan Perbuatan Baik ”Bertakwalah dimanapun engkau berada dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, niscaya akan menghapusnya. Dan bergaulah dengan akhlak yang baik.” (HR. Ahmad & Tirmidzi) 6. Banyak Berdo’a ”Ada tiga orang yang do’anya tidak ditolak: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sampai berbuka, dan orang yang terdzalimi. Allah akan mengangkatnya di bawah naungan awan pada hari kiamat, pintu-pintu langit akan dibukakan untuknya seraya berfirman: Demi keagungan-Ku, sungguh Aku akan menolongmu meski setelah beberapa saat.” (Hadis Hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad) Subscribe T.me/ShazielaAswad
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
00:55
Відео недоступнеДивитись в Telegram
PAHALA WAKAF HARI JUMAAT BULAN SYAWAL SANGAT BAIK BERBANDING BULAN LAIN 😍😍 Hari Jumaat adalah hari yang paling baik dalam seminggu dan mempunyai kelebihan dibandingkan dengan hari-hari yang lain. Pahala berganda dari hari lain. Tak tahu nak Wakaf dimana? Boleh sertai Wakaf FTR https://bit.ly/MenujuSyurgaFirdaus Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda : خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ Ertinya : "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari jumaat..." (Hadith Muslim) https://bit.ly/MenujuSyurgaFirdaus Maka siapa yang berwakaf pada hari Jumaat dia telah mendapat dua kelebihan iaitu kelebihan wakaf ILMU jariah berpanjangan dan kelebihan berbuat kebaikan pada hari Jumaat.🥰🥰 BERITA GEMBIRA KEPADA PEWAKAF BUKU FTR Kepada PEWAKAF Yang mewakafkan Pakej Buku FTR Dari RM60 DAN KEATAS, anda BERTUAH Akan dapat : PERCUMA SEMINAR ONLINE URUS JIWA BISNESS BERSAMA CIKGU NORA YUSOFF PENULIS BUKU 121FORMULA TARIK REZEKI SELAMA 2HARI DARI 11MEI-12MEI 2024 DI APLIKASI ZOOM. SEMINAR (UJB) INI BERNILAI RM99 YANG DIBERIKAN PERCUMA PADA PEWAKAF YG MEWAKAF SERENDAH RM60 DAN KEATAS. Tawaran ini hanya limited Dari 12mlm, 26 April 2024 sehingga 11:59mlm 27 April 2024. Jom rebut peluang Pahala Hari Jumaat Yang mulian ini dengan berwakaf kerana Allah Ta'ala: Jom sumbang untuk pembangunan pelajar dengan sedekah buku FTR kepada mereka. Baca visi misi wakaf FTR sini ya: https://bit.ly/MenujuSyurgaFirdaus
Показати все...
Assalamualaikum wbt
Показати все...