cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Sebarkan kebaikkan

Tips menjemput rezeki

Більше
Рекламні дописи
533
Підписники
Немає даних24 години
-27 днів
-430 днів
Архів дописів
Nak Cakap Bila usia 40an-50an ni. Banyak benda kau kena ubah! Antaranya: 1. Bersederhana dlm bekerja, sebab kau kena lebihkan usaha mendekati Allah dan keluarga. 2. Ambik cuti dan tinggalkan hal2 kerja seketika untuk kau lebih mendekati anak2 yang sedang membesar. 3. Berhenti untuk fikir masalah kerja dirumah, rumah adalah masa terbaik kau untuk tenang. 4. Tak perlu korbankan masa kau untuk orang lain, tapi korbankan masa kau untuk Allah dan keluarga. 5. Jangan teragak-agak berkata TIDAK untuk kerja orang lain yang kau kena buat, kerana diusia ini kau perlu memilih untuk bekerja dengan tenang! 6. Tinggalkan manusia2 yg mengambil kesempatan pada kau! Biar kawan tak ramai dari ramai yang haram jadah. 7. Jauhi mereka yg hipokrit, terutama yang fake! 8. Cari kawan yg ikhlas dan lebih mendamaikan, jauhi mereka yang berlagak baik tapi hati busuk. 9. Jaga kesihatan, kawal pemakanan dan bersenam! Enjoy dgn keluarga! 10. Berehatlah dari dunia yang sementara, 40an-50an adalah masa mencari ketenagan untuk 60an dan seterusnya yg lebih baik bila bersara. 40an Usia terbaik untuk pergi umrah pd yang belum pernah pergi, kerana badan masih sihat.
Показати все...
Sesungguhnya, Pengampunan Allah itu luas Seluas langit yang tak bertepi, Seluas lautan yang tak berpenghujung. Jika semua jalan sudah tertutup, Carilah jalan ALLAH Nescaya tidak akan ada kekecewaan bagimu Siapapun kamu, apapun ujian kamu, di mana pun kamu berada Demi Tuhanmu bersabarlah. Bahagia itu hembusan kasih dari langit dan pada hati yang 'terikat' kuat dan kukuh pada-Nya. Bukan pada makhluk-Nya Semoga Bermanfaat Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Salam 7 Ramadan Alhamdulillah http://t.me/Mudahnyamenjemputrezki
Показати все...
SEGALA PUJI BAGI ALLAH Segala puji bagi mu Ya Allah Yang Pertama tanpa ada yang mengawalnya Yang Terakhir tanpa ada yang menghakhiri Yang tak terlihat oleh pandangan Yang memandang Yang tak tergambarkan oleh bayangan Yang membayangkan Kau ciptakan makhluk kekuasaan Mu Kau ciptakan segala sesuatu kehendak Mu Segala puji Ya Allah Yang memberi kami kemampuan untuk Mensyukuri nikmat Mu Yang membuka bagi kami pintu-pintu ilmu ke Ilahian Mu Segala puji ya Allah, Dengan segenap pujian yang kami ucapkan Para mailakat dan para mahkluk yang di mulia Segala puji bagi Mu Atas nikmat yang kau berikan kepada kamiHamba-hamba yang telah mendahulu, Mahu pun yang akan datang kemudian Syukur Alhamdulillah Pujian yang kami aturkan kepada Mu Sebagai penghubung untuk mentaati dan meminta keampunan Sebagai penyebab membolehkan kemenangan Penghantar jalan menuju mu ya ilahi SEGALA PUJI BAGI MU YA ALLAH Ampunkanlah segala dosa kami dosa kedua ibu Bapa kami dosa kaum keluarga kami dosaGuru guru kami serta saudara mara para Sahabat dan umat islam yang terdahulu kemudian dan terkini AMPUNKANLAH kami Ya Allah Kesemuanya dosa kami hak baru serta yang lama dan yang akan datang Hanya engkaulah yang maha mengampunkan Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 6 Ramadan 17 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Показати все...
Dari Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu meriwayatkan Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Perbanyakkan mengingati pemutus kelazatan (iaitu kematian)." (Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Janaiz, hadis no: 3069) Imam Al-Qurtubi Rahimahullahu Ta'ala menukilkan dalam at-Tazkirah, ad-Daqqaq berkata : Sesiapa yang banyak mengingati mati, akan dimuliakan dengan tiga perkara : 1- Segera bertaubat. 2- Hati yang merasa cukup. 3- Kerajinan untuk beribadah. Sesiapa yang lupa kepada kematian, akan dihukum dengan tiga perkara : 1- Menangguhkan taubat. 2- Meninggalkan rasa redha dan cukup. 3- Malas dalam beribadah. Semoga kita sentiasa merenung diri ini, supaya sedar yang kita ini hamba ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Jangan bongkak untuk tidak tunduk dan sembah kepadaNya. Gunakan baki usia yang ada ini untuk kita kumpulkan bekalan buat kehidupan di akhirat sana. Kita tak tahu dan tidak punya pemgetahuan tentang tarikh tepat kematian kita. Banyakkan beristighfar dan bertaubat bersungguh-sungguh. ALLAH sentiasa memberi harapan untuk kita tidak berputus asa dengan RahmatNya. Muhasaba Diri Assalamualaikum Wbt Salam 5 Ramadan Alhamdulillah
Показати все...
Berdamailah dengan masa lalumu kerana tanpanya , kamu takkan berada di jalan ini . Kerana tanpanya kau takkan kenal dakwah dan jika kau tak lalui masa lalu, mana mungkin kau mampu berdiri teguh di atas jalan ujian ini Assalamualaikum Wbt Semoga Apa jua yang di rancang Allah SWT pernudahkan semua Untuk kita semua Aamiin Ya Mujib Salam 4 Ramadan Alhamdulillah
Показати все...
Jalan hidup cerita manusia tidak semuanya Ada bahagia. Ada waktu harus melalui liku perjalanan yang sukar sebelum sampai ke garisan penamat bagi menamatkan kesedihan. Selagi terdaya hadapilah ujian dengan berlapang dada. Allah Maha Mendengar Jom Sahabatku Sujud syukur pada Allah Mengadu,meminta Hanya pada Allah Segalanya mudah bagi Allah Sebelum Sahur sempatkan diri Menunaikan solat Tahajud Walaupun hanya mampu 2 rakaat Semoga Allaah SWT Sudih Mengabulkan Doa2 Kita Aamiiin Ya Mujib Assalamualaikum Wbt Salam 3 Ramadan Alhamdulillah
Показати все...
MUHASABAH DIRI Di Waktu Tahajjud Assalamualaikum Wbt Salam 2 Ramadan Ketenangan dan kebahagiaan hidup hanya akan di dapat dengan cara menjauhi perbuatan dosa dan segala perbuatan buruk Di saat rasa sesal atas segala perbuatan dan dosa yang diperbuat, ketahuilah dan syukurlah masih ada benih² iman di dalam hati itu Tuhan menjentik hati itu dengan penyesalan teramat serta dibuatNya sering gelisah akan dosa-dosa itu. 13 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Показати все...
Hari-hari kita ajak orang buat baik tapi kita bukanlah baik mana pun lagi. Atleast kita cuba berusaha untuk jadi baik sebenarnya. Proses.. Orang kata kita hipoktrit. Its okey jalan je k. Teruskan menyampaikan apa yang benar sebab dengan belajar untuk berdakwah pada orang lain sebenarnya kita sedang dakwah diri kita sendiri. Lebih baik kita berpesan2 kepada kebaikan berbanding kita buat benda tak berfaedah lain. Kalau kita ajak orang lain solat Tahajjud tapi kita sendiri on off Tahajjud Takpa. Ajak dan ingatkan selalu ya. Supaya nanti lama2 dengan izin Allah kita takkan on off lagi. Teruskan dakwah dengan penuh hikmah. Jangan sesekali hinakan niat baik orang lain.
Показати все...
Marhaban ya Ramadhan Mohon maaf Andai ada tulisan2 saya yang mengguris di hati Maaf di pinta. Mari sucikan hati, pikiran, dan lisan kita.. Sambut Ramadhan dengan penuh suka cita!!! Marhaban ya Ramadhan, Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah ❤️ Alhamdulillah Syukur Ya Allah kerana sampaikan kami dalam bulan penuh dengan ganjaran kemuliaan. Jom perbanyakkan amal Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Salam 1 Ramadan Alhamdulillah
Показати все...
DUNIA TEMPAT MEMANDANG ALLAH Sesiapa yang di dunia ini banyak ingat akan selain Allah, banyak ‘pandang’ selain Allah, dan banyak berurusan dengan selain Allah, di akhirat nanti dia akan sibuk dengan selain Allah. Tetapi sesiapa yang dalam hayat hidup di dunia ini dia banyak ingat akan Allah, banyak ‘memandang’ akan Allah, dan banyak berurusan dengan Allah, di akhirat nanti dia akan sibuk dengan Allah. - kitab Ihya' 'Ulumuddin, Assalamualaikum wbt Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 10 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Показати все...
Mulakan Hidup dengan Syukur Dari mula kita membuka mata sehingga kita menutup mata. Ucapkan syukur, Allah masih beri peluang kita membuka mata, masih terbuka pintu taubat, masih dapat bernafas dengan Udara Percuma Syukur masih dapat melihat insan insan yang kita kasihi dan sayangi. Syukur kerana Allah masih kurniakan rezeki tanpa batas tanpa berkira kira dengan kita. Jaga niat. Setiap ibadah, kerja, bisnes yang kita lakukan niatkan kerana Allah taala.Jaga niat di awal, di tengah dan di akhir. Mulakan pagi kita dengan bersedekah. Berilah apa sahaja mengikut kemampuan kita. Banyakkan istighfar, selawat dan berzikir dari hati. Berbuat baiklah sepanjang hari kita. Jangan sakiti orang lain.Jaga ibadah, jaga mulut, jaga perbuatan kita selalu. Semoga Allah limpahkan kebaikan dan kurniaNya buat kita semua dengan rezeki yang berkat. Bagi mereka yang sedang diuji, senyumlah san bersabar. Redha dengan setiap Ujian Allah. Setiap kesulitan pasti ada kesenangan Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah syukur 09 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Показати все...
"Kita hanya tahu tarikh lahir, namun kita tidak pernah tahu tarikh mati" Orang yang kita tidak kenal pun sudah ramai yang pergi. Pergi yang tidak kembali lagi. Kita semua ibarat sudah berada di Airport dan sedang menunggu pesawat di Balai Berlepas. Apabila pesawat tiba, kita pun pergi. Pergi yang tidak kembali lagi. Pergi Meninggalkan alam dunia ini menuju ke Alam akhirat yang kekal abadi. Iaitu sebuah kehidupan yang tiada lagi kematian." Renungan bersama di waktu Tahajjud Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 Murni Usman 🌹❤️ 8 mac 2024 pagi Jumaat
Показати все...
Dosa terkumpul di hati ibarat kotoran Degil dan karat di belakang kuali, PERLU DISENTAL kuat menagih tenaga Dan sabun terbaik. Sekiranya ingin hati kita bersih, Sentalannya adalah amal ibadah, LEBIH kuat rasa letih dan sukar Ditunaikan, LEBIH BERSIH hasilnya, Lebih kemas ibadah disandari oleh ilmu Yang sahih dan ikhlas, itulah SABUN Terbaik. Sesungguhnya hidup hanyalah sebuah Perjalanan menuju perhentian, Kepergian menuju kepulangan. Tentang meninggalkan dan Ditinggalkan, tentang melepaskan dan Mengikhlaskan. Dan waktu hanyalah sementara. Sementara Ada waktu dan ruang ini Jom paksa diri Bangun solat sunat tahajjud Walaupun hanya mampu 2rakaat Mula² kena paksa, Paksa diri untuk istiqamah. Assalamualaikum wbt Salam Tahajjud 07 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️ Coretan di waktu Tahajjud Alhamdulillah 🤲
Показати все...
Setiap hari ada kematian Dan adakah ianya sikit pun tak menjadi peringatan buat kita? Masih lagi banyak bergelak ketawa Daripada menangis mengenang dosa Diri? 😭😥 Kita ni bukan baik sangat pun tapi Allah tutup aib kita. Usah gembira sangat kita buka aib orang. Takut terlondeh aib kita tanpa sedar. Sama-sama memperingati antara satu Selawat dan istighfar selalu Assalamualaikum Wbt Alhamdulillah 🤲 Salam Tahajud Semua Tidur mu boleh lelap Tapi sempat kan dirimu Terbangun kala malam kian pekat Hantarkan sujudmu menjemput Rahmat di saksikan oleh para malaikat Semoga doamu sampai seperti Anak Panah menembus dengan tepat. 06 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Показати все...
Untuk memahami erti kehidupan pergilah ke 3 lokasi ini. 1. Hospital 2. Penjara 3. Perkuburan Hospital, kau akan faham tiada apa yg lebih indah dari kesihatan. Penjara, kau akan tahu nilai kebebasan itu amat berharga . Perkuburan, kau akan sedar yg kehidupan ini hanyalah sementara. Jangan lupa Bersyukur Sentiasa Semoga Bermanfaat Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud
Показати все...
ku minta pada ALLAH Setangkai bunga indah Tapi di beri kaktus berduri. Ku minta kupu-kupu Tapi di beri ulat berbulu Aku sedih dan kecewa 🥺 Namun kemudian. Kaktus itu berbunga indah sekali Dan ulat itupun menjadi Kupu-kupu yang cantik Itulah jalan ALLAH “indah pada waktunya” ALLAH tidak memberi apa yg Kita harapkan Tapi DIA (ALLAH)memberi apa yang Kita perlukan Kadang kita merasa tidak puas, Kecewa dan terluka Tapi jauh di atas segalanya, DIA sedang merajut yg terbaik untuk kehidupan kita. Setuju? Assalamualaikum wbt Salam Tahajjud Semoga Allah permudahkan segalanya Untuk kita semua Aamiin Ya Mujib 🤲 03 MAC 2024 Murni Usman 🌹❤️
Показати все...
Untuk menjadikan diri kita istiqamah, mati adalah perkara yang perlu kita jadikan nombor satu untuk kita muhasabah sentiasa agar dengan mengingati mati itu ia dapat memberi kesedaran dan peringatan.. Kita tidak boleh jamin apakah esok kita masih lagi akan dibangunkan.. Justeru itu, sentiasalah menjadikan detik-detik masa yang kita lalui itu bermanfaat. Maka, ruangan 15 minit untuk berzikir itu lebih bermakna dari 24 jam yang leka.. Assalamualaikum Wbt salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 3 MAC 2024 Selamat Bersantai Di Hujung Minggu Murni Usman 🌹❤️
Показати все...
Assalamualaikum Wbt Salam Dhuhah Allah sedikit pun tidak mengharapkan apa-apa, Amal ibadah dari kita Pada Allah Kita solat ataupun tidak Sedikit pun tak mengurangi Kehebatan Allah Kerana bukan Allah yang memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan Allah. Dunia hanyalah permainan dan senda gurauan. “Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?” (Surah Al-An'am ayat 32) 02 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Показати все...
MUHASABAH DIRI Kita jangan sangka dalam kehidupan kita sentiasa bahagia. Ada ujiannya yang akan hadir. Itu lah kehidupan. Ada buruk ada baik. Ada turun ada naik. Bukan semua yang menggembirakan Hati kita baik untuk kita kekadang yang Menggembirakan itu tersembunyi derita dan Bukan semua yang memualkan Hati kita tidak Baik untuk kita. Kekadang di situlah letaknya bahagia Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan Lalu kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan Yang baik dijadikan tauladan dan Yang buruk dijadikan sempadan. Assalamualaikum Wbt Salam Pagi Jumaat Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 01 /Mac/2024 Murni Usman 🌹❤️
Показати все...
Pejuang akhirat yang disayangi lagi dikasihi yang dirahmati Allah dunia akhirat... Assalamualaikum Wbt sahabat syurga salam tahajjud.. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, SAHAJA AKU BEKERJA/BERNIAGA /BERIBADAH HARI INI KERANA INGIN MEMBANTU RAMAI ORANG MELALUI SERVIS ATAU PRODUK KERANA ALLAH TA'ALA
Показати все...
Hidup ini hanya adalah sementara, umur yang kita dapat hari ini adalah anugerah dari Allah. Maka, hargailah dengan banyak mengingati Allah. Kumpulkan bekalan yang akan kita bawa ke alam akhirat. Walau dimana pun kita berada sekarang, banyakkan amal kebajikan kerana mati itu misteri sifatnya, dimana dan bila tarikhnya kita tidak pernah tahu. Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud #hijrahpendosa
Показати все...
Ada kalanya, jalan di hadapan kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan. Lalu, kita berasa bimbang untuk meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yang menanti disebaliknya. Hakikatnya kita memang tidak pernah tahu apa yang sedang menanti kita. Namun Yakinlah! Indah atau buruk, pasti ada kebaikan dalam duanya. Allah SWT hanya memberikan yang terbaik kepada Hamba-hambaNya YAKIN. Assalamualaikum Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 27/02/2024 Murni Usman 🌹❤️
Показати все...
Kesakitan yg membangunkan kita untuk bertahajjud itu LEBIH BAIK dari kenikmatan material Yang membuatkan kita terus nyenyak tidur sepanjang malam JOM TAHAJJUD Sentiasa bersyukur, Terkadang dugaan & kesukaran boleh mbawa kita lebih dekat dengan Allah SWT Assalamualaikum wbt Salam Tahajjud Alhamdulillah syukur 26/02/2024 Murni Usman 🌹❤️
Показати все...
Sebarkan kedamaian, Lupakan persengketaan, Eratkan perhubungan, Jalinkan Silaturrahim sesama insan. Ingat Kita sesama kita ada tanggungjawab Masing² Ingat Tujuan asal kita lahir di bumi ini Ingat Jangan terlalu terbuai-buai Dengan dunia sementara Ingat Ada kehidupan yang kekal Sama ada syurga atau neraka Sekarang ini pilihan di tangan anda. Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Sekian Murni Usman 🌹 ❤️ 25/02/2024
Показати все...
Tazkirah Bidadari 💎 Kita ni hidup untuk menunggu mati. Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tau bila datangnya, maka Allah bagi sikit hiburan. Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita bermanja-manja. Dia bagi kita anak-anak untuk bermain-main. Dia bagi kita emas, duit , harta, pangkat dan kedudukan untuk kita bertenang-tenang. Suami adalah hiburan. Isteri dan anak adalah hiburan. Duit dan harta adalah hiburan. Tapi kita ni macam budak-budak. Budak-budak kalau dibagi mainan, terus leka. Terhibur sangat dengan mainan sampai lupa makan, lupa mandi, lupa belajar, lupa solat. Begitulah kita. Asalnya kita ni hanya menunggu mati. Tapi dek kerana leka dan hanyut dengan hiburan yang Allah bekalkan, kita lupa tujuan asal kita hidup. Sibuk dengan kerja, sibuk kejar emas, duit, sibuk kejar pangkat (tahta) , sibuk kejar jawatan. Sampai ibadah pun hanya buat yang wajib saja, itupun sekadar buat cukupkan syarat. Ibadah hanya biasa-biasa kerana lebih seronok kejar hiburan. Seperti budak-budak, bila mainannya dirampas, terus membentak-bentak dan nangis.😭😭 Begitulah kita, ketika Allah ambil suami, isteri, anak, kerjaya, emas, duit, harta - kita menangis dan mengatakan Allah tak adil. Padahal setiap hari kita tak berlaku adil pada Allah Sedikit Perkongsian dan Muhasabah diri Credit penulis Asal
Показати все...
"Usiamu semakin berkurang seiring dengan perjalanan waktu malam dan siang, sementara segala amalan akan tersimpan dan kematian akan datang secara mendadak" - Ibnu Mas'ud Rahimahullah- Assalamualaikum Wbt Selamat Pagi
Показати все...
"Usiamu semakin berkurang seiring dengan perjalanan waktu malam dan siang, sementara segala amalan akan tersimpan dan kematian akan datang secara mendadak" - Ibnu Mas'ud Rahimahullah- Assalamualaikum Wbt Selamat Pagi
Показати все...
Apabila seorang pemuda bertanya kepada Imam Hasan Al-Basri, "Aku telah banyak melakukan maksiat, mengapa aku tidak dihukum oleh Allah?" Lantas Imam Hasan Al-Basri bertanya kembali kepada pemuda itu, "Apakah setiap malam kamu bangun tahajud?" "Tidak," ujar pemuda itu. "Itulah hukuman kamu yang seberat-beratnya. Tiada hukuman yang lebih perit jika Allah telah berpaling darimu. Dia tidak lagi mahu 'berbicara' dan 'mendengar bicara' darimu, dibiarkan lena itu panjang padamu. Cukuplah Allah menarik nikmat dan kelazatan tahajud dalam dirimu itu sebagai hukuman kepadamu." Muhasabah diri Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud semua
Показати все...
“Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yg dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan airmata biarpun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah swt. “ ( riwayat abu naim) Semoga ada airmata yg mengocak jiwa dalam sujud & doa kita kepada Yang Maha Esa di hening malam ini Harapnya Allah SWT menerima penyerahan diri yg penuh pengharapan, kepadaNya Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Jom solat Tahajjud Alhamdulillah 22/02/2024 Murni Usman 🌹❤️
Показати все...
MUHASABAH MALAM INI Ketahuilah bahawa segala yang dicari oleh setiap orang adalah nikmat. Akan tetapi, kenikmatan yang hakiki adalah kebahagiaan di akhirat kelak dan segala nikmat selainnya akan lenyap. Sesuatu yang bermanfaat di dunia dan akhirat seperti ilmu dan akhlak yang baik, inilah kenikmatan yang hakiki. Ada pun, sesuatu yang memudaratkan di dunia dan akhirat pula merupakan bala (kerugian) yang hakiki. Manakala, bermanfaat di dunia akan tetapi memudaratkan di akhirat seperti mengikuti hawa nafsu pula merupakan bala bagi orang yang berakal, sekalipun orang jahil menganggapnya nikmat" Semoga Bermanfaat Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud
Показати все...
PERUMPAMAAN "Batu besar asalnya adalah daripada batu yang kecil. Begitulah dosa besar yang asalnya daripada dosa yang kecil. Maka jangan kita pandang rendah pada dosa kecil. Moga Allah pelihara kita daripada dosa² kecil dan besar. Sahabat ku, Jika berkemampuan Perbanyakkan solat sunat TAUBAT InsyaAllah Anda akan merasai Perubahan perubahan Dalam diri Anda Dan juga orang2 di sekeliling Anda Cubalah. Assalamualaikum Jangan tinggal solat sunat TAUBAT Na..
Показати все...
Kehidupan di dunia ini hakikatnya adalah satu ujian Namun manusia seringkali terlupa hakikat itu. Harta itu ujian, anak-anak itu ujian, musibah itu ujian, ibadah itu ujian, segala larangan Allah itu ujian. Pendek kata, setiap perkara yang dihadapi di dunia ini adalah ujian. Dari ujian-ujian itu, Allah memberi berita gembira buat orang yang bersabar. Allah maha mengetahui siapa yang sabar dan siapa yang tidak dalam kalangan hamba-hambaNya. Sabar itu pasti menguntungkan, yakinlah. Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud
Показати все...
Assalamualaikum semua sahabat ku Selamat pagi semua Salam Tahajjud Hidup ini umpama roda. Ada ketika semangat kita tinggi, ada ketikanya tidak. Ada ketika semuanya menjadi dan seolah-olah menyebelahi kita, ada ketika sebaliknya pula. Ada hari kita untung, ada hari pula kita rugi. Namun, apa sekali pun naik turun kita, biarlah umpama naik turunnya Harga Emas. Semakin lama nilainya semakin tinggi bukan semakin jatuh 10tahun yang lalu harganya jauh lebih rendah berbanding sekarang. Namun untuk mencapai nilai hari ini, ia melalui proses naik turunnya juga Sekadar renungan bersama Nukilan hatiku #murniUsman
Показати все...
Assalamualaikum semua sahabat ku Selamat semua Salam Tahajjud Hidup ini umpama roda. Ada ketika semangat kita tinggi, ada ketikanya tidak. Ada ketika semuanya menjadi dan seolah-olah menyebelahi kita, ada ketika sebaliknya pula. Ada hari kita untung, ada hari pula kita rugi. Namun, apa sekali pun naik turun kita, biarlah umpama naik turunnya Harga Emas. Semakin lama nilainya semakin tinggi bukan semakin jatuh 10tahun yang lalu harganya jauh lebih rendah berbanding sekarang. Namun untuk mencapai nilai hari ini, ia melalui proses naik turunnya juga Sekadar renungan bersama Nukilan hatiku #murniUsman http://t.me/Mudahnyamenjemputrezki
Показати все...
Assalamualaikum dan Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah Perjalanan hidup sungguh indah walau terkadang sangat perit untuk diharungi. Pengalaman banyak mengajar erti kehidupan. Terkadang putus asa tapi akan ada aura kekuatan yang muncul tanpa diduga.
Показати все...
Bukan rezeki yang sempit, mungkin sedekah kita yg masih semput. Bukan rezeki yang sedikit, mungkin kita yang kuat mengungkit. Bukan rezeki yg kelat, mungkin maksiat kita makin melarat. Bukan rezeki terputus putus, mungkin kita gemar berkeluh kesah Bukan nikmat yang kurang, mungkin terima kasih dan syukur kita yang tersangat jarang. Bukan hidup tidak tenang, mungkin solat kita culas, cacat dan terbelakang. Bukan rezeki yang tidak cukup, mungkin Quran kita jarang buka apalagi baca, kelas ngaji, talaqqi pun tak pegi,nak hafaz pun jauh sekali, jauh panggang dari api. Bukan rezeki yang payah, mungkin kita kedekut berdoa , nak zikir pun asik lupa,makin sombong makin angkuh mendabik dada. Bukan rezeki yang menyimpang sesat Kerana, Sesungguhnya REZEKI TIDAK pernah salah alamat. Assalamualaikum dan salam Tahajjud Semua Alhamdulillah syukur Masih Bernafas 🤲Salam Jumaat 16/02/2024 Murni Usman 🌹❤️
Показати все...
Muhasabah Di sepertiga Malam yang Indah ini Usah dicari mana kesilapan dalam takdir yang ditetapkan oleh Ilahi. Tapi carilah punca kelemahan diri dalam menempuh ujian yang diberi. Usah dicari mana ketenangan yang tidak diberi oleh IIahi. Tapi carilah punca keresahan tidak diundang menempuh didalam hati. Usah dicari mana nikmat yang Allah tidak beri pada diri. Tapi carilah punca kufur nikmat yang diri tidak tahu Menghargai Nikmat pemberian DariNYA Assalamualaikum semua Salam Tahajjud Alhamdulillah syukur. 15/02/2024 Murni Usman 🌹❤️
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Assalamualaikum. Salam Azar dikaki langit Jika tidak sanggup menempuh penatnya ibadat Maka tangunglah dahsyat dan pedihnya maksiat. Perjalanan masih lagi berliku dan panjang. Kelelahan akan sentiasa berteman dalam langkahan. Masih banyak UJIAN yang bakal datang. Hanya kerana belum diuji pada titik terlemah diri Jangan alpa oleh segala puji Sekian madah petang Sambil menikmati nikmatnya Secawan Milo panas Alhamdulillah syukur
Показати все...
Bila hati rasa kosong, rasa tak tenang, rasa gelisah, rasa tak tenteram, Ganggam tangan, istighfar, urut dada, tanya Tanya pada hati, "Apa khabar wahai hati?" Kemudian berwuduk dan solatlah Carilah Allah Bersujud kepada Allah, Boleh jadi jiwa rasa kosong disebabkan maksiat yang kita lakukan, Kembalilah pada Allah Berdoalah agar diberikan ketenangan dalam jiwa. Assalamualaikum dan Salam Dhuhah Semua Alhamdulillah 🤲 13/02/2024 Murni Usman 🌹❤️
Показати все...
BERKIRA-KIRA MENYEMPITKAN REZEKI. "Berkira-kira" yang Saya nak share kali ni bukanlah pasal bakhil. Tapi lebih kepada berkira-kira dalam pekerjaan. Biasanya orang niaga akan set berapa sales dia nak buat. Tak salah pun, cuma kalau salah langkah, baik-baik nak dapat rezeki lebih, malah jadi sebaliknya. Terlampau fokus mengejar, maka rezeki akan lari. Sepertimana yang kita faham, dan Saya selalu share, rezeki BUKAN untuk dikejar. Tapi DiPANCING, DiJEMPUT atau DiTARIK. Selalunya bila nak kejar sales, hari-hari kita akan kira. Cukup tak, achieve ke tidak. Lama-lama kita jadi stress fikir. Bila stress hati dan fikiran tak tenang, macam mana nak buat kerja? Akhirnya yang kita tulis, yang kita kongsi jadi tak ikhlas. Bila tak ikhlas, kita stress rezeki pun makin jauh. Sebab asas utama rezeki adalah hati yg tenang. Satu lagi, selalunya kalau dah fokus sales (dunia) fokus pada urusan akhirat sedikit sebanyak akan terjejas. Betul tak? sebab kita akan terkejar-kejar masa. Jadi, lebih baik nikmatin saja. Fokus untuk Tarik Rezeki bukan KEJAR REZEKI. Itu lebih mudah. Sebab kejar akhirat, dunia pun akan menyusul. Assalamualaikum Wbt Salam Dhuhah
Показати все...