cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

DaieMatrix

Kita semua adalah pendakwah.

Більше
Країна не вказанаМова не вказанаКатегорія не вказана
Рекламні дописи
222
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 днів
Архів дописів
Banyak mana kata kata semangat yang kau baca, selagi kau belum usaha, it's nothing. Don't just dream it. Do it!
Показати все...
Der, kalau asyik komplen, benda tu takkan jadi. Do it!
Показати все...
Nak tanya ni, ada manfaat ke malas ni? Habis tu yg dok malas malas ni pasepa? Aktif la sikit!
Показати все...
You know what, bila kau letak Allah itu sbg no 1 dalam hidup kau, insha Allah kejayaan milik kau.
Показати все...
Iman kita hari ini penuh dgn KERAGUAN... Ragu terhadap janji Allah.. Ragu terhadap Ajaran Nabi SAW Ragu terhadap kubur.. Ragu terhadap akhirat.. Buktinya? Kita sentiasa tepati waktu office tapi tak dapat tepati masa untuk solat di awal waktu.. Kita buat kerja penuh adab, tertib untuk sukakan bos.. tapi bila solat nak cepat selesai sampai rukuk dan sujud tak sempurna di hadapan Allah.. ada yang langsung tak solat... Perintah ALLAH yg menciptakan makhkuk pun tak patuhi, masakan patuh n ikut janji sesama makhluk. Kita segera tinggalkan apapun urusan bila bos panggil kita.. tapi kita tak mampu tinggalkan urusan dunia bila seruan azan memanggil kita.. Kita risau tak da duit esok nak makan apa? Tapi kita tak risau kalau esok mati cukup tak bekal amal kita? Kita yakin hari esok masih ada, seolah-olah mati tak akan datang dengan tiba-tiba.. sedangkan malaikat maut mendatangi kita 70 kali sehari.. MashaAllah terasa. Malunya dengan ALLAH yang maha esa... Berdosanya dgn ALLAH yang menjadikan kita..
Показати все...
Pesan pada diri; Marah macam mana pun, jangan mencarut. Kata-kata kesat tu menggelapkan hati. Ingat tu.
Показати все...
Disaat kau rasa diri kau dah cukup hebat, ingat, ada lagi yg lebih hebat.
Показати все...
Tambat ilmu dengan amal. Insha Allah, ingat sampai bila-bila.
Показати все...
Teman, Dikala waktu semua orang sedang enak beradu, Dikala waktu ramai orang sedang lena dibuai mimpi, Ayuh, Bangunlah, bangkitlah, Curi sedikit masa utk Sang Pencipta. Tunaikan 2 rakaat, Bacalah 'surat' cintaNya, Lakukan sungguh-sungguh. Anggap ia yang terakhir buat kita. Anggap ia ibadah terakhir yang kita laksana. Aku pesan, Utk aku, kau, kita semua. Apalah guna sahabat, Kalau hanya ada semasa gembira. Sebab aku fikir sahabat, aku pesan. :')
Показати все...
Suatu malam, seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya. Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ. Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain. Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri. Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim)
Показати все...
Kenapa masih nak sia siakan solat? Penat Nabi pegi mengadap Allah depan depan. Mintak kurang 50 waktu jadi 5 waktu. Ruginye kan...
Показати все...
"Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka."-Ustaz Don Daniyal
Показати все...
Alhamdulillah masih dibangkitkan pagi ini didalam fitrah Islam. Mulakan hari ini dengan senyuman dan bersangka baik dengan semua orang 😊
Показати все...
Kalau kita selesaikan masalah kita dengan Allah, Allah akan selesaikan masalah kita. Malem gais 🌷
Показати все...
Kesalahan itu tercipta adalah untuk dimaafkan, bukan untuk dikeji dan dimaki
Показати все...
"Ingat satu benda ni bro" "Apa?" "Kejayaan yang kita miliki hari ini ialah berkat doa ibu bapa kita. Jgn pernah lupakan mereka"
Показати все...
Siapa kita nak buka aib orang? Kawan, semua orang ada aib. Kau, aku, kita semua. Jaga aib orang, nescaya Allah jaga aib kita.
Показати все...
Permintaan kawan, terus tunaikan. Permintaan ibu, buat dekk je. Ingat, syurga kita di telapak kaki ibu. Jaga hati ibu
Показати все...
Paling takut, Bila Allah tarik nikmat ibadah. Solat rasa malas, tak khusyuk. Nak pegang al-Quran jauh sekali. Allahu. Moga dijauhkan 😭
Показати все...
Dakwah is not about telling people whether they'll end up in jannah or not. It's about HELPING each other to be in jannah.
Показати все...
Di akhirat, tangan yang menulis ini akan berbicara. Mulut terkunci mati. اليوم نختم على أفواههم Tulislah yang baik baik sahaja.
Показати все...
Maksiat, mmg mulanya nampak manis, semua indah. Tapi kemudian hari, kau lihat betapa sakitnya rasa maksiat itu. Maksiat, penyebab hilang redha Allah. Sahabat, jauhilah.
Показати все...
Untuk berjaya di dunia memerlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat juga memerlukan ilmu. So, mengapa masih tidak mahu menuntut ilmu?
Показати все...
"Ingat, apa tujuan kau masuk u? Utk menuntut ilmu atau hanya berfoya-foya. Ingat matlamat kita sbg student. Pls"
Показати все...
Sahabat, damailah. Boleh jadi kerana pertengkaranmu, Keberkatan hidupmu hilang. Apa kau tak fikir jika kau hidup tanpa keberkatanNya?
Показати все...
"Rendah diri itu perlu. Tapi keyakinan diri sangatlah perlu"
Показати все...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Nu’man bin Basyir : Nabi saw bersabda, “Doa itu ibadah. Tuhanmu telah berfirman, _Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu_.’” (Surah Al-Mukmin : 40) [HR Abu Daud,no.1479]
Показати все...
"Melepaskan orang yang kita cintai, memang amat menyakitkan. Tapi tak semua yang kita cintai, harus kita miliki" Hm, dalam sangat maksud dia ni :')
Показати все...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Jabir bin Abdullah : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kalian belajar ilmu untuk menyombongkan diri kepada para ulama, untuk menghina orang-orang yang bodoh. Dan janganlah kalian (terlalu) berharap agar menjadi pilihan suatu majlis. Barangsiapa melakukan semua hal itu, maka neraka.. sekali lagi, neraka (adalah tempatnya).”[HR Ibnu Majah,no.208]
Показати все...
Kawan, maaf. Mungkin selama ni aku terlalu ikut kata hati. Aku senang sangat sangka buruk dengan korang. Mungkin, Selama ini, Aku fikir aku baik. Tapi aku silap. Sebab bila mana seseorang itu telah menganggap dirinya baik, Dari situlah bermula keburukan yang seburuk-buruknya. Ya, aku salah. Hanya satu aku pinta, Bukan benda, tapi maaf dari seorang sahabat. Sahabat, maafkan aku :(
Показати все...
Someday , Kita akan reach this breaking point Rasa tak tenang Rasa incomplete Rasa tergantung Rasa mcm we really really need something , but we dont know what is it Rasa kosong , Rasa hopeless " Kenapa aku diciptakan ? " " Apa yg aku nak sebenarnya " " I am really alone , is there ever anyone who still love me ? " Bro , Sis Sujudlah , Sujudlah , Sujudlah Itu je Kadang-kadang kita tak sedar , kita tak melakukan dosa besar pun , kita tak melakukan maksiat besar pun , tapi mungkin kita terikat dgn dosa-dosa kecil Bila buat dosa kecil , hati berlari-lari kecil meninggalkan Allah , larian-larian kecil inilah yg kita tak sedar Larian yg menjauh dari Allah . Sampai suatu masa , sebenarnya larian kecil ni dah menjadi jarak yg sangat jauh dari Allah . Hati tak tenang , sebab maksiat yg berterusan Hati tak tenang , sebab amalan yg ditinggalkan Besarnya kasih sayang Allah .Bila hambaNya menjauh , Dia terus memanggil Sebelum ni , kita dalam tarbiah sekolah Pagi dan petang , kita amalkan mathurat Sebelum tidur , kita amalkan Al-mulk Sebelum subuh , kita amalkan qiamulail Sebelum zohor , kita amalkan dhuha Tapi , mungkin disebabkan oleh kesibukan assignment , kerja sekolah , or apa-apa activity society , kita tinggal amalan ni Sebenarnya amalan² ni laa yg mendekatkan , amalan² ni laa yg menenangkan . Bahkan dia dah stated jelas dalam Quran . " Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang " [ 13:28 ] Tuhan bukan dia meninggalkan Dia hanya mendekatkan , Sampaian rindu agar hambaNya merintih , Sampaian rindu agar hambaNya kembali Kita berjarak sedikit , terus Dia panggil Kita lalai sedikit , terus Dia menyentuh Allah missed you . Get back to Qiamullail , Solat Sunat dua rakaat . Nak nangis , nangislah Nak mengadu kat Allah cakap dunia ni penat , Mengadulah Allah would raise your burden Wallahi Level ni Allah hadirkan rasa rindu kita pada Dia , sampai buat kita menangis . Serious Fa'inni Qaribbb 😭😞😞 Moga Allah berkati kehidupan kita semua selama ini.
Показати все...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam.” [HR Ibnu Majah,no.0184]
Показати все...
Wey, Apa tujuan kau buat dia macam tu? Nak halang dia menuntut ilmu? Kawan, Nak bergurau pun ada adab. Kau ingat kelakar ke buat macam tu? Ya, kau boleh gelak. Sakan lagi. Tapi dia? Terseksa. Kau pandai, takpe. Dia? Fikir sikit. Kau ingat dia tak terasa, Tapi dalam hati siapa yang tahu? Maaf kalau aku kasar, Tapi aku kecewa dgn kau!
Показати все...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Hudzaifah r.a, (katanya) : Nabi saw bersolat, dan jika baginda membaca ayat tentang rahmat, baginda memohon rahmat. Jika baginda membaca ayat tentang azab, baginda memohon agar dijauhkan. Jika baginda membaca ayat yang menerangkan tentang penyucian sifat-sifat Allah, baginda bertasbih. [HR Ibnu Majah,no.1119]
Показати все...
Nak hargai orang, tak perlu pakai duit pun. Belajarlah hargai, barulah boleh nak minta dirikau dihargai. Tak susah, Tak payah, Dan kadang mudah. Tapi kenapa tak reti hargai seseorang yang bersungguh-sungguh, yang baik dan layan kau dengan elok? Sebab ego. Sekali dia pergi, Dah taknampak jalan kembali. Waktu tu menyesal? Pergi mati. Satu, Jangan main-main dengan perasaan orang yang berjuta kali sedih pujuk hati sendiri.
Показати все...
"Satu je. Sahabat, jaga kata-kata. Berkata baik atau diam"
Показати все...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Anas bin Malik : Rasulullah saw bersabda, “Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan di kegelapan untuk pergi ke masjid dengan (balasan) cahaya yang sempurna pada hari kiamat kelak.” [HR Ibnu Majah,no.640]
Показати все...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Anas bin Malik ra: Nabi saw bersabda, “Janganlah kalian berdoa untuk mati dan janganlah kalian mengharapkannya. Barangsiapa yang harus berdoa (untuk mati), hendaklah dia berdoa, ‘Ya Allah, hidupkanlah aku selama kehidupan lebih baik bagiku dan wafatkanlah aku selama kematian lebih baik bagiku’.” [HR Nasa'i,no.1821]
Показати все...
Ada orang, dia boleh handle rasa sedih dia. Dan ada orang, dia langsung tak dapat atasi kesedihannya. Bahaya sebenarnya. Kerana apabila kau sedih, Saat itu syaitan lebih mudah menghasut dan memudaratkankan. Berjuta ratus bisikan yang dia tiup disebelah telinga kau. Sampai kau rasa, Bunuh dirilah satu-satunya cara menyelesaikan masalah kau. Kawan, Ujian itu bukti cinta. Ujian itu Allah beri ikut kemampuan kita. Maka bila datangnya ujian, Solutionnya cuma ada dekat kita. Kawan, jangan pernah biarkan rasa sedih memijak mati diri kau. Atasi rasa sedih. Kau boleh!
Показати все...